soalan tutorial sistem ekologi jawapan[1]

24
Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi 1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? [5] Istilah ekosistem merujuk kepada gabungan interaksi komponen-komponen biotik dan abiotik di sesuatu kawasan. Komponen biotik merujuk kepada organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan dan bakteria. Manakala komponen abiotik merujuk kepada benda bukan hidup seperti tanah, suhu, hujan, hujan, kelembapan udara, keamatan cahaya matahari dan sebagainya. Terdapat ekosistem daratan dan akuatik. (b) Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana pemindahan tenaga berlaku dalam mana-mana satu ekosistem tanah bencah yang anda telah kaji. [10] Dalam ekosistem tanah bencah iaitu hutan paya bakau, pemindahan tenaga berlaku melalui proses berikut; Pengeluar - Tumbuhan melakukan proses fotosintesis - Membuat makanan seperti glukosa dan kanji - Ia disimpan dalam buah, biji, daun, madu dan akar pokok Pengguna primer - Kumpulan haiwan herbivor memakan pengeluar - Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan - 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan Pengguna sekunder - Kumpulan haiwan karnivor memakan pengguna primer - Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan - 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan Pengguna tertier - Umumnya terdiri daripada kumpulan haiwan omnivor memakan pengguna sekunder - Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan - 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk pembiakan Pengurai - Terdiri daripada bakteria dan kulat yang mengurai bahan- bahan organik yang mati - Tenaga haba dibebaskan © Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 1

Upload: hieng-han-lau

Post on 23-Oct-2015

366 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

1. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem? [5]

Istilah ekosistem merujuk kepada gabungan interaksi komponen-komponen biotik dan abiotik di sesuatu kawasan. Komponen biotik merujuk kepada organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan dan bakteria. Manakala komponen abiotik merujuk kepada benda bukan hidup seperti tanah, suhu, hujan, hujan, kelembapan udara, keamatan cahaya matahari dan sebagainya. Terdapat ekosistem daratan dan akuatik.

(b)Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana pemindahan tenaga berlaku dalam mana-mana satu ekosistem tanah bencah yang anda telah kaji. [10]

Dalam ekosistem tanah bencah iaitu hutan paya bakau, pemindahan tenaga berlaku melalui proses berikut;

Pengeluar- Tumbuhan melakukan proses fotosintesis- Membuat makanan seperti glukosa dan kanji- Ia disimpan dalam buah, biji, daun, madu dan akar pokok

Pengguna primer- Kumpulan haiwan herbivor memakan pengeluar- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengguna sekunder

- Kumpulan haiwan karnivor memakan pengguna primer- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengguna tertier

- Umumnya terdiri daripada kumpulan haiwan omnivor memakan pengguna sekunder

- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengurai

- Terdiri daripada bakteria dan kulat yang mengurai bahan-bahan organik yang mati

- Tenaga haba dibebaskan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 1

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

(c)Terangkan kepentingan mengekalkan ekosistem tersebut. [10]

Ekosistem hutan paya bakau memainkan pelbagai peranan terhadap alam sekitar fizikal dan kehidupan manusia seperti berikut; Alam sekitar fizikal

- Menghalang hakisan ombak, menggalakkan pemendapan nutrien- Habitat flora dan fauna- Habitat persinggahan burung migrasi

Alam sekitar manusia- Sumber bahan mentah- Pusat rekreasi- Pusat penyelidikan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 2

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

2. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan ekologi dan ekosistem? [8]

Ekologi ialah suatu ilmu yang mengkaji tentang persekitaran hidup sesutu organisma. Kajian ekologi menjurus kepada respon organisma terhadap persekitarannya iaitu bagaimana organisma hidup dan beradaptasi terhadap persekitarannya.

Konsep ekosistem bersifat lebih besar yang mengkaji intreaksi antara organisma dan haiwan dengan persekitarannya seperti tanih, cahaya matahari dan tenaga. Ekosistem mengandungi dua komponen iaitu biotik dan abiotik. Komponen biotik meliputi individu, komuniti dan populasi, manakala unsur abiotik pula ialah hidrosfera, litosfera dan atmosfera.

