skema jawapan edu 3106

14
EDU 3106 BAHAGIAN A 1. B 2. C 3. C 4. A 5. C 6. D 7. D 8. C 9. A 10. D 11. C 12. D 13. C 14. A 15. B 16. B 17. D

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 11-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

drtfgujhhhhy6jjjjjjjjjjji

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Jawapan EDU 3106

EDU 3106

BAHAGIAN A

1. B

2. C

3. C

4. A

5. C

6. D

7. D

8. C

9. A

10. D

11. C

12. D

13. C

14. A

15. B

16. B

17. D

18. B

19. C

20. A

Page 2: Skema Jawapan EDU 3106

BAHAGIAN B

(40 markah)

1. a. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan manusia perlu bergantung dan bergabung dalam kelompok.

Faktor keamanan

Setiap orang memerlukan sokongan untuk mengurangkan ketidaksamaan dalam diri sendiri.

Faktor status

Apabila dalam kelompok, seseorang itu akan dipandang penting oleh orang lain. Dengan ini member pengakuan dan status untuk kelompoknya.

Faktor harga diri

Kelompok dapat memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada diri seseorang. Individu akan rasa dirinya dihargai dan diterima oleh kelompok.

Kekuatan dan pencapaian tujuan

Sesuatu perkara yang tidak dapat dicapai secara individu dapat dilaksanakan dengan jayanya jika dilakukan secara kelompok. Kelompok member kekuata dan semangat untuk mecapai sesuatu matlamat.

Afiliasi

Kelompok dapat memenuhi keperluan sosial. Interaksi terus-menerus akan berlaku dalam anggota kelompok. Banyak orang memenuhi keperluan afiliasinya melalui interaksi kelompok di tempat kerja.

Page 3: Skema Jawapan EDU 3106

b. Buktikan dua proses yang berlaku dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kelompok ini. Berikan contoh

Proses integrasi

Proses ini digambarkan oleh perasaan dipunyai dan mempunyai antara ahli masyarakat, yang didasari oleh ikatan batin dan perasaan. Di Malaysia ianya berlaku dalam proses membangunkan “bangsa Malaysia” yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional tersendiri. Contohnya pertukaran pelajar antara wilayah, penempatan pegawai-pegawai wilayah, sukan dan kebudayaan.

Segresi dan akomodasi

Proses ini bersifat pemisah antara etnik di dalam sebuah Negara. Contohnya kawasan tempat tinggal, system pendidikan, pengangkutan dan kemudahan awam. Manakala akomodasi adalah satu keadaan apabila satu kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelakkan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Akulturasi

Ialah proses yang kadangkali dikenali juga sebagai asimilasi budaya yang terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku dan budaya golongan majority. Proses ini melibatkan penerimaan dan juga pinjaman unsur-unsur budaya asal. Contohnya kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Asimilasi

Ialah proses pencantuman dan penyatuan antara kelompok dan individu yang berlainan kebudayaan dan identity supaya wujud satu kelompok yang mempunyai persamaan identity. Contohnya perkahwinan campur.

Page 4: Skema Jawapan EDU 3106

2. a Jelaskan empat peringkat kelas social masyarakat melayu tradisional

Sultan-kelas hierarki tertinggi Bangsawan-kaum kerabat diraja Pembesar-pembesar negeri dan daerah Rakyat biasa-golongan di peringkat

b .huraikan tiga tujuan pantang larang yang berkaitan dengan kelahiran dan perkahwinan dalam kalangan masyarakat Melayu. Berikan contoh:

Mengelak kecelakaan Kelahiran contoh : Jangan membunuh binatang sewaktu mengandung, takut kena badi ( kecacatan anak)

Menjaga tingkah lakuPerkahwinan Contoh :Jangan makan tengkuk ayam, takut terlentok sewaktu majlis bersanding

Menjaga keselamatan Kelahiran Contoh: Tempoh berpantang 44 hari selepas bersalin, bertujuan mengelakkan bentan.

Kebaikan kesihatanPerlu menjaga kesihatan diri selepas melahirkan anak dan kehilangan tenaga yang banyak serta kesan selepas bersalin. Perlu rehat yang banyak dan membantu proses penyembuhan

Kesinambungan tradisi Perkahwinan Contoh : Meminang dan bertunang

Page 5: Skema Jawapan EDU 3106

3 .a Nyatakan empat usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan kumpulan bekeperluan khas.

Sekolah pendidikan khas Program pendidikan khas integrasi Kelas inklusif Program KIA2M Program pemulihan khas Program gerak gempur 3M

b. Huraikan secara ringkas ketidaksamaan peluang pendidikan yang disebabkan oleh faktor kelas sosial.

Golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai akses terhadap pendidikan tinggi, swasta dalam dan luar negeri manakala golongan berpendapatan rendah bergantung sepenuhnya kepada kerajaan

Golongan berkemampuan menyediakan kemudahan berkaitan pendidikan seperti tuisyen, kelas seni, bacaan tambahan manakala golongan berpendapatan rendah kurang mampu melaksanakannya

Golongan berkemampuan berpeluan menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang serta vitamin tambahan manakala golongan berpendapatan rendah tidak mampu melakukannya

Golongan berada mampu menyediakan segala peralatan dari segi teknologi maklumat dan komunikasi manakala golongan berada tidak dapat menikmati kemudahan tersebut .

Page 6: Skema Jawapan EDU 3106

4 a) Pada setiap kumpulan sasaran program Pelan Tindakan Orang Asli,

nyatakn aktiviti yang dijalankan bagi kumpulan tersebut.

Kumpulan Sasaran Aktiviti

i

Peringkat

Prasekolah (5-6

tahun)

Menyediakan asas yang kukuh sebelum

pendidikan formal.

Memberi pendidikan awal yang kukuh dan

kemahiran-kemahiran sebagai persediaan

ke sekolah rendah.

IiPeringkat Rendah

(7-12 tahun)

Menyediakan asas yang kukuh kemahiran

3M, kemahiran berfikir, konsep asas sains,

seni dan rekreasi serta penerapan nilai-nilai

murni.

Sediakan pendidikan pembangunan dan

pengembangkan domain kognitif, afektif

dan selari dengan hasrat FPN.

Iii

Peringkat

Menengah (13-18

tahun)

Program pendidikan komprehensif dan

berkualiti kepada orang asli berumur 12+

th - 17+ th

Penekanan kepada KBKK dengan memberi

fokus kepada pendidikan umum pada

tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap

pelajar mendapat pendedahan kepada

pelbagai bidang ilmu.

Iv Peringkat Tercicir

Latihan kemahiran yang sesuai dengan

minat dan kebolehan mereka

diperkenalkan: supaya dapat peluanga

pekerjaan

v Peringkat Dewasa Latihan kemahiran, keusahawanan,

pembangunan minda, keagamaan dan

Page 7: Skema Jawapan EDU 3106

kerohanian serta pendidikan literasi

kefungsian dilaksanakan. Program celik

huruf ditawarkan kepada golongan dewasa

yang buta huruf.

b) JIka anda mengajar di sebuah sekolah untuk mrid Orang Asli, bina satu

pelan tindakan untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya di sekolah

anda.

Bahagian Tindakan yang dirancang Tindakan siapa

Persekitaran

sekolah

i. Budaya sekolah:

Galak kesedaran dan apresasi

dalam komuniti.

Guru perlu mengiktirafkan

perbezaan dalam kumpulan

etnik dan komuniti dalam bilik

darjah.

ii. Interaksi murid:

Program untukmengajar,

mengukur, meraikan rasa

hormat, ciri penyayang dan

keselamatan untuk memastikan

keselamatan fizikal murid.

Melibatkan semua murid dalam

mewujudkan iklim hormat

menghormati serta merasa

kepunyaan dalam membentuk

persekitaran positif.

iii. Iklim pembelajaran:

Guru

Murid

Guru dan murid

Page 8: Skema Jawapan EDU 3106

Mewujudkan papan buletin

untuk mempamerkan hasil

kerja murid-murid untuk

menggambarkan budaya dan

etnik masing-masing.

BAHAGIAN C

(40 MARKAH)

1 a) Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masalah kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah. Berikan contoh untuk menyokong hujah anda.

Memahami dan meraikan ciri2 budaya pelbagai etnik murid-murid. Contohnya menghormati budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India bumiputera Sabah dan Sarawak.

Memberi perhatian dan melibatkan semua murid dalam ativiti PdP di dalam bilik darjah. Contohnya setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah diwakili oleh semua kaum dan sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama mereka.

Penerimaan dan layaanan adil - guru harus adil dalam memberi layanan kepada semua murid mengikut keperluan individu. Contohnya, guru harus elak mengeneralisasikan murid mengikut etnik dan latar belakang sosioekonomi.

Bahasa standard. Contohnya guru hendaklah menggunakan bahasa yang standard untuk memberikan peluang yang sama rata kepada murid.

Strategi pembelajaran koperatif. Contohnya, dengan menggunakan strategi ini murid-murid dapat belajar bersama-sama, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian dalam kumpulan.

Page 9: Skema Jawapan EDU 3106

Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan - guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk melihat hubungan antara pelajar di dalam bilik darjah.

Aspirasi dan jangkaan guru - guru hendaklah sedar bahawa potensi murid bukan berdasarkan kelas sosial, jantina atau bangsa. Jangkaan guru terhadap prestasi pelajar berdasarkan elemen-elemen generalisasi adalah tidak adil bagi pelajar.

Pemilihan bahan sumber- elakkan unsur-unsur negatif dan sensatif bagi mana-mana etnik.

