tajuk 1 (kumpulan b)

50
Melayu Islam Beraja Adat Tertib Adat Resam Kuih-Muih Masakan Tempatan Permainan Seni Bina Tarian Kumpulan B: Mustaqim Awuf Matin Zulfadli Sanah

Upload: ms-yati

Post on 19-Jun-2015

2.558 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

DIP/AUT/12a

TRANSCRIPT

  • 1. Adat TertibAdat ResamKuih-MuihKumpulan B:Masakan Tempatan MustaqimPermainanAwufMatinSeni BinaZulfadliSanahTarian

2. ISLAM tidak menetapkan bentuk atauwarna pakaian untuk dipakai, baikketika beribadah atau di luar ibadat.Islam hanya menetapkan bahawapakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. 3. Pakaian itu menutup aurat. Pakaian yang di pakai longgar, tidaknipis sehingga menampakkan kulit dan tubuhbadan. Pakaian itu di pakai tidakmenimbulkan RIAK.RASULULLAH SAW bersabdabermaksud: Sesiapa yang melabuhkanpakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWTtidak akan memandangnya pada hari kiamat.Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabdabermaksud: Sesiapa yang memakai pakaian yangberlebih-lebihan, maka Allah akan memberikanpakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.(Ahmad, Abu Daud, an-Nasaiy dan Ibnu Majah) 4. Lelaki dan wanita berbeza pakaiannya.Jangan ada lelakiberpakaian wanita dan sebaliknya. Rasulullah SAWmengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanyayang bermaksud: Allah mengutuk wanita yang menirupakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaiandan sikap perempuan. (Bukhari dan Muslim) Pakaian itu baiknya ianya labuh.Allah berfirmanbermaksud: Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkanpakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasamereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untukmereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.?(al-Ahzab:59) 5. Warna pakaian yang sesuai.Baginda bersabdabermaksud: Pakailah pakaian putih kerana ia lebihbaik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kainputih). (an-Nasaie dan al-Hakim) Mulakan sebelah kananAPABILA memakaibaju, seluar atau seumpamanya, mulakansebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkandaripada Saidatina Aisyah bermaksud:Rasulullah suka sebelah kanan dalamsegala keadaan, sepertimemakaikasut, berjalan kaki dan bersuci.Apabilamemakai kasut atau seumpamanya, mulakandengan sebelah kanan dan apabilamenanggalkannya, mulakan dengan sebelahkiri. 6. Selepas beli pakaian APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlahseperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yangbermaksud: Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, akumemohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, akumohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatanapa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripadaRasulullah. Berdoa ketika menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah:Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian iniuntuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diridalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiadaTuhan melainkan Dia. Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itumemakai pakaian yang sesuai menurut tuntutanagamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopandan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yangsebenar. 7. Adat perkahwinan masyarakat Melayu Bruneibiasanya dimulai denganberjarum-jarumatau merisik. Rombongan lelaki yang biasanyadiwakili oleh kaum keluarga akan pergi ke rumahperempuan dengan membawa pebuka mulutyang berupa wang ringgit dan sebentuk cincin.Ketua rombongan yang biasanya orang berumurakan menyampaikan hasrat lelaki inginberkahwindalam bentukpantun.Jikaditerima, keduanya akan dikatakan sudahbertunang. Peminangan atau pertunanganhukumnya harus dan diterima oleh islam. 