pendidikan moral new.docx

37
PENGHARGAAN Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menolong saya menjayakan folio ini . Mereka telah menghulurkan masa serta tenaga mereka untuk memberi bimbingan kepada saya selama saya mengadakan aktiviti- aktiviti . Selain itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru subjek Pendidikan Moral saya , Cikgu Josephine Justin yang telah memberi bimbingan beliau selama ini . Cikgu Josephine telah memberi banyak pendapat yang baik kepada saya supaya saya dapat menjayakan folio . Seterusnya , kawan-kawan saya , Abby Tay Chew Yean , Alicia Shim Yu Khim dan Chong Jia Pao juga menghulurkan masa dan memberi pendapat mereka kepada saya semasa saya menghadapi masalah . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka . Akhirnya , saya dengan hati yang ikhlas , sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang telah menyumbang tenaga baik dari segi panduan mahupun sokongan moral kepada saya .

Upload: nguang-lee-yun

Post on 12-Feb-2016

415 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Moral new.docx

PENGHARGAAN 

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menolong saya menjayakan folio ini . Mereka telah menghulurkan masa serta tenaga mereka untuk memberi bimbingan kepada saya selama saya mengadakan aktiviti-aktiviti .  

Selain itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru subjek Pendidikan Moral saya , Cikgu Josephine Justin yang telah memberi bimbingan beliau selama ini . Cikgu Josephine telah memberi banyak pendapat yang baik kepada saya supaya saya dapat menjayakan folio . 

Seterusnya , kawan-kawan saya , Abby Tay Chew Yean , Alicia Shim Yu Khim dan Chong Jia Pao juga menghulurkan masa dan memberi pendapat mereka kepada saya semasa saya menghadapi masalah . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka . 

 Akhirnya , saya dengan hati yang ikhlas , sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang telah menyumbang tenaga baik dari segi panduan mahupun sokongan moral kepada saya . 

 

Page 2: Pendidikan Moral new.docx

KESIMPULANSecara keseluruhannya , selepas menyelesaikan folio ini

saya berasa sangat gembira kerana saya telah mempelajari banyak ilmu yang baru . Misalnya , selepas saya mengutip barang – barang untuk di kitar semula , saya telah memperoleh ilmu baru melalui computer . Saya telah mengetahui bahawa kitar semula akan mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang akan menipiskan lapisan ozon . Selain itu , saya juga mempunyai kesedaran tentang perlunya mengadakan aktiviti bersama sekeluarga . Contohnya semasa saya dan keluarga saya mengadakan sambutan hari jadi adik , adik saya berasa sangat gembira . Hubungan adik dengan sekeluarga saya telah bertambah baik .

Saya juga telah mengetahui bahawa pembelajaran subjek Pendidikan Moral adalah sangat penting dalam kehidupan kita kerana kita akan memperoleh banyak manfaat termasuklah pembangunan intelektual dan banyak lagi .Kesimpulannya , folio ini memang membawa banyak manfaat kepada pelajar – pelajar .

Saya telah mempelajari nilai murni seperti nilai bertanggungjawab , peka terhadap isu – isu alam sekitar dan sebagainya . Saya berharap aktiviti membuat folio ini boleh diteruskan pada masa yang akan datang supaya generasi muda boleh terus mendapat manfaat dalam proses membuat folio ini serta pendidikan tanah air kita boleh mencapai matlamat 1 Malaysia , rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan . Sekian , terima kasih .

