tajuk 3 (1)

31
PIM 3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam TAJUK 3 Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam Konsep Elemen/Kemahiran asas 3.1.1 SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai sebagai pelengkap kepada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Lapan kemahiran diperkenalkan dan perlu dikuasai oleh bakal guru sebelum melalui pengajaran makro dan menjalani latihan praktikum di sekolah. Terdapat pelbagai kemahiran yang disenaraikan dalam kemahiran mikro. Namun dalam modul ini, kemahiran-kemahiran yang akan dibincangkan ialah set induksi, menerang, menyoal, menggunakan papan tulis, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan bahan sumber pengajaran & pembelajaran dan penutup. Diharapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu pelajar-pelajar sekelian memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mikro bagi mumudahkan penyampaian isi kandungan di samping dapat memotivasikan murid untuk belajar. Penguasaan kemahiran mikro juga membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran secara terarah dan berkesan . 28

Upload: aqlily-riana

Post on 31-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pim

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

TAJUK 3Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam

Konsep Elemen/Kemahiran asas

3.1.1 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kemahiran-

kemahiran yang perlu dikuasai sebagai pelengkap kepada proses

pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Lapan kemahiran

diperkenalkan dan perlu dikuasai oleh bakal guru sebelum melalui

pengajaran makro dan menjalani latihan praktikum di sekolah.

Terdapat pelbagai kemahiran yang disenaraikan dalam kemahiran mikro.

Namun dalam modul ini, kemahiran-kemahiran yang akan dibincangkan ialah set

induksi, menerang, menyoal, menggunakan papan tulis, variasi rangsangan,

peneguhan, penggunaan bahan sumber pengajaran & pembelajaran dan

penutup.

Diharapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu

pelajar-pelajar sekelian memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mikro

bagi mumudahkan penyampaian isi kandungan di samping dapat memotivasikan

murid untuk belajar. Penguasaan kemahiran mikro juga membantu guru

mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran secara

terarah dan berkesan .

3.1.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menganalisis konsep kemahiran mikro.

2. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.

3. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro..

28

Page 2: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

3.1.3 KERANGKA TAJUK

PENGENALAN

Pengajaran mikro perlu diaplikasikan sepenuhnya dalam usaha

menghasilkan  guru permulaan yang berkesan.    Memandangkan kepentingan

dan manfaat pendekatan pengajaran mikro dalam membentuk guru

berkemahiran mengajar Pendidikan Islam,   maka latihan demi latihan perlu

29

PENGAJRAN MIKRO

KemahiranKonsep

Penggunaan bahan bantu mengajar

Variasi rangsangan

Set Induksi

Menerang

Peneguhan

Menyoal

Menggunakan papan tulis

Penutup

Page 3: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

dijalankan bagi guru menguasainya. Bukan sahaja persediaan bagi guru

permulaan bahkan disarankan kepada guru-guru terlatih melaksanakannya

dengan tujuan menambah baik amalan pengajaran.

PENGERTIAN

Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini

bermakna pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam

unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan

untuk memupuk kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran serta

mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran

makro dijalankan.

KONSEP

Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah satu situasi

pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, yakni tugas guru dipermudahkan,

mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Setiap sesi

pengajaran mikro merupakan latihan dan bimbingan perlu diberikan oleh

pembimbing.

TUJUAN

Membolehkan guru menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan

berkesan melalui bimbingan.

Membolehkan guru meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik,

dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat

perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.

Guru dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan bermakna.

Merangsang keinginan untuk membaiki dan meningkatkan potensi diri

melalui perbincangan bersama pembimbing dan rakan-rakan.

Meningkatkan keyakinan dan kesediaan guru menghadapi kelas sebenar.

30

Page 4: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Menghasilkan guru yang mencintai profesyen perguruan melalui

pengalaman dan perkongsian ilmu,

Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro

Menurut Alien, D. dan Kyan, K. pengajaran mikro mempunyai lima

peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula,

mengajar semula dan membuat komen sekali lagi.

Proses pengajaran mikro adalah sepert berikut:-

31

Guru akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran mikronya, tetapi kali ini kepada kumpulan rakannya yang lain - peringkat ulangan pengajaran.

