scb smartedui bm

13
SmartEdu-i Ianya bagus apabila pelan anda menitikberatkan anak anda seperti mana anda juga A dan dia terima EduSmart Bonus 5 perlindungan sepanjang hayat sehingga umur 100 1 tahun dan dia bersedia untuk Kolej dan Universiti 18 Capai

Upload: mohaza-lucca

Post on 05-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Scb Smartedui Bm

SmartEdu-i

Ianya bagus apabila pelan anda menitikberatkan anak anda

seperti mana anda juga

A dan dia terima EduSmart Bonus5

perlindungan sepanjang hayat sehingga umur 1001

tahun dan dia bersedia untuk Kolej dan Universiti 18

Capai

Page 2: Scb Smartedui Bm

SmartEdu-iMemberi Ganjaran Untuk Pendidikan Anak AndaPendidikan adalah kunci kepada perjalanan hidup anak anda. Sebagai ibu bapa, anda akan memastikan anak anda terus menerima pendidikan yang terbaik, walaupun anda telah tiada.

Memperkenalkan SmartEdu-i, pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan tetap yang ditaja jamin oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) dan diedarkan oleh Standard Chartered Saadiq Berhad (Standard Chartered Saadiq). SmartEdu-i ialah sebuah pelan yang menggabungkan perlindungan, pelaburan dan ganjaran secara inovatif. Pelan ini memberi perlindungan kepada anda dan anak anda di samping kami membina dana pendidikan anak anda. Ia juga memberi ganjaran kepada anak anda untuk pencapaian cemerlang akademik melalui manfaat unik, Bonus EduSmart.

Dengan SmartEdu-i, perjalanan pendidikan anak anda akan dipenuhi ganjaran.

Page 3: Scb Smartedui Bm

Apakah Manfaat-manfaatPelan SmartEdu-i?Manfaat-manfaat Unik

Anugerah kecemer-langan akademik

Cemerlang dalam pembelajaran ANUGERANGKAN anak anda dengan Bonus EduSmart1 yang dibayar berdasarkan sumbangan perlindungan anda.

Peperiksaan Anugerah peratusan daripada

sumbangan perlindungan

tahunan

Contoh pembayaran

untuk sumbangan perlindungan

tahunan berjumlah RM1,200

Pencapaian minimum

UPSR 50% RM600 5A

PMR 100% RM1,200 7A

SPM 150% RM1,800 8A

STPM atau STAM

150% RM1,800 4A

GCSE 150% RM1,800 5A

A-Level 150% RM1,800 3A

IB 150% RM1,800 42 mata

Diploma atau Ijazah 200% RM2,400

CGPA 3.5atau Kelas Pertama

Peroleh Bonus Loyalti1

Bayar sumbangan anda secara konsisten dan terima 5% daripada sumbangan perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.

Pilihan pengeluaran dana

Anda boleh mengeluarkan dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pengajian tinggi anak anda. Ini termasuk Bonus Loyalti1 dan Bonus bagi Tiada Tuntutan1 yang telah dikumpulkan.

1 Tertakluk kepada kepada Terma-terma dan Syarat-syarat.

Page 4: Scb Smartedui Bm

Perlindungan Asas

Kematian Penama anda berhak mendapat:a) jumlah perlindungan asas, danb) nilai unit dalam akaun

Untuk pelan SmartEdu-i, jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, kadar jumlah perlindungan asas yang akan dibayar adalah seperti berikut:

Umur 1 2 3 45 & ke atas

% Jumlah Perlindungan Asas

20% 40% 60% 80% 100%

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Jumlah perlindungan akan dibayar apabila hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau tamat tempoh sijil, yang mana terdahulu.

Kematangan Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang.

Penyerahan Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda.

Page 5: Scb Smartedui Bm

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan

• Terima rawatan perubatan yang tiada tandingan dengan HealthEnrich yang memberikan anda pelan perubatan yang komprehensif.• Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital.

Memastikan perlindungan berterusan

• Pilih daripada pelbagai rider penyumbang – Contributor, Parent Contributor atau Joint Contributor – yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.

Bina dana pendidikananak anda

• Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam Takafulink Dana Urus.• Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana- mana rider Takaful Saver Contributor bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.

Kenapa Memilih Pelan SmartEdu-i?