(b)Dengan bantuan gambar rajah, nyatakan fungsi ekosistem dan nyatakan komponen-komponen asas dalam ekosistem. [8]

Ekosistem memainkan peranan penting kepada setiap organisma hidup. Perbezaan yang wujud antara sesuatu organisma dalam sesuatu ekosistem membolehkan mereka beradaptasi. Contohnya tumbuhan hijau menerima cahaya matahari sebagai tenaga. Dengan bantuan karbon dioksida (co2) dan air, tumbuhan akan menjalankan fotosintesis dan menghasilkan karbohidrat dan bertindakbalas seperti berikut;

Komponen-komponen asas dalam ekosistem terdiri daripada unsur biotik dan unsur abiotik. Unsur biotik merupakan organisma hidup seperti haiwan dan tumbuhan, manakala unsur abiotik merupakan benda bukan hidup seperti tanih, cahaya matahari, nutrien, air dan udara.

(c)Bagaimanakah manusia boleh mengganggu ekosistem semula jadi? [9]

Manusia mengganggu ekosistem semula jadi; Aktiviti penebangan hutan Penarahan bukit menyebabkan kemusnahan flora dan fauna Pembakaran hutan memusnahan habitat flora dan fauna Pembinaan empangan menenggalamkan habitat flora dan fauna.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 3

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

3. (a)Takrifkan konsep komuniti. [5]

Konsep komuniti ialah; Komuniti bermaksud satu subbahagian biotik di dalam sesuatu ekosistem yang dibentuk

oleh hubungkait antara populasi haiwan dan tumbuhan di sesuatu kawasan.

(b)Huraikan siratan makanan yang terdapat di sesuatu ekosistem hutan hujan tropika. [10]

Siratan makanan yang terdapat di sesuatu ekosistem hutan hujan tropika; Mengenal pasti adanya aliran tenaga dan beberapa rantaian makanan dalaaam siratan

makanan yang terletak pada aras beberapa aras trofik. Pengeluar menggunakan tenaga matahari untuk membuat makanan Pengguna mengambil bahagian dalam beberapa rantaian manakan Pengguna sekunder memakan pengguna primer Pengguna tertier memakan pengguna sekunder Pengurai menguraikan bahan organik dan membebaskan bahan bukan organik

(c) Jelaskan bagaimana siratan makanan di sesuatu ekosistem tasik di ganggu oleh manusia. [10]

Siratan makanan di sesuatu ekosistem tasik di ganggu oleh manusia; Apabila manusia menangkap ikan berlebihan Aktiviti perindustrian mencemarkan air dengan bahan buangan dan sisa lain Menjadikan tasik pusat rekreasi dan daya tarikan pelancong – pembuangan sampah oleh

pegunjung Akitiviti pertanian yang menggunakan racun rumpai dan racun serangga Aktiviti perlombongan.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 4

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

4. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi? [5]

Maksud kepelbagaian biologi ialah; Kepelbagaian biologi adalah prinsip ekologi yang merujuk kepada pelbagai jenis hidupan

yang membentuk populasi spesies di atas permukaan bumi atau di sebuah ekosistem.

(b)Jelaskan gangguan terhadap kepelbagaian biologi akibat aktiviti manusia. [8]

Gangguan terhadap kepelbagaian biologi akibat aktiviti manusia; Tindakan memburu atau menuai secara segaja bagi tujuan perdagangan, sukan atau

mengawal penyakit Dengan cara mengganggu atau menghapus habitat Dengan memperkenalkan spesies eksotik termasuklah parasit baru, pemangsa atau

pesaing kepada spesies asal Pencemaran terutamanya pencemaran udara dan tanih

(c)Huraikan kepentingan kepelbagaian biologi kepada manusia. [12]

