sample minit mesyuarat

12
SK. LOK YUK INANAM PETI SURAT 11757 88819 KOTA KINABALU SABAH TEL / FAX : 088-432033 ____________________________________________________________ ____________ Ruj : SRKLYI/800/02(06) Tarikh : 03 NOVEMBER 2014/ISNIN MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEENAM 2014 Tarikh : 03 November 2014 Masa : 1.45 petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah KEHADIRAN: 1. Puan Elizabeth Lok Fae Ling - Pengerusi (Guru Besar) 2. Encik James Jonny (Penolong Kanan Kokurikulum) 3. Puan Roselin Jack (Penolong Kanan Kurikulum) 4. Puan Nooridah Suroto (Penolong Kanan HEM) 5. Encik Valentine Kajan Laeng 6. Cik Kwan Lun Shai 7. Ustazah Siti Yuslaini Mohd. Samsuri 8. Puan Tina Kimuin 9. Cik Jane Joseph 10. Cik Shadia Binti Jimlok 11. Puan Rohana Mahmood 12. Puan Rosni Basilun 13. Puan Sylvia Rangkisi 14. Puan Patricia Rinyud 15. En Roslan Pade 16. Encik Rusbeh Peran 17. Puan Siti Noorazimah Maad 18. Puan Harnidah Dato Derin 1

Upload: james-nicholas-johnny

Post on 23-Jan-2016

275 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT

TRANSCRIPT

Page 1: SAMPLE MINIT MESYUARAT

SK. LOK YUK INANAMPETI SURAT 11757

88819 KOTA KINABALUSABAH

TEL / FAX : 088-432033

________________________________________________________________________Ruj : SRKLYI/800/02(06)Tarikh : 03 NOVEMBER 2014/ISNIN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEENAM 2014

Tarikh : 03 November 2014Masa : 1.45 petangTempat : Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN:

1. Puan Elizabeth Lok Fae Ling - Pengerusi (Guru Besar)2. Encik James Jonny (Penolong Kanan Kokurikulum)3. Puan Roselin Jack (Penolong Kanan Kurikulum)4. Puan Nooridah Suroto (Penolong Kanan HEM)5. Encik Valentine Kajan Laeng 6. Cik Kwan Lun Shai7. Ustazah Siti Yuslaini Mohd. Samsuri8. Puan Tina Kimuin9. Cik Jane Joseph10. Cik Shadia Binti Jimlok11. Puan Rohana Mahmood12. Puan Rosni Basilun13. Puan Sylvia Rangkisi14. Puan Patricia Rinyud15. En Roslan Pade16. Encik Rusbeh Peran17. Puan Siti Noorazimah Maad18. Puan Harnidah Dato Derin

Tidak Hadir Bersebab

1. Encik Dominic Chen @ Tsen Shu Hou - Masalah Keluarga 2. Puan Norlie Ashikin Bt. Bakar - Cuti Bersalin3. Puan Yentichia Damin - Klinik4. Puan Saineh Serayoh - Kursus Program Transformasi Menuju

Kepimpinan Cemerlang

1

Page 2: SAMPLE MINIT MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan selamat petang dan terima kasih di atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat kokurikulum kali keenam bagi tahun 2014.

1.2. Beliau memulakan mesyuarat dengan memaklumkan kepada guru-guru tentang pentingnya mesyuarat pada kali ini untuk melihat perjalanan unit Kokurikulum pada tahun hadapan.

1.3. Pengerusi turut memaklumkan sidang tentang perlantikan Cikgu James sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang baharu menggantikan Penolong Kanan Ko-kurikulum yang telah berpindah. Namun, tidak dapat dilaksanakan kerana mantan Penolong Kanan Ko-kurikulum belum menyerah tugas lagi.

1.4. Pengerusi menegur guru-guru agar mengambil kehadiran terlebih dahulu dan mengikuti mesyuarat sebelum menjalankan kerja atau tugasan lain. (Cikgu Jubaidah, Cikgu Patricia yang sedang menyiapkan data LINUS – perlu hadir terlebih dahulu dalam mesyuarat untuk mengambil kehadiran)

Tindakan : semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan minit Mesyuarat Kali Keenam bagi tahun 2014 telah dicadangkan oleh Ustazah Siti Yuslaini dan disokong oleh Cikgu Rosni Basilun.

