mte3107 tajuk 1 (edited)

21
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK 1.1 SINOPSIS Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat: (1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah (2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik (3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul 1

Upload: hamsah-mat-sidek

Post on 12-Feb-2015

181 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

TRANSCRIPT

Page 1: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK

1.1 SINOPSIS

Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk merancang

pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu bagaimana untuk

merancang skema pengajaran tahunan atau semester dan juga merancang

rancangan pengajaran harian dengan format yang betul. Pelajar juga akan

tahu pentingnya pengurusan bilik darjah matematik yang berkesan dan

pentingnya komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah. Pada akhir

modul ini pelajar perlu tahu membezakan pengajaran mikro dan makro.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

(1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah

(2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum matematik

(3) menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul

(4) mengetahui kepentingan pengurusan bilik darjah dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan

(5) membezakan antara pengajaran mikro dan makro

1

Page 2: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1.3 KERANGKA TAJUK

1.4 KANDUNGAN

1.4.1 SEMAKAN KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami

kurikulum matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum

matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua guru

matematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif-objektif yang

tertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah rendah adalah untuk membina

pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,

memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan boleh

mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan

bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

2

Merancang Pengajaran matematik

Semakan kurikulum Matematik Sekolah

Rendah

Menyediakan skema kerja untuk tahunan/ semester dan harian

Pengurusan dan Komunikasi bilik

darjah

Pengajaran mikro dan makro

Page 3: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1.4.2 Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan

Rancangan Pengajaran Harian

Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara berkesan

guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu tahun atau satu

semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester, guru merancang dan

menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH).

RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER

Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan oleh

guru atau panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi

mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/

semester perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut minggu.

3

Aktiviti 1.4.1

Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah (KBSR)

atau Dokumen Standard (KSSR) tahun Satu hingga tahun Enam. Sediakan skop

dan urutan tajuk matematik sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6

Aktiviti 1.4.2 (1)

Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda dari tahun 1

hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio

Page 4: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting bagi

seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu dilaksanakan

oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetap. RPH

sepatutnya mengandungi apa yang guru akan buat, bagaimana untuk

melaksanakannya dan jangkaan apayang pelajar akan laksanakan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

RPH yang dirancang dengan rapi dan teliti dapat meningkatkan kualiti

pengajaran dan mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. RPH

hendaklah disediakan lebih awal sebelum sesi pengajaran berdasarkan format

tertentu. Perkara-perkara berikut perlu ada dalam RPH:

1. Tajuk

2. Hasil Pembelajaran

3. Pengetahuan sedia ada

4. Media pengajaran

5. Set induksi

6. Perkembangan isi pelajaran

7. Penilaian

8. Penutup

4

Aktiviti 1.4.2 (2)

Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran

harian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.

Page 5: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa

menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Hasil pembelajaran

2. Peruntukan masa

3. Pengetahuan sedia ada murid

4. Saiz kelas

5. Media pengajaran

6. Tahap keupayaan murid

7. Kemahiran berfikir dan nilai murni

8. Pendekatan pengajaran

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR:

Rancangan Mengajar Harian Berdasarkan

PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN

Topik Ukuran Panjang

Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran panjang

Tahun 4

Masa 1 jam

A. Hasil Pembelajaran

Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh menyatakan:

i. hubungan antara 1 cm dengan unit mm iaitu 1 cm = 10 mm dan

10mm = 1 cm

ii. menyatakan ukuran dalam mm jika diberi ukuran dalam cm dan

sebaliknya dengan menggunakan pembaris dalam sengatan cm

dan mm

5

Page 6: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

B. Media Pengajaran : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter &

300 milimeter), LCD, Laptop, lembaran kerja

C. Kaedah : Inkuiri penemuan

D. Aktiviti : Mengukur benda konkrit di dalam kelas menggunakan pembaris

E. Pengetahuan sedia ada: Murid boleh mengukur objek dalam unit cm dan

mm.

Set Induksi (5 minit) :

1. Guru menayangkan 2 batang pen berwarna merah dan biru yang sama

panjang disukat dengan klip kertas dan getah pemadam masing-

masing. (Gambar: pen merah bersamaan panjang 6 klip kertas. Pen

biru bersamaan panjang 2 batang getah pemadam)

2. Soalan Guru:

Berapakah panjang pen merah?

Berapakah panjang pen biru?

Adakah pen merah dan pen biru sama panjang?

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai hubungan

panjang klip kertas dan getah pemadam?

(panjang 6 klip kertas = panjang 2 getah pemadam)

3. Guru menayangkan 1 batang getah pemadam dengan 3 klip kertas di

sebelahnya. Guru membimbing murid membuat kesimpulan hubungan

antara panjang getah pemadam dan klip kertas

1 batang pemadam = ______ klip kertas

4. Soalan guru: Apakah hubungan antara unit cm dan mm?

Perkembangan

Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit

1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu

kumpulan)

2. Murid mengenal pasti benda konkrit yang hendak diukur (ukuran

panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam

6

Page 7: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

papan tulis, dan lain – lain)

3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris

milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk

merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi.