Kepentingan kepelbagaian biologi kepada manusia; Memberi banyak pilihan sumber makanan Memberi dan menyediakan banyak sumber perubatan Menyediakan pelbagai bahan hiasan dan peralatan Mengurangkan ketidakseimbangan kandungan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera

yang penting kepada kehidupan manusia Mengurangkan masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, bunyi bising dan pelbagai

proses fizikal lain. Malahan in boleh mengganggu kehidupan manusia. Memberi nilai estetika kepada sesuatu kawasan dan daya tarikan pelancongan.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 5

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

5. (a)Dengan bantuan gambar rajah, tunjukkan siratan makanan dalam sebuah ekosistem pertanian.[5]

Siratan makanan dalam sebuah ekosistem pertanian sawah padi:

Ekosistem sawah padi

(b)Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan ekosistem berkenaan? [10]

Aktiviti manusia boleh menganggu keseimbangan ekosistem sawah padi ialah; Penggunaan racun serangga dan racun rumpai Penggunaan baja kimia Penggunaan jentera-jentera pertanian Penanaman semula dengan dengan membakar jerami padi Penanaman padi sebagai tanaman giat setempat

(c) Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi ketidakseimbangan ekosistem ini. [10]

Langkah-langkah untuk mengatasi ketidakseimbangan ekosistem sawah padi ialah; Kawalan biotik Penggunaan baja organik Memelihara haiwan ternakan Tanaman giliran Permbakaran di larang

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 6

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

6. (a)Dengan bantuan gambar rajah, tunjukkan siratan makanan yang terdapat dalam sesuatu ekosistem hutan hujan tropika. [5]

Siratan makanan yang terdapat dalam sesuatu ekosistem hutan hujan tropika seperti gambar rajah di bawah;

Siratan makanan di ekosistem kawasan hutan hujan tropika

(b)Terangkan bagaimana saling kebergantungan wujud diantara pengeluar, pengguna dan pengurai. [10]

Saling kebergantungan wujud diantara pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siri rantaian makanan ialah seperti gambar rajah di bawah;

Saling kebergantungan di antara pengeluar, pengguna dan pengurai

Pegeluar- tumbuhan hijau melakukan proses fotosintesis- menghasilkan tenaga (makanan seperti glukosa, kanji, protein)

Pengguna primer (herbivor).- haiwan yang memakan tumbuhan hijau dan buah-buahan- tenaga dipindahkan ke dalam badan haiwan. - sebahagian tenaga digunakan untuk tumbesaran dan sebahagian tenaga hilang.

Pengguna sekunder (karnivor).- kumpulan haiwan yang memakan haiwan lain.- tenaga dipindahkan untuk tumbesaran.- tenaga hilang melalui pergerakan, perkumuhan dan pembiakan.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 7

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

Pengguna tertier (omnivor)- kumpulan haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.- tenaga dipindahkan untuk tumbesaran.- sebahagian tenaga hilang.

Pengurai - Organisma seperti kulat, bakteria, cacing, anai-anai akan menghuraikan bahan-bahan

organik dari tumbuhan dan haiwan melalui proses pereputan.- Nutrien akan dikembalikan ke dalam tanah dan digunakan semula oleh tumbuhan.

(c) Jelaskan sumbangan ekosistem hutan hujan tropika terhadap kehidupan manusia. [10]

Terdapat pelbagai sumbnagan ekosistem hutan hujan tropika terhadap kehidupan manusia. Keseimbangan ekosistem dunia.

- Mengawal suhu dunia- Mengawal pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida- Mewujudkan kerpasan

Kawasan tadahan air.- Litupan bumi yang padat berperanan sebagai kawasan pembekal air kepada sistem

saliran.- Litupan yang padat menggalakkan proses infiltrasi dan kewujudan mata air.

Kegiatan ekonomi.- Membekalkan pelbagai spesies kayu balak, buluh, rotan dan herba untuk tujuan

komersial- Membekalkan makanan haiwan dan hasil hutan seperti petai, pucuk daun, ubi

menjadi punca makanan orang Asli- Kawasan rekrasei – suasana nyaman, sejuk dan bersih menjadi tarikan pelancong.

Kepelbagaian spesies pokok dan keistimewaan ciri-ciri hutan menggalakkan ekopelancongan.

7. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan aras trofik dalam sesuatu ekosistem? [5]

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 8

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

Maksud aras trofik dalam sesuatu ekosistem ialah; Aras trofik dalam sesuatu ekosistem merujuk kepada peringkat-peringkat pengeluar,

pengguna primer, pengguna sekunder, pengguna tertier. Bilangan populasi berkurangan dari peringkat pengeluar ke peringkat tertier. Umumnya

saiz haiwan bertambah besar. Kecekapan pemindahan tenaga juga semakin berkurangan.

(b)Berdasarkan sebuah ekosistem, terangkan bagaimana aliran tenaga berlaku. [10]

Aliran tenaga di hutan hujan tropika ialah seperti berikut;

Pengeluar- Tumbuhan melakukan proses fotosintesis- Membuat makanan seperti glukosa dan kanji- Ia disimpan dalam buah, biji, daun, madu dan akar pokok

Pengguna primer- Kumpulan haiwan herbivor memakan pengeluar- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengguna sekunder

- Kumpulan haiwan karnivor memakan pengguna primer- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengguna tertier

- Umumnya terdiri daripada kumpulan haiwan omnivor memakan pengguna sekunder

- Hanya 10 peratus tenaga dipindahkan dan disimpan dalam badan- 90 peratus tenaga hilang dalam pergerakan, perkumuhan dan untuk

pembiakan Pengurai

- Terdiri daripada bakteria dan kulat yang mengurai bahan-bahan organik yang mati

- Tenaga haba dibebaskan

(c)Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh mengganggu aliran tenaga di ekosistem tersebut.[10]

Aktiviti manusia boleh mengganggu aliran tenaga di ekosistem tersebut; Pembalakan Pertanian pindah Pemburuan Perlombongan Pelancongan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 9

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

8. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan piramid makanan dalam sesuatu ekosistem? [7]

Piramid makanan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat atau trof. Peringkat pengeluar terdiri daripada tumbuhan. Komponen paling banyak Peringkat pengguna primer terdiri daripada haiwan herbivor. Bilangan berkurang

berbanding pengeluar Peringkat pengguna sekunder terdiri daripada haiwan karnivor. Bilangan berkurang

berbanding pengguna primer. Peringkat pengguna tertier terdiri daripada haiwan omnivor. Bilangan berkurang

berbanding pengguna sekunder.

(b)Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan mana-mana satu kitar nutrien di dalam sesuatu ekosistem. [8]

Kitar nutrien di dalam sesuatu ekosistem.

Tumbuhan menyerap kalsium dari lapisan tanah dan disimpan dalam pokok. Daun, ranting, buah dan biji yang reput akan mengembalikan kalsium ke dalam tanah.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 10

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

Haiwan seperti serangga, burung dan sebagainya memperoleh kalsium apabila memakan tumbuhan dan bijian.

Apabila serangga dimakan oleh burung atau tanduk rusa dimakan oleh tupai menyebabkan berlaku pemindahan kalsium

Kematian semua haiwan ini mengembalikan kalsium ke dalam lapisan tanah semula.

(c)Huraikan bagaimana kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem boleh terganggu disebabkan kegiatan manusia. [10]

Kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem boleh terganggu disebabkan kegiatan manusia. melalui; Pemburuan haiwan dan pengambilan tumbuhan tertentu Pembalakan merosakkan habitat fauna dan flora. Ini mengganggu rantaian makanan Pertanian pindah yang menebang dan membakar hutan Pembakaran hutan oleh peneroka Industri perkilangan yang menghasilkan hujan asid merosakkan hidupan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 11

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

9. (a)Dengan batuan gambar rajah, huraikan siratan makanan dalam sesuatu ekosistem akuatik. [5]

Siratan makanan dalam sesebuah ekosistem akuatik laut ialah seperti di bawah;

(b)Terangkan sumbangan ekosistem akuatik tersebut terhadap kehidupan manusia. [10]

