rph psv m5 t5

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 5 MUTIARA. Tahun : 5 Mutiara Hari : Selasa Tarikh : 3 Mac 2015 Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi Bilangan pelajar : / 27 orang Aktiviti : Alat Pertahanan Diri Tema : Alam Benda. Tajuk : Keris Taming Sari Bidang : Mengenal Krat Tradisonal. Media : Alat : Gunting. Bahan : Kertas lukisan,gam, warna pensel krayon. Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar keris, Keris Taming Sari yang telah siap, gambar proses membuat keris dan speaker suara. EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi. Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Membuat Keris menggunakan kertas lukisan dengan baik

Upload: mohamad-shafeeq

Post on 20-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

RPH PSV M5 T5

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PSV M5 T5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR

TAHUN 5 MUTIARA.

Tahun : 5 Mutiara

Hari : Selasa

Tarikh : 3 Mac 2015

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Bilangan pelajar : / 27 orang

Aktiviti : Alat Pertahanan Diri

Tema : Alam Benda.

Tajuk : Keris Taming Sari

Bidang : Mengenal Krat Tradisonal.

Media : Alat : Gunting.

Bahan : Kertas lukisan,gam, warna pensel

krayon.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh gambar keris, Keris Taming Sari

yang telah siap, gambar proses

membuat keris dan speaker

suara.

EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan

Inovasi.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid

dapat :

1. Membuat Keris menggunakan kertas

lukisan dengan baik dan kemas.

2. Mewarna keris dan sarung keris dengan

ton warna yang betul.

Page 2: RPH PSV M5 T5

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, bentuk, warna,

harmoni dan kepelbagaian yang terdapat pada objek alam semulajadi dan

karya seni dalam penghasilan model keris.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi

penggunaan media dan teknik dalam penghasilan model keris tersebut.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam

penghasilan model Keris.

4. Apresiaisi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,

sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan

bahasa seni visual yang ada pada model keris.

4.1.1 Unsur seni

4.1.1.1 Jalinan – sentuh dan tampak

4.1.1.2 Warna - primer dan sekunder

4.1.1.3 Garisan – Beralun atau lurus atau melengkung

4.1.1.4 Bentuk – Konkrit

Page 3: RPH PSV M5 T5

4.1.2 Prinsip rekaan

4.1.2.1 Imbangan – tidak simetri

4.1.2.2 Penegasan - bentuk

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa

Seni Visual, media, serta proses dan teknik dalam

penghasilan model keris.

4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

4.2.1.1 Alat - Gunting

4.2.1.2 Bahan - Kertas Lukisan, warna pensel, krayon dan gam.

4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam

penghasilan model keris.

4.2.2.1 Teknik – guntingan dan lipatan dan tampalan.

4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman

bahasa seni visual media, serta proses dan teknik dalam

Menghasilkan arca timbul secara kreatif.

4.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.

4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan

kepelbagaian dalam penghasilan karya.

4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan

Karya.

Page 4: RPH PSV M5 T5

4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat aspresiasi terhadap karya

sendiri dan rakan dengan berpandukan pada Bahasa

Seni Visual.

4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.

4.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

Page 5: RPH PSV M5 T5

MASA STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Set induksi

(5 minit)

Persepsi Estetik

Guru bercerita tentang sejarah

Hang Tuah dan juga Keris

Taming sari.

Guru menyatakan definisi

Keris.

Guru membincangkan bahasa

seni visual yang ada pada

bentuk keris tersebut.

Contohnya unsur jalinan dan

tampak dan keharmonian

warna yang ada pada keris

tersebut

Langkah 1 :

(10 minit)

Aplikasi Seni

Guru memperkenalkan media

yang digunakan untuk

menghasilkan model keris

tersebut.

Page 6: RPH PSV M5 T5

Guru menunjukkan proses

membuat model keris tersebut

langkah demi langkah :

1. Lukiskan bentuk keris

mengikut gambar contoh

sebenar.

2. Lukiskan juga sarung keris

tersebut.

3. Lakarkan corak alam

semulajadi yang sesuai

pada sarung keris tersebut

mengikut kreativiti.

4. Warnakan keris dan juga

sarungnya dengan warna

yang sesuai cantik ddan

menarik.

5. Gunting keris yang telah

siap di atas kertas lukisan

kemudian guntingkannya.

6. Guntingkan sarung keris

dan kemudiannya gamkan

dengan kemas.

Langkah 2 :

(40 minit)

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan model

keris mengikut langkah yang

ditunjukkan oleh guru.

Page 7: RPH PSV M5 T5

(20 minit)

(20 minit)

Murid menghasilkan arca

timbul dengan bimbingan guru

berdasarkan langkah-langkah

berikut.

Langkah 1 :

Murid membuat lakaran corak

alam semulajadi yang sesuai

pada sarung keris tersebut.

Murid mewarnakan keris dan

sarung keris dengan kreativiti

masing-masing.

Langkah 2 :

Murid diminta untuk

menggunting keris kemudian

tampalkan lukisan keris

tersebut diatas kertas lukisan

supaya lebih keras.

Kemudian gunting semula

bentuk keris tersebut.

Langkah 3 :

Murid diminta untuk

menggunting sarung keris

yang telah siap diwarnakan

tadi.

Gamkan bahagian yang perlu

supaya sarung menjadi lebih

Page 8: RPH PSV M5 T5

kemas.

Penutup

(5 minit)

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan hasil

model keris dihadapan kelas.

Guru mengambil contoh

pelajar yang paling baik dan

juga lemah untuk membuat

perbandingan.

Murid memberi pendapat

tentang hasil karya seni

sendiri dan rakan berdasarkan

bahasa seni visual dengan

bimbingan guru.

Guru menyatakan fungsi

produk yang dihasilkan.

Murid diberri penerapan nilai

tentang hasil warisan Melayu.

Murid menghargai warisan

Melayu yang perlu mereka

ketahui.

Nilai :

Keberanian

keushawanan

Page 9: RPH PSV M5 T5

REFLEKSI :

KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

ULASAN PENSYARAH :

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Page 10: RPH PSV M5 T5

________________________________________________________________

ULASAN GURU PEMBIMBING :

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________