Kemudian guru diberi masa untuk menyediakan rancangan pengajarannya yang baru dengan membuat perubahan-perubahan yang difikirkan perlu –peringkat mengajar

semula

Guru dan pembimbing menganalisa pengajaran mikro , Guru diberi peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis, penyelia sebagai pembimbing,

penggalak dan penggerak membolehkan guru menyedari kekuatan dan kelemahan pengajarannya. – peringkat mengulas

Guru mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan rakannya seramai 5 hingga 10 orang. Guru akan mengajar selama 5 hingga 10 minit. Apabila tamat, murid atau

rakannya akan meninggalkan bilik pengajaran mikro – peringkat praktikal.

Guru berbincang dengan pembimbing mengenai perkara-perkara yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang ia akan aplikasikan. Kemudia dia akan

menyediakan satu rancangan untuk pengajaran itu - Peringkat merancang

Page 5: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Perkara yang penting dalam pengajaran mikro

1. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran mikro tidak perlu ulang

latihan pengajarannya.

2. Pelajar yang belum menguasai sesuatu kemahiran mikro perlu

memperbaiki perancangan dan mengulangi pengajarannya .

3. Pengajaran mikro boleh dibuat di institut dengan menggunakan kaedah

simulasi.

4. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah

perlakuannya.

5. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat

berasingan dengan isi pelajaran.

6. Perakam video mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi

lisan dan bukan lisan.

7. Jika pengajaran menggunakan perakam video, panduan penilaian  dan

penaksiran  tidak lagi diperlukan.

8. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan bersama untuk menambahkan

keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas

yang bertulis.

Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar

dalam profesyen perguruannya.    Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-

kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik

darjah.  Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah

yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan

pembelajaran murid.

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri. Pelajar dilatih dari aspek

kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal serta

membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran makro

dengan berkesan.

32

Page 6: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam

bidang pengajaran dan pengajaran:

Set induksi

Penerangan

Penyoalan

Papan Tulis

Variasi rangsangan

Peneguhan

Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memulakan sesuatu pelajaran.  Guru

akan cuba menarik perhatian dan mengekalkan minat murid serta menggerakkan

mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar dengan seronok. Pada setiap

sesi pengajaran, guru perlu menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan

dibuat. Guru juga perlu memandu muridnya kearah mencapai objektif

pembelajaran serta membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman sedia

ada.

i. Menarik perhatian

Guru boleh menggunakan intonasi suara, gerakgeri, gerak isyarat dan

pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.  

Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk mencetus minat

pelajar atau pelbagai corak intraksi yang lain.

ii. Mewujudkan motivasi

Guru boleh memotivasikan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan

semangat serta kesungguhan ketika memulakan sesi pengajaran.    Guru boleh

33

Page 7: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

juga mencetuskan naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita

atau memulakan aktiviti yang menghairankan pelajar.   Justru pelajar akan

merasa tertarik dan ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan sesuatu

perkara itu.  

iii. Menstruktur

Guru menentukan had bagi tugasan yang akan diberikan kepada muridnya,  

seperti – Hari ini kamu akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita

akan bincangkannya.   Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. 

Guru menolong muridnya dengan mencadangkan beberapa gaya penulisan atau

memberikan soalan-soalan yang membantu murid mencari isi cerita.

iv. Membuat perkaitan

Membuat perbandingan dan perbezaan, seperti ketika mengajar waktu-waktu

solat, guru boleh membandingkan jadual waktu solat di Semenanjung Malaysia

dengan di Sabah atau Sarawak.    Guru juga boleh merujuk kepada situasi

semasa atau pengetahuan sedia ada pelajar untuk membuat perkaitan dengan

tajuk yang akan dipelajari.

Set induksi yang berkesan ialah,

1. Bermakna kepada murid. Set insuksi hendaklah sesuai dengan tahap

murid dari segi umur, kebolehan dan minat.

2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.