Sumbangan ekosistem akuatik laut terhadap kehidupan manusia ialah; Membekalkan sumber makanan jenis protein Memberi peluang pekerjaan contohnya nelayan Sumber pendapatan negara melalui eksport hasil tangkapan Bahan mentah industri mengetin makanan dan baja organik Industri perkapalan, membuat peralatan kegiatan perikanan

(c) Jelaskan bagaimana ekosistem tersebut boleh mangalami ketidakseimbangan. [10]

Ekosistem laut mengalami ketidakseimbangan apabila; Berlaku aktiviti penangkapan hasil laut yang berlebihan Kaedah penangkapan yang tidak baik seperti menggunakan pukat harimau dan letupan

bom Aktiviti ekopelancongan yang merosakkan habitat hidupan laut seperti terumbu karang.

Contohnya aktiviti scuba diving Pencemaran laut seperti tumpahan minyak dan bahan toksik Bencana alam seperti tsunami dan letusan gunung berapi

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 12

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

10. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran nutrien? [5]

Kitaran nutrien bermaksud satu proses kitaran unsur-unsur kimia seperti nitrogen, karbon, kalisum dan sulfur dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dalam tiga fasa yang lengkap, iaitu fasa atmosfera, biosfera dan tanih.

(b)Jelakan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian. [10]

Kitar nitrogen berlaku dalam tiga fasa iaitu di dalam; atmosfera

- pembakaran akan menghasilkan gas nitrogen- pancaran kilat yang terkena gas nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen oksida- nitrogen oksida yang bertindak balas dengan air hujan akan membentuk nitrat- tumbuhan akan meresap nitrat melalui akarnya- tumbuhan menukar nitrat menjadi amino, protein dan vitamin melalui proses

fotosintesis jasad hidupan (biosfera)

- dalam jasad manusia dan haiwan – nitrogen dihasilkan melalui proses perkumuhan iaitu ammonia, urea, asid urik dan sebatian nitrogen.

- Proses pereputan bahan organik seperti proses penghumusan juga menghasilkan kimia nitrat

Tanih- Dihasilkan melalui proses pereputan bahan organik- Sel organisma yang mati menghasilkan ammonia dan nitrat- Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian- Hidupan bakteria dan alga dalam tanah juga mengeluarkan nitrogen.

(c) Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitaran nitrogen. [10]

Aktiviti pertanian boleh mengganggu proses kitaran nitrogen apabila; Penggunaan baja kimia Pembinaan sistem pengairan Pengkhususan tanaman yang cita Pembakaran sisa pertanian Proses pereputan sisa tanaman melalui proses penghumusan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 13

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

11. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan kitar biogeokimia? [3]

Maksud kitar biogeokimia ialah; Tindak balas kimia yang berulang-ulang yang melibatkan kedua-dua sistem hidup

atau tidak hidup

(ii) Nyatakan dua unsur utama dalam kitar mendapan. [2]

Unsur utama dalam kitar mendapan ialah; Unsur mineral Unsur padu seperti fosfat, kalsium, potasium dan sulfur.

(b)(i) Nyatakan faktor pembatas dalam ekosistem belukar. [3]

Faktor pembatas dalam ekosistem belukar tersebut ialah; Kekurangan cahaya matahari menyebabkan tumbuhan di kawasan lantai hutan

belukar sukar melakukan proses fotosintesis Air berlebihan menyebabkan tumbuhan bukan jenis hidrofit mati Kandungan humus berlebihan menyebabkan kadar pertumbuhan yang cepat Kawasan tanah berbatu-batu mengurangkan kadar pertumbuhan pokok renek

(ii) Nyatakan tiga punca karbon dioksida di ekosistem belukar. [3]

Tiga punca karbon dioksida di ekosistem belukar ialah; Tumbuhan Tanih Air Udara

(c)Huraikan bagaimana sesuatu ekosistem belukar diganggu oleh aktiviti manusia. [8]

Ekosistem belukar diganggu oleh aktiviti manusia ialah; Apabila manusia mengutip hasil hutan belukar dengan berlebihan Melakukan aktiviti membakar hutan Memburu dan menangkap binatang yang terdapat di kawasan hutan Membersihkan belukar untuk tujuan pertanian dan kebun

