sdp : topik 7 - penerokaan, memperoleh pengalaman & ekspresi

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 04-Apr-2018

1.138 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    1/15

    116OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEHPENGALAMAN DAN EKSPRESI

    PENGENALAN

    Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untukmeneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan

    setiap aktiviti pembelajaran. Topik ini bukan sahaja meneydiakan cara tambahan untukbelajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberipelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan

    kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak

    keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

    Seni dalam pendidikan mengajar pelajar begaimana untuk menangani secara produktifterhadap sumber-sumber imaginasi, kreativiti dan pemikiran serta emosi dan bagaimanauntuk berkomunikasi denganapa yang mereka lihat. Seni dalam Pendidikan juga mengajar

    remaja untuk membuat ekpresi diri terhadap apa yang mereka tanggap dan rasa melalui

    pelbagai bahasa.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. membuat interpretasi dan definisi tentang penerokaan, pengalaman dan ekspresiberhubungkait dengan Seni Dalam Pendidikan;

    2. menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi

    serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni;

    3. menghuraikan dan menjanakan minda tentang penggunaan pelbagai strategiuntuk memperolehi pengalaman;

    4. menjelaskan bentuk-bentuk ekpresi diri; dan

    5. mengadakan dan memahami unsur-unsur dalam ekpresi diri kanak-kanak.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    2/15

    117OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    PETA MINDA

    7.1 PENEROKAAN

    Penerokaan membawa maksud, menyeidik untuk mengetahui sesuatu yang belum

    diketahui lagi iaitun melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam ert kata yang lainmeneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman

    meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku guru. tidakdigalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankan sebaliknya guru hanyalahbep[eranan sebagai fasilatator atau pembimbing dan membimbing pelajar untuk menemui

    sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Anda digalakkan untuk meneroka denganmembuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih

    berimaginatif.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    3/15

    118OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    Rajah 7.1: Pelbagai cara untuk meneroka

    7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan

    Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai pelajar juga digalakkan untuk

    meneroka pengalaman peralatan. Seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dangelang. Setengah-tengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi,gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat sahja untuk mendapatkan pengalaman

    peralatan.

    Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaranpelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan

    cara menggalakkannya meninjau dan meneliti alat tersebut. Guru dilarang memaksapelajar melakukan atau menggunakan sesuatu peralatan. Pelajar diperingkat prakawalan

    boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan disepanjang alang ataubangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada

    tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini akanmembawa pelajar berjinak-jinak dan dapat membiaskan diri dengan peralatan yang

    digunakan dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina keyakinan diri pelajar.

    Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan peralatan yang mudahdiperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan. Ini

    semua adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar mempelajari konsep-konsep seperti diatas, iaitu menyamping, menerusi dan bawah.

    Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untukmembuat penyesuaian

    menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untukbergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau

    kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palangbertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk

    memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya.

    Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalamsesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan

    menggunakan anggota-anggota semasa beraksi. Pengalaman yang melibatkan kebolehan

    memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-imbangan bukan

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    4/15

    119OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    simetri serta imbangan-imbangan terbalik adalah sesuai kepada pelajar yang beradad ditahap ini.

    Apabila pelajar telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberiperhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban

    anggota yang jauh lebih mencabar. Pelajar juga harus digalakkan supaya memberiperhatian terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani latihan pola-polapergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna.

    Tema-tema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat, mengguling, membongkok,

    melentur, memusing dan mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap,kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di atas sesuatu perlatan.

    Latihan 7.1

    Bagaimanakah cara-cara untuk meneroka sesuatu aktiviti?

    7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi

    Pelajar ditahap penggunaan dan kecekapan sudah bersedia untuk meneroka cara

    pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya bolehmelakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Diatas

    pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk mempraktikkanlagak ngeri gimnastik artistic sebagai gerak balas kepada perlakuan gimnastik. Pelajar

    akan melakukan aksi-aksi seperti;

    x Dirian tangan

    x Roda kereta

    x Gulingan

    x Imbangan dan sebagainya.

    Kemungkinan ada pelajar yang meminta bantuan guru untuk melaksanakan sesuatu

    lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang telah mereka tonton atau yangsedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini.

    7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan

    Pelajar digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat didalam

    pergerakan seperti aktiviti mengguling dan mengimbang.

    (a) Aktiviti Mengguling(i) Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota

    yang lain disekeliling sesuatu paksi. Pelajar boleh mengkatkan keupayaanmereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke adalm aktiviti-

    aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap danmengguling.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    5/15

    120OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    (ii) Pelajar juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunamatau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang

    berbeza-beza, pantas atau perlahan mengikut pilihan individu.