Makluman semua guru

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi membangkitkan perkara 3.4 tentang pengisian masa kokurikulum yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti kokurikulum selepas peperiksaan UPSR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Program Eco-School, Sukan Tahunan, Pesta Unit Beruniform, dan Perkhemahan Tahun 6. Aktiviti ini sangat penting untuk melengkapkan kehadiran mereka dalam kokurikulum.

3.2 Beliau turut memaklumkan sidang bahawa cikgu James sedang mengambil tindakan tentang kehadiran murid dalam kokurikulum. Respon cikgu James tentang perkara ini ialah guru-guru telah menghantar laporan kehadiran kepadanya.

3.3 Pengerusi juga berharap semua guru agar dapat membincangkan kehadiran murid dengan ibu bapa atau penjaga semasa penyampaian buku rekod.

3.4 Pengerusi membangkitkan perkara 3.6 tentang SKT. Menurut beliau, guru-guru yang susah mencapai markah 80% adalah di sebabkan tahap pencapaian yang rendah dalam Bahagian VI – Kegiatan dan sumbangan diluar tugas rasmi. Berikut merupakan skala pemberian markah dalam bahagian ini:

Markah Peringkat2 Sekolah 4 Daerah

2

Page 3: SAMPLE MINIT MESYUARAT

6 Negeri8 Kebangsaan10 Antarabangsa

3.5 Beliau memaklumkan beberapa orang guru mencapai markah 80% seperti cikgu Valentina kerana telah mendapat Johan Bola Sepak Peringkat Daerah. Manakala, cikgu Jane pula telah menang dalam pertandingan SERASI pada Tahun 2012.

3.6 Pengerusi meminta agar semua SKT dapat dihantar pada minggu ini supaya cikgu Nooridah sebagai Penilai Kedua dapat memberi markah.

3.7 Cikgu Rosni membangkitkan perkara 3.2 tentang harga baju Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menurut beliau harga baju pada tahun 2014 ialah RM 30.00 tetapi pada tahun 2014 telah meningkat kepada RM 35.00. Beliau turut membangkitkan tentang penggunaan baju PJK pada tahun hadapan. Respon pengerusi tentang perkara tersebut ialah setiap murid akan bertukar rumah sukan pada tahun hadapan kerana pihak sekolah akan membentuk 4 rumah sukan, iaitu Biru, Kuning, Hijau dan Merah. Setiap murid tidak akan mendapat rumah sukan yang sama. Oleh itu, murid-murid akan membeli baju yang baharu pada tahun hadapan dan baju dijangka sampai pada pertengahan tahun.

4.0 LAPORAN AKTIVITI

4.1 Laporan Pesta Unit Beruniform

4.1.1 Laporan Unit Beruniform telah dibentangkan oleh cikgu Harnidah.

Kekuatan 1. Kehadiran murid dan guru memuaskan 2. Kemahiran yang ditunjukkan oleh murid-murid

melebihi jangkaan.3. Guru menyumbang duit untuk memberikan

hamper kepada murid-murid untuk meningkatkan motivasi mereka.

4. Murid terlibat penuh dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

5. Guru menyediakan bahan yang diperlukan dalam aktiviti. Misalnya, cikgu Valentine menyediakan kayu untuk membuat gajet. Begitu juga dengan cikgu James yang menyediakan chop stick.

Kelemahan 1. Persediaan alat – ada murid yang tidak membawa alatan dan bahan yang diarahkan.

2. Gangguan semasa aktiviti memasak – ada murid-murid yang menganggu proses penyediaan makanan.

Peluang 1. Boleh diperbaiki lagi di masa akan datang sama ada dari segi persediaan dan aktiviti.

3

Page 4: SAMPLE MINIT MESYUARAT

Ancaman 1. Cuaca – hujan dan habuk.Penyelesaian 1. Guru perlu mengingatkan murid-murid agar

tidak mengganggu murid-murid yang terlibat dalam aktiviti memasak.

2. Cuaca hujan – jalankan aktiviti dibawah kanopi.3. Harapan pengerusi agar pada tahun hadapan

penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dapat dibuktikan dengan anugerah seperti mendapatkan lencana keahlian bagi unit beruniform.

4. Respon cikgu James – semua unit beruniform perlu didaftarkan dengan pusat agar pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan dan latihan yang sewajarnya.

