stpm : teknik menjawab bahasa malaysia kertas 1

80
Teknik Menjawab Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas Satu (910/1) Bahasa Malaysia Kertas Satu (910/1) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009 2009 oleh : oleh : En. Mohd Fadil bin Talib En. Mohd Fadil bin Talib SMK. Bandar Mas SMK. Bandar Mas

Upload: mohd-fadil-talib

Post on 03-Jul-2015

165.283 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Seperti seorang pencuri yang berusaha memecah masuk rumah, mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk masuk, sama ada melalui tingkap, pintu, bumbung dan jalan-jalan lainnya, begitu jugalah cara untuk menjawab item BM 1. Jika ada kemahuan, pastinya ada jalan...dengan izin-Nya

TRANSCRIPT

Page 1: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Teknik Menjawab Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas Satu (910/1) Bahasa Malaysia Kertas Satu (910/1)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 20092009

oleh :oleh :En. Mohd Fadil bin TalibEn. Mohd Fadil bin Talib

SMK. Bandar MasSMK. Bandar Mas

Page 2: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

PENDAHULUAN

2 kertas: Kertas 1 (910/1) dan Kertas 2 (910/2). SP BM baru :diperkenalkan tahun 2000 dan peperiksaannya tahun 2001 menggantikan SP lama yang digunakan sejak STPM 1992. Kertas 1 : 60 soalan objektif aneka pilihan. Soalan-soalan dalam kertas ini merangkumi soalan :

makna kata/peribahasaSemantikC

pelbagai peraturan bahasa.Sistem Bahasa Melayu3

kepelbagaian dan kesegaran bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. Ciri-ciri kesantunan bahasa Melayu

Dinamika Bahasa Melayu.

2

latar belakang/asal usul/tahap perkembangan

Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu

1

laras akademik/karya sastera/ carta dan bentuk- bentuk lain.Pemahaman

P E R I NCI A NA S P E KB HG

Page 3: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

60 soalan : 2 jam markah penuh : 60 markah pemberatan 37.5 markah calon : jumlah jawapan yang betul. markah tidak ditolak sekiranya jawapan calon salah. Pil ihan jawapan A,B,C,D, 2 atau 3 gabungan Pil ih dan tanda jawapan yang betul : kertas jawapan objektif.

ANALISA BILANGAN SOALAN MENGIKUT BAHAGIAN anggaran

04 soalan Bahagian 3 (B)

33 soalanBahagian 3 (A)

07 @ 06 soalanBahagian 2

06 @ 07 soalanBahagian 1

10 soalanPemahaman

B I L . S OA L A NB A HA GI A N

Page 4: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

ANALISA BIL. SOALAN MENGIKUT TAJUK [ STPM 2002-2004]

4

14

10

8

1

1

2

1

2

1

2

1

1

2

2008

444SEMANTIK

161114SINTAKSIS

10811MORFOLOGI

778FONOLOGI

2112.5

1222.4

2122.3

1202.2

1122.1

B

0001.5

2331.4

1121.3

1101.2

2111.1

A

200720062005TAJUKBAHAGIAN

Page 5: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

BENTUK SOALAN

Page 6: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

TIADA STIMULUS

Page 7: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

1 Bahasa Melayu mengalami

perkembangan awal pada zaman

kerajaan

A Sailendra

B Sriwijaya

C Majapahit

D Bangkahulu

STPM 2002

Page 8: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

1 Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul?

A Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor

Bahru. B Encik Hashim adalah ketua kumpulan

kami yang baru. C Adalah dimaklumkan bahawa tugasan

ini perlu disiapkan dengan segera. D Latihan merumus karangan itu adalah

bukan untuk semua pelajar dalam kelas ini.

Page 9: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004

1 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu klasik kecuali

A menyerap unsur bahasa Jawa kuno

B meminjam beberapa unsur bahasa Arab

C mengekalkan pengaruh bahasa

Sanskrit

D menjadi media penghasilan karya

sastera dan penyebaran

Page 10: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

BERSTIMULUS

Bentuk stimulus

CartaJadual

PetikanAyat

GambarajahRumusPola

Stimulus-stimulus lain

Page 11: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Stimulus : Carta

Page 12: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004 Soalan 11 berdasarkan carta di bawah ini.