Page 3: Pendidikan Moral new.docx

Isi kandunganBIL

TAJUK MUKA SURA

T1 PENGHARGAAN b

ISI KANDUNGAN

2

-----TUGASAN HARIAN-----TUGASAN HARIAN 1: BERSIH , CEKAP DAN AMANAHTUGASAN HARIAN 2: KELUARGA BAHAGIATUGASAN HARIAN 3: ALAM SEBAGAI TEMANTUGASAN HARIAN 4: ALAM SEKITAR BERKUALITI , TANGGUNGJAWAB SEMUATUGASAN HARIAN 5: KERANAMU MALAYSIATUGASAN HARIAN 6: MENGANGKAT MARTABAT KAUM WANITATUGASAN HARIAN 7: UNDANG – UNDANG , ASAS KESTABILAN NEGARATUGASAN HARIAN 8: KEISTIMEWAAN DASAR LUAR MALAYSIA

3

-----KERJA AMAL-----KERJA AMAL 1: BIDANG PERKEMBANGAN DIRI ( MENGEMAS RUMAH )KERJA AMAL 2: BIDANG KEKELUARGAAN ( MENYAMBUT HARI IBU ) KERJA AMAL 3: BIDANG ALAM SEKITAR I ( KITAR SEMULA BERSAMA AHLI KELUARGA )KERJA AMAL 4: BIDANG ALAM SEKITAR II ( GOTONG – ROYONG DI KAWASAN PERUMAHAN )

4 KESIMPULAN

Page 4: Pendidikan Moral new.docx

NGUANG LEE YUN4 BEGONIACIKGU JOSEPHINE JUSTIN

NGUANG LEE YUN4 BEGONIACIKGU JOSEPHINE JUSTIN

NGUANG LEE YUN4 BEGONIACIKGU JOSEPHINE JUSTIN

NGUANG LEE YUN4 BEGONIACIKGU JOSEPHINE JUSTIN

Page 5: Pendidikan Moral new.docx

Bersih , Cekap dan Amanah

Maksud amanah adalah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain . Setiap agama memberikan perhatian tentang amalan amanah sebagai peganagn hidup . Maka , amalan ini telah diterapkan dalam sistem politik dan jentera pentadbiran kerajaan melalui slogan “Bersih , Cekap dan Amanah ” ( BCA ) .

Slogan “ Bersih , Cekap dan Amanah ” ( BCA ) ialah satu daripada dasar pentadbiran awam yang telah dilancarkan pada pertengahan April 1982 . Bersih dalam slogan BCA bermaksud mempunyai moral yang tinggi , bertatatertib , dan berdisiplin . Tidak menyeleweng , tidak rasuah , berkecuali , tidak mementingkan diri sendiri , tidak khianat dan tidak hasad dengki .

Cekap dalam slogan BCA pula bermaksud berani dan cepat membuat keputusan . Menghadapi krisis dengan tenang , mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja , yakin diri , berpandangan jauh , berpengetahuan , berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu .

Amanah dalam slogan BCA bermaksud bersikap rela dan cuba menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan . Penuh gigih dan ikhlas serta mempunyai sifat luhur dan murni , jujur kepada diri sendiri , rakan dan organisasi .

Page 6: Pendidikan Moral new.docx

Sebenarnya , melalui dasar ini diharapkan dapat ditanam dalam jiwa setiap pekerja , pegawai awam dan swasta serta rakyat seluruhnya . Tujuannya , supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing – masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan . Di samping itu , mereka hendaklah mempunyai sikap bersih dan amanah .

Kerajaan mempratikkan slogan BCA sistem pentadbiran awam melalui langkah – langkah tertentu , mengadakan manual prosedur kerja , memperkenalkan kumpulan meningkatkan mutu kerja , kad perakam waktu , pemakaian tanda nama , Anugerah khidmat cemerlang , dan sebagainya .

Ahli – ahli politik perlu mengamalkan nilai “ Bersih , Cekap dan Amanah ” keran mereka telah diberi kepercayaan untuk memimpin masyarakat . Semua agama juga menuntut penganutnya bersikap amanah . Orang yang tidak beramanah cenderung melakukan rasuah .

Mengikut agama Islam , amanah turut diberi penekaan dalam surah al – Baqarah ayat 188 . Selain itu , agama Hindu juga melarang pengikutnya mengamalkan rasuah . Lain daripada itu , agama Kristian dalam Keluaran 23:8 juga meminta penganutnya supaya mengamalkan sikap amanah dalam apa – apa jua urusan kehidupan mereka . Agama Buddha memandang tinggi kepada mereka yang tidak terlibat melakukan rasuah sebagaimana dijelaskan dalam kitab Phammapada .