8. Konsep perkahwinan bagi masyarakat Melayu Bruneimempunyaipertambahan dan berperingkat-peringkat.Antaranyaialah bebadak, beinai/berpacar, mulih 3 atau7 hari danbebasuh kaki(Puak Tutong). Mojoriti masyarakatMelayu Brunei masih mengamalkan adat resam dalamperkahwinan yang telah diturunkan dari nenek moyangkita. Ada pepatah yang mengatakan "Biar matianak, jangan mati adat" yang menunjukkan betapakuatnya orang melayu mempertahankan adat merakasendiri. Perkara ini dapat dilihat melalui adatperkahwinan yang pada asalnya diwarisi atau diikutdaripadaperkahwinan bangsahinduyangkemudianyadisesuaikan mengikut unsur-unsur Islam 9. Setelah hari yang dijanjikan oleh kedua-dua pihaktiba, bakal pengantin akan mula dimandikan denganharum-haruman. Majlis ini dikenali sebagai bebadakbadak mandi dan dihadiri oleh kaum keluarga yangrapat. Kemudianakan diadakanmajlisberinai/berpacar pada malam hari sebelum hariperkahwinan dikediaman masing. Dalam upacara inipengantin akan ditampai dengan inai oleh orang tuakeluarga mengikut giliran. Majlis akad nikah dimanaterjadinya penisytiharan bahawa kedua pasangantersebut sudah menjadi suami isteri yang sah. Istiadatbersanding dimana kedua-dua pengantin akan dudukbersebelahan di atas pelamin yang berlangsung dikediaman pengantin perempuan 10. Dalam masyarakat Melayu Bruneiterdapat berjenis-jenis permainan.Antaranya ialahcongkak, kikik, pasang, gasing, catur, barajung dan lain-lain lagi. 11. Permainan congkak adalah sejenis permainan yang selalu diadakan ketika majlis keramaian sepertimalam barjaga-jaga, berpindah ke rumah baru dan lain-lain lagi. Permainan congkak ini memerlukan duaorang permainan sama ada lelaki atau perempuan. Pada zaman dahulu permainan ini sangat digemarioleh kaum perempuan. 12. Permainan kikik atau layang-layang biasanya hanya dimainkan pada waktu siang dalam musim-musimtertentu. Bahan untuk membuat kikik terdiri daripad buluh, benang, gam dan kertas. Rangka kikikdipanggil panah-panah. Terdapat beberapa jenis kikik yang selalunya diminati oleh masyarakat MelayuBrunei antaranya kikik biasa, siarmanjar, jalama (Orang), lasik, jangkang, lipat dan lain-lain. 13. Selain daripada itu kira juga dapat melihat berbagai-bagai corak/ ragi kikik yanglazimnya dibuat oleh masyarakat Melayu Brunei, seperti ragi kandang, lantai, sisikpucuk rabung, papan, serbang, serbang dua, bendera Brunei dan lain-lain.Biasanya buluh temiang digunakan untuk membuat kikik. Apabila siap dirautnipis, dibuat aluk dan tulang belakang, rautan itu kemudiannya dipaut denganmenggunakan benang sehingga terbentuk panah-panah. Kemudian panah-panahitu direkat dengan kertas kikik.Apabila siap direkat, kikik itu pun diberi teraju dan seterusnya disambung denganbenang yang panjang.Salah satu daya usaha masyarakat Brunei supaya permainan kikik tidak akanpupus ialah dengan mengadakan peraduan membuat dan bermain kikik padasetiap tahun iaitu sebagai salah satu acara menyambut perayaan Hari KeputeraanKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam. 14. Permainan pasang ialah salah satu jenis permainan dalam bagi masyarakat Melayu Brunei. Permainan ini samasepertipermainan catur, congkak, dam an lain-lain. Permainan pasang bermula dari kalangan istana dan akhirnya permainan ini melarat kepada rakyat jelata. Pada zaman dahulu permainan ini digemari oleh kaum perempuan.Kebiasaannyapermainan ini diadakan dalam majlis keramaian seperti malam bajaga-jaga, berpindah rumah, menerima gelaran dan lain-lain lagi.Asal usul permainan sukar diketahui kerana sejauh ini belum ada kajian ataupenyelidikan yang tepat. Walau bagaimanapun, dari gaya persembahan permainantersebut dapatlah kita hubungkaitkan dengan perkataan pasang kerana permainanitu adalah menyusun buah pada setiap kali hendak bermain dan begitu jugadengan corak bungnya yang disusun secara berpasangan. 