rph edu assngm .new.docx

23
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 EDU3105 1.0 Pengenalan Reka bentuk pengajaran telah lama wujud untuk membangunkan pelbagai jenis media pengajaran seperti media bercetak termasuklah surat khabar,majalah, risalah, radio, televisyen serta pengajaran berpandukan komputer. Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru hendaklah membuat perancangan pengajaran. Menurut Dick dan Raiser (1989) reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Pada tahun 1982, Heinich dan rakan-rakannya telah menggubal Model ASSURE yang berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Pada tahun 2002 pula, model ini mengalami perubahan terbaru dan ia mengandungi enam langkah iaitu:- PPG JUN 2011 1

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 29-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

690810-13-5566

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566

EDU3105

1.0 PengenalanReka bentuk pengajaran telah lama wujud untuk membangunkan pelbagai jenis media pengajaran seperti media bercetak termasuklah surat khabar,majalah, risalah, radio, televisyen serta pengajaran berpandukan komputer. Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru hendaklah membuat perancangan pengajaran. Menurut Dick dan Raiser (1989) reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Pada tahun 1982, Heinich dan rakan-rakannya telah menggubal Model ASSURE yang berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Pada tahun 2002 pula, model ini mengalami perubahan terbaru dan ia mengandungi enam langkah iaitu:-

EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak)

Rajah 1 : Model ASSURE

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh/HarI : 14.02.2013( Khamis )Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 4 CemerlangBil. Murid : 30 Orang ( 18 Lelaki 12 Perempuan )Tema : Yang Baik Jadikan TeladanTajuk : Monyet Yang PintarMasa : 07:00 08:00 Pagi ( 60 minit )Objektif : Di akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat :1. Membaca lancar teks cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas dan kumpulan .2. Melakonkan semula watak haiwan berdasarkan kad dialog yang disediakan oleh guru.3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar.Hasil Pembelajaran :Fokus utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengansebutan dan intonasi yang betul dan lancar sertamemahami perkara yang dibaca Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Sampingan : 2.1Bercerita dengan menggunakan kata,frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yangbaik, jelas danteratur. Aras 3(i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.. 11.3Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dariaspek tema dan persoalan,watakdan perwatakan,nilai dan pengajarandan gaya bahasaAras 1 (i) Mengecam watak yang terdapat dalam teks.Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.Kemahiran Bahasa :( Mendengar, Bertutur dan Menulis )Sistem Bahasa: Tatabahasa Simpulan Bahasa -naik darah, beri muka,ada hati, ada jalan,panas hati Kosa Kata umpan, menyerah, berkorban dll. Pengisian Kurikuluma) Penerapan ilmu : Kesusasteraan/ Pendidikan Moralb) Penerapan nilai : Baik hati,Keberanian,kerajinan,penyayang, beranic) Kewarganegaraan : Bertindak dengan wajar.d) Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT ) i-Kemahiran Berfikir : Mencirikan, mengenal pasti ,menjana minda ii-Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik, interpersonal,kecerdasan,kinestetik iii-Kemahiran Teknologi : Audio,pembesar suara,komputer,CD Peng Pengetahuan sedia ada : i Murid telah membaca dan mendengar cerita Monyet yang pintar . ii) Murid tahu simpulan bahasa.

Bah Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran i Bahan multimedia : LCD, Laptop. CD ii Bahan Bercetak : Lembaran petikan,lembaran kerja,kad simpulan bahasa, kad dialog iii Bahan maujud : Topeng haiwan- Monyet,singa,kambing,arnab dan kijang. aiwa

Langkah dan masaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi5 minit(0700-0705)

1.Audio memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.-Monyet-Singa-Kambing-Arnab-Kijang 1.Guru memperdengarkan bunyi- bunyi binatang.2.Murid dikehendaki mendengar dengan teliti.3.Murid meneka bunyi bunyi binatang.4. Lima orang murid tampil ke hadapan untuk memilih topeng yang sesuai dengan setiap bunyi binatang.5. Murid memakai topeng sambil mengajuk bunyi binatang berdasarkan topeng yang yang dipakai.6. Guru mengaitkan bunyi dan topeng dengan pengajaran hari ini.