11 Padanan yang betul bagi bahasa dalam petak P dan Q ialah

Mikronesia

AustroasiaD

Austroasia

AustrisC

Melanesia

AustrisB

Polinesia

AustroasiaA

QP

Austronesia Tibet - China

P

Q

Page 13: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Stimulus : Jadual diikuti oleh soalan

STPM 2004

Page 14: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

15 Berdasarkan jadual di atas,pilih padanan yang betul antara

perkataan pinjaman dengan bahasa sumbernya.

PSQRD

QRSPC

RQSPB

RSQPA

IVIIIIII

TulenSSanskritIV

BahayaRJawaIII

GincuQCinaII

WajahPArabI

ContohBahasa

Page 15: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

Idea yang terbatasTerdapat kepelbagaian idea

IV

Penggunaan istilah teknikal

Kurang penggunaan istilah

III

Bahasanya ringkasBahasanya bersahajaII

Fakta bersifat ilmiahFakta bersifat khususI

Laras akademikLaras rencana

1 Berdasarkan jadual di atas, pilih padanan yang betul

antara laras rencana dengan laras akademik

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 16: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Stimulus :

Soalan yang jawapannya dalam bentuk

jadual / kenyataan

Page 17: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2001

20 Daripada jadual di bawah, pilih padanan penanda wacana

yang sesuai dengan tujuan paparan idea.

Meskipun demikian Walau bagaimanapun

D

Namun Dengan itu,C

Seterusnya Di samping itu,B

Justeru Oleh itu,A

Menyatakan pertentangan maklumat

Melanjutkan gagasan

Tujuan paparan idea

Page 18: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

35 Antara perkataan yang berhuruf condong berikut, yang manakah terdiri daripada kata kerja pasif?

Ramlah terpesona melihat pertunjukan silap mata itu. Ketika Akeluar dari tempat itu, bahunya terlanggar oleh pemuda Bmenyebabkan dia terjatuh. Ramlah cepat-cepat bangun dan Cdia tersenyum memandang pemuda itu. D

Page 19: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

23 Daripada jadual yang berikut, pilih padanan gelaran yang betul

Cikgu Syed PangeranD

Tunku Puan Sri MegatC

Tan Sri Profesor Tok ImamB

Tuan DoktorDatukUngkuA

Gelaran IkhtisasGelaran KurniaanGelaran Warisan

Page 20: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004

1 Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan.

NagiriAchehPagar RuyongD

PalavaJawaGandasuliC

NagiriPalembangTalang TuwoB

PalavaPalembangKedukan BukitA

TulisanTempatBatu Bersurat

Page 21: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

4.0 GAMBAR RAJAH/CARTA DIIKUTI OLEH SOALAN

Page 22: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

1 5

3 7 4 8

2 6

Page 23: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Sambungannya

24. Bahagian yang bertanda X dalam gambar rajah di atas ialah A vokal depan luasB vokal belakang luasC vokal belakang sempitD vokal depan separuh sempit

Page 24: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

5.0 PETIKAN DIIKUTI OLEH SOALAN

Page 25: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

Wanita yang ditemui itu berseluar biru,memakai kemeja berlengan panjang,berambut pendek,berkulit cerah,bertahi lalat di bawah bibir,memakai kasut hitam bertumit tinggi,memakai kaca mata hitam,dan beg tangan berjenama Christine de Or.

21 Petikan di atas menepati retorik A laporan B pemerian C penceritaan D penghujahan

Page 26: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

Walaupun hari beransur senja, Pak Dollah dan isterinya masih di ladang. Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya. Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam. Bagi pasangan itu, sebahagian daripada buah-buahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka.

34 Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas ialah A telah, masih B mahu, boleh C sedang, mahu D masih, sedang

Page 27: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004

Belum pun ada apa-apa keputusan dibuat,Pak Mail telah bertindak dengan sendiri

2 Berdasarkan petikan di atas, kata ganda yang berhuruf condong membawa maksud

A jamak B himpunan C tidak tentu D kepelbagaian

Page 28: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

6.0. PERNYATAAN/HURAIAN DIIKUTI

OLEH SOALAN

Page 29: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

“Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup”

31. Pernyataan di atas merujuk kepada A susunan vokal B keselarasan vokal C penyesuaian dua huruf vokal D penggabungan dua huruf vokal

STPM 2002

Page 30: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

• Belakang lidah diangkat setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tanpa menyentuhnya• Lelangit lembut diangkat• Bibir dibundarkan

27. Pernyataan di atas adalah tentang cara penghasilan bunyi A vokal tengah B vokal depan luas C vokal depan sempit D vokal belakang sempit