(d)Jelaksn dua bentuk persaingan yang terdapat di dalam sesutu ekosistem belukar. [6]

Dua bentuk persaingan yang terdapat di dalam sesutu ekosistem belukar ialah; Persaingan mendapatkan tenaga sesama spesies Persaingan mendapatkan tenaga antara spesies

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 14

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

12. (a) Nyatakan dua jenis dan dua komponen ekosistem. [5]

Dua jenis ekosistem ialah; Ekosistem daratan Ekosistem air

Komponen ekosistem; Biotik – benda hidup Abiotik – benda tidak hidup

(b)Huraikan dua faktor iklim yang mempengaruhi pembentukan ekosistem. [10]

Dua faktor iklim yang mempengaruhi pembentukan ekosistem ialah; Suhu

- Mempengaruhi jenis flora - Menentukan tingkah laku flora- Mempengaruhi jenis fauna

Hujan - Menentukan jenis flora dan fauna

(c) Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia. [10]

Kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia; Sumber ekonomi Kawasan ekopelancongan Sumber oksigen Sumber ubatan tradisional Mengawal proses hakisan dan tanah runtuh

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 15

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

13. Rajah di bawah menunjukkan kitar karbon di ekosistem X.

(a)Berdasarkan Rajah di atas, nyatakan contoh-contoh pengguna di setiap aras trofik iaitu aras trofik A, aras trofik B, dan aras trofik C dalam ekosistem X. [5]

Contoh-contoh pengguna di setiap aras trofik iaitu aras trofik A, aras trofik B, dan aras trofik C dalam ekosistem X;

Aras trofik A – pengguna primer (haiwan herbivor) seperti belalang, ulat yang memakan tumbuhan

Aras trofik B – pengguna sekunder (haiwan karnivor) seperti burung, harimau yang memakan haiwan lain

Aras trofik C – pengguna tertier (haiwan omnivor) seperti beruang yang memakan tumbuhan dan haiwan.

(b)Terangkan peranan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem X. [8]

Peranan tumbuhan dalam ekosistem X ialah; Menjalankan proses fotosintesis Sumber makanan Habitat fauna Tempat storan air

(c) Jelaskan bagaimana keseimbangan kitar karbon diganggu oleh aktiviti manusia. [12]

Keseimbangan kitar karbon terganggu apabila; Aktiviti penebangan hutan berleluasa Pertambahan kenderaan Pembakaran terbuka Perlombongan yang berlebihan Aktiviti perkilangan yang pesat.

14. (a)Berikan huraian ringkas mengenai autotrof dalam sistem ekologi. [5]

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 16

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

Autotrof bermaksud tumbuhan yang boleh memproses makanannya sendiri dengan menggunakan cahaya matahari melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga cahaya matahari untuk menukar karbon dioksida dan air bagi membentuk gula dan mengeluarkan gas oksigen sebagai bahan sampingan.

(b)Nyatakan komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem sebuah paya air tawar. [2]

Komponen abiotik di hutan paya air tawar; Tanih Cahaya matahari Air

(c) Jelaskan bagaimana tenaga dipindahkan dalam ekosistem paya tersebut. [8]

Pemindahan tenaga dalam ekosistem paya melalui; Tenaga haba matahari kepada tumbuhan – proses fotosintesis Tenaga kimia daripada pengeluar kepada pengguna primer – pemakanan herbivor Tenaga kimia daripada pengeluar kepada pengguna ketiga – pemakanan omnivor Tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati kepada organisma pengurai –

proses peruputan.

