rph

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 13 April 2015 (Isnin) Masa : 11.10 pagi - 12.30 tengahari (80 minit ) Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : 2 Adil Bilangan Pelajar : 24 orang Tajuk : : Statistik Subtopik : : Data Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat: i) Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul secara: (a) mengira. (b) mengukur. ii) Mengumpul dan merekod data secara sistematik. iii) Menentukan kekerapan dalam suatu data. Penerapan Nilai : Rasional, Berani mencuba, Keyakinan diri, Kerjasama Kaedah : Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran

Upload: cik-niz

Post on 15-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH STATISTIK TINGKATAN 2

TRANSCRIPT

Page 1: rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 13 April 2015 (Isnin)

Masa : 11.10 pagi - 12.30 tengahari (80 minit )

Mata Pelajaran : Matematik

Tingkatan : 2 Adil

Bilangan Pelajar : 24 orang

Tajuk : : Statistik

Subtopik : : Data

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

i) Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul secara:

(a) mengira.

(b) mengukur.

ii) Mengumpul dan merekod data secara sistematik.

iii) Menentukan kekerapan dalam suatu data.

Penerapan Nilai : Rasional, Berani mencuba, Keyakinan diri, Kerjasama

KaedahPembelajaran

: Pembelajaran Koperatif, Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir

: Mentafsir

Media Pengajaran : Komputer, slaid Powerpoint, skrin LCD, lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada

: Pada amnya, pelajar-pelajar telah mengetahui istilah kekerapan yang telah dipelajari pada tahun 5..

Page 2: rph

LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAHISI

PELAJARAN

AKTIVITI P&PCATATAN /

NILAI MURNI / BBM

GURU MURID

Set Induksi(10 minit)

Pengenalan kepada pengumpulan data

1. Guru memanggil 8 orang murid ke hadapan

2. Guru bertanyakan cara murid datang ke sekolah sama ada berjalan kaki, menaiki motorsikal, bas atau kereta.

3. Murid berkenaan mencatat maklumat mereka di papan putih.

4. Guru merumuskan data tersebut dengan merekodkan data yang diperolehi seperti berikut:

*Lihat lampiran

5. Kemudian, guru mengambil bacaan berat murid berkenaan dan meminta murid ini mencatat di papan putih.

7.Guru menyatakan

1. 8 orang murid ke hadapan secara sukarela

2. Murid ini menyatakan cara mereka ke sekolah dan mencatatnya di papan putih

3. Murid menimbang berat mereka.

BBM :

i) Penimbang berat

ii) Pen marker

NILAI:

Rasional Berani mencuba, Kerjasama

KEMAHIRAN GENERIK

KB : Mentafsir, mengkelasifikasi

Page 3: rph

ukuran berat mereka tidak dapat direkodkan seperti data yang pertama tadi tetapi dalam bentuk yang lain.

*lihat lampiran

8.Guru meminta murid untuk memberi pendapat cara data tersebut diperolehi.

9.Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai perbezaan kedua-dua maklumat yang diperoleh dan meminta mereka memberi contoh yang lain.

10. Guru menegaskan kepada murid , data yang dikumpul boleh diperolehi secara

i)mengira , membilangii)mengukur , menimbang

4. Semua murid menyatakan pendapat mereka.

5. Murid mendengar penjelasan guru.

6. Murid memberi contoh lain.

Page 4: rph

Perkembangan pengajaran

( 45 minit)

Mengumpul dan merekod data

Menentukan kekerapan dalam suatu data

Aktiviti :

1. Guru mengarahkan murid untuk membentuk dua kumpulan

2. Kumpulan 1 di arahkan mengumpul data secara mengira

3. kumpulan 2 di arahkan mengumpul data secara mengukur.

4. Setiap kumpulan perlu mengumpul dan merekod data dan diberi masa 20 minit untuk mereka menyiapkan tugasan mereka.

5. Murid dibenarkan mengambil data dari sekeliling sekolah

6. Data kemudian direkodkan secara sistematik dalam bentuk jadual seperti contoh yang telah ditunjukkan oleh guru.

1. Murid membentuk kumpulan kepada dua.

2. Kumpulan 1 mengumpul data secara mengira dan kumpulan 2 mengumpul data secara mengukur.

3. Setiap kumpulan mengumpul dan merekod data.

4. Murid mengumpul data dari sekeliling sekolah.

5. Murid kemudian merekodkan data secara sistematik dalam bentuk jadual.

6. Setiap kumpulan

BBM :

i) Kertas mahjong

ii) Pen marker

NILAI:

Rasional Berani mencuba, Kerjasama

KEMAHIRAN GENERIK

KB : Mentafsir, mengkelasifikasi

Page 5: rph

7. Setiap kumpulan perlu membentang dan menerangkan hasil dapatan kumpulan.

8. Setelah setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka, guru meminta murid menerangkan dengan ayat mereka sendiri , apakah maklumat yang boleh ditafsirkan daripada jadual tersebut terutamanya maksud ‘bilangan murid’.

9. Guru membuat penegasan tentang maksud bilangan murid dan mengaitkan dengan istilah ‘kekerapan’.

membentang dan menerangkan hasil dapatan kumpulan mereka.

7. Murid memberi pendapat.

Page 6: rph

Penilaian (20 minit)

1. Guru mengedar lembaran kerja

2. Guru meminta murid menyelesaikan tugasan tersebut secara berpasangan.

3. Perbincangan tugasan.

4.

1. Murid menerima lembaran kerja

2. Murid menyelesaikan tugasan yang diberi secara berpasangan

BBM : lembaran kerja

Nilai: bekerjasama

Rumusan(5 minit)

1. Guru mengarahkan murid untuk membuat rumusan daripada pembelajaran tersebut menggunakan peta i-think.

2. Guru menunjukkan rumusan daripada hasil pembelajaran menggunakan ‘peta pokok’.

1. murid membuat rumusan daripada pembelajaran tersebut

Nilai : prihatin

Page 7: rph

Data yang dikumpul :

Cara murid datang ke sekolah

Bilangan murid

Jalan kaki 0

Motosikal 1

Bas 5

Kereta 2

Data yang dikumpul:

Berat (kg) Bilangan murid

30 - 34 4

35 - 39 2

40 - 44 1

45 - 49 0

50 - 54 1

Page 8: rph