5. Pengerusi meminta guru-guru merujuk unit pembangunan kokurikulum tentang cara-cara pendaftaran.

4.2 Laporan Kem Eco-School

4.2.1 Laporan Eco-School dibentangkan oleh ustazah Siti Yuslaini

Kekuatan 1. Penyertaan 7 buah sekolah2. Semua guru yang menyertai sekolah masing-

masing menjadi fasilitator3. Kerjasama dari semua pihak4. Gimik perasmian menarik5. Cenderahati yang disediakan menarik – daripada

bahan terpakai6. Guru SKLYI memberikan komitmen

bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas walaupun sesi persekolahan berjalan dalam masa yang sama.

7. Cuaca baik - tiada hujan/banjir8. Menggunakan bahan-bahan terbuang sebagai

bahan utama.Kelemahan 1. Terdapat sekolah yang tidak mengikuti kem

kerana sekolah mereka menjalankan peperiksaan akhir tahun.

2. Fasilitator tidak membawa lip top3. Segelintir murid tidak membawa bahan4. Ada sekolah datang lambat.5. Kesilapan maklumat – untuk perasmi – jam 8

mula – jemputan jam 2 petang.

4

Page 5: SAMPLE MINIT MESYUARAT

Ancaman 1. Perasmi tidak datang – tapi ada wakil2. Majlis perasmian/penutupan – diadakan semasa

waktu persekolahan – menyebabkan guru-guru besar dan penolong kanan tidak hadir.

3. Ada program lain di sekolah-sekolah yang terlibat dalam Kem Eco School – menyebabkan mereka tidak dapat menghadirkan diri dan mengikuti Kem Eco-School.

4. Aktiviti dilaksanakan semasa waktu persekolahan.

5. Bayaran yuran – 8 orang belum bayar.Peluang 1. Meneruskan program Kem Eco School

2. Memberi peluang kepada sekolah untuk mendapat Anugerah.

3. Dapat memberi markah dalam pertandingan Eco School.

4. Dapat mengharumkan dan memperkenalkan kelebihan sekolah.

4.3 Laporan Sukan Tahunan 2014

4.3.1 Laporan Sukan Tahunan 2014 dibentangkan oleh cikgu Rusbeh – Lihat Lampiran.

4.3.2 Antara cadangan penambahbaikan :i. Bagi memudahkan dan melicinkan majlis penyampaian hadiah –

Guru boleh memilih beberapa orang murid dari setiap rumah sukan sebagai wakil untuk mendapatkan hadiah.

ii. Pengacara majlis perlu memanggil nama murid terlebih dahulu sebelum memanggil penyampai hadiah.

iii. Pembekal lambat datang – menyebabkan ramai murid tidak mendapat makanan. Oleh itu, Ustazah Siti Yuslaini telah kembalikan duit murid.

iv. Pengerusi mencadangkan agar guru-guru mencari pembekal makanan lain di masa akan datang.

v. Ada penglibatan agensi luar – 2 orang Polis – sebagai pengadil dalam pebarisan rumah sukan.

vi. Guru Besar memberi ingatan agar permohonan untuk mendapatkan minuman percuma dari pihak MILO dan 100 Plus dibuat lebih awal, iaitu 1 bulan.

vii. Pihak sekolah tidak cukup petugas bahagian ‘teknikal’ – pengerusi mencadangkan pada tahun hadapan agar sekolah dapat menjemput guru-guru sukan dari PLC 4 untuk bertugas sebagai ‘pelepas’.

viii. Cikgu James memaklumkan bahawa aktiviti sukan tahunan kokurikulum mencukupi 42 masa perjumpaan kokurikulum.

5

Page 6: SAMPLE MINIT MESYUARAT

ix. Pertandingan Inovasi pengurusan kokurikulum – sekolah ada peluang – Misalnya program Kem Eco School.

4.4 Pembentangan Kertas Konsep

4.4.1 Pembentangan Kertas Konsep Perkhemahan Tahun 6 dilaksanakan oleh cikgu Valentine. – Lihat Lampiran.

4.4.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada cikgu Valentine kerana Berjaya menyediakan Kertas Konsep Perkhemahan Murid-murid Tahun 6. Beliau turut menekankan agar setiap guru menjaga keselamatan para peserta.

4.5 Kertas Kerja MAC – Kokurikulum

4.5.1 Dibacakan oleh cikgu James Johnny – Selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum.

4.5.2 Buku program akan dibuat awal untuk kemudahan guru-guru membuat sijil.

4.5.3 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas kertas kerja MAC – Kokurikulum. Beliau berharap agar semua AJK yang terlibat dapat menjalankan tugas.