( 307 patah perkataan )

Page 7: Pendidikan Moral new.docx

Keluarga Bahagia

Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang terdiri daripada ibu bapa , anak – anak dan saudara – mara yang lain . Keluarga yang harmoni sentiasa menjaga hubungan di kalangan anggotanya .

Dalam setiap keluarga , ibu bapa dan anak – anak perlu bertanggungjawab untuk membina keluarga yang bahagia . Kewajipan bapa ialah memberi perlindungan kepada keluarga dan sebagai ketua keluarga . Kewajipan ibu ialah menjaga keperluan anggota keluarga serta memberi kasih sayang kepada anak . Kewajipan anak ialah menjaga kelakuan dan tidak melawan cakap ibu bapa . Hal ini , setiap anggota keluarga memainkan perana yang penting untuk membina keluarga bahagia .

Antara cara mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga ialah menunjukkan rasa berterima kasih terhadap setiap mepberian , pergorbana dan jasa ibu bapa . Bukan itu sahaja , ahli keluarga mesti menghormati dan mentaai ibu bapa . Lain daripada itu , menunjukkan perlakuan dan pertuturan yang menyenangkan ibu bapa dan anggota keluarga yang lain . Seterusnya , memupuk hubungan mesra dan kasih sayang antara anggota leluarga . Selain itu , menghadapi masalah , cabaran dan dugaan bersama – sama anggota keluarga .

Page 8: Pendidikan Moral new.docx

Antara cara untuk melahirkan keluarga yang bahagia . Anggota keluarga mesti bertimbang rasa terhadap keluarga supaya perkara – perkara yang negatif seperti bergaduh tidak akan berlaku . Memahami perasaan anggota keluarga juga penting untuk membina keluarga yang bahagia .

Kesimpulannya , setiap orang harus bertanggungjawab , sama – sama mengasihi dan menyayangi keluarga sendiri .

( 265 patah perkataan )

Page 9: Pendidikan Moral new.docx

Alam Sebagai Teman

Sebagai rakyat Malaysia , kita berbangga dengan pembangunan pesat dan kemajuan yang telah dicapai selama ini . Banyak kawasan telah diteroka dan dibangunkan menjadi kawasan perindustrian , penempatan baru , perlombongan dan juga pertanian . Walau bagaimanapun , tanpa disedari , penerokaan tanah atau kawasan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah alam sekitar kerana tidak diuruskan dengan sebaik – baiknya . Oleh itu , setiap permasalahan yang berkaitan dengan pembangunan dan alam sekitar haruslah diberi perhatian yang sewajarnya supaya pembangunan dapat diteruskan , dan pada masa yang sama alam sekitar dijaga .

Di sebalik kemajuan dalam perindustrian ini , wujudnya pelbagai masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan udara . Walau bagaimanapun , masalah ini dapat diatasi sekiranya manusia menguruskan alam secara berhikmah . Contohnya , merancang zon perindustrian dengan membina kilang dan kawasan yang jauh dari tempat kediaman manusia dan sumber air .

Melalui pengurusan alam secara bijaksana juga , pencemaran sisa toksik dapat dielakkan . Sisa – sisa toksik dapat dilupuskan melalui pembinaan loji pelupusan bahan tersebut . Bagi pembuangan sisa radioaktif , perancangan lokasi dan penyediaan kelengkapan yang selamat bagi tujuan pelupusan telah dilakukan . Dengan kelengkapan yang mencapai piawaian yang ditetapkan , kebocoran sisa radioaktif akan dapat dikurangkan .

Page 10: Pendidikan Moral new.docx

Dalam aktiviti pertanian pula , penggunaan bahan baja dan racun serangga akan mencemarkan alam sekitar jika tidak terkawal selia dengan betul dan hal ini dapat dikurangkan dengan beralih kepada teknik mesra alam . Selain kaedah tersebut , petani boleh mengusahakan penanaman bergilir setiap tahun . Cara ini dapat mengawal populasi haiwan perosak . Dalam hal ini petani boleh mencuba teknik penanaman dalam rumah kaca . Teknik ini bebas daripada ancaman haiwan perosak .

