sajak ketenangan

4
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KETENANGAN Aku terus berjalan tanpa menghiraukan rintangan cabaran yang menghalang air mataku menitis jiwaku meraba hatiku terseksa mencari ketenangan jiwa. Ketenangan kini ku temui suasana sepi menjadi riang suasana gelap menjadi terang. Kini ku sedari bahawa ketenangan bukan datangnya dari kesenangan kekayaan dan kemewahan. Berilmu dan beriman di situ ia datang menjadikan jiwaku tenteram apabila aku mendekati-Nya. Nor Rasidah Mohd.

Upload: nurul-wawa

Post on 30-Jun-2015

486 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: sajak ketenangan

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KETENANGAN

Aku terus berjalan

tanpa menghiraukan rintangan

cabaran yang menghalang

air mataku menitis

jiwaku meraba

hatiku terseksa

mencari ketenangan jiwa.

Ketenangan

kini ku temui

suasana sepi menjadi riang

suasana gelap menjadi terang.

Kini ku sedari

bahawa ketenangan

bukan datangnya

dari kesenangan

kekayaan dan kemewahan.

Berilmu dan beriman

di situ ia datang

menjadikan jiwaku tenteram

apabila aku mendekati-Nya.

Nor Rasidah Mohd.

Antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Dewaan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Page 2: sajak ketenangan

1 Apakah yang dicari oleh peyair di sepanjang perjalanannya?A Cabaran hidupB Ketenangan jiwaC Suasana yang sepiD Menilai diri sendiri

2 Nyatakan faktor yang menyebabkan jiwa penyair menjadi tenang.A Mendekati dengan agamaB Memperoleh ilmu yang cukupC Memahami kepentingan imanD Akur kepada ketentuan tuhan

3 Berdasarkan frasa ”hatiku terseksa”, unsur gaya bahasa yang digunakan ialahA simileB metaforaC sinkopeD perlambangan

4 Penyair menekankan bahawa ketenangan bukan datang dari kemewahan. Namun ketenangan yang diharapkan akan diperoleh jika kita mengamalkan nilai

A semangat bermasyarakatB bertanggungjawabC tolong-menolongD kesederhanaan

5 Tema sajak Ketenangan ialahA kemewahan tidak menjanjikan ketenangan B ketenangan perlu dicari, bukan datang sendiriC mendapatkan ilmu boleh memberi ketenanganD menemui ketenangan apabila kembali kepada ajaran Tuhan

Page 3: sajak ketenangan

1 Berdasarkan frasa ”suasana gelap menjadi tenang ”, unsur gaya bahasa yang digunakan ialah

A SimileB Personifikasi C MetaforaD Anafora

2 Frasa ”kekayaan dan kemewahan” merupakan unsur bunyiA AliterasiB AsonansiC PersonifikasiD Metafora

3 Berikut adalah benar tentang gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini, kecualiA Terdapat gaya bahasa sinkope, iaitu kuB Terdapat pengulangan perkataan menjadiC Terdapat gaya inversi, iaitu suasanaD Terdapat gaya bahasa personifikasi, iaitu jiwaku meraba

4 Ketenangan yang dicari oleh penyajak diperoleh daripadaA ilmu yang diamalkanB beriman kepada tuhanC kemewahan daripada harta bendaD kata-kata semangat daripada kawan-kawan

5 Penyajak berasa sungguh gembira apabila

A ketenangan yang dicari telah ditemui.B akhirnya memperoleh segulung ijazah.C penderitaan yang dialami mula berakhir.D memperoleh kekayaan yang selama ini dicari.