soalan big

Upload: joanne-lian-li-fang

Post on 03-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan BIG

TRANSCRIPT

Soalan Temu Bual1. Bilakah Puan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Puan?Pada tahun lepas, iaitu tahun 2014.

2. Bolehkah Puan memberitahu kita tempoh masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini menguji dan mempertimbangkan calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mereka?Biasanya dari permulaan tahun sehingga ke hujung tahun, dengan tempoh selama 1 tahun.

3. Selepas Puan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, Puan ada meneruskan apa usaha selanjutnya?Selepas saya mendapat anugerah ini, saya berasa sangat gembira dan saya merasakan ia adalah satu kenalpasti dengan usaha saya berkhidmat sebagai penjawat awam, maka dengan itu, saya lebih memberikan perhatian saya kepada anak murid saya, saya juga berpeluang untuk memberikan perkhidmatan tuisyen percuma kepada murid yang lebih miskin dalam sekolah saya serta saya juga telah mengambil initiatif untuk menceriakan makmal sains sekolah yang saya berkhidmat dengan kata-kata yang positif agar semua murid yang memasuki makmal tersebut dapat belajar dengan perasaan yang ceria dan positif.

4. Bagaimanakah puan menerima Anugerah Guru Cemerlang?Puan telah dilantik sebagai ketua panitia bagi subjek Sains. Puan berusaha untuk menghiaskan makmal sains. Ini adalah untuk memudahkan guru-guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam situasi yang kemas dan lengkap dengan kemudahan.

5. Bagaimanakah puan menarik perhatian murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran?Puan telah mengaplikasikan pengajaran yang menyeronokkan supaya murid-murid tidak bosan dengan cara pengajaran yang sama. Puan juga memahami latar belakang setiap murid dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka.

6. Apakah perbezaan puan sebelum dan selepas menerima Anugerah Guru Cemerlang?Sebelum menerima anugerah tersebut, puan berpuas hati dengan keadaan pada masa itu. Namun, puan telah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran puan selepas menerima anugerah tersebut.

7. Bagaimanakah puan mengurus kelas?Puan telah sentiasa berkomunikasi dengan murid-murid. Puan juga memahami latar belakang setiap murid supaya puan mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah murid-murid.

8. Adakah Cikgu boleh mendapat ganjaran selepas mendapat APC?Menerima ganjaran sebanyak RM1000.00 setelah mendapat APC.

9. Apakah peranan yang perlu dimainkan selepas mendapat APC?Menjalankan tugasan yang diamanah dengan lebih dedikasi dan tekun supaya dapat menjadi teladan kepada rakan sejawat yang lain.

10. Apakah manfaat yang diperolehi selepas mendapat APC?Mendapat pengiktirafan dalam bidang pendidikan, menjadi lebih bersemangat dalam mencurahkan sumbang bakti.

11. Setelah mendapat APC, adakah terdapat perubahan dalam rutin seharian di sekolah?Sesungguhnya terdapat perubahan yang ketara terutamanya perlu mengajar lebih banyak subjek. Menyahut cabaran ini untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kendiri.

12. Apakah nasihat-nasihat yang ingin Puan sampaikan kepada guru pelatih?Sebagai seorang guru, kamu dikehendaki menjalankan tugas-tugas sekolah dengan baik dan jangan melibatkan diri dalam hal politik di sekolah. Jikalau orang lain cuba mencabar kamu, anggap ia sebagai satu cabaran yang baru dan cabaran itu mampu mendorong kamu untuk berjaya.

13. Apakah cara untuk mendapat kepastian oleh pihak sekolah?Untuk mendapatkan kepastian pihak sekolah, kamu dikehendaki menghadirkan diri dengan aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, kamu juga hendaklah bertanggungjawab dalam pengajaran dan kertas kerja sekolah. Kesemua ini hendaklah ada keseimbangan.

14. Apakah cara untuk melayan orang lain?Sebagai seorang guru, kamu hendaklah sentiasa senyum dan berasa rendah diri. Selain itu, kamu juga dikehendaki sentiasa menyampaikan salam kepada orang lain.

15. Apakah cara-cara yang dilaksanakan oleh puan untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid?Pada pendapat saya, tugasan yang utama bagi seseorang guru adalah mendidik murid dan bukanlah menegur murid. Saya selalu memberikan kasih sayang kepada murid-murid. Kebanyakan murid yang mengalami masalah disebabkan oleh diri mereka kekurangan kasih sayang terutama daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja itu. Saya akan memberikan kasih sayang ini kepada murid lalu golongan muda ini berasa diri mereka dihargai dan tidak terbabit dalam gejala negatif pula.

16. Apakah harapan puan terhadap arah perkembangan bagi bidang pendidikan pada masa hadapan?Saya berharap murid-murid akan mahir dalam pembelajaran kendiri. Murid-murid pada abad ke-21 perlulah mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya serta rentak pembelajaran yang berbeza. Melalui pembelajaran kendiri dapatlah menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka kerana pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing.

17. Selain daripada berkomunikasi dengan murid, apakah usaha yang dilaksanakan oleh puan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid?Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidikan anak mereka. Saya akan berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid supaya menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Kerjasama erat antara ibu bapa dan guru sangat penting bagi warga sekolah meningkatkan prestasi dan kecemerlangan. Pada pendapat saya, ibu bapa dan guru seharusnya bersikap positif dan sama-sama berganding bahu bagi merancang dan merealisasikan program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid. Oleh itu, saya menggalakkan ibu bapa datanglah sekolah setiap pagi supaya lebih memahami keadaan anak mereka dalam sekolah. Selain itu, saya juga menggalakkan ibu bapa murid menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Hari Sukan.

18. Apakah kriteria bagi seseorang guru untuk mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan Kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi bagi jawatannya. Antara kriteria-kriteria yang boleh diambilkira adalah bebas tindakan tatatertib, mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih dan tidak pernah menerima APC tiga tahun ke belakang.