15. Suatu perkara yang menarik dalam permainan pasang ini ialah daya cipta pemain yang dapat membentuk atau melahirkan lebih daripada 30 bentuk atau corak bunga. Di antara corak bunga tersebut ialah: Susunan talapuk sepapan Susunan bangkawat kudung Susunan talapuk berantai Susunan sirih sepapan Susunan peria Susunan tikus naik ke during Susunan peria buruk sepanggal Susunan patah-patah Susunan peria buruk hati Susunan kalajengking dan lain-lain. Susunan awan berlari Susunan awan mengandung hujan Susunan si pugut belungun emas Susunan pugut naik mahligai Susunan bunga bercucuk Susunan bunga sejambangan Susunan bunga berkarang Susunan bunga berhambur Susunan paha ayam 16. Permainan gasing ialah sejenis permainantradisi. Di Negara Brunei Darussalamterdapat beberapa jenis gasing, antaranyaialah gasing pelajau, gedubang, geranjangdan lain-lain lagi. Permainan gasing ini padakebiasaannya dimainkan oleh kaum lelakisahaja dengan tidak mengira peringkat umur.Cuma pada kebiasaannya masyarakatMelayu yang tinggal di darat terdiri daripadaorang dewasa. Manakal di Kampong Ayerpermainan gasing lebih digemari oleh kanak-kanak iaitu gasing yang diperbuat daripadabuah nyirih.Sehubungan itu, membuat gasing bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Iamemerlukan kemahiran atau kepakaran utama untuk mementukan ataumemilih jenis kayu yang sesuai. Kelazimannya gasing diperbuat daripadakayu mengaris dan kayu impas. 17. Seni bina didefinisikan sebagai rekabentukpembinaan sesebuah bangunan. Seni bina yang dimaksudkan adalah berkaitandengan pembinaan rumah, masjid, istana dansebagainya. Saiz pembinaan sesuatu bangunan tertaklukkepada kemampuan dan keperluan. Rekabentuk sesebuah bangunan di negara inidapat memperlihatkan ketinggian mutu senibinanya. 18. DiNegara Brunei Darussalam terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk rumah. Biasanyanama-nama rumah adalah mengikut reka bentuk atapnya seperti: Rumah belah bubung Rumah tungkup Rumah tungkup banar Rumah potong limas Rumah belanggar 19. Binaan rumah terdiri daripada beberapabahagian di antaranya: Penyucuk Lantai, Galagar Jerajak Tutup Alik Titian tikus Jejenang Sampaian Pintu Suga-suga Tabuk Buaya-buaya Dinding Kasau Pantaran Dampar-dampar Serambi Atap Tangga Papilis Bilik 20. Bahan binaan terdiri daripada nibung dan jenis-jeniskayu seperti makara, bulian, kapur, salangan batu danlain-lain.MEMBANGUN RUMAH Masyarakat Melayu Brunei dahulu apabila hendakmembangunkan rumah, mereka terlebih dahulumemilih kawasan yang sesuai. Sekiranya kawasan itu masih semak mereka terlebihdahulu membersihkannya. Selepas itu mereka akan menandakan tempat tiangyang akan didirikan. Kerja-kerja ini dinamakan merambu-rambu. Upacara membangun rumah dilakukan mengikutperkiraan masa, hari dan bulan yang bersesuaian. 21. Tiang yang pertama didirikan dinamakan tiang seri. Kemudian azan akan dikumandangkan dan doa selamat dibaca bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Setiaptiang rumah dipasang kancing bagi menahan rumah itu daripada terturun atau roboh. Hadapan rumah biasanya menghala ke matahari terbit atau ke jalan raya atau sungai. Padamasa dahulu membangun rumah dilakukan secara memucang-mucang. 22. MASJID Masjid ialah tempat orang-orang Islam beribadat. Kedudukan pembinaan masjid mementingkan arahkiblat. Masjid-masjid yang dibina di Negara BruneiDarussalam bercirikan unsur-unsur seni khat Islamdan kebruneian seperti aing mulih dan awan larat. Masjid mempunyai beberapa bahagian seperti ruangsolat, pejabat,kutubkhanah, tempatberwuduk, menara, kubah, bilik air dan lain-lain. Mimbar ialah tempat khatib membaca khutbah terletakdihadapan ruang solat. 