3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada

murid,  belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

Rancang satu sesi pengajaran mikro bagi mana-mana bidang

Pendidikan Islam. Anda dikehendaki mengelolakan sesi pengajaran

mikro bagi kemahiran set induksi.

KEMAHIRAN MENERANG

34

Page 8: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain,  dan

kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami.   Memberi

penerangan dengan tepat dan berkesan merupakan salah satu kemahiran yang

mesti ada pada guru.      Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman

seperti :

a.         Pentakrifan -  menjelaskan sesuatu isu

b.         Penerangan -  menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.

c.         Sebab -  pemberian alasan

i. Penerangan berstruktur

Menjelaskan keutamaan -  guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat

fakta utama yang terlibat.

Menggunakan contoh   -    perkara yang dititik beratkan ialah mudah,

berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.

Membuat kesimpulan  -   guru menyatakan perkara utama dalam

penerangannya.    ‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan

yang berkesan’ (Brown)    

ii. Penerangan penyampaian

a. Penggunaan penyampaian yang jelas  

Guru menerangkan sesuatu  aspek pada  satu masa, dan

memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.  

Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak

sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.

35

Page 9: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

b. Penggunaan penekanan variasi rangsangan  

Guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara

yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan  dengan

sesuatu.     Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan

sewajarnya.

c. Penggunaan penekanan

Menekankan petunjuk, perkaitan dan keutamaan -   menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu

yang penting dalam penerangannya -   contoh:

Petunjuk        -           ‘Tiga bidang utama………….’

Perkaitan       -           ‘Ini  membawa kepada……………’

Keutamaan    -           ‘Dengan  ini……………….’

d. Jauhkan kekaburan – Beri penerangan dengan jelas.     Elakkan

menggunakan perkataan seperti :

‘…….. dan lain-lain,

‘……. dan sebagainya’

‘…….. dan yang sama sepertinya’

e. Sekuens -  guru boleh menggunakan pendekatan induktif atau

deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan

penerangan  ke arah yang betul.

f. Maklum balas - penerangan guru janganlah terlalu panjang lebar. Guru

perlu mendapat maklum balas daripada murid. Beri peluang murid

menjelaskan kefahaman, sikap dan minat mereka. Guru hendaklah

36

Page 10: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh

yang digunakan.

iii. Menerang menggunakan Contoh Dengan Mengilustrasi

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang

abstrak. Guru meminta contoh daripada murid untuk menyemak sesuatu

idea atau konsep yang diajar telah difahami atau tidak.  Contoh yang baik

ialah contoh yang biasa kepada murid.  Dengan mengaitkan contoh

dengan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang

diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan

contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan

menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

iv. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini.

Pendekatan induktif  : contoh diikuti dengan peraturan/ prinsip/

generalisasi

Pendekatan deduktif: peraturan/ prinsip/ generalisasi diikuti dengan

contoh

v. Jenis-jenis contoh dalam menerang

a. Contoh mudah -   guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan

jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.

b. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep  - menggunakan

contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.

c. Contoh ingin tahu  -    menggunakan contoh yang boleh membangkitkan

naluri ingin tahu dan minat murid.

37

Page 11: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

d. Media yang sesuai  -   menggunakan media yang sesuai dengan

kebolehan , umur  dan pelajaran yang diajar.

e. Pendekatan  -  memilih  pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur

dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.

f. Penglibatan murid  -  murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau

menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau

menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model

Sediakan satu contoh rancangan pengajaran mikro bagi kemahiran

menerang bagi mana-mana bidang Pendidikan Islam.

KEMAHIRAN PENYOALAN

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding

dengan kemahiran yang lain.     Kemahiran ini perlu dirancang dengan baik serta

diberi penilaian yang sewajarnya oleh guru semasa peroses pembelajaran dan

pengajaran.   Soalan-soalan yang dilontarkan hendaklah bermula dari aras

rendah kepada soalan yang memerlukan pemikiran kritis dan membina kognatif 

aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dengan betul dapat mewujudkan

suasana pembelajaran sosial yang berkesan serta meningkat tahap pencapaian

murid.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan

peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.

2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang 

berbeza dalam kumpulan kelas itu.