(d)Huraikan kesan kegiatan penyahhutanan terhadap ekologi di sesebuah kawasan tanah tinggi.[10]

Kesan kegiatan penyahhutanan terhadap ekologi tanah tinggi; Suhu persekitaran meningkat Hakisan tanah giat Mengurangkan kandungan oksigen dalam udara Habitat haiwan terganggu Menjejaskan kitaran hidrologi Hujan berkurangan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 17

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

15. Berpandukan kajian luar yang telah anda jalankan,(a) jelaskan saling kebergantungan antara pengeluar, pengguna dan pengurai dalam ekosistem hutan paya bakau. [15]

Rajah saling kaitan antara pegeluar, pengguna dan pengurai

Pengeluar- pokok bakau- membuat makanannya sendiri dan menghasilkan tenaga melalui fotosintesis- membekalkan tenaga dan sumber makanan kepada organisma herbivor di daratan

Pengguna 1 (primer)- moluska, ketam, cacing dan udang- pengguna primer memakan tumbuhan yang terdiri daripada pengeluar- kebayakan pengguna primer adalah hidupan dua alam

Pengguna 2 (sekunder)- Ikan, ular, biawak- pengguna sekunder memakan haiwan kecil yang terdiri daripada pengguna primer- tenaga digunakan untuk membesar, bergerak dan aktiviti lain

Pengguna 3 (tertier)- memerang, burung dan kera- pengguna tertier memakan tumbuhan dan haiwan yang terdiri daripada pengguna

primer dan sekunder Pengurai (bakteria dan kulat/fungi)

- daun bakau jatuh ke dalam air akan diuraikan oleh mikroorganisma untuk nutrien- nutrien tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem bakau

(b)jelaskan mengapa ekosistem hutan paya bakau perlu dikekalkan untuk kepentingan manusia.[10]

Ekosistem hutan paya bakau perlu dikekalkan untuk; menstabilkan muara sungai zon penampan semula jadi penapis bahan pencemar habitat pelbagai jenis hidupan tempat persinggahan dan perlindungan burung migrasi dari Siberia, China dan Rusia mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 18

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

16. (a) Apakah yang anda faham dengan konsep aras trofik? [5]

Konsep aras trofik Aras makanan dan pemakanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berurutan Organisma hidup dalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan mengikut aras trofik yang

selari dengan fungsi organisma berkenaan Susunan hierarki aras trofik dari bawah naik ke atas akan menghasilkan sati piramid yang

dipanggil piramid ekologi

(b)Huraikan bagaimana ekosistem sesebuah tasik terjejas akibat aktiviti manusia. [10]

Aktiviti manusia yang menjejaskan ekosistem ialah; Aktiviti penebusgunaan – tasik ditebus guna untuk dijadikan pelbagai tapak bina yang

memusnahkan terus semua ekologi di dalamnya. Pembangunan pertanian dan penternakan – penggunaan racun dan baja kimia

menyebabkan sumber air tercemar – nilai pH air berasid memusnahkan hidupan akuatik Aktiviti perindustrian – penyaluran dan pembuangan sisa toksik ke dalam tasik

mencemarkan tasik, kadar BOD meningkat dab memusnahkan segala hidupan dalam tasik

Aktiviti pelancongan – pembuangan dan penyaliran sisa kumbahan dan meningkatkan. Ia membolehkan tumbuhan akuatik musnah

Pembangunan pesat sektor pembandaran. – pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik dan air kumbahan ke dalam tasik menyebabkan air tasik tercemar dan mengganggu keseimbangannya.

Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga – ekosistem tasik akan musnah akibat pembuangan enap cemar sisa perlombongan ke dalam tasik.

(c) Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kemerosotan ekosistem sesbuah tasik.[10]

Langkah-langkah untuk mengatasi; Penguatkuasaan undang-undang Loji rawatan air Sistem perangkap sampah Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kempen dan pendidikan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 19

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

17. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kehilangan tenaga pada setiap aras trofik? [5]

Kehilangan tenaga ialah merujuk kepada penurunan sejumlah tenaga secara berturut-turut di setiap aras trofik disebabkan terdapat pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba di setiap aras trofik.