Aktiviti perlombongan merupakan antara industri terawal yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara . Walau bagaimanapun , peredaran masa telah menyababkan bahan – bahan logam tersebut semakin berkurangan . Akibatnya , banyak kawasan lombong telah ditutup . Sesungguhnya , bekas – bekas lombong ini menjanjikan pulangan ekonomi yang lumayan kepada negara jika ditebus guna semula .

Pembukaan penempatan baru yang tidak diurus secara sistematik dan terancang , telah mewujudkan pelbagai masalah alam sekitar . Sekali lagi , pendekatan pengurusan alam secara berhikmah diperlukan demi mengelakkan berlakunya mala petaka . Caranya adalah membina parit sebagai saliran air di kawasan perumahan untuk mengalirkan air buangan dari rumah – rumah dan mengelakkan kejadian banjir kilat . Selain itu , dinding tebing cerun yang curam di kawasan perumahan dikonkritkan untuk mengelak keruntuhan cerun .

Seperkara lagi , logi pembersihan air dari kawasan perumahan perlu didirikan dan loji kumbahan ini merupakan takungan air kotor domestik dan tinja manusia yang dirawat sebelum air bersih dilepaskan ke dalam saliran semula jadi yang berdekatan . Cara ini , merupakan satu usaha yang baik untuk memulihara alam sekitar .

( 394 patah perkataan )

Page 11: Pendidikan Moral new.docx

Alam Sekitar Berkualiti Tangunggjawab Semua

Alam sekitar yang terdiri daripada flora dan fauna merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga . Selain menjadi habitat haiwan alam sekitar turut menyediakan sumber makanan dan bekalan oksigen kepada haiwan dan manusia . Tumbuh – tumbuhan berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan .

Keseluruhannya , keadaan persekitaran berada pada tahap yang memuaskan . Kualiti udara baik , kecuali ketika jerebu yang berlaku akibat kebakaran hutan tempatan dan tanah gambut . Kualiti air sungai berada pada tahap sederhana . Walaupun begitu , tidak boleh berpuas hati kerana keadaan ini masih boleh menjejaskan dan mencemarkan keadaan persekitaran jika tiada tindakan susulan diambil .

Semua pihak perlu bekerjasama termasuklah masyarakat kita sendiri , agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) , serta pertubuhan bukan kerajaan atau NGO . Di peringkat antarabangsa , pertubuhan – pertubuhan seperti World Wildlife Fund ( WWF ) dan Greenpeace turut terlibat .

Setiap anggota masyarakat perlu memberi kerjasama dengan menjayakan kempen – kempen kerajaan . Masyarakat perlu menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang . Mematuhi peraturan alam sekitar dan melaporkan kes –kes salah laku yang mencemarkan alam sekitar kepada pihak berkuasa .

Page 12: Pendidikan Moral new.docx

Jas berfungsi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 . Jas perlu memastikan keunikan , kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan , kesejahteraan , keselamatan , dan keselesaan hidup rakyat pada masa kini dan akan datang .

Pertubuhan – pertubuhan NGO telah menyuarakan bantahan terhadap projek – projek yang menjejaskan kualiti alam sekitar . Selain itu , diadakan juga kempen meningkatkan kesedaran . Masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar yang bersih , mengadakan dialog dan rundingan dengan majlis kerajaan tempatan dan pihak swasta , serta mengemukakan petisyen kepada ahli parlimen dan pelbagai strategi ke arah meningkatkan kualiti alam sekitar .