3. Guru  perlu merancang soalan-soalan utama sebelum pengajaran

dimulakan.

38

Page 12: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan  meneliti 

jawapan murid.

i. Penyoalan yang mudah atau asas

a. Pembentukan soalan         

Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan

menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid.

b. Fokus

Guru hendaklah menyoal soalan yang umum dahulu supaya dapat

melibatkan ramai murid. Soalan difokuskan kepada satu tugasan

sahaja.   Setelah maklumat yang diperlukan mula diperolehi, guru

bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.

c. Arah

Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas.

Berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada  murid tertentu dengan

memanggil namanya. Guru boleh juga menunjuk dengan tangan atau

menganggukkkan kepala ke arah murid yang hendak disoal.

d. Penyebaran

Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat 

menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.

e. Pemberitahuan

39

Page 13: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh

menunjukkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.    Tanda itu

mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

ii. Penyoalan yang kompleks

A)     Peringkat-peringat aras soalan

Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya. 

a. Ingat semula

Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-

maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah

menyoal soalan yang lebih kompleks.

b. Kefahaman  

Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.

c. Aplikasi  

Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan

pengetahuan yang lalu.

d. Analisis

40

Page 14: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti 

dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka

mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.

e. Penilaian

Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat

anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya

memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu.

f. Sintesis

Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam

aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan

penyatuan beberapa idea.

B)     Jenis-jenis Soalan 

a. Penyungkilan  

Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan

jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya.

b. Soalan penjelasan

Guru meminta jawapan yang lebih jelas  dan padat.

c. Soalan Penyokongan

Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh

muridnya.

d. Soalan Persetujuan

41

Page 15: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan

jawapan yang telah diberikan sebentar tadi.

e. Soalan Contoh

Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang

menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Sediakan tiga contoh penyoalan yang mudah atau asas dan

penyoalan kompleks mengikut aras yang berbeza.

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk

mempelbagaikan coral interaksi dan teknik penyampaian.      Latihan dalam

kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik

minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

42

Page 16: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

i. Pergerakan

Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang

bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong

murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.    

Elakkan  pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang kerap kerana

perlakuan ini akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.

ii. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)

Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk

menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.  

Sebaliknya  pergerakan tubuh badan yang tidak bermakna seperti

43

KEMAHIRAN VARIASI

RANGSANGAN

Pergerakan

Gesture

Nada Suara

Penglibatan Murid - Lisan

Penggunaan Pancaindera

Aktiviti Fizikal

Page 17: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

mengelipkan mata atau mengelengkan kepala akan menghalang tumpuan

kepada pelajaran.

iii. Mengubah nada pertuturan

Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal

minat murid terhadap pelajaran.     Suara yang mendadak, sentiasa tinggi

dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang

mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan

terhadap pelajaran.

iv. Penglibatan murid secara lisan

Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk

melahirkan pendapat  menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan

dalam pelajaran.   Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.

v. Penggunaan Pancaindera

Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera

seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan

minat murid kepada pelajaran serta menambah kesan penyampaian

maklumat kepada mereka.

vi. Aktiviti Fizikal

Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktiviti yang

pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.

Panduan Variasi Rangsangan yang berkesan

44

Page 18: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

a. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan

dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.

b. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar

tidak mengganggu perjalanan pelajaran.

c. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan

bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.

d. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan

kepada tindak balas murid.

Pilih mana-mana bidang pendidikan Islam, sediakan satu perancangan

pengajaran mikro bagi kemahiran variasi rangsangan dengan

mengintegrasikan elemen-elemen dalam variasi rangsangan.

KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam

beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,

angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik,

menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau

menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.    

Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan  perlakuan yang  baik

dan seterusnya akan membina sikap yang positif .    Peneguhan ini boleh

diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.