5.0 SKPM

5.1 Pengerusi memaklumkan akan ada perjumpaan untuk bengkel SKPM pada 6 November 2014. Bengkel yang diadakan perlu untuk mengira pencapaian sekolah. Ini kerana tarikh akhir pengisian data pada SKPM ialah pada 28 Disember 2014. Oleh itu, perjumpaan akhir untuk SKPM juga akan diadakan pada 22 Disember 2014.

Tindakan semua guru dan pihak pentadbir

5.2 Pengerusi turut mengingatkan kepada semua pihak pentadbir agar dapat menyediakan borang-borang untuk diisi.

Tindakan semua pihak pentadbir

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi mengarahkan semua gambar yang telah dirakam sepanjang tahun diserahkan kepada pihak sekolah. Gambar tersebut pelu disimpan dalam USB sekolah dan namakan fail gambar tersebut.

6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah membuka webpage untuk kemudahan menyediakan maklumat kepada orang lain. WIX.Com – username sk

6

Page 7: SAMPLE MINIT MESYUARAT

lok yuk inanam – pw (sk lok yuk inanam)6.3 Guru pemulihan Khas – Hasil pemantauan/lawatan daripada Encik Kassim

Bontak – beliau telah menegur 2 perkara, iaitu:

i. Bilik pemulihan khas tidak ceriaii. Tempat tidak sesuai.

6.4 Respon cikgu Noorazimah –

i. Beliau telah berusaha bersama cikgu Jubaidah dan cikgu Awang untuk menceriakan bilik pemulihan khas. Namun, hiasan yang ditampal selalunya hilang.

ii. Beliau juga mendapati selepas waktu persekolahan – ada individu yang memasang televisyen dan menjadikan kelas sebagai tempat tidur. Hal ini meyebabkan kelas tidak kemas.

iii. Pengerusi mencadangkan agar bahan bantu dilapis dengan plastik untuk mengelakkan daripada hilang atau dicabut.

6.5 Cikgu Shadia – memaklumkan pihak sekolah semua gambar yang ada padanya telah dimuatkan dalam komputer sekolah yang terdapat di bilik guru.

6.6 Cikgu Rosni – memaklumkan tentang kehadiran Jerrena Anak Jerry Kelas Tahun 2K yang telah lama tidak hadir ke sekolah. Respon pengerusi – buat surat kepada KPM atas ketidak hadiran murid berkenaan.

6.7 Cikgu Roslan – Ujian Aptitud Tahun 3 akan dilaksanakan pada hari Selasa, iaitu 4 haribulan November 2014.

6.8 Cikgu Valentine – Hari Rabu tidak dapat hadir dan beliau amat berharap agar cikgu James dan cikgu Rusbeh dapat memantau perjalanan Program PerkhemahanTahun 6.

6.9 Cikgu Roselin Jack – Memohon bantuan daripada cikgu Rosni untuk membuat senarai mata pelajaran dan nama guru dalam proses menyediakan jadual waktu bagi tahun 2015. Beliau turut memaklumkan bahawa senarai nama-nama guru kelas bagi tahun hadapan telah beliau sediakan.

Kelas Nama Guru Kelas1B Cikgu Rosni1K Cikgu Tina2B Cikgu Yentchia2K Cikgu Sylvia3B Cikgu Norlie3K Cikgu Rusbeh4B Cikgu Harnidah4K Cikgu Rohana5B Cikgu Patricia5K Cikgu Valentine6B Cikgu Shadia6K Cikgu Kwan

7

Page 8: SAMPLE MINIT MESYUARAT

- Respon cikgu Rosni berkenaan hal tersebut ialah beliau selalunya merujuk dan berbincang dengan guru besar perihal agihan mata pelajaran setiap guru. Oleh demikian, beliau juga memohon kerjasama PK 1 untuk menyusun atur jadual waktu 2015.

- Respon pengerusi – tidak banyak perubahan kelas yang diajar oleh setiap guru untuk tahun 2015.

6.10 Pengerusi mengarahkan guru-guru agar menyerahkan nama-nama murid yang masih belum pandai membaca kepada cikgu Siti Norhazimah untuk tindakan lanjut.

Tindakan semua guru

6.11 Cikgu Jubaidah – memaklumkan guru-guru sudah boleh mengisi markah di SAPS.

Tindakan semua guru mata pelajaran

7.0 UCAPAN PENANGUHAN.

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Pencatat minit : Shadia Binti Jimlok

Disahkan oleh :

Dicadangkan oleh :

Disokong oleh :

8