Pertubuhan WWF & Greenpeace berfungsi pada peringkat global . WWF turut memperjuangkan alam sekitar yang memberi tumpuan terhadap kerja – kerja pemuliharaan hidup liar dan hutan . WWF cawangan Malaysia contohnya , melancarkan program “ Hutan untuk Air , Air untuk kehidupan ” . Usaha membuat kajian tentang kualiti air sungai , di samping mengurus dan melindungi kawasan tadahan air di kawasan hutan tanah tinggi , turut diadakan . Usaha seperti ini secara tidak langsung dapat melindungi hidupan liar . Selain itu , Greenpeace telah menyuarakan supaya semua ujian nuklear diharamkan .

( 314 patah perkataan )

Page 13: Pendidikan Moral new.docx

Keranamu Malaysia

Sejak zaman kemerdekaan sehinggalah ke hari ini . Sebagai rakyat , saya berbangga dengan kemajuan ini . Kita perlu mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan , serta kemajuan yang kita kecapi ini . Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela berkorban nyawa dan harta benda demi negara . Contohnya , pejuang – pejuang negara yang bangun menentang penjajahan British . Mereka tabah , gigih , dan sanggup melakukan apa – apa sahaja demi negara . Begitu juga dengan pengganas komunis pada zaman selepas kemerdekaan . Mereka sanggup menggadai nyawa yang terkorban dan ramai yang tercedera , tetapi semangat juang mereka tidak pernah luntur .

Kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara . Sebagai rakyat , kita perlu menangkis sebarang bentuk ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik , ekonomi dan sosial . Kita perlu membuka minda dan fikiran supaya sedar bahawa kita perlu menghadapi saingan globalisasi dalam semua aspek . Kita perlu rela malakukan apa – apa sahaja untuk menghadapi saingan ini . Salah satu cara adalah dengan meningkatkan pengetahuan kita dalam pelbagai bidang . Dengan ilmu , kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran dan ancaman masa depan . Kita juga dapat membantu mempertahan masyarakat , bangsa dan negara . Oleh itu , kita mestilah sanggup menuntut ilmu walau di mana – mana jua .

Page 14: Pendidikan Moral new.docx

Kemajuan dalam teknologi maklumat telah mendedahkan kita dengan pelbagai maklumat dari dalam dan luar negara . Kemajuan teknologi inilah yang digunakan oleh kuasa – kuasa luar untuk menjajah pemikiran kita . Mereka yang mahir dengan teknologi maklumat menggunakan pelbagai media komunikasi untuk memenuhi hasrat menjajah pemikiran kita . Oleh itu , sebagai bangsa yang merdeka , kita perlu pandai membezakan antara yang baik dengan buruk . Kita mesti mempertahan sistem sosial dan budaya hidup masyarakat kita daripada pelbagai ancaman budaya negatif . Sebagai rakyat , kita mestilah bijak menangkis pengaruh – pengaruh negatif tersebut dan tidak membiarkan mereka mempermainkan maruah bangsa dan kedaulatan negara kita .

Sebagai rakyat , kita tidak boleh memberi peluang kepada sesiapa pun untuk memecahbelahkan masyarakat kita . Kita haruslah sanggup berkorban untuk memastikan keamanan negara terjamin kerana perpecahan dan huru – hara dalam negara akan mengundang campur tangan kuasa asing . Maka , kita mestilah melakukan apa – apa sahaja untuk memastikan tidak campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita .

(303 patah perkataan )

Page 15: Pendidikan Moral new.docx

Mengangkat Martabat Kaum Wanita

Sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara amat penting dan bermakna . Mereka bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri , ibu dan pekerja , malah juga sebagai perancang , pelaksana dan turut terlibat dalam membuat keputusan yang penting . Menyedari hakikat ini , kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara ( DWN ) pada tahun 1989 untuk menjamin kebajikan dan kepentingan wanita .

Dasar Wanita Negara bertujuan menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat . Kedua , untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka . Pada masa kini , didapati masih wujud ketidakseimbangan dalam menyediakan perkhidmatan sosial antara kawasan bandar dengan luar bandar , antara golongan berupaya dengan yang kurang upaya .