Sumbangan Bulanan Yang Mampu Dibayar

Anak anda akan dilindungi dengan sumbangan serendah RM50

sebulan.

Pilih daripada Rangkaian Manfaat Tambahan2

Kukuhkan pelan anak anda dengan manfaat-manfaat tambahan.

Pilihan fleksibel untuk Kematangan Pelan

Pilih pelan untuk matang apabila anak anda mencapai umur 25,

80 atau 100 tahun.

2 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.

Page 6: Scb Smartedui Bm

Soalan-soalan LazimSiapakah yang layak? Anda layak untuk menyertai pelan ini jika anak anda berumur di antara 1 hingga 18 tahun.

Bagaimanakah SmartEdu-i berfungsi?SmartEdu-i adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru’.

Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang terlibat dalam

SmartEdu-i?Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis Caj dan Potongan

Butiran

Caj wakalah pendahuluan

Caj ini terdiri daripada komisen kepada Standard Chartered Saadiq sebagai pengedar pelan ini. Baki digunakan oleh PruBSN untuk perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan3 di bawah adalah berdasarkan sumbangan perlindungan anda.

Tahun sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & ke atas

Caj wakalah pendahuluan

60% 40% 30% 20% 10% 0%

Untuk Takaful Saver, caj wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil.

Caj perkhidmatan

RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek dan RM5 untuk untuk cara bayaran lain. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

Caj pengurusan aset

Caj ini dikenakan setiap tahun pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.

Takafulink Dana Bon 0.5% setahun

Takafulink Dana Urus 1.3% setahun

Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun

Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun

Cajpenambahan

5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.

Caj menukar ganti dana

Empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).

Tabarru’ Suatu amaun akan ditolak setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan.

Page 7: Scb Smartedui Bm

Berapakah jumlah komisen yang akan saya bayar?

Komisen yang perlu dibayar kepada Standard Chartered Saadiq

sebagai pengedar pelan ini adalah sebahagian daripada caj

wakalah pendahuluan. Ilustrasi di bawah adalah berdasarkan

SmartEdu-i dengan sumbangan perlindungan tahunan

sebanyak RM1,200 dan Takaful Saver RM1,200.

Bank juga akan mendapat Bonus Pengeluaran sebanyak 5% pada tahun pertama dan sebagai Bonus Ketegaran sebanyak 10% bagi tahun kedua dan ketiga berdasarkan sumbangan perlindungan tahunan. Ia akan dibayar dengan syarat bank memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh PruBSN.

Untuk amaun komisen dan bonus-bonus yang tepat dalam kes anda, sila rujuk kepada ilustrasi pelan yang disediakan untuk anda.

Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada

pelan ini? Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, beserta peserta lain layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun anda. Amaun tepat agihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

Bagaimana saya boleh membuat tuntutan untuk EduSmart

Bonus?Ia adalah mudah!1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan PruBSN di seluruh negara.4. Selepas disahkan, anda akan menerima cek untuk pencapaian anak anda.3 Untuk sijil berkaitan yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang terperinci

Jenis Sumbangan Tahun Sijil 1 2 - 10 11 & ke

atas

Sumbangan Perlindungan

Bahagian3 yang ditolak untuk komisen (%) 20.0% 5.0% 0

Jumlah3 komisen yanag perlu dibayar (RM) 240.00 60.00 0

Takaful Saver

Bahagian yang ditolak untuk komisen (%) 3.75%

Jumlah komisen yanag perlu dibayar (RM) 45.00

Page 8: Scb Smartedui Bm

Nota Penting

1. Ini adalah satu produk takaful dan terikat pada prestasi aset-aset asas, dan ia bukan suatu produk pelaburan tulen seperti amanah saham.

2. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan PruBSN Sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan, Lampiran Pendedahan Produk dan Lampiran Fakta Dana sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan Syarat-syarat yang lengkap dinyatakan di dalam dokumen sijil. Sila dapatkan salinan Terma-terma dan Syarat-syarat untuk maklumat terperinci mengenai pelan ini.

3. Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluan mana-mana individu tertentu.

4. Kecuali jika dinyatakan di dalam risalah ini: - Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir

akan Datang. - Sumbangan perlindungan merujuk kepada

sumbangan yang diperuntukkan ke dalam akaun anda, Akaun Unit Perlindungan (PUA).