(b)Jelaskan faktor berlakunya kehilangan tenaga pada setiap aras trofik dalam piramid tenaga.[8]

Faktor berlakunya kehilangan tenaga pada setiap aras trofik dalam piramid tenaga; Hanya sejumlah makanan tertentu sahaja yang dimakan di setiap aras trofik. Tidak semua makanan yang dimakan dicernakan Makanan yang dicernakan digunakan untuk tumbesaran organisma Lebihan makanan yang dicernakan digunakan sebagai tenaga

(c)Huraikan bagaimana siratan makanan diganggu oleh aktiviti manusia. [12]

Aktiviti manusia yang mengganggu siratan makanan; Pengeluar – musnah dan pupus akibat pembalakan dan penyahhutanan Pengeluar dan pengguna mengalami kepupusan – akitiviti pemburan dan pengutipan hasil

hutan. Kepupusan pengeluar dan penghijrahan pengguna kerana pembinaan petempatan Kepupusan pengeluar dan pengguna kerana ekopelancongan Kepupusan pengeluar dan pengguna kerana pembinaan infrastruktur

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 20

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

18. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien? [5]

Kitar nutrien merujuk kepada kitaran bahan kimia dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap, sempurna dan boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asal.

(b)Huraikan fasa kitar oksigen dan karbon dalam atmosfera, hidupan dan tanah. [10]

Fasa kitar oksigen dan karbon dalam atmosfera, hidupan dan tanah; Karbon dioksida dan oksigen di atmosfera

- Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan manusia dan haiwan – membebaskan karbon dioksida ke atmosfera

Karbon dioksida dan oksigen pada tumbuhan- Karbon dioksida yang dibebaskan oleh haiwan dan manusia (pernafasan) – digunakan

oleh tumbuhan untuk fotosintesis Karbon dioksida dalam tanah

- Tumbuhan dan haiwan yang mati dalam tempoh masa yg lama akan membentuk bahan fosil (arang batu, gas asli dan petroleum) – bahan fosil yang dibakar sebagai bahan api membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.

(c) (i) Jelaskan kepentingan kepelbagaian kitar nutrien kepada tumbuhan dan haiwan. [5]

Kepentingan kepelbagaian kitar nutrien kepada tumbuhan dan haiwan; Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk membuat makanan melalui

fotosintesis, nitrogen dan kalsium sebagai nutrien tumbesaran. Haiwan memerlukan oksigen untuk pernafasan dan kalsium untuk pembentukan gigi,

tulang dan cengkerang.

(ii) Huraikan bagaimana manusia dapat mempengaruhi kitar karbon dan oksigen. [5]

Manusia dapat mempengaruhi kitar karbon dan oksigen melalui; Pembakaran bahan api fosil – tingkatkan karbon dioksida Penanaman tumbuhan – menggalakkan fotosintesis – meningkatkan oksigen,

mengurangkan karbon dioksida Perlombongan arang batu dan petroleum – tingkatkan karbon dioksida melalui

pembakaran bahan api fosil Penebangan hutan/pembalakan – karbon dioksida meningkat.

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 21

Jawapan Soalan Tutorial – Sistem Ekologi

19. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan? [5]

Maksud rantaian makanan; Pemindahan tenaga kimia dan sebatian Dari satu hidupan kepada hidupan yang lain Berlaku secara sehala

(b)Bagaimanakah tenaga dipindahkan dalam satu rantaian makanan? [10]

Tenaga dapat dipindahkan dalam satu rantaian makanan dengan; Tenaga haba matahari dipindahkan kepada tumbuhan (pengeluar) Tenaga kimia tumbuhan dipindahkan kepada haiwan herbivor (pengguna primer) Tenaga kimia haiwan herbivor dipindahkan kepada haiwan karnivor (pengguna sekunder) Tenaga kimia haiwan karnivor dipindahkan kepada haiwan karnivor lain (pengguna

tertier) Tenaga kimia haiwan yang mati dipindahkan kepada pengurai

(c)Huraikan faktor-faktor yang boleh menjejaskan rantaian makanan dalam sesuatu ekosistem.[10]

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan rantaian makanan dalam sesuatu ekosistem; Penyahhutnan Pembersihan hutan untuk pertanian ladang/pembalakan Perubahan cuaca atau iklim Kegiatan memburu hidupan liar Penggunaan racun serangga dan racun rumpai Pembinaan empangan

©Pusat Pra-Universiti SMK Purun 2010 22