sajak t4

2
Di Perpustakaan MAKSUD Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya. Mengintai Ruang Insaf MAKSUD Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. Jenis nada dalam sajak: 1) nada melankolik 2) nada romantik 3) nada patriotik 4) nada sinis 5) nada protes melankolik ini selalunya menjurus kepada kesedihan, murung, mendayu-dayu dan hiba. Maka, bila dideklamasikan sajak itu, luahan suaranya rendah dan perlahan saja. Kalau sajak melibatkan perasaan memang sesuai menggunakan nada ini. Tema penderitaan, kemiskinan, kesusahan hidup, kekecewaan biasanya akan guna nada ini. Nada romantik pula cenderung melukiskan suasana hati atau perasaan pengarangnya yang

Upload: sha

Post on 24-Sep-2015

255 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Di Perpustakaan

MAKSUD

Rangkap 1Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Rangkap 3Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.

Mengintai Ruang Insaf

MAKSUDRangkap 1Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t.

Rangkap 2Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.

Rangkap 3Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya.

Rangkap 4Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

Jenis nada dalam sajak:

1) nada melankolik

2) nada romantik

3) nada patriotik

4) nada sinis

5) nada protes

melankolik ini selalunya menjurus kepada kesedihan, murung, mendayu-dayu dan hiba. Maka, bila dideklamasikan sajak itu, luahan suaranya rendah dan perlahan saja. Kalau sajak melibatkan perasaan memang sesuai menggunakan nada ini. Tema penderitaan, kemiskinan, kesusahan hidup, kekecewaan biasanya akan guna nada ini.

Nada romantik pula cenderung melukiskan suasana hati atau perasaan pengarangnya yang tenang dan menyenangkan. kalau sajak yang bertema kasih sayang, harapan dan impian untuk mencepai kebahagian lazimnya guna nada ini. jenis bahasa yang digunakan halus, lembut dan merdu.

Tegas dan bersemangat. Itulah nada patriotik. sajak yang bertemakan perjuangan menentang penjajah, pihak musuh, menegakkan keadilan dan seumpanya wajarlah menggunakan nada ini. Diksi yang dipilih akan menggambarkan ciri-ciri ketegasan dan semangat yang dikatakan itu.

Nada sinis pula mungkin rendah dan perlahan,kadang-kadang diselangi dengan suara yang tinggi, tetapi tajam menusuk hati. Sajak-sajak yang mengkritik, menyindir sesuailah guna nada ini.

Yang terakhir nada protes, yang lebih kepada suasana penentangan dan pemberontakan. Tema kekejaman, ketidakadilan yang menyebabkan kebencian dan kemarahan yang sesuai. Tekanan suara keras, tinggi dan nyaring. Kata-kata yang digunakan langsung dan jelas, tepat dan tegas.