    (iii) Pelajar juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran mengguling dengan

    spontan apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bolasepak, bola jaring, bola keranjang, bola tampar atau pun dari alatan aras tinggi.

    7.2 MEMPEROLEH PENGALAMAN

    Pengalaman dalam seni visual, muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran

    kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanakmengunakan seni untuk meluahkan fikiran danidea mereka.

    7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman

    Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedarankinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan

    memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah,

    membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuatpenilaian dan bijak membuat pilihan.

    Rajah 7.2: Pelbagai cara untuk memperolehi pengalaman

    7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman

    Terdapat pelbagai cara pelajar memperolehi pengalaman antaranya ialah melaluipermainan. Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai

    kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkanrasa ketahan semulajadi didalam jiwa pelajar didalampelbagai peringkat. Antara objektif

    permainan ialah:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    6/15

    121OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    x Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan tujuan

    mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan danpengawalan otot dengan baik

    x Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan berhenti.

    x Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan

    tertekan.

    x Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan.

    x Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahan-arahan.

    x Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dantingkahlaku yang positif seperti tidak bergaduh.

    x Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji.

    x Memahami diri sendiri dan diri orang lain.

    x Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi kesan yang positifkepada perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapatmenyediakan asas untuk perkembangan dan pengekalan kecergasan fizikal.

    Selain mempunyai potensi untuk menyuburkan kedua-dua aset yang diperkatakan itu

    permainan mengandungi daya tarikan yang cukup berkesan iaitu keseronokan. Terdapatbanyak nilai-nilai pembentukan peribadi yang boleh didapati didalam aktiviti main.

    Antaranya ialah:

    x Kesukaran dalam permainan bukan sahaja melibatkan bentuk fizikal tetapi lebihmenitik beratkan ketahanan nilai kognitif setiap pelajar seperti pemahaman tentang

    peraturan, pertanggungjawapan, pilihan dan strategi.

    x Apabila pelajar diberi peluang untuk mengubahsuai dan mereka cipta permainan-permainan, rangsangan kognitif mereka turut sama menggerakkan pemikiran dankreativiti mereka.

    x Permainan boleh digunakan untuk mengajar dan memperkukuhkan konsep-konsepakedemik yang khusus seperti yang terdapat dalam matapelajaran sains, matematik,

    bahasa, muzik dan lain-lain.

    x Permainan dapat meningkatkan keupayaan lokomotor seperti berlari, melompat danmengimbang.

    x

    Permainan juga dapat memantapkan keupayaan manipulatif asas seperti melontar,membaling, menangkap, menendang, mengelak, mengelecek dan lain-lain lagi

    x Permainan juga mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap kecergasan seperti

    kekautan, daya tahan, kelenturan dan ketahanan kardiovaskular.

    x Permainan membina kecergasan motor seperti kelajuan, ketangkasan, kordinasi,keseimbangan dan lain-lain.

    7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung

    Segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan kepada

    pengalaman-pengalaman yang telah diperoleh. Antaranya adalah berdasarkan kepadapengalaman permainan. Sebagai contoh, kemahiran membaling dan menangkap pundi-

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    7/15

    122OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    pundi kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalamkemahiran membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut. Untuk itu rancangan-

    rancangan yang terdapat didalam permainan boleh disusun kepada tiga kategori

    pengalaman mengikut tahap kemahiran pelajar antaranya ialah:

    (a) Pengalaman Kemahiran Permainan Tak VarianSebagai pengalaman awal, pelajar akan diberi peluang melibatkan diri dengankemahiran-kemahiran asas dalam situasi tertutup atau berubah. Pengalaman-

    pengalaman yang sedemikian memberi pelaung kepada pelajar untuk mencapai

    keupayaan mengawal sesuatu objek melalui penggunaan pola motor yang khusus.Pengalaman itu dirancang sebegitu rupa agar latihan berkenaan menjadi semirip

    yang mungkin dengan situasi pengalaman sebenar.

    Dalam pengalaman tak varian, pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau

    pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan. Pengalaman ini sesuai untukpelajar berada ditahap prakawalan dan tahap pengawalan kecekapan kemahiranyang menghadpi kesulitan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yangmenghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi yang

    dinamik atau terbuka.

    Apabila kecekapan sesuatu kemahiran itu meningkat, kadar kesukaran tugas perlu

    juga ditingkatkan dan pada masa yang sama kebolehtelahan relatif kemahirandikekalkan. Contoh, semasa pelajar membaling bola ke sasaran yang tidak bergerak,jarak sasarannya bolehlah ditambah. Jika pelajar belajar berlari dan melompat

    melepasi halangan yang rendah, ketinggian halangan itu boleh dipertingkatkan.

