sdp seni

24
1.0 PENGENALAN Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok kerana dapat mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi. Manakala konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui. Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti 1 SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

Upload: mohd-al-azhar

Post on 13-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

:()

TRANSCRIPT

seni dalam pendidikan (waj 3073)

1.0PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok kerana dapat mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.

Manakala konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.

Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996). Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran. Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses pengajaran seorang guru. Guru harus tmenggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan memberi bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan objektif pembelajaran murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula, sa telah bergantung kepada Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai objektif pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.2.0PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN Peranan Seni dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Oleh itu, terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah:

2.1Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinan pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

2.2Memupuk nilai kerjasama

Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh.

2.3 Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

2.4 Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam prosespengajaran dan pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

2.5Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

3.0APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama.

Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik.

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Dengan ini, ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran meggunakan pen maker dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya.

Seterusnya warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik.

Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya.

Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Selain itu, ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Pendapat Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga murid melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat PdP tersebut. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Standard Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kemahiran guru dalam mengolah standard pembelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindak balas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan.

Oleh itu, guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.

Terdapat tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama di mana ianya lebih berpusatkan kepada guru di mana pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, mata pelajaran sains guru akan mengajar tajuk Flora dan Fauna. Guru boleh membawa murid-murid ke Taman bunga.

Di sana nanti murid-murid menjalani proses memerhati, membuat catatan tentang tumbuhan dan ciri-ciri yang dilihat dari aspek warna, jenis dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa tumbuhan yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi yang telah mereka kaji.

Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Dengan kaedah yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baharu akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Walau bagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baharu kepada murid-muridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi murid melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.

4.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Bahasa MelayuKelas: 1 CemerlangHari: SelasaTarikh: 03 September 2015Masa : 08.15- 08.45 pagi (30 minit)Bilangan murid: 6 orangTema: HaiwanTajuk: 1. Mendengar dan BertuturTunjang utama: Komunikasi Standard kandungan: 1.3.1 Jenis- jenis BunyiStandard pembelajaran: 1.3 Mengenal pasti bunyi- bunyi haiwanPengetahuan sedia ada: Murid telah mengenal haiwan di sekeliling mereka.Hasil pembelajaran:Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:I. Mengecam 3 daripada 5 bunyi haiwan yang diperdengarkan.II. Mengajuk 3 daripada 5 bunyi haiwan berdasarkan gambar yang ditunjuk.Tunjang lain yang disepadukan: Kerohanian, sikap dan nilaiPenggabungjalinan kemahiran: bertutur, mendengar, pengamatanUnsur terapi: pendengaran, pertuturan, motor halusPenyerapan nilai: berani, bekerjasama, mendengar arahan, yakin diriKemahiran berfikir (KBKK): kreatif dan kritisBBM: Laptop, video, slaid, audio, gambar, lembaran kerja (topeng)

Pelaksanaan: Perkara

LangkahIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksivedio(5 minit)Pengenalan tajuk 1. Guru menggunakan komputer dan projektor untuk menayangkan video lagu Pak Mamat ada Kebun

2. Selesai tayangan tersebut, guru meminta murid jawab beberapa soalan berikut:

i. Apakahhaiwan yang terdapat dalam video?

ii. Berapakah jenis haiwan yang ada di dalam video tersebut?

3. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.

Teknik: 1. Soal jawab

Terapi:1. Pendengaran2. Pertuturan

BBM:1.Projektor2.Komputer

Nilai murni:1.yakin2.mendengar arahan3. bekerjasama

LANGKAH 1(Menjana idea)

(7 minit)

Bunyi haiwan:

1.Lembu = Moo-moo

2.Kucing= Meow-meow

3.Itik= Quack- quack

4.Burung= Cip-cip

5.Kambing= Mbekk-mbekk

6. Kerbau= Kuak-kuak

1. Guru bertanya pada murid:

i. Adakah mereka pernah melihat haiwan yang ditunjukkan di dalam tayangan? Di mana?

ii. Haiwan apakah yang menghasilkan bunyi quack-quack?

iii. Bagaimanakah bunyi haiwan yang dikeluarkan di dalam video itu

Adakah sama dengan bunyi yang pernah mereka dengar?