.BBB-CD rakaman-Topeng haiwanKaedahSoal jawabTeknikSimulasiBCBMenjana mindaKecerdasan Pelbagai -verbal-linguistik.Strategi-berpusatkan bahan

PerkembanganLangkah 115 minit(0705-0720)Perbincangan kandungan teks-Slaid Petikan teks Monyet Yang Pintar1.Siapa yang sanggup berjumpa singa ?2.Mengapa kijang marah ?3. Bagaimana monyet boleh memperdaya singa?4. Sebutkan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks.-Senarai simpulan bahasa;Naik darahBeri mukaAda hatiAda jalanMenyerah diriPanas hati1. Guru menayangkan slaid teks Monyet Yang Pintar kepada murid-murid.2. Murid dibimbing membaca petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.3. Murid membaca teks secara kelas,kumpulan dan individu.4. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.5. Murid diminta menyebutkan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks6. Murid dan guru bincang makna simpulan bahasa..BBB:Slaid petikanKad simpulan bahasaKaedah

-Perbincangan- Soal jawabKeceedasan pelbagai-Verbal linguistikKemahiran Berfikir-Menjana minda- Menganalisis

Gaya Pembelajaran koperatifNilai-Yakin pada diri- Bekerjasama- Berusaha

Langkah 215 minit(0720-07.35)Mempersembahkan cerita Monyet yang Pintardengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.-Rakaman dialog Cerita Monyet Yang Pintar .-Persembahan lakonan

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2. Murid mendengar rakaman cerita dengan teliti.3. Setiap kumpulan diberikan Kad dialog cerita Monyet Yang Pintar.4. Murid dikehendaki mengajuk dan menghafaz dialog berdasarkan kad dialog.5. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.6. Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.7. Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap lakonan yang dipersembahkan.BBBTopeng- Kad dialog - CDKeceedasan pelbagai-Verbal-linguistik-interpersonal- Kinestetik

Kaedah -Ajuk hafaz- PerbincanganTeknik -Main perananStrategiBerpusatkan murid

NilaiKerjasamakeberanian

Langkah 310 minit(07.35-07.45 )

Watak Singa Ganas, kejamMonyet BeraniKijang PenyayangKambing tua Baik hati.Arnab - ingin tahuPerwatakan; nilai yang terdapat dalam diri sesuatu watak . 1. kambingsanggup berkorban nyawa demi keselamatan kawan-kawannya.2. kijang seekor binatang yang pemarah.3. arnab lebih banyak berdiam diri.

4. monyet seekor binatang yang pintar dan mampu menipu singa.5. singa seekor binatang yang garang, anggkuh, mementingkan diri sendiri .1. Murid diminta menyenaraikan setiap watak yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar. 2. Guru menerangkan mengenai maksud perwatakan dan memberikan contoh perwatakan berdasarkan watak yang terdapat di dalam cerita Monyet yang pintar. 3. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perwatakan setiap watak yang terdapat di dalam cerita. 4. Wakil murid membentangkan dapatan perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas. 5.Guru membuat Penambahbaikan serta mencatat hasil pembentangan murid di papan tulis.

BBB:Petikan Monyet yang PintarKaedah- Perbincangan- Sumbangsaran

KBT-Kinestetik, -Interpersonal -mencirikan dan menilaiNilaiBaik hati BeraniBekerjasana

Langkah 410 minit(07.45-07.55)

Lembaran Kerjaa) Borang pengurusan grafikb) Bina ayat dengan simpulan bahasac) Padankan gambar dengan watak dan perwatakan,( Rujuk Lampiran ) 1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik.2. Murid melengkapkan borang pengurusan grafik.Aktiviti pengayaan1. Murid mengecam dan menulis simpulan bahasa yang terdapat dalam teks cerita Monyet Yang Pintar.2. Murid membina ayat dengan simpulan bahasa.Aktiviti pemulihan1. Murid memadankan gambar dengan watak dan perwatakan.BBB:Lembaran kerjaKecerdasan Pelbagai:Menjana ideaNilaiRajinYakin pada diri

(Penilaian )

Penutup5 minit( 0755-08.00)Rumusan pembelajaran-Pengajaran cerita Monyet Yang Pintar-Penerapan nilai murni. 1. Guru menilai hasil kerja murid secara keseluruhan dan memberi peneguhan.2. Murid dan guru merumusan pelajar an berdasarkan nilai- nilai murni terdapat dalam petikan.3. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankanNilai-rajin-baik hati-gigih- yakin pada diri

3.0 Huraian Model ASSURE Berdasarkan RPHModel rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih mengusai mata pelajaran tersebut. Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Rancangan pengajaran ini adalah untuk Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) selama 60 minit untuk kelas Tahun 4 Cemerlang SK Gita. Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 Cemerlang yang bertajuk `Monyet yang Bijak ini adalah berpandukan Model ASSURE . 3.1 Analisis pelajar ( Analyse Learner)

Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan antara satu sama lain. Penggunaan media pengajaran yang berkesan perlu selari antara dengan isi kandungan pelajaran. Untuk menganalisis pelajar ada 3 perkara penting perlu dilakukan. Perkara pertama ciri-ciri umum yang memberikan gambaran berkenaan dengan jantina, tahap umur, dan latar belakang sosio ekonomi. Di sini saya telah mengenalpasti ciri-ciri umum murid kelas Tahun 4 Cemerlang. Murid kelas ini seramai 30 orang iaitu 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Perkara kedua ialah dari segi aspekkompetensi peringkat masukyang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid. Kebanyakan murid Tahun 4 Cemerlang ini kurang mempunyai minat yang tinggi untuk belajar, namun saya telah membuat penilaian tentang kemahiran sedia ada murid. Berdasarkan penilaian saya, murid-murid ini telah membaca dan mendengar cerita Monyet yang pintar dan telah tahu simpulan bahasa memandangkan tajuk pelajaran ini ada kesinambungan dengan pelajaran lepas . Jadi murid lebih mudah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini. Gaya Pembelajaran merupakan perkara ketiga yang perlu dianalisis oleh guru .Perkara ini penting untuk mengenalpasti cara-cara seseorang murid berinteraksi dan bertindakbalas dengan persekitarannya. Saya telah menganalisis gaya pembelajaran murid Tahun 4 Cemerlang. Mereka lebih mudah belajar secara mendengar ( auditori) dan melihat (visual ). Melalui pemerhatian ini saya memandu saya memilih media dan gaya pembelajaran yang sesuai. Saya telah merancang kaedah pembelajaranyang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan ,main peranan dan perbincangan. Gaya pembelajaran ini perlu saya aplikasikan dalam rancangan pelajaraan saya supaya proses pengajaran dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh murid. 3.2 Nyatakan Objektif (State objectif)

Setelah pelajar-pelajar dikenalpasti, guru mesti menetapkan objektif yang perlu dicapai di akhir proses pengajaran dan pembelajaran .Rancangan Pengajaran Harian yang saya sediakan ialah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 . Tema rancangan pengajaran yang saya pilih bertemakan Cerita Kanak-kanak . Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah, di akhir pengajaran murid dapat ;(i) Membaca petikan dialog denngan intonansi dan sebutan yang betul. (ii) Mempersembahkan cerita Monyet yang pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai dan (iii) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita Monyet yang pintar.

Objektif yang saya nyatakan bukan untuk menghadkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tersebut,ia memfokuskan kepada tahap minimum yang seharusnya dapat dikuasai pelajar dalam pengajaran yang dijalankan. Selain itu, murid kelas ini juga mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti baik hati,keberanian,kerajinan,penyayang, berani dan bekerjasama.Dalam hal ini menunjukkan objektif pelajaran yang dirancang dalam pengajaran saya mengandungi semua elemen yang perlu ada dalam objektif pengajaran yang berkesan.

3.3 Pilih Kaedah,Media dan Bahan (Select Method,Media and Materials)Guru harus bijak dalam memilih kaedah,media dan bahan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar seterusnya objektif yang dirancang tercapai.Tiga langkah yang diperlukan pada peringkat ini ialah pertama tentukan kaedah yang bersesuaian dengan tugasan Pembelajaran,peringakat kedua pilih media yang sesuai unsur menjalankan kaedah yang dipilih dan peringkat ketiga ialah pilih,ubahsuai atau membina sendiri media yang telah ditetapkan.Langkah pertama yang perlu dirancang oleh guru ialan menetapkan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya telah memilih kaedah seperti penyoalan,perbincangan , sumbangsaran, main peranan, simulasi dan penilaian.Kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini lebih berpusatkan murid. Saya telah memilih beberapa kaedah dalam proses pengajaran saya. Dalam set induksi saya menggunakan kaedah soal jawab dan teknik simulasi untuk menarik minat murid . Aktiviti dalam langkah ini meminta murid meneka dan mengajuk bunyi binatang . Kaedah perbincangan dan bersoal jawab merupakan kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua dua kaedah ini digunakan dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan mudah dilaksanakan. Kaedah ini telah dijalankan dalam langkah 1, di mana murid-murid bersoal jawab tentang isi isi penting teks cerita dan membincangkan maksud simpulan bahasa dalam cerita Monyet Yang Pintar . Kaedah ajuk hafaz (latih tubi)dan perbincangan serta teknik main peranan digunakan dalam langkah 2 . Murid dikehendaki mengulang dialog dalam cerita Monyet Yang Pintar selepas guru menyebutnya. Melalui kaedah latih tubi inilah murid berupaya menghafaz dialog dengan nada dan intonansi yang sesuai. Dalam langkah 3 pula, kaedah perbincangan dan sumbangsaran digunakan dengan memfokuskan aktiviti perbincangan kumpulan . Penilaian penting untuk memastikan sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai ataupun sebaliknya.Saya telah menjalankan penilaiaan secara pemerhatian dalam setiap langkah pembelajaran dan menyemak latihan murid dalam langkah 4. Langkah yang kedua ialah Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Untuk menarik minat murid saya menggunakan LCD untuk menayangkan slaid dan memperdengarkan diaolog.