Page 31: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004

• Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras.• Lelangit lembut dalam keadaan biasa.• Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung• Pita suara digetarkan

25 Pernyataan di atas menunjukkan cara-cara mengeluarkan bunyi konsonan A sengauan gusi bersuara B sengauan dua bibir bersuara C sengauan lelangit keras bersuara D sengauan lelangit lembut bersuara

Page 32: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

7.0 AYAT DIIKUTI OLEH SOALAN

Page 33: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu

43 Ayat di atas A tidak boleh dipasifkan B mengalami proses pengguguran C mengalami proses penyongsangan D boleh menggugurkan unsur keterangan

Page 34: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

Hormatilah Rukunegara kita kalau mahu menjadi rakyat yang setia

49. Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai A frasa keterangan B klausa tak bebas C klausa utama D klausa bebas

Page 35: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2004

Motosikal Jaguh kepunyaan anak Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sriwijaya telah melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari Ahad yang lalu.

49 Predikat bagi ayat di atas ialah A melanggar seekor anak kambing jantan B telah melanggar seekor anak kambing jantan C melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al- Rahman D melanggar seekor anak kambing jantan di hadapan Masjid al-Rahman pada hari had yang lalu

Page 36: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

8.0 RUMUS DIIKUTI OLEH SOALAN

Page 37: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

1 Antara ayat yang berikut,yang manakah yang

menepati rumus di atas? A Dia mengendalikan program itu untuk ketua

jabatannya.B Budak kecil itu menjerit-jerit ketika saya tiba di

rumahnya.C Pengetua menjelaskan bahawa murid itu sakit tenat

di rumahnya.D Budak itu bangun lalu meninggalkan adiknya yang

sedang menangis.

Page 38: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

Objek + kata ganti nama tunjuk + X + kata kerja pasif

42 X dalam rumus di atas boleh diisi dengan kata ganti diri A orang ketiga sahaja B orang kedua sahaja C orang pertama sahaja D orang pertama dan kedua

Page 39: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2003

54. Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?

A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh. B Kain yang dipakainya halus bagai sutera. C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat

cerah D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan

itu agak kecil sekali

Kata bantu aspek + kata penguat + kata adjektif

Page 40: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

(E) STRATEGI MENJAWAB

• Baca arahan soalan dengan teliti sebelum mula menjawab. • Pastikan kertas soalan tersebut lengkap dan mengandungi 60

soalan.• Baca setiap petikan dengan teliti, kemudian baca 4 pilihan jawapan

yang diberikan. Calon dinasihatkan agar berhati-hati semasa memilih jawapan aneka pilihan atau pilihan pecahan yang diberikan.

• Pilih jawapan yang paling tepat dan tandakan jawapan itu dengan betul pada kertas jawapan objektif yang berasingan. Pastikan ruangan yang ditandakan itu betul.

• Calon hendaklah menjawab kesemua 60 soalan mengikut had masa yang ditetapkan iaitu 2 jam. Bahagikan masa untuk menjawabnya dan jangan berlengah-lengah apabila menjawab mana-mana bahagian yang tertentu yang dianggap sukar.

• Jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab kerana tindakan ini amat merugikan calon.

Page 41: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

sambungan STRATEGI MENJAWAB

• Ingat; tiada pemotongan markah bagi soalan yang salah.• Jumlah markah calon secara keseluruhannya dikira

berdasarkan jumlah jawapan yang telah ditandakan/dijawab dengan betul pada kertas jawapan objektif.

• Kepantasan, kemahiran membaca serta kemahiran membahagikan masa sangat penting dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

• Calon juga seharusnya dapat memahami petikan/karya sastera/carta dengan baik.

• Gariskan / ’highlight’ kata kunci atau isi-isi penting semasa membaca petikan agar dapat memudahkan proses menjawab soalan-soalan susulan yang dikemukakan

Page 42: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

(F) CARA MENJAWAB

• Baca dan fahami dengan teliti carta/kenyataan/petikan atau stimulus-stimulus lain dan soalan. (fahami setiap patah kata)

• Untuk memahami kehendak soalan, gariskan kunci soalan (kata/frasa/klausa) dan tentukan skopnya.

Contoh : Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bunyi vokal?• Skop/pengetahuan : Definisi/ciri-ciri bunyi vokal.• Baca dan fahami semua pilihan jawapan dan lakukan perkara yang sama seperti no.