2. Guru meminta murid memberi contoh haiwan lain yang dikenali

I. Murid membunyikan bunyi haiwan yang dinyatakan.

Teknik:1. Soal jawab

Terapi:1.Pendengaran2.Pertuturan

BBM:1.Komputer2.Projektor

Nilai murni:1.Bekerjasama2.Yakin diri3.Berani mencuba4.Mendengar arahan guru

LANGKAH 2(Penstrukturan idea)Audio(7 minit)Membunyikan bunyi haiwan.

Contoh ejaan bunyi:

Burung:cik = cip

Kucing:miaw =meow

1. Guru menggunakan projektor dan komputer untuk menayangkan persembahan powerpoint yang bertajuk Kenali Bunyi Haiwan

2. Slaid tersebut merangkumi: Gambar haiwan nama haiwan, bunyi sebenar haiwan ejaan bunyi haiwan yang betul

3. Guru meminta murid mengajuk bunyi haiwan yang terdapat dalam persembahan powerpoint.

Teknik:1.ICT2.soal jawab

Terapi:1.Perdengaran2.Pertuturan

BBM:1.Komputer2. Projektor 3.Perisian Powerpoint

Nilai murni:1.Berani mencuba2.Yakin diri

LANGKAH 3(Aplikasi Idea)(6 minit)Aktiviti Bunyi saya1. Guru memberikan setiap murid satu helaian kertas

Setiap helaian kertas mempunyai topeng haiwan ( terdapat 6 jenis topeng haiwan iaitu kucing, kerbau,itik,lembu,kambing dan burung)

Murid akan memotong topeng tersebut berdasarkan ukuran yang telah dibuat.

2. Selesai menggunting, murid diminta oleh guru berkumpul dalam kumpulan berdasarkan jenis topeng haiwan yang sama.

3. Kemudian, guru meminta murid memakai topeng tersebut .

4. Guru akan menayangkan kembali video Pak Mamat ada Kebun. Kali ini murid diminta menyanyikan lagu ini bersama di dalam kumpulan masing- masing dan membuat bunyi berdasarkan topeng yang dimiliki

Teknik:1. Cara kerja

Terapi:1.Motor halus2.Pertuturan3.Perdengaran4.Pengamatan

BBM:1.Helaian kertas bergambar (Topeng haiwan)2.Gunting3.Tali Getah4.Penebuk lubang

Nilai murni:1.Tolong-menolong2.Bekerjasama3.Yakin diri

Penutup (5 minit)RumusanImbas kembali1. Guru berbincang bersama murid mengenai pengajaran hari ini.

2. Guru meminta murid membunyikan semula bunyi haiwan bila guru menunjukkan kad gambar.

3. Guru menanyakan soalan kepada murid:

Apakan bunyi semua haiwan sama?

4. Di akhir pengajaran, guru membuat rumusan kepada murid bahawa:

Setiap haiwan mempunyai bunyi yang berbeza untuk membezakan antara satu sama lain.Nilai murni:1.Bersyukur2.Bertanggungjawab3.Mendengar arahan

5.0KESIMPULAN

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

6.0REFLEKSI(NURHASLIZA BINTI YAHYA)

Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya memberi kesihatan kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugas Seni Dalam Pendidikan (WAJ 3073) ) ini dengan jayanya seperti yang telah ditetapkan.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang tahap penguasaan kanak-kanak dari segi kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga mula merasai kepentingan WAJ 3073 ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah terutama di kelas Pendidikan Khas pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran WAJ 3073 ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok kerana dapat mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.

Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996). Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.

Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses pengajaran seorang guru. Guru harus tmenggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan memberi bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan objektif pembelajaran murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula, sa telah bergantung kepada Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai objektif pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian, mata pelajaran yang telah dipilih ialah Bahasa Melayu di mana saya telah mengintegrasikan Seni. Dalam Pendidikan bagi tajuk Haiwan. Objektif pembelajarannya ialah mengecam 3 daripada 5 bunyi haiwan yang diperdengarkan serta mengajuk 3 daripada 5 bunyi haiwan berdasarkan gambar yang ditunjuk.