Langkah ketiga ialah pilih bahan pengajaran.Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan aktiviti persembahan kumpulan .Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti topeng, kad-kad simpulan bahasa dan papan hitam .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti pen maker , kertas A4 dan blue tape untuk aktiviti pembentangan.

3.4 Gunakan Media dan Bahan(Ultilise Media and Materials)Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah frasa yang amat kritikal kerana walau secanggih atau secantik manapun media dihasilkan,jika ia gagal digunakan dengan baik akan memberi kesan yang amat negatif kepada pembelajaran.Bagi memastikan penggunaan media dan bahan yang berkesan beberapa langkah telah saya lakukan. Mula mula saya akan Pribiu Bahan sebelum memulakan pengajaran. Langkah ini penting agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.Pribiu bahan juga bertujuan bagi mengelakkan kejadian atau peristiwa yang tidak diingini berlaku.Contohnya dalam penggunaan LCD dalam set induksi dan langkah 1.Seterusnya saya akan Sediakan Bahan. Menyediakan bahan bermaksud mengumpul bahan mengikut urutan contohnya dalam pengajarn dan pembelajaran saya sediakan bahan-bahan seperti LCD, CD, topeng, kad simpulan bahasa ,lembaran kerja mengikut langkah-langkah pengajaran. Langkah Sediakan Persekitaran juga penting sebelum memulakan pengajaran.Persekitaran ini berhubungkait dengan suasana pembelajaran yang kondusif sama ada dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Contohnya susunan kerusi dan meja juga perlu bersesuaian untuk persembahantayangan menggunkan LCD dan aktiviti kumpulan. Sekiranya pandangan murid terhalang, murid akan mudah hilang fokus dan minat terhadap pembelajaran.

3.5 Dorong Penglibatan Pelajar (Require Learner Participation) Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Setiap langkah pengajaran yang saya sediakan memberi peluang murid melibatkan diri secara total . Contohnya dalam set induksi murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif,berminat dan penuh yakin semasa aktiviti meneka dan mengajuk bunyi binatang. Kaedah perbincangan antara murid murid juga menggalakkan penglibatan murid. Kaedah perbincangan merupakan aktiviti berpusatkan murid secara keseluruhannya. Kaedah perbincangan ini saya gunakan dalam langkah 2 dan langkah 3 di mana murid-murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil untuk persembahan lakonan dan juga manganalisa watak dan perwatakan cerita Monyet Yang Bijak. Penglibatan murid secara menyeluruh dijalankan dalam langkah 4 di mana murid-murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja.Semua murid dikehendaki menyiapkan latihan secara individu seterusnya mempertimbangkan jawapan yang diberi oleh rakan-rakan dengan menambah idea mereka serta membuat kesimpulan.3.6 Nilai dan Semak ( Evaluate and Revisen ) Nilai dan semak merupakan langkah terakhir dalam model ASSURE di mana penilaian dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi murid. Oleh yang demikian saya telah mengaplikasikan langkah ini terhadap pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 4.Penilaian sebelum pengajaran dilakukan dengan mengenalpasti ciri ciri murid. Antara ciri-ciri yang perlu dikenal pasti seperti tahap keupayaan dan latar belakang murid serta mengaitkannya dengan penggunaan media mengikut tahap kemampuan murid.Penilaian semasa pengajaran pula dilakukan bermula dari set induksi pengajaran hingga langkah ke 3 melalui aktiviti bersoal jawab,main peranan, perbincangan kumpulan dan persembahan lakonan.Penilaian selepas pengajaran pula melalui lembaran kerja dan latihan yang diberikan kepada murid dalam langkah 4 . Latihan diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah dijalankan.Penilaian ini juga boleh dilakukan melalui rumusan dan soal jawab guru kepada murid dalam penutup pengajaran. Ketiga-tiga penilaian ini penting untuk mengenalpasti keberkesanan rancangan pengajaran supaya sebarang kesilapan dapat diperbaiki dan membuat perubahan terhadap rancangan pelajaran pada masa datang.

4.0 RUMUSANSebagaimana yang kita ketahui, Model ASSURE telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982 bertujuan memberi panduan dalam merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran.Melalui model ASSURE ini , guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pelajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Elemen-elemen yang terkandung dalam model ASSURE iaitu analisis pelajar,pernyataan objektif,pemilihan kaedah,media dan bahan, penggunaan media dan elemen nilai dan semak sesuai diaplikasikan untuk pengajaran yang efektif . Faktor media juga memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Media dan sumber pengajaran yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan pelajar-pelajar dari segi tahap pencapaian pelajar-pelajar dan latar belakang mereka. Walau secanggih mana sekalipun media tersebut, kalau tidak tahu menggunakannya dan tidak dapat menarik minat pelajar, maka ia amat merugikan.

PPG JUN 2011 15