    Jangan paksa pelajar melakukan aktiviti jika dia tidak bersedia melakukan sesuatukemahiran. Ini adalah disebabkan kebanyakan kemalangan yang berlaku adalahdisebabkan kerana paksaan guru atau jika pelajar belum bersedia melakukannya.

    (b) Pengalaman Kemahiran Permainan DinamikApabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain

    dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran

    mereka itu dalam kedaan serupa seperti dalam keadaan permainan yangsebenarnya.

    Pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman sukan sebanyak mungkin yang boleh

    terutamanya kepada permainan-permainan yang memerlukan gabungan pelbagaikemahiran.

    Pengalaman-pengalaman seperti ini mengalakkan pelajar untuk memajukan danmengutarakan teknik yang telah dipelajari kedalam situasi-situasi tertentu. Kemahiran

    permainan jenis dinamik melibatkan dau aspek kemahiran.

    Menggabungkan lebih daripada satu jenis kemahiran motor ke dalam permainanperhubungan kerjasama. Kebolehan menggunakan kemahiran dalam perhubungan

    yang menyakitkan hati dan bela diri yang mudah.

    Peningkatan daripada pengalaman kemahiran permainan tak varian kepada

    pengalaman kemahiran permainan dinamik dan seterusnya kepada pengalamanbermain sebenar adalah agak logik dan merupakan perkembangan yang wajar.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    8/15

    123OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    Contohnya, dalam kemahiran permainan dinamik, pelajar bermula dengan berlatihcara-cara menggelecek dan menjaring dalam permainan bola keranjang dan pada

    masa yang sama menghantar bola kepada rakan pemain, kemudian berlatih

    kemahiran yang sama itu dengan seorang rakan pemain yang bertindak sebagaipemain pertahanan.

    Implikasinya adalah, bahawa apabila kanak-kanak itu beransur-ansur mahir dalammenggunakan, sama ada sesuatu kemahiran motor atau gabungan beberapa jenis

    kemahiran motor ia pada hakikatnya merangsang strategi-strategi bermain untuk

    mengiringi kemahirannya itu.

    (c) Pengalaman Bermaian PermainanPelajar banyak terdedah kepada permainan. Dengan adanya aktiviti bermain bolehmembantu mereka menghayati rasa keseronokkan, kepuasan, kegembiraan dan

    kejayaan.

    Pelbagai bentuk emosi akan tercetus daripada pengalaman bermain. Terdapat jugaperkembangan kemahiran itu terbina akibat daripada pengalaman bermain, namun

    bermain sahaja bukanlah hanya satu-satunya cara paling berkesan untukmeningkatkan ketrampilan kemahiran motor pelajar. Adalah penting untuk

    membezakan antara pelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran

    (pengalaman kemahiran permainan tak varian dan dinamik) dengan pelajaran yangbertujuan memupuk keghairahan untuk dan menimba pengetahuan bermain pelbagaijenis permainan.

    Untuk memastikan masa yang sesuai bagi menukarkan daripada pengalaman kemahiran

    tak varian kepada situasi dinamik, guru hendaklah mengklasifikasikan pelajar mengikuttahap generik kecekapan kemahiran.

    Ciri-ciri generik tahap kemahiran:

    (a) Tahap Prakawalan

    x Pelajar mengahadpi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesansecara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu percubaanke satu percubaan.

    x Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa

    mempraktikkan kemahiran.x Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah

    praktik kemahiran yang sebenar.

    x Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha

    dan bimbingan.

    x Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampakseolah-olah dikuasai oleh peralatan.

    (b) Tahap Kawalan

    x Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak

    mereka.x Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    9/15

    124OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    x Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.

    x Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan

    yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya denganobjek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak terhasil.

    x Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belaum dapat dipraktikkan secara

    automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apayangsedang dilakukannya.

    (c) Tahap Penggunaan

    x Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya.

    x Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu melaksanakankemahiran dengan betul

    x

    Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi-situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara tekal.

    x Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleksyang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.

    (d) Tahap Kecekapan

    x Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara otomatik dan pola-pola perlakuansudah menjadi hampir sama.

    x Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalamkonteks permainan, namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikuthasrat hati.

    x Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu

    banyak usaha.

    x Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selarasdengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang mahupun yang tidak

    terancang.

    7.3 EKSPRESI

    Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang

    kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakandan visual mereka.

    Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni.Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara

    langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandanganmereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh

    orang lain.