1fakta/isi x 1 markah=1 markah1 fakta/isi+huraianx2=2 markah

5 fakta/isi+huraianx2=10 markahJumlah = 10 markah

b) bincangkan bagaimana sekolah-sekolah yang berlainan jenis dapat menangani pelajar pelbagai sosio budaya. Berikan contoh yang spesifik.

Pengurusan yang mesra budaya Mewujudkan budaya sekolah yang mesra budaya Bahasa standard- penggunaan bahasa Melayu/ bahasa

Mandarin/bahasa Tamil/sebagai bahas komunikasi dan bahasa pengantar

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai etnik di bilik darjah

Aktiviti yang melibatkan semua etnik sekolah Sambutan hari kebesaran setiap etnik Sambutan hari terbuka sekolah Sambutan hari kemerdekaaan Penglibatan ibu bapa dalam semua aktiviti sekolah

1 fakta/isi+huraianx2=2 markah5 fakta/isi+huraianx2=10 markah

Jumlah = 10 markah

Page 10: Skema Jawapan EDU 3106

2. a) bincangan perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru yg berperanan sebagai physical environment designer agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya

Guru perlu memahami latar belakang murid yang berada di dalam kelas

Memahami perasaan setiap murid yang berada di dalam kelas Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama, adat, sosio

ekonomi adat setiap murid secara mendalam terhadap murid yang ada di dalam kelas

Perlu menerapkan amalan nilai-nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran

Menyediakan peraturan di bilik darjah yang adil supaya semua dapat amalkan

Menggunakan amalan pedagogi yang terbaik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Mengamalkan hubungan kemanusiaan yang baik antara guru dengan murid, murid dengan murid, serta dengan komuniti sekolah

1 fakta/isi+huraianx2=2 markah5 fakta/isi+huraianx2=10 markah

Jumlah = 10 markah

b cadangkan kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru untuk berhadapan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dalam sebuah kelas di sesebuah sekolah.

- kaedah koperatif = belajar secara berkumpulan dan berbincang secara harmonis

- kaedah kolaboratif = kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih

- kaedah mediatif = menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses-proses alternatif

- kaedah direktif = penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan

- kajian masa depan = penciptaan masa depan dan berfikiran jauh yang melibatkan kuasa dan tindakan untuk melakukan sesuatu

Page 11: Skema Jawapan EDU 3106

- kaedah kontekstual = mengaitkan bahan pembelajaran kepada situasi dunia sebenar

- kaedah generatif = menjana idea-idea kritis dan kreatif

- kaedah kajian luar/konteks luar = kaedah pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah

- kaedah metakognitif = memikirkan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri

1 fakta/ isi x 1 markah = 1 markah

1 fakta/isi + huraian x 2 = 2 markah

5 fakta/isi + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah keseluruhan = 20 markah

3 a huraikan dengan memberikan contoh bagaimanakah seseorang guru dapat menggunakan kemahiran komunikasi lisan untuk membina

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

- sebutan guru hendaklah jelas dan tepat tanpa mengira subjek yang diajar

- menggunakan bahasa Melayu baku bagi mengelakkan penggunaan dialek dalam kalangan murid-muridnya

- kemahiran guru menyampaikan pengajaran hendaklah menggunakan struktur ayat dan maksud yang jelas dan tersusun.

- guru perlu tahu menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinteraksi dengan murid-muridnya.

- intonasi suara hendaklah disesuaikan dengan konteks percakapan dan tujuan percakapan.

b huraikan bagaimana kemahiran komunikasi bukan lisan boleh membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih baik.

Page 12: Skema Jawapan EDU 3106

- kepentingan mengetahui perlakuan bukan lisan menjadi satu daripada ciri kemahiran komunikasi kepada guru kerana guru adalah pendidik dan agen hubungan sosial.

- ketidakmampuan guru menguasai pengetahuan dan kemahiran komunikasi boleh menjejaskan pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

- guru perlu belajar dan cuba memahami maksud dan makna sesuatu mesej bukan lisan yang disampaikan kepadanya bagi

membolehkan guru menjalin hubungan yang mesra dan rapat dengan murid dan masyarakat setempat.

- membolehkan guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan masyarakat yang bersatu padu.

- mampu menerangkan kepada murid melalui komunikasi bukan lisan yang melibatkan bahasa tubuh, mesej melalui lambang,

artifak, muzik dan bunyi-bunyian.

- seseorang guru perlu memahami makna komunikasi bukan lisan yang digunakan dalam sesebuah masyarakat atau etnik

muridnya bagi mengelakkan kekeliruan atau terlanggar adat dan fahaman.

1 fakta/ isi x 1 markah = 1 markah

1 fakta/isi + huraian x 2 = 2 markah

5 fakta/isi + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah keseluruhan = 20 markah