soalan tutorial 1

4

Click here to load reader

Upload: muhammad07

Post on 08-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tutorial 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

ILMU PENDIDIKAN PENGETAHUAN IKHTISAS

( MODUL 1/3 unit 1/2 Psikologi Pendidikan )

SOALAN TUTORIAL - 1

Kepentingan seorang guru mempelajari ilmu pendidikan.

Memahami manusia dengan baik khususnya murid-murid.

Dengan psikologi guru-guru dapat mengkaji tingkah laku murid-murid dengan

memikirkan factor-faktor yang berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

Dapat mengenalpasti murid-murid yang mempunyai tingkah laku yang berbeza

bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid dan membantu

guru menggunakann teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan

yang baik di antara guru dengan murid-muridnya.

Membantu guru membentuk personaliti yang positif terhadap murid-murid serta

konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang sewajarnya

Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh-contoh yang sesuai

untuk menyokong jawapan anda.

Tidak dapat dinafikan bahawa psikologi pendidikan adalah untuk memahami

tingkah laku murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui

pemerhatian oleh guru. Dalam konteks bilik darjah, dengan lahirnya psikologi

pendidikan:-

Guru-guru dapat mengetahui bagaimana untuk memahami tingkah laku murid-

murid. Contohnya bagi yang terlalu aktif di dalam kelas. Guru dapat mengawal

mereka supaya tidak mengacau orang lain kerana kebanyakan mereka ini suka

mengacau murid-murid lain dan malas membuat kerja tetapi senang di suruh

membuat aktiviti lain seperti menyapu papan hitam dan sebagainya.

Page 2: Soalan Tutorial 1

Ilmu Pendidikan (Modul)

Guru dapat mengetahui ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi dan

mengamalkannya di dalam bilik darjah.

Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu drai segi mental, fizikal, minat

demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka.

Sebagai contoh guru boleh menggunakan aktiviti kumpulan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid-murid agar guru

dapat mencegah masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah.

Membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar

yang berguna dalam aktiviti pendidikan kerana guru adalah role model kepada

murid-murid di sekolah amnya dan di bilik darjah khususnya

Page 3: Soalan Tutorial 1

Ilmu Pendidikan (Modul)