    Media-media ekspresi boleh dilihat dalambentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi.Aapabila ianya digabungkan secara harmoni, ekspresi ayang terhasil menjadi estetik.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    10/15

    125OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    7.3.1 Bentuk Ekspresi

    Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk

    meluahkan perasaannya. Antaranya ialah;

    (a) Perasaan

    Perasaan yang dlahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia merangkumiperasaan sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikuttahap umur dan pengalaman seseorang. Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang

    guru agar dapat membantu pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabilamelakukan sesuatu perkara. Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran perlu

    diadakan untuk mengawal perasaan. Terutama ketika sedang bermain, memang

    menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menangakan berperasaan gembira manakala yang kalah akan merasa kecewa. Untuk latihanmenahan kesabaran dan penerapan nilai-nilai murni perlu ditekankan dalam sesuatu

    aktiviti permainan sebelum menjurus ke perlawanan yang sebenar.

    (b) LisanArahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin

    agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan. Kebanyakan pergaduhanatau perkelahian berlaku keranan arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan

    tidak difahami oleh penerima.

    (c) ReaksiApabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat

    akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulahdidalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat

    dan betul.

    (d) EmosiEmosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Persaan atau

    emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kaladangkaladicemuh oleh individu-individu lain. Oleh penting bagi guru untuk menggalakan

    pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskansuasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dlam

    menghadapi persaingan dan cabaran.

    Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fizikal danemosi. Oleh itu pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai salah

    satu cara terbaik yang boleh dimanafaatkan untuk memnatapkan ciri-ciri konsepkendiri yang unggul itu.

    (e) Bukan LisanSegala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehiakan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaannya

    segala bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahmi dengan jelas.Manakala sepenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut.

    (f) Idea

    Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda perllah digunakan didalammelaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialahkemahiran berfikir. Untuk itu untuk meluahkan ide-ide yang bernas seseorang pelajar

    itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah sepertiberikut:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    11/15

    126OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    x Membanding dan membeza

    x Merumus, membuat inferen dan meramal

    x Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan

    x Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai atau tidak

    x Mengusul dan memeriksa andaian

    x Menimbang dan membuat keputusan

    x Mencipta metafora atau analogi

    x Menganalisis dan menilai

    x Menyelesaikan masalah.

    (g) Menggambar

    Aktiviti mengambar adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada cara untukmengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan

    pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasaaktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda

    ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisikan sebagaitafsiran terhadap tingkahlakunya.

    (h) MenghasilkanSetiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir,arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar

    dalam melaksanakan sesuatu perkara.

    Latihan 7.2

    Bagaimanakah seseorang pelajar dapat meluahkan ekspresi diri dalam

    sesuatu aktiviti pembelajaran.

    7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi

    Perkataan perasaan merupakan satu konsep yuang susah hendak dihuraikan tetapi iahampr sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan

    terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan

    sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang

    Contohnya, jika seseorang pelajar berhadapan denganb sesuatu situasi yang dia tidak

    dapat bertindak balas dengan baik maka ini akan menimbulkan suatugejala emosi atauperasaan yang membawa kepada rasa takut. Aliran ini memberi penanda bahawa

    perasaan mungkin boleh diklasifikasikan kepada dua ketegori iaitu perasaan ceria atau

    perasaan tenat. Misalnya keriangan boleh disifatkan sebagai pengalaman perasaan yangceria dan menarik; manakala amarah digolongkan sebagai gejala perasaan yang negatifdan tidak menarik.

    Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang

    dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedai hakikat tingkah laku kanak-kanak, dia

    mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    12/15

    127OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    sesuatu situasi yang dianggap remeh yang tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yangsedemikian.

    Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama denganindividu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi.

    Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu nciri penting dalam persekitaran senidalam pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada kebolehan menyelesaikan

    masalah dan menyesuaikan diri dengan kedaan yang tidak diduga tanpa membabitkan

    perasaan yang keterlaluan atau tekanan jiwa.

    Pada umumnya kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan emosi yangceria dan sepoi secara beransur-ansur.

    Dengan ini untuk mendapat satu perasaan yang stabil sikap dan konsep kendiri yangstabil kanak-kanak boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan perilaku ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model, penguat kuasa dan penilai terhadap pembenatukan tingkahlaku.

    7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif

    Semua bentuk penyampaian oleh pihak guru mahu pun oleh sekolah perlulah yang

    bersifat berekspresif. Daripada perlakuan dan tingkahlaku guru yang dianggap sebagaimodel, fasilitator dan pemudahcara pelajar akan cuba untuk mengikutnya. Secara tidak

    langsung pelajar akan dapat dipengaruhi oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan

    sahsiah yang sedia ada.

    Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi tentang gambaran rupa, kesihatan,

    kebolehan dan kelemahan tingkahlaku. Konsep kendiri terbentuk hasil daripada interkasipelajar dengan orang lain dan peneyesuaian diri pelajar dengan alam sekitar.

    Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep kendiri positif manakala kegagalanakan membawa konsep kendiri yang negatif.

    Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi seorang berekspresif.

    Untuk mempengaruhi pelajar supaya lebih berekspresif pengaruh personaliti terhadappembelajaran perlu ditekankan.

    Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:

    x Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik)

    x Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)

    x Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)

    x Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)

    x Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, da

    impulsif atau reflektif)

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    13/15

    128OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang positif olehguru diharapkan dapat membolehkan pelajar bersifat lebih ekspresif dalam melaksanakan

    matapelajaran seni dalam pendidikan.

    7.3.4 Aktiviti

    Antara aktiviti yang dilakukan dalam mengujudkan pelajar seupaya menjadi lebih ekspresifialah melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan.

    Dalam permainan koperatif pelajar dibimbing dan diasuh agar membesar menjdi insanyang murni. Konsep yang menjadi teras dalam permainan koperatif ialah bermainbesama-sama bukannya bermain untuk bersaing dan pelajar adalah bebas untuk

    mengubahsuai permainan mengikut kehendak situasi dan daya kreativiti.

    Permainan jenis ini boleh dimainkan dimana-mana sahaja tanpa memerlukan banyakperalatan. Terdapat perbezaan permainan koperatif dengan permainan lain terutamanya

    pada struktur, bentuk dan objektifnya. Ini secara tidak langsung akan membebaskanpelajar daripada sebarang tekanan persaingan yang kerap kali membawa kesan tingkah

    laku yang merosakkan.

    Aktiviti-aktiviti Permainan:

    (a) Permainan Rekaan Guru

    (i) guru perlu memahami pelajar terutama dari segi kebolehan, kemahiran yangtelah sedia ada dan minat pelajar.

    (ii) Pendekatan berberbentuk pendekatan terarah iaitu guru akan mengawal

    persekiataran penemuan

    (iii) Guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti permainan. Seperti jenispermainan, ruang, bahan dan peralatan permainan.

    (iv) Permainan rekaan guru menjadikan kanak-kanak lebih menyeronokan dan dapat

    menumpukan perhatian dengan penuh minat.

    (b) Permainan Rekaan Kanak-kanak

    (i) Pemainan jenis ini boleh dikategorikan dalam spektrum pembelajaran yang

    berkaitan dengan kreativiti. Permainan dimainkan secara serentak.

    (ii) Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi denganpelajar. Guru juga perlu mempercayai kebolehan setiap pelajar terutama dari

    sudut kognitif dan juga kemahiran motor.

    (iii) Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman diberi masa secukupnya untukmemahirkan dirinya sehingga. Tetapi akan terhapus apabila mereka telah puas

    dan seterusnya akan mencuba mencari permainan baru lagi.

    (iv) Peruntukan masa tiada hadnya, masa ikut kehendak dan persetujuan kumpulan.

    (v) Satu kumpulan dua atau tiga orang.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    14/15

    129OUM

    TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    RUMUSAN

    Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang

    penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberipeluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untukpengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi

    pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahubagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi

    diri.

    GLOSARI

    Rangsangan

    persekitaran

    Melibatkan (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik)

    Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)

    Rangsangan

    sosiologi (diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)

    Rangsanganfisiologi

    (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,kanestetik, makanan/ minuman, waktu belajar, pergerakan)

    UJIAN 1

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekspresi?

    2. Bagaimanakah ekspresi dapat meningkatkan tahap penglibatan pembelajaranpelajar?

    UJIAN 2

    1. Bagiamanakah cara-cara untuk memperolehi pengalaman?

    2. Jelaskan cara-cara untuk memperolehi pengalaman dengan mengemukakan contoh-contoh yang difikirkan relevan dengan pengajaran pembelajaran guru.

    RUJUKAN:

    Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New

    York:Thomson Delmar Learning.

    Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp.

    245-256

  • 7/30/2019 SDP : Topik 7 - Penerokaan, Memperoleh Pengalaman & Ekspresi

    15/15

    130OUM

    TOPIK 7PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

    Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson DelmarLearning.

    Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth, New York: Macmillan

    Penny, S. Ford, R. Price, L., & Young, S (2002). Teaching arts in the primary schools.United Kingdom: Learning Matters Ltd.

    Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education and aesthetic knowing. Chicago: The

    University of Chicago Press.