Melaui Kementerian Kesihatan , kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan di sekitar estet dan kampung . Di samping itu , perkhidmatan kesihatan bagi kanak – kanak juga dipertingkatkan . Bagi kaum wanita yang tidak berupaya pula , usaha – usaha diambil untuk membolehkan mereka mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu agar dapat hidup berdikari .

Page 16: Pendidikan Moral new.docx

Dasar ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat kepada wanita . Mereka juga diberi peluang untuk meningkatkan kerjaya masing – masing melalui pelbagai latihan . Dalam kerjaya , wanita juga diberi peluang untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara penting . Undang – undang sedia ada akan dikaji semula bagi melindungi wanita daripada terdedah kepada pekerjaan yang membahayakan kesihatan mereka .

Dasar ini merupakan peluang pendidikan sepanjang hidup kepada wanita agar dapat terus mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan . Dasar ini turut menyediakan peluang – peluang latihan vokasional dan mengiktiraf kemahiran wanita dalam pekerjaan .

(260 patah perkataan )

Page 17: Pendidikan Moral new.docx

Undang – Undang , Asas Kestabilan Negara

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan . Hal ini bermakna rakyat diberi kebebasan sepenuhnya asalkan tidak ditetapkan dalam Perlembagaan ialah kebebasan diri . Perkara 5 , Fasal (1) memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya melainkan mengikut undang – undang . Ini bermaksud seseorang yang ditangkap akan diberitahu dengan seberapa segara sebab – sebab penangkapannya . Dia juga dibenarkan berunding atau dibela oleh peguam pilihannya sendiri .

Walau bagaimanapun , hal ini tidak tertakluk kepada orang yang ditangkap atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( ISA ) . Individu ini terkecuali daripada peruntukan yang terdapat dalam Perkara 5 , Fasal (1) kerana tindakannya boleh menyebabkan negara menjadi kucar – kacir . Suatu kekita dahulu , kerajaan telah menggunakan akta ini untuk mengatasi ancaman komunis yang bergiat aktif di negara kita . Di sini , tujuan ISA dipraktikkan adalah untuk mengekalkan keamanan negara .

Dadah turut diklasifikasikan sebagai ancaman kepada negara kerana penyalahgunaan dan pengedarnya secara meluas akan meruntuhkan masyarakat dan negara . Sehubungan dengan itu , kerajaan telah memperketat Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mewujudkan penalti yang lebih berat bagi kesalahan – kesalahan yang berkaitan dengan dadah . Untuk menambahkan lagi keberkesanan Akta Dadah Berbahaya ( Perlucutan Harta ) 1988 . Dengan adanya

Page 18: Pendidikan Moral new.docx

undang – undang ini , pihak berkuasa boleh merampas harta mereka yang didapati bersalah menjadi pengedar dadah .

Selain dadah , antara kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja ialah jenayah keganasan . Terdapat juga remaja yang ditahan kerana jenayah harta . Berhubung dengan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh remaja , kerajaan telah menggubal akta juvana yang dikenali sebagai Akta Mahkamah Juvana 1947 . Melalui akta ini , iaitu di bawah seksyen 12 (1) , antara hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas seorang remaja yang didapati bersalah adalah meletakkan juvava di bawah penyeliaan pegawai akhlak antara satu hingga tiga tahun , atau memerintahankan juvana dimasukkan ke dalam sekolah – sekolah pemulihan .

Bukan itu sahaja , cukai amat penting bagi sesebuah negara . Hal ini terjadi kerana cukai merupakan sumber pendapatan kerajaan yang digunakan untuk mentadbir dan membangunkan negara . Sehubungan dengan itu , kerajaan telah mewujudkan Akta Cukai Pendapatan yang mewajibkan individu mahupun sebuah kumpulan yang mempunyai pendapatan tertentu membayar cukai . Antara contoh sumber percukaian di bawah cukai pendapatan ialah cukai individu dan cukai syarikat .