Bidang utama dalam peneguhan:

i. Peneguhan lisan

Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan

seperti   ‘baik’, ‘ya’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’,  ‘bijak’,  ‘pandai’, ‘

bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’,  Guru

45

Page 19: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

juga boleh mengulang jawapan murid atau mengembangkannya kepada

yang lebih sempurna.

ii. Peneguhan gerakgeri

Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada

mukanya seperti senyuman, ketawa yang ikhlas, atau menggunakan

gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, contoh:

menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu dan

menepuk tangan. Guru juga perlu memandang murid yang berkata dan

menulis jawapan murid di papan tulis.

iii. Peneguhan dampingan

Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan

mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.

iv. Peneguhan sentuhan

Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau

belakang muridnya atau mengusap kepala jika sesuai (sama jantina).

v. Peneguhan aktiviti

Guru  melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan muridnya kerana

menghasilkan  kerja yang baik.

vi. Peneguhan ganjaran

Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku

kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik.     Bagi murid

sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan

sebagainya untuk menggalakkan murid meningkat maju dalam

pelajarannya.

46

Page 20: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Peneguhan yang berkesan:

i. Kemesraan dan semangat

Kemesraan,  semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.

ii. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan

Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.

iii. Peneguhan positif

Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti  ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’.

iv. Kefahaman murid tentang peneguhan

Peneguhan yang  berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.      Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.

Sediakan beberapa contoh peneguhan secara lisan, gerak geri,

dampingan, sentuhan, aktiviti dan ganjaran. Contoh yang anda berikan

perlu menunjukkan ciri peneguhan yang berkesan.

47

Page 21: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Guru memerlukan bahan bantu mengajar untuk menyampailan isi pelajaran dengan lebih berkesan. Melalui penggunaan alat atau bahan murid pula dapat mencerap maksud yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.

i. Prinsip

Memberikan pengukuhan Menarik Memberi rangsangan

ii. Kesesuaian

sesuai dengan objektif Sesuai dengan isi kandungan Digunakan pada masa sesuai Menggunakan warna yang menarik

iii. Cabaran

Mencetuskan idea Menggerakkan aktiviti Menjadi bahan soal jawab Menjadi bahan perbincangan Timbul rasa ingin tahu

iv. Kejelasan

Dapat dilihat dengan jelas Dapat didengar dengan jelas Maklumat yang dipapar jelas Maklumat ringkas, padat dan jitu Saiz bersesuaian

v. Penggunaan berfungsi

Membantu pemahaman Meningkatkan kemahiran Memudahkan pengajaran Memudahkan pembelajaran Kejelasan fakta

KEMAHIRAN PENUTUP

48

Page 22: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-

i. Menegaskan semula perkara-perkara penting.

a. Menegaskan perkara utama, fakta penting - ingat semula dan kaji

semula  ( boleh melibatkan murid )

b. Menegaskan semula melalui ringkasan    -   teguran akhir,

ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula   aktiviti yang

telah dijalankan.

c. Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi

rangsangan   -      Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat

murid.

ii. Penilaian, peneguhan   pembelajaran murid (Melibatkan kognitif).

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran,

adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini,    (rumusan

kognitif)

iii Kaitan pelajaran dengan kehidupan social

Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid (rumusan

sosial).

iv. Cadangan aktiviti lanjutan

a. Kaitkan dengan kognitif    -      membuat latihan,membuat projek

baru dan menjalankan kajian.

b. Perkaitan sosial    -     menimbulkan perasaan kejayaan dengan

peneguhan dan menyatakan peringkat kejayaan murid,

menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.

c. Galakan motivasi     -      kemesraan dan  semangat untuk

mengekalkan minat.

49

Page 23: Tajuk 3 (1)

PIM 3109Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penutup yang berkesan:

1. Penutup  hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan  dan minat

murid.

2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.

3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.

4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.

5. Mengukur pembelajaran murid.

6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Rumusan

Kemahiran mikro merupakan teknik pengajaran yang dipermudahkan dari segi

skop dan organisasi untuk mengajar sesuatu kemahiran. Setiap bakal guru perlu

menguasainya sebagai persediaan menguasai kemahiran mengajar disamping

dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri guru itu sendiri.

50

Pengajaran mikro merupakan pengajaran praktikal yang

dipermudahkan dari aspek skop dan organisasi.

Kaitkan bagaimana kemahiran mikro membantu guru

melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah dengan

baik?

LATIHAN MINDA