23. Menara ialah tempat azan dikumandangkan. Tempat solat untuk lelaki dan perempuan di dalam masjidditempatkan berasingan. Masjid yang pertama dibina di NBD adalah pada masapemerintahan Sultan Sharif Ali (Sultan Berkat) iaitu SultanBrunei ke-3. Masjid ini didirikan setinggi lima tingkat. Masjid Besar Brunei (Pak Tunggal) di bina pada masapemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Alam iaituSultan Brunei ke-26. Masjid ini musnah akibat pengeboman Jepun dalamperang dunia kedua tahun 1941. Pada tahun 1950-an kebanyakan masjid masih dibuatdaripada kayu dan beratapkan daun, kepingan bulian atauzink. 24. Pembinaanmasjid-masjid ini dilakukan secara memucang-mucang. Pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien lll iaitu Sultan Brunei ke 28 sebuah masjid negara dibina dan dirasmikan oleh baginda sendiri pada 13 Rabiulawal 1318 bersamaan 26 September 1958. Masjidini dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddien. 25. ISTANA Istana adalah tempat sultan bersemayam. Selain daripada itu, istana juga tempat ziarahpembesar-pembesar, tetamu luar negeri dan rakyat. Setiap istana mempunyai balai penghadapan. Di balai penghadapan terdapat pataratna iaitu tempatsultan bersemayam. Pataratna, tiang dan dinding di dalam balaipenghadapan mempunyai ukiran-ukiran yangberunsurkan kebruneian. Istana pertama dibina didarat ialah istana SultanMuhammad Jamalul Alam yang dikenali Istana Majlis. 26. Sultan Ahmad Tajuddin telah membina Istana Sugara (kaca) dan Istana Mahkota. Pada masa ini terdapat beberapa buah istanaseperti Istana Nurul Iman, Istana NurulIzzah, Istana Darulhana,IstanaDarussalam, Istana Edinburgh, Istana Pantaidan lain-lain. Istana Nurul Iman bukan sahaja tempatbersemayam keluarga diraja tetapi ia jugaberfungsisebagaitempatmajlis-majlisberkebajikan. Misalnyamajlisbertadarus, dikir maulud, junjung ziarah bagi bakal-bakal haji, khatam Al-Quran,solat berjemaah, bertahlil, hari raya aidilfitri dan lain- 27. Tarian Asli Brunei ialah tarian yangtelah di warisi dari zaman berzaman-zaman lagi. Ianya merupakan salah satucara kita (orang melayu) terdahulu untukmenghiburkan diri. Jenis-jenis contohtarian yang kita miliki ialah ; TarianSamalindang, Tarian Adai-Adai, TarianZapin dan sebagainya. 28. Pada masa dahulu, tarian ini adalahtarian dalam istana Sultan Brunei.Pada hari ini tarian samalindangsudah menjadi tarian rakyat jelata.Ianya selalu di tarikan oleh kaumwanita, yang mana penarinya tidakkurang dari lima orang. 29. Tarian Adai-adaimerupakantariantraditional bagi suku kaum Brunei yangberdasarkanpadakehidupan kaumnelayan. Tarian ini mengisahkan ceritakumpulan nelayan pergi menangkap ikandi laut manakala kaum wanita menunggukepulangan mereka di kawasan pantaiuntuk membantu mengutip hasil tangkapanyang akan diperolehi. 30. Tarian ini biasanya ditarikan oleh pasanganempat lelaki dan empat perempuan ini diiringioleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyiandengan rentak hampir sama dengan rentaktarian Zapin yang terdapat di SemenanjungMalaysia.Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasakeramaian suku kaum Brunei ataupun menyambutketibaanorang-orangkenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yangberwarna warni. 31. Tarian Zapin ini diilhamkan oleh peranakanArab dan dikatakan berasal dari YAman. Tarianzapin telah menular luas di kalanganpenggemar seni tari di Nusantara iaitu diSemenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusanpulau yang sebanding yang mana bergiat aktifdaridulu hinggakinisepertidiBrunei, Malaysia, Siangapura dan Indonesia.Mengikut dari segi sebutan dialek orangBrunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin. 32. Mengikut dari segi asal-usul tarianzapin di Brunei, ia dipercayaipengaruh dari budayanya yang begitusinonim dengan kedatangan pedagangbangsa Arab kepulauan Borneo yangtertumpu di Brunei. Tarian ini jugakadang-kadang ditarikan secara berlaguatau berzikir atau di Brunei iaituberdikir atau berselawat ke atas Nabi. 33. Tarianinitarian yangsangatunik, ianya ditarikan dengan geraktarian yang pelahan dan mengasyikkan.Selalunya tarianinidilakukanberkumpulan. 34. SEKIAN TERIMA KASIH ~TAMAT~