Pada set induksi, murid diminta menyanyikan lagi Pak Mamat ada kebun di manaaktiviti yang dijalankan ialah guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid. Kebaikan aktiviti ini ialah ia dapat merangsangkan perasaan ingin tahu para murid. Murid akan berasa hairan terhadap hasilan mereka selepas sesi ini. Kebaikan kedua ialah ia dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid. Namun begitu, aktiviti ini juga mempunyai kelemahannya. Kelemahan pertama, aktiviti ini tidak dapat melibatkan semua murid. Hal ini disebabkan bilangan bunyi tidak sebanyak dengan bilangan murid. Kumpulan murid yang tidak dapat membunyikan haiwan tersebut akan berasa bahawa mereka diketepikan dalam aktiviti ini. Selain itu, kemungkinan seorang murid dapat membunyikan yang lebih daripada satu adalah tinggi. Untuk menambahbaikkan aktiviti ini, sebagai seorang guru, saya perlu memastikan bilangan bunyi haiwan adalah cukup untuk semua murid. Saya juga harus memastikan semua murid mendapat bunyi yang sama agar keadilan terhadap semua murid dipeliharakan. Pada langkah 1 dan 2, saya telah menggunakan kaedah oral aural untuk membimbing murid menyebut suku kata tertutup, membaca, mengeja dan membatang setiap perkataan dalam gambar tersebut. Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin (1997), beliau menyatakan kaedah oral-aural ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Kaedah ini membolehkan murid untuk mudah mengingat dan menyebut dengan tepat. Tambahan pula, kaedah ini juga dapat dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan. Dalam tajuk ini, pengintegrasikan aktiviti seni visual ialah saya membimbing murid untuk membuat topeng muka, iaitu pada langkah 3. Murid boleh mencantikkan topeng mereka mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda murid, bahkan ia juga dapat mengingatkan murid supaya murid sentiasa mengambil berat terhadap bunti haiwan mereka. Namun, kemungkinan sesetengah murid tidak suka aktivti ini disebabkan kadar kekuatan dan kemahiran mereka dalam seni visual tidak tinggi.

Oleh itu sebagai guru perlu mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah pengagihan murid ke dalam beberapa kumpulan, seterusnya melatih seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti ini. Guru juga boleh memberi motivasi kepada murid agar mereka tidak mudah berputus asa.

Pada penutup pula, saya telah mengintegrasikan aktiviti seni muzik dan seni pergerakan dengan membimbing murid untuk menyanyikan lagu Pak Mamat ada kebunsambil membuat gaya pergerakannya. Demi mengaitkan lagu dengan isi tajuk ini, saya telah mengubah lirik lagunya. Oleh itu, saya akan meminta murid membaca lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya. Kebaikan aktiviti ini ialah ia memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan murid. Aktiviti ini juga boleh menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi murid yang mempunyai jenis kecerdasan muzik. Ia juga dapat mencetuskan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baharu yang telah saya peroleh, dengan izin Allah SWT saya akan aplikasikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini di mana dengan hanya memahaminya baharulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna bagi merealisasikan matlamat Falfasah Pendidikan Kebangsaan (FPK).7.0BIBLIOGRAFI

Buku:

Siti Sarah binti Abdul Malek, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010).Bahasa Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web:

_______. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu. https://vmc7bq.dm2301.livefilestore.com/y2mPSaj70mHv9iEfyOK41oI_oIWtX55L E6LGvsi5-eXzb5awSHJZlvQsZpyevqlnAPSIduez2olD_7d-vBk61-pg2- exMWqDMf_jTjJjQk_jVs/dokumen%20standard%20bahasa%20malaysia%20tah un%201%20sk.pdf?download&psid=1. Diambil pada 25 Mac 2015.

_______. (-).Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan. http://www.oocities.org/zulmz65/hbef1403seni.pdf . Diambil pada 27 Mac 2015

http://www.slideshare.net/wanrohaniwansulaiman1/peranan-seni-dalam-pendidikan-38703165?related=1

1