sajak 'mana orang kita

16
MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU TAJUK SAJAK: ‘MANA ORANG KITA’ (KARYA ADI DHARMA)

Upload: mysweetypie

Post on 06-Jul-2015

3.029 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak  'Mana Orang Kita

MATA PELAJARANKESUSASTERAAN MELAYU

TAJUK SAJAK:‘MANA ORANG KITA’(KARYA ADI DHARMA)

Page 2: Sajak  'Mana Orang Kita

ASPEK-ASPEK KAJIAN DALAM SAJAK

BENTUKMAKSUD SAJAK

PROSA

TEMA

PERUTUSAN

PENGAJARAN

GAYA BAHASA

MAKSUD FRASA

NADA

ALIRAN

PERSOALAN

CORAK

Page 3: Sajak  'Mana Orang Kita

Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap

Jumlah baris rangkap pertama ada 5 baris (quint)Rangkap kedua dan keempat dan kelima ada 7 baris (septaim)Rangkap ketiga ada 6 baris (sekstet)

Rima akhir rangkap pertama – a/b/c/d/dRangkap kedua – a/b/c/d/b/e/eRangkap ketiga – a/a/a/a/b/aRangkap keempat – a/b/b/c/b/b/dRangkap kelima – a/b/b/c/d/e/a

Jumlah suku kata antara 4 hingga 13 suku kata. Paling pendekrangkap pertama baris 1 (orang kita) dan paling panjang rangkappertama baris 3 (tidak peraga diri demi harga diri).

BENTUK SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 4: Sajak  'Mana Orang Kita

Pada keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas iaitu tidak terikatkepada puisi lama seperti pantun atau syair. Ini kerana jumlah baris,suku kata dan rima akhirnya yang tidak sama atau tidak seimbang.

Page 5: Sajak  'Mana Orang Kita

MAKSUD SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Rangkap 1:

Orang Melayu mempunyai sifat-sifat pemalu sebagai satu budayadi samping tidak bermegah-megah kerana harga diri. juga bersifatemosional atau perasa, malah tidak menunjuk-nunjuk (tidak riak) tentang diri dan sesuatu perkara.

Rangkap 2: Orang asing (bukan Melayu) kurang bermoral (melulu), sukamenunjuk-nunjuk diri dan mengambil hati, berselindung atauoportunis (mengambil kesempatan), suka mengampu sehingga oranglaki-laki tua pun boleh terpedaya dan isterinya jadi tersinggung.

Page 6: Sajak  'Mana Orang Kita

Rangkap 3:

Orang Melayu patuh dan menghormati orang tua di sampingmenjaga hubungan baik sesama manusia untuk menjaga imej bangsaterhormat, budaya dan nilai-nilai murni.

Rangkap 4:

Orang asing tidak mempunyai pengaruh moral. Mereka bolehmelakukan apa sahaja asalkan betul menurut budaya mereka yang kadang-kadang bertentangan dengan orang Melayu.

Rangkap 5:

Orang Melayu yang ternama dan terhormat dari keturunan PuteriGunung Ledang yang menjadi rebutan itu sudah tidak ada lagi. Inimenjadikan orang asing sering mendapatkan kedudukan yang istimewa.

Page 7: Sajak  'Mana Orang Kita

Kemajuan bangsa Melayu (moral, budaya dan ekonomi)

Budaya Melayu tidak sama dengan budaya asing kerana budayamelayu mempunyai harga diri. Tema ini dapat dibuktikan dalamrangkap 1 dan ketiga menyatakan orang melayu pemalu keranamempunyai harga diri dan juga mempunyai nilai-nilai murni iaituhormat-menghormati dan taat. Dalam rangkap kedua dan ketiga pulamenyatakan bahawa orang asing tidak bermoral kerana terlalu bebasdan membanggakan diri. Tetapi budaya Melayu sudah pupus keranaadannya pengaruh dari budaya asing yang membuat mereka banggaseperti dalam rangkap kelima.

TEMA SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 8: Sajak  'Mana Orang Kita

Rangkap 1: mempunyai harga diri

Rangkap 2: tidak bermoral/ bangga diri/ memperdayakan

Rangkap 3: hormat-menghormati/ nilai murni

Rangkap 4: tidak bermoral/ kebebasan/ perbezaan budaya

Rangkap 5: kepupusan budaya Melayu/ kebanggaan/kejayaan

PERSOALAN SAJAK‘MANA ORANG KITA’

Page 9: Sajak  'Mana Orang Kita

Satira – Menyindir, mengejek, mencemuh, dan menghina terhadapsesuatu kejadian dan kehidupan. Iaitu menyindir orang Melayu yangterlalu bersifat pemalu, emosional sehingga boleh menyebabkanmundur dan ketinggalan daripada bangsa lain.

Epigram – mempunyai mesej berupa nasihat, pengajaran dan didaktikmoral. Dalam sajak ini ia member pengajaran dan nasihat terutamakepada orang melayu agar berwaspada selalu danjangan mudahterpedaya dengan kata-kata orang lain khususnya bagi orang yangtidak dikenali.

Ode - berupa sanjungan atau memuja, menghormati sertamengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan, bangsa,Negara, seni, kehidupan, alam dan tokoh-tokoh tertentu. Dalam sajakini ia lebih kepada sanjungan terhadap bangsa Melayu yangmempunyai nilai moral dan budi pekerti yang tinggi.