Contoh rekod murid:

KumpulanSentimeter

(cm)

Milimeter

(mm)

Pemadam

papan tulis9 90

Panjang meja 60 600

4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah mereka

kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan

bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang

berasingan.

Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit

5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di

hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan.

6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada

benda konkrit yang sama.

7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda konkrit yang sama

mempunyai nombor dan unit yang berbeza.

Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak

1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran

panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja

murid 100mm = 10cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm.

Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama.

7

Page 8: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Guru memberi contoh – contoh yang berkaitan.

2. Guru memberi garis AB panjang 1 cm yang dilukis pada sehelai

kertas kepada 2 kumpulan murid. setiap kumpulan dikehendaki

mengukur garis tersebut dalam unit cm dan mm.

3. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa

1cm = 10 mm dan 10 mm = 1 cm

Penilaian

Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak

1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu.

2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan

iaitu cerdik, sederhana dan lemah.

3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada

murid.

Penutup

1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Guru

membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.

2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru, guru

menegaskan 1 cm = 10 mm. 10 mm = 1 cm

8

Page 9: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid.

Kumpulan cerdas :

Lukiskan garis mengikut unit panjang yang diberi dan ukur garis tersebut mengikut

unit yang dikehendaki:

1. 1cm = ________mm

2. 12 cm =_______mm

3. 45 cm =_______mm

4. 68 mm=_______cm

5. 70 mm = _______cm

6. 5.2 cm = ______mm

7. 18.6 cm = ______mm

Kumpulan sederhana :

Selesaikan :

1. 5 m = ________cm

2. 12 m=_______cm

3. 56 cm= _______m

4. 18 cm=______mm

5. 260 cm=______mm

6. 80 mm=______cm

7. 50 mm=______cm

Kumpulan lemah :

Selesaikan :

1. 1 cm = _____mm

2. 2 cm = ______mm

3. 20 mm = _____cm

4. 15cm = ______cm

5. 40 mm = _____cm

9

Page 10: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa

2. Tema/Tajuk

3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)

4. Objektif Pembelajaran

5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan

TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada

seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan

Patriotisme masih diterapkan dalam P&P

7. Bahan Bantu Belajar

8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa

Perkembangan, Fasa Tindakan

9. Penilaian P&P

10.Refleksi:

i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P

ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

10

Page 11: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(Tanpa Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Satu Damai

Topik : Nombor Bulat Hingga 100

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:Menyatakan kuantiti secara

a. Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.b. Membandingkan dua kumpulan secara padanan.c. Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.

o Di luar bilik darjaho Objek yang disediakano Kad gambar.

Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz. Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan

memadan. Alam sekitar (pokok bunga).

Bahan Bantu Belajar:Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah. Lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

11

Page 12: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran : Matematik Tahun Satu Damai

Tajuk : Tambah

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 2.1 (i), (ii) dan (iii)

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberic. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:Murid Perdana1. Perbincangan mengenai:

o Dua kumpulan objeko Bilangan dua kumpulan objek yang disatukano Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.

2. Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.3. Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor

o Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.o Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakulo Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)

2. Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.3. Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu

kumpulan objek) Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

12

Page 13: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

1.4.3 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN KOMUNIKASI

Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang penting ke

arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan disiplin dan

tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran secara konsisten.

Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,

guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku, kedudukan murid

13

Aktiviti 1.4.2.(3)

Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH untuk satu

jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah ditetapkan dan

mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPH dalam folio.

Page 14: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

dalam kelas, termasuklah nama murid. Guru perlu juga mengadakan dan

menguatkuasa peraturan dalam kelas.

Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang dirancang supaya apa yang dirancang dapat diselesaikan dalam masa

yang ditetapkan secara berkesan. Walaupun begitu guru perlu bersikap

fleksible dalam mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut

keupayan murid untuk belajar.

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk guru dan murid

berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik. Proses komunikasi

membantu murid membina kefahaman konsep yang bermakna. Komunikasi

yang berkesan boleh membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir.

Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea matematik

supaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagai

perspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan pemikiran

matematik dalam minda murid.

14

Aktiviti 1.4.3(1)

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelas

matematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakan

sekelas dan simpan dalam folio.

Page 15: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang menggalakan

murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru. Aktiviti-aktiviti seperti

pembelajaran koperatif, pembentangan hasil kerja dan projek amat bersesuaian

bagi meningkatkan komunikasi di dalam bilik darjah.

1.4.4 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan mengajar

kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.

PENGAJARAN MIKRO

Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru dengan

suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro dijalankan

dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa pengajaran mikro

adalah antara 10-15 minit. Kemahiran penyampaian pula difokuskan kepada

satu aspek sahaja seperti set induksi, satu langkah aktiviti pengembangan atau

penutup.

Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi terhadap

pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik pengajaran mereka

dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran.

15

Aktiviti 1.4.3 (2)

Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalam

bilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan murid

serta murid dan guru.

Page 16: MTE3107 Tajuk 1 (Edited)

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran mikro,

tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi pengajaran

sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam suasana bilik darjah

sebenar. Pengajaran mikro melibat bilangan murid yang ramai dan masa

mengikut kelas sebenar.

16

Aktiviti 1.4.4

Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan makro.

Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza

pengajaran mikro dan makro.