5. Pulangan daripada pelaburan anda adalah didasarkan pada prestasi sebenar dana dan ia tidak dijamin.

6. Risiko pelaburan dana anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan, yang dimasukkan ke dalam dana.

7. Amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada umur anda, amaun perlindungan, umur kematangan yang anda pilih, status kesihatan, jantina dan pekerjaan (jika berkenaan).

8. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda atau anak anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

Page 9: Scb Smartedui Bm

9. Untuk SmartEdu-i, anda layak menerima sebanyak RM3,000 setahun bagi pelepasan cukai pendidikan berkenaan sumbangan anda untuk pelan yang matang pada umur 25 tahun. Pada pemindahan pemilikan, anak anda layak menerima sebanyak RM3,000 bagi pelepasan cukai perubatan individu manakala sebanyak RM6,000 bagi pelepasan cukai hayat individu. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

10. SmartEdu-i tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tempoh tamat atau kematangan sijil.

11. Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada PruBSN dalam tempoh lima belas (15) hari daripada penghantaran dokumen sijil, yang mana PruBSN akan membayar balik sumbangan yang tidak diperuntukkan, sebarang caj Tabarru’ dan perkhidmatan yang telah ditolak daripada sumbangan yang diterima daripada anda termasuk baki nilai unit di dalam akaun anda pada harga unit pada tarikh penilaian yang berikutnya ditolak sebarang perkhidmatan perubatan oleh PruBSN semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.

12. Mengambil bahagian di dalam pelan takaful berkaitan-pelaburan adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalu melibatkan kos yang tinggi dan nilai serahan yang mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibayar.

13. Bonus loyalti adalah tidak dijamin. Ia dibayar semata-mata pada budi bicara PruBSN dan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh peserta untuk menjadi layak.

14. Tabarru’ bermaksud derma daripada sebahagian sumbangan yang ditentukan yang dimasukkan ke dalam Dana Tabarru’ bagi tujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan manfaat-manfaat yang dipersetujui dibawah pelan ini.

Page 10: Scb Smartedui Bm

Pengecualian

SmartEdu-i tidak melindungi situasi berikut. Sekiranya salah satu daripadanya berlaku, manfaat yang ditawarkan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda.

1. Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan sijil.

2. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

3. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.

4. Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti penyakit sedia ada dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.

5. Jika kemasukan ke hospital disebabkan oleh penyakit yang bermula dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil.

6. Jika simptom penyakit kritikal bermula dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh sijil untuk serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit jantung arteri koronari serius yang lain sementara dalam tempoh 30 hari untuk mana-mana penyakit kritikal lain.

Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai yang direka khas untuk anda. Dapatkan pelan yang paling sesuai untuk anda dan keluarga daripada PruBSN.

Hubungi Penasihat Perancang Kewangan Standard Chartered Saadiq atau kunjungi cawangan Standard Chartered Saadiq yang berdekatan dan dapatkan perlindungan yang sesuai untuk diri anda hari ini.

Page 11: Scb Smartedui Bm

SmartEdu-i adalah produk yang berasaskan Syariah.

Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang

berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan

di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Prudential BSN Takaful

Berhad sebagai penaja jamin SmartEdu-i bertanggungjawab

sepenuhnya ke atas produk dan manfaat-manfaat yang

ditawarkan di dalam pelan ini termasuk maklumat yang dinyatakan

di dalam risalah ini. Standard Chartered Saadiq Berhad adalah

pihak pengedar ketiga dan tidak menerima sebarang liabiliti untuk

produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Prudential BSN

Takaful Berhad.

PENTING: Anda mestilah memastikan yang anda berpuas

hati bahawa produk ini akan memenuhi keperluan anda dan

sumbangan dibayar di bawah sijil ini ialah suatu jumlah yang

anda mampu bayar.

Semua maklumat adalah benar pada waktu ia dicetak. Dicetak pada 26 Ogos 2013.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

• PrudentialBSNTakafulBerhad

Tel: 03-2053 7188

Faks: 03-2072 6188

Emel: [email protected] atau layari

www.prubsn.com.my

• StandardChartered-1300888888

Pelan ini ditaja jamin oleh:

Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H)

Tingkat 8A, Menara Prudential

No. 10, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Pelan ini diedarkan oleh:

Standard Chartered Saadiq Berhad (823437K)

Tingkat 16, Menara Standard Chartered

30, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Page 12: Scb Smartedui Bm

Branch Directory

Call 1300 888 888

Standard Chartered Saadiq Berhad Financial Centres:

Ampang Point44, Jalan Mamanda 9, Ampang Point, 68000 Selangor Darul Ehsan

BangsarNo. 44 & 44A, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Bukit Tinggi, KlangA-G-2 Ground Floor South Tower, Tower A (BBT One The Towers), Lebuh Batu Nilam Satu, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Kota Kinabalu, SabahG-813 Ground Floor, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Laman Seri, Shah AlamG15, Blok 3, No. 7, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Nusa Bestari, Johor BahruNo 1, Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor Bahru

Taman Connaught, Cheras140, Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Taman Tun Dr Ismail50, 52 & 54, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Page 13: Scb Smartedui Bm

or visit standardchartered.com.my

Standard Chartered Bank Malaysia offering Saadiq products and services:

Alor Setar55, Lot 5 & 5ABangunan EMUMJalan Gangsa, KawasanPerusahaan Mergong 205150 Alor StarKedah Darul Aman

Batu Pahat7, Jalan KundangTaman Bukit Pasir83000 Batu PahatJohor Darul Takzim

Bintulu89, Keppel Road97000 BintuluSarawak

Bukit Tengah (Prai)1816, LengkokPerusahaan MajuBukit Tengah13600 Seberang PraiPenang

ButterworthLevel 1, NB Tower 15050, Jalan Bagan Luar12000 ButterworthPenang

Damansara Utama18-22, Jalan SS 21/39Damansara Utama47400 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Ipoh21-27,Jalan Dato Maharaja Lela30000 IpohPerak Darul Ridzuan

Jalan Ipoh33-35, Jalan Ipoh51200 Kuala Lumpur

Jalan Sultan Ismail36, Jalan Sultan Ismail50250 Kuala Lumpur

Johor Bahru24-26, Jalan HarimauTarum, Taman Century80250 Johor BahruJohor Darul Takzim

Kajang36 & 37, Jalan Prima Saujana 1/1ATaman Prima SaujanaSeksyen 143000 KajangSelangor Darul Ehsan

Kepong49 & 51, Ground Floor Jalan Metro Perdana Barat 1Taman UsahawanKepong Utara52000 Kuala Lumpur

Klang11, 15 & 17Jalan Kepayang41050 KlangSelangor Darul Ehsan

Kota Damansara2-1, 2-2, 2-3, 2-3A &2A-1, Jalan PJU 5/17Dataran SunwayKota Damansara47800 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Kota Kinabalu20, Jalan Haji Saman88000 Kota KinabaluSabah

Kuantan1-3, Jalan Haji Abdul Aziz25000 KuantanPahang Darul Makmur

KuchingWisma Bukit Mata Kuching, Jalan TAR93100 Kuching,Sarawak

Lot 10 R4, 2nd Floor,Lot 10 Shopping Centre50, Jalan Sultan Ismail50250 Kuala Lumpur

Melaka671 & 672Jalan Melaka Raya 8Taman Melaka Raya 75000 Melaka

Miri1383 & 1384, Block 10Centre Point Phase IIJalan Kubu98000 MiriSarawak

Penang2, Lebuh Pantai10300 Penang

Petaling Jaya30-36, Jalan 52/446200 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Port Dickson61, Jalan Baru71000 Port DicksonNegeri Sembilan Darul Khusus

Puchong30 & 32, Jalan Puteri 1/2Bandar Puteri Puchong47100 PuchongSelangor Darul Ehsan

SandakanJalan Pelabuhan90000 SandakanSabah

Seremban127A & 128Jalan Dato Bandar Tunggal70000 SerembanNegeri Sembilan Darul Khusus

SibuJalan Tukang Besi96000 SibuSarawak

Sitiawan16-20, Jalan Lumut32000 SitiawanPerak Darul Ridzuan

Subang Jaya1, Jalan USJ 10/1F47620 UEP Subang JayaSelangor Darul Ehsan

Taiping25, Jalan Pasar34000 TaipingPerak Darul Ridzuan

Taman Molek86 & 88, Jalan Molek 2/2 Taman Molek81100 Johor BahruJohor Darul Takzim

Tawau518, Jalan Habib Hussin91000 TawauSabah