2 (gariskan kunci jawapan (kata/frasa/klausa)Contoh : A Semasa bunyi dihasilkan,tiada getaran pada pita suara.B Semasa bunyi vokal dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan di rongga mulut.C Semasa bunyi dihasilkan,udara yang keluar dari paru-paru mengalami sempitan di rongga mulut.D Semasa bunyi dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut.

Page 43: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

……….sambunganCARA MENJAWAB

• Setelah melalui semua proses di atas, tetapkan pilihan jawapan.

• Untuk tidak membuang masa, sekiranya masih keliru, pindah kepada soalan yang lain

• Ulang langkah 1 hingga 4 untuk soalan-soalan yang ditinggalkan.

• Peruntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk menyemak semula pilihan jawapan yang ditanda pada kertas jawapan objektif untuk memastikan bahawa semua 60 soalan telah dijawab.

Page 44: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Walaupun telah bersedia dengan bersungguh-sunguh untuk menghadapi STPM, sebagai manusia biasa, kita

mungkin terlupa.Oleh itu, anda dinasihatan supaya tidak panik kerana

masih ada jalan penyelesaiannya

KAEDAH MENJAWAB KHUSUSNYA SOALAN 2 ATAU TIGA GABUNGAN JAWAPAN

Kaedah Penyingkiran

Kaedah Pemikiran Logik

Page 45: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Kaedah Penyingkiran

STPM 2004

32 Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal? I Jejari II Rujukan III Kelmarin IV Kosmopolitan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 46: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

1 Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama? I Masakan ibu enak sekali II Bederma satu amalan mulia III Membuang masa adalah tabiat buruk IV Penggunaan dadah mengancam keselamatan negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 47: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Kaedah Logik Pemikiran

STPM 2004

• Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah

I pengekodan II perancangan taraf III perancangan dasar IV penilaian hasil dan pemantapan strategi

A I, II, III dan IV B II, III, IV dan I C III, I, II dan IV D III, II, I dan IV

Page 48: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

STPM 2002

1 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama?

I Melaksanakan rancangan yang disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 49: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

(H) KELEMAHAN CALON

• Calon gagal untuk menjawab semua soalan. Tindakan ini amat merugikan kerana walaupun markah tidak dipotong bagi jawapan yang salah, calon sepatutnya cuba untuk menjawab.

• Alasan yang biasa dikemukakan oleh calon ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi. Jadi, calon dinasihatkan agar dapat mengagihkan masa dengan bijak agar semua soalan dapat dijawab mengikut masa yang ditetapkan.

• Calon yang kurang cekap membaca mungkin mengambil masa yang agak lama untuk memahami maklumat yang terkandung dalam ketiga-tiga petikan/karya sastera/carta bagi soalan pemahaman.

• Calon mungkin agak lemah dalam penguasaan bahasa sehingga tidak boleh memahami isi-isi tersirat dalam petikan yang diberikan.

• Calon mungkin lemah dalam bahagian tatabahasa atau fonologi bahasa Melayu.

Page 50: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

…………..sambunganKELEMAHAN CALON

• Calon terlalu gopoh apabila menjawab soalan sehingga tidak peka terhadap kehendak soalan sama ada yang positif atau negatif. Tindakan ini menyebabkan calon memilih jawapan yang salah.

• Calon kurang cekap menginterpretasi rangsangan daripada pelbagai bahan yang dikemukakan.

• Lazimnya calon kurang yakin atau terkeliru apabila memilih jawapan aneka pilihan yang berbentuk pilihan pecahan mungkin kerana kurang pengetahuan tentang tajuk yang disoal. Sesetengah calon mungkin meneka jawapan.

• Calon cuai ketika menandakan jawapan terutamanya jika jawapan ditandakan dahulu pada kertas soalan sebelum menandakan pada kertas jawapan objektif.

Page 51: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

(I) LANGKAH –LANGKAH MENGATASI KELEMAHAN.

• Bersedia lebih awal dengan latih tubi dari semasa ke semasa.

• Buat catatan atau nota kecil yang mudah dibawa ke mana-mana untuk dihafal.

• Baca arahan soalan dengan teliti sebelum menandakannya pada kertas jawapan objektif supaya tiada sebarang kesilapan dilakukan.

• Baca soalan dengan cermat/teliti dan cuba fahamkan kehendak soalan.

Page 52: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

Panduan

• Agihkan masa dengan baik agar semua soalan dapat dijawab dalam tempoh 2 jam. • Cuba fahami perbezaaan maksud bagi setiap pernyataan yang dikemukakan dalam pilihan jawapan yang diberikan.• Tandakan dengan pensel atau hitamkan dengan jelas pada ruangan jawapan di kertas jawapan objektif seperti yang diarahkan.• Calon dinasihatkan agar tidak menandakan jawapan di kertas soalan, kemudian menandakannya semula pada kertas jawapan objektif kerana tindakan ini bukan sahaja membuang masa bahkan boleh mengelirukan calon.

Page 53: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

PENUTUP

“kecilkan MASALAH, BESARKAN peluang”

“Manusia yang BERJAYA ialah manusia yang …….LUAR BIASA

MANUSIA BIASA boleh mencapai kejayaan seperti yang dicapai oleh manusia yang LUAR BIASA …

dengan syarat…BERUSAHA SECARA LUAR BIASA

Biasakan YANG BETUL…dan betulkan YANG BIASA.

Page 54: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

TAJUK/SUBTAJUK

PEMAHAMAN

• 01. Fonologi, fon, fonem, huruf dan suku kata [terbuka/tertutup]

• 02. Vokal : Konsep vokal depan/tengah/belakang/sempit/separuh sempit/luas/separuh luas

Page 55: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

• 03. Konsonan : Konsonan asli/pinjaman/bersuara/tak bersuara

• 04. Diftong : Rentetan vokal• 05. Pola Keselarasan Vokal

Page 56: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

• 06. Pengejaan : kata pinjaman/imbuhan pinjaman/kata majmuk [mantap/belum mantap]

• 07. Tanda baca : sempang [-]• 08. Morfem : bebas/terikat [imbuhan]

• 09. Bentuk kata : tunggal [termasuk akronim; pembentukan akronim],terbitan/majmuk/ganda

• 10. Golongan kata : KN/KK/9KA/16KT• 11. Ayat : subjek/predikat/Pola Ayat Dasar

Page 57: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

• 12. Frasa :jenis/binaan• 13. Klausa : bebas/tak bebas• 14. Susunan ayat : biasa/songsang

[seluruh/sebahagian predikat] hati-hati ayat pasif

• 15. Ragam ayat : Aktif/pasif [penanda pasif ]• 16. Jenis ayat : penyata/perintah/seru/Tanya• 17. Bentuk ayat : tunggal/majmuk

[gabungan/pancangan/keterangan]/campuran

Page 58: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

• 18. Penerbitan ayat : pengguguran/penyusunan semula/perluasan• 19. Digunakan dalam soalan [stimulus/stem/jawapan/distraktor] • unsur/konstituen/pengaruh/pengekodan/taraf/dasar/variasi/personafi

kasi/diksi/laras/• wacana/retorik/glottis/vokal/konsonan/diftong/fonologi/morfologi/sint

aksis/semantik/jamak/• hukumD-

M/tatabahasa/morfem/morfem/penerang/pelengkap/keterangan/subjek/predikat/

• relatif/komplemen/frasa/klausaaktif/pasif/songsang/tunggal/dasar/terbitan/artikulasi/

• artikulator/objek/inti/ …

Page 59: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

UJIAN

11/2003 Perkataan yang ada kaitan dengan konsep “Melayu”

ditemui pada catatan yang terdapat pada I Batu Bersurat Talang Tuwo II Batu Bersurat Kedukan Bukit III patung di Padang Rocore, Batanghari IV rekod ahli pelayaran China bertarikh 644-645 Masihi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 60: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

13/2003 Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu klasik?

A Tidak wujud pendepanan predikat dalam

binaan ayat.

B Banyak menggunakan partikel dalam ayat

C Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan

D Penggunaan kata pangkal ayat meluas.

Page 61: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

07/2003

Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

A penilaian

B pemupukan

C pengekodan

D pemasyarakatan bahasa

“Penyerapan variasi bahasa dari segi daerah dan sosial melalui penyediaan tatabahasa, kamus, panduan ejaan, dan sebagainya

Page 62: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

15/2002 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangaan bahasa Melayu pada peringkat pertama?

I Melaksanakan rancangan yang disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 63: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

24/2001 Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu, konsep sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas dikaitkan dengan

A kedudukan lidah

B pergerakan lidah

C turun naik rahang

D bukaan rongga mulut

Page 64: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

17/2001 Antara berikut yang manakah yang mengandungi unsur-unsur percampuran kod ?