( 365 patah perkataan )

Page 19: Pendidikan Moral new.docx

Keistimewaan Dasar Luar Malaysia

Sikap menghargai dan memuliakan hubungan antara negara merupakan usaha yang baik untuk mengeratkan perhubungan negara yang terlibat . Satu daripada usaha untuk menjaga hubungan ini adalah dengan tidak campur tangan dalam urusan negara lain . Misalnya , Malaysia mengamalkan dasar berkecuali , iaitu mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi .

Malaysia menitikberatkan kerjasama serantau di kalangan negara Asia Tenggara . Melalui Pertubuhan Serantau Asia Tenggara ( ASEAN ) , Malaysia telah mengajukan konsep ZOPFAN iaitu Zon Aman , Bebas dan Berkecuali pada tahun 1974 . Selaras dengan konsep tersebut , setiap negara di rantau Asia Tenggara dibenarkan menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa – kuasa luar . Negara – negara di rantau Asia Tenggara juga tidak akan melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa – kuasa besar . Tujuannya adalah untuk menjaga hubungan dengan negara –negara luar sebagai tanda saling menghormati antara negara .

Contohnya , ASEAN telah mengambil pendirian bersama berhubung dengan isu politik seperti pencerobohan Vietnam perlu berundur dari Kemboja dan rakyat Kemboja diberi peluang menentukan nasib mereka sendiri . Pergolakan politik di Kemboja mengancam keamanan di rantau Asia Tenggara kerana wujud penglibatan kuasa –kuasa besar . Justeru itu , Malaysia dan negara – negara ASEAN memperjuangkan suatu penyelesaian politik secara aman di Kemboja .

Page 20: Pendidikan Moral new.docx

Malaysia berpegang teguh kepada prinsip penyelesaian sebarang pertikaian secara aman , bukan dengan menggunakan kekerasan . Kuasa – kuasa besar dan negara – negara maju lain yang mempunyai kepentingan di rantau ini juga perlu memahami dan menghormati pendirian negara – negara ASEAN . Sebagai contoh , pendirian kita menentang sebarang tindakan ketenteraan dan penggunaan senjata nuklear di rantau ini .

Keamanan , keharmonian , dan kebebasan yang dinikmati di rantau ASEAN juga dihargai dan dihormati oleh negara – negara lain kerana negara – negara ASEAN bebas menentukan hala tuju dan konsep keamanan di rantau ini .

( 256 patah perkataan )

Page 21: Pendidikan Moral new.docx

Laporan Kerja Amal 1Bidang : Perkembangan Diri

Tajuk Aktiviti : Megemaskan rumah

Tarikh : 25 Mei 2015

Hari : Isnin

Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : Rumah sendiri

Bilangan Peserta : 3 orang

Penganjur : Abang ( Nguang Sing Wei )

Kakak ( Nguang Li Nah )

Objektif :1. Memupuk sikap berdikari .2. Mengamalkan sikap bertanggungjawab .3. Memahami perasaan ibu yang penuh dengan kesusahan .

Perjalanan Aktiviti :Masa Aktiviti9.30 pagi - 11.00 pagi Mengemaskan bilik tidur masing – masing . Selepas

itu , menyediakan makanan tengah hari.11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Mengelap tingkap bilik tidur , ruang tamu dan dapur .

1.00 petang - 3.00 petang Mengatur kasut – kasut , menyapu dan mencuci tempat letak kereta .

3.00 petang - 5.00 petang Menyapu lantai bilik tidur , ruang tamu , dapur dan tempat letak kereta .

Page 22: Pendidikan Moral new.docx

Peranan dan Penglibatan :1 ) Meluangkan masa

Dalam aktiviti ini , saya telah meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dengan membantu ibu membuat kerja rumah seperti menyapu , mengelap lantai , memasak dan sebagainya .

2 ) KerajinanDalam aktiviti ini , saya telah menunjukkan sikap kerajinan iaitu melakukan semua kerja rumah tanpa disuruh oleh ibu saya dahulu .

3 ) BertanggungjawabDalam aktiviti ini , saya telah menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang anak untuk menolong ahli keluarga supaya meringankan beban ibu bapