sayangilah sekolah kita (autosaved)

3
Bismillah….Terima kasih saudari pengacara majlis. Yg berusaha tuan pengetua Pn Oi Ai Lin, Penolong kanan akedemik Pn Norizam binti Yahaya, Penolong kanan Hal ehwal Murid Pn Mariani binti Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum Pn Sofiah binti Ishak, Guru-guru kanan matapelajaran kaunselor sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa , rakan-rakan guru, barisan pengawas sekolah seterusnya murid- murid yang dikasihi sekelian… assalamualaikum dan slmt sejahtera. SEKOLAHKU SAYANG. Menyayangi sekolah adalah sama penting seperti menyayangi diri sendiri, kerana di sekolahlah tempat murid-murid menimba ilmu, mengumpul pengalaman hidup dan merasai pahit manis kehidupan zaman remaja dan tempat untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan. Pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid untuk menyayangi sekolah. 1) Seseorang murid membuktikan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan oleh pihak sekolah. Harta benda sekolah seperti kerusi, meja, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Sayangilah dan jaga harta benda sekolah sebaik mungkin kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama oleh warga sekolah keseluruhannya. Perbuatan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah sangat merugikan kerana kerajaan terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaiki kerosakan tersebut. Senario ini sangat merugikan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar murid-murid dapat belajar dengan sempurna. SETERUSNYA.. 2) mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara membuktikan rasa sayang akan sekolah.

Upload: rosmizar-ahmad

Post on 08-Apr-2016

16 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

MOTIVASI

TRANSCRIPT

Page 1: Sayangilah Sekolah Kita (Autosaved)

Bismillah….Terima kasih saudari pengacara majlis.

Yg berusaha tuan pengetua Pn Oi Ai Lin, Penolong kanan akedemik Pn Norizam binti Yahaya, Penolong kanan Hal ehwal Murid Pn Mariani binti Hashim,Penolong Kanan Kokurikulum Pn Sofiah binti Ishak, Guru-guru kanan matapelajarankaunselor sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa ,rakan-rakan guru, barisan pengawas sekolah seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian…assalamualaikum dan slmt sejahtera.

SEKOLAHKU SAYANG.Menyayangi sekolah adalah sama penting seperti menyayangi diri sendiri, kerana di sekolahlah tempat murid-murid menimba ilmu, mengumpul pengalaman hidup dan merasai pahit manis kehidupan zaman remaja dan tempat untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan. Pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid untuk menyayangi sekolah.

1) Seseorang murid membuktikan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan oleh pihak sekolah.

 Harta benda sekolah seperti kerusi, meja, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik.  Sayangilah dan jaga harta benda sekolah sebaik mungkin kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama oleh warga sekolah keseluruhannya.  Perbuatan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah sangat merugikan kerana kerajaan terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan untuk membaiki kerosakan tersebut. Senario ini sangat merugikan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar murid-murid dapat belajar dengan sempurna.

SETERUSNYA..

2) mematuhi peraturan sekolah juga merupakan salah satu cara membuktikan rasa sayang akan sekolah.

 Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sentiasa patuh pada peraturan walau di mana sahaja murid-murid berada.  Peraturan yang dirangka sebenarnya adalah untuk menyediakan satu situasi yang harmoni serta mengelakkan murid terlibat dengan salah laku disiplin kerana ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekolah yang terkenal dengan disiplin murid-muridnya yang baik dipandang tinggi oleh masyarakat dan dapat meningkatkan imej sekolah.

Page 2: Sayangilah Sekolah Kita (Autosaved)

3) Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang menunjukkan murid-murid menyayangi sekolah.  Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid juga dapat menyumbang menaikkan nama sekolah dengan sentiasa berusaha menempa kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum.  Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh murid dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti dan masyarakat.  Sebagai contoh, kejayaan murid-murid memperolehi keputusan “straight A’s” di dalam peperiksaan SPM misalnya yang menepati atau melebihi sasaran sekolah dapat mengharumkan dan melonjakkan nama sekolah.  Jika tidak mampu mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik, murid masih boleh menjadi contoh dengan melonjakkan diri dalam bidang kokurikulum contohnya, seperti kejayaan yang telah ditempa oleh _________dalam acara merentas desa ….. ……………Tahniah diucapkan kpd_________  

Kesimpulannya,  semua warga sekolah wajib menzahirkan rasa sayang kepada sekolah.  Sayangi sekolah kita kerana di sinilah tempat murid-murid belajar asas jatuh bangun dalam kehidupan dan membina masa depan. Semua guru sentiasa berusaha memberi didikan yang terbaik dan semestinya murid-murid pula sentiasa berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik seterusnya membuktikan kasih sayang kita kepada keluarga dan sekolah kita.

Akhir kata…..

Doakanlah sekolah kita maju jaya ..

Cinta dan cita murni tetap terpahat dihati..

Tingkatkan azam..terus berusaha…berilmu, beriman, berbakti,,

Sekolahku sayang , sekolahku cemerlang…

Sekian, terima kasih.