kertas kerja bola jaring new.docx

Download kertas kerja bola jaring NEW.docx

Post on 09-Dec-2015

289 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMANKERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN

1.0 PengenalanKertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Darulaman. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.

2.0 TUJUANMemupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan guru-guru pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Selain itu juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.3.0 MATLAMATMembolehkan pelajar-pelajar menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

4.0 OBJEKTIF : Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat : (a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang kuat.(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus Darulaman. (c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama, semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

5.0 NAMA PERTANDINGAN Karnival Sukan (Bola Jaring ) Institut Perguruan Kampus Darulaman.

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITITempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Darulaman

7.0 TARIKH,HARI DAN MASATarikh : 15 September 2012Hari: SabtuMasa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

8.0 KUMPULAN SASARAN1.1 Semua warga Institut Perguruan Kampus Darulaman.

9.0 CADANGAN MINI SUKAN9.1 Dijalankan selama 1hari untuk 1 jenis permainan dijalankan :i. Gelanggang bola jaring9.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke Peringkat Negeri

10.0 SUMBER KEWANGANAnggaran Kewangan

PerbelanjaanAnggaran Kasar (RM)

Hamper100.00

Makanan dan minuman30.00

Peti kecemasan10.00

Perbelanjaan lain30.00

Jumlah RM 170 .00

Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola Jaring.

11.0 HADIAH

Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat Hamper dan saguhati ( bagi tempat keempat ) .KEPUTUSANNilai Hamper ( RM )

Johan40

Naib Johan30

Tempat Ketiga20

Tempat Keempat10

12.0 PELAKSANAAN12.1 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING Bilangan semua pemain untuk pertandingan bola jaring termasuk simpanan ialah 10 orang. Peraturan-peraturan semasa pertandingan bola jaring diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad.

12.2 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Bola Jaring ialah seperti berikut:-

I. Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )II. Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )III. Peserta 10 orang ( setiap pertandingan )

12.3 PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Institut Perguruan Kampus Darulaman. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

12.4 TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Bahagian pertama7 minit Rehat 3 minit Bahagian kedua 7 minit

12.5 SISTEM PERTANDINGAN Liga Kumpulan A . Pusingan PermulaanSekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B.Pusingan Suku Akhiri. Pusingan kedua dijalankan secara kalah matiii.Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2ii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C.Pusingan Separuh Akhiri. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.D. Pertandingan akhiri. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

13.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 13.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :-Menang - 2 MataSeri - 1 MataKalah - 0 Mata

13.2 Keputusan SeriJika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenangiii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyakakan diisytiharkan sebagai pemenang.

13.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir :

Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

14.0 PERTUKARAN PEMAIN 14.1 Penggantian dan Pertukaran posisi Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:i. Masa rehatii.Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi. Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan

14.2 Kecederaan dan kesakitanJika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. 14.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.

14.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

15.0 PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

16.0 GELANGGANG DAN PERALATAN Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai mengikut kesesuaian pelajar Institut Perguruan Kampus Darulaman. 1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) ) 21m 7m 7m bulatan tengah

7m 12m 280mm bulatan gol

i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci piv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

2. Peralatan Bola Jaring Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut:i.Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:Jenis bola jaring : rubberU