I Ah Kau, ini barang berapa harga?

II I doakan you lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

III Ana akan menghadiri seminar itu bersama-sama dengan abang anta.

IV Beta berasa amat sedih dengan penderitaan yang menimpa rakyat beta.

Page 65: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

37/2001 Pilih keterangan yang benar tentang morfem bebas?

I Kata tunggal II Kata berimbuhan III Kata yang dapat berdiri sendiri IV Dapat berfungsi sebagai ayat minimal A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

Page 66: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

37/2002 Perkataan yang tergolong dalam kata terbitan ialah

I seteru II ekawarna III setinggan IV sasterawan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

Page 67: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

26/2002 Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal

belakang sempit ?

A Taut

B Kain

C Halau

D Hairan

Page 68: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

26/2001 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong.

I Terdapat unsur geluncuran II Kombinasi dua bunyi vokal III Membentuk lebih daripada satu suku kata IV Mempunyai dua puncak kelantangan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Page 69: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

35/2001 Ayat yang manakah menggunakan kata adjektif sebagai pelengkap?

A Keadaan politik di negara jiran semakin genting.

B Bendera negara-negara peserta berkibaran di sekeliling stadium.

C Malaysia akan menjadi negara pengeksport kenderaan yang terkenal.

D Dia tercengang apabila namanya diumumkan sebagai pemenag

Page 70: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

33/2003 Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri kata adjektif?

A Boleh menjadi predikat ayat.

B Boleh mengikuti kata penguat.

C Boleh diikuti unsur keterangan.

D Boleh hadir di hadapan kata kerja

Page 71: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

39/2002

Kata kerja yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

A transitif

B transitif aktif

C tak transitif berpelengkap

D tak transitif tanpa pelengkap

Rakyat negara itu telah memberontak demi menuntut hak pemerintahan sendiri

Page 72: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

48/2003 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya?

I Pakaian ini belum kupakai. II Keputusaan ini harus anda umumkan dengan

segera. III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah

benar. IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja

berlepas. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 73: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

54/2003

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di atas?

A Kesihatan Puan Tan sudah baik sungguh. B Kain yang dipakainya haalus bagai sutera. C Peluang kenaikan pangkat Encik Haris sudah amat cerah. D Bilangan penonton yang menyaksikan perlawanan itu agak kecil

sekali.

Kata Bantu aspek + kata penguat + kata adjektif

Page 74: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

59/2002 Antara ungkapan yang berikut, yang manakah yang mempunyai makna konotatif dan makna denotatif?

A Ibu kota

B Ibu ayam

C Ibu pejabat

D Ibu pertiwi

Page 75: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

58/2003

Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan II ialah

I : Dahlah kau ni jarang mandi pagi. Kalau mandi pagi pun mandi kerbau.II : Orang rumah saya sedang berbual-bual dengan Encik Kamarul.

Kiasan berpindah Kiasan terusD

Kiasan pemanis Kiasan sandarC

Kiasan terus Kiasan berpindahB

Kiasan asal Kiasan melaratA

III

Page 76: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

22/2004

Pernyataan di atas menepati ciri retorik

A pemerian

B pemujukan

C penceritaan

D penghujahan

• Penulis mengemukakan bukti yang kukuh dan logik.• Penulis perlu meyakinkan pembaca tentang pendapatnya.• Penulis mempengaruhi pembaca supaya mengubah pendirian

Page 77: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

29/2004 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi vokal. A Udara mengalami sekatan B Bentuk bibir boleh bundar atau terhampar C Pita suara bergetar ataupun tidak bergetar D Semasa menghasilkannya, lelangit lembut dalam keadaan

neutral

Page 78: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

37/2004 Ayat yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif? I Kanak-kanak itu tertelan biji durian. II Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas III Nelayan di Pantai Remis tertangkap anak

dugong IV Pendatang asing yang lemas kebanyakannya terjerlus ke dalam Lumpur A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

Page 79: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

44/2004 Klausa ialah A unit tatabahasa yang terkecil yang boleh

berdiri sendiri B unit pengucapan yang paling tinggi letaknya

dalam susunan tatabahasa C binaan yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas. D rangkaian perkataan yang mengandungi satu

subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.

Page 80: STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1

U jian tam at

S e m oga be rjaya