CORAK SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 10: Sajak  'Mana Orang Kita

Realisme - sesuatu yang mengungkapkan kehidupan secararealiti atau benar seperti yang dapat dilihat di alam biasaatau dalam kehidupan seharian.

Sajak ini ada mengutarakan tentang golongan orang Melayuyang telah ditipu oleh orang asing atau orang luar yang manahal ini pernah terjadi di dunia nyata.

Didaktisisme - mendidik atau memberi panduan soal moral,etika dan keagamaan kepada masyarakat pembacanya.

ALIRAN SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 11: Sajak  'Mana Orang Kita

Kecewa dan Protes – Iaitu kecewa dengan sikap sesetengahmasyarakat orang Melayu yang mudah percaya dengan kata-kataorang luar tanpa usul periksa atau menyiasat terlebih dahulu tanpamemikirkan akibatnya di kemudian hari.

Harapan – Penyajak berharap bahawa orang Melayu tidak akan mudahterpedaya lagi serta bangun bangkit daripada kemunduran dan majudalam segala hal dan apa jua bidang setanding dengan orang luar yangdikatakan sebagai negara yang maju lagi bertamadun.

Sindiran – Sajak ini mempunyai unsur-unsur sindiran iaitu menyindirbangsa asing atau bangsa luar yang selalu memperdayakan danbersikap oportunis terhadap golongan orang Melayu.

NADA SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 12: Sajak  'Mana Orang Kita

Asonansi – huruf vokal ‘a’ enam kali: ‘sosial amalan bangsa’ (R3: B4)

Aliterasi – huruf konsonan ‘m’ tiga kali : ‘peraga diri mengulumsenyum’ (R2: B3)

Anafora - ‘Tidak’ (R1: B3,4,5)

Simbol – ‘awan biru’ (R5: B6)

Gandaan – ‘sentuh-sentuhan’ (R1: B4), ‘tonjol-tonjolan’ (R1: B5), ‘usik-mengusik’ (R4: B3).

Bahasa Asing – ‘monopoli’ (R5: B7)

Personafikasi – ‘rambut mengintai......’ (R2: B4)

GAYA BAHASA SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 13: Sajak  'Mana Orang Kita

Sifat-sifat yang ada pada bangsa Melayu seperti pemalu danmenghormati orang tua merupakan nilai murni bangsa Melayu.

Sebagai orang Melayu, kita tidak boleh terpedaya dengan kata-kata orang asing (orang luar) tersebut kerana besar kemungkinanmereka mempunyai muslihat atau niat yang jahat terhadap kita.

Orang Melayu perlu mempertahankan budaya sendiri supaya tidakdicemari oleh budaya asing.

Budaya asing tidak sesuai dengan budaya Melayu.

Budaya melayu semakin pupus kerana pengaruh dari budaya barat.

Sikap yang suka menunjuk-nunjuk, oportunis, mengampu, memperdayakan orang lain merupakan sikap yang tidak bermoral.

PERUTUSAN SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 14: Sajak  'Mana Orang Kita

Kita terutamanya sebagai orang Melayu mestilah berhati-hatiwalau di mana kita berada kerana tidak semua manusia yang mempunyai niat yang baik.

Kita janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang disekeliling kita kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan niatseseorang itu sama ada ikhlas atau tidak terhadap kita.

Sebelum bertindak dan melakukan sesuatu perkara, kitaseharusnya berfikir dahulu buruk dan baiknya akan kesan yang ditanggung terhadap sesuatu perkara itu. Jangan ikut sesuka hatidan mengikut hawa nafsu sahaja.

Kita hendaklah percaya bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Contohnya penipuan. Mungkin apabila perkara sebegitu sudah terjadibaharulah kita menyesal dan baharulah sedar akan kesilapan sendiri.

PENGAJARAN SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 15: Sajak  'Mana Orang Kita

Kita sebagai orang Melayu perlulah mempertahankan budayasendiri supaya tidak dicemari dan dijajah oleh budaya asing.Semakin negara kian maju dan berkembang, orang asing atau orangluar tidak ketinggalan akan memesong minda orang melayu ke jalanyang salah.

Budaya Melayu semakin pupus kerana datangnya pengaruh daribudaya luar atau Barat. Tidak kiralah melalui media massa,elektronik, cetak dan sebagainya. Oleh kerana itu, kita sebagaiorang Melayu yang peka akan hal ini akan sentiasabertanggungjawab serta berusaha untuk meningkatkan danmemartabatkan bangsa Melayu daripada ditelan oleh pengaruh-pengaruh luar.

Page 16: Sajak  'Mana Orang Kita

Antologi Sajak Cermin Diri, 2001. Jabatan Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan: Brunei Darussalam.

Haji Nurazmi Kuntum, 2001. Ulasan Antologi Sajak Cermin Diri.Jabatan Pendidikan Bahasa Institut Pendidikan SultanHassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam: BruneiDarussalam.

Haji Nurazmi Kuntum, 2005. Memahami Sajak dan Novel. DewanBahasa dan Pustaka Brunei: Bandar Seri Begawan.

BIBLIOGRAFI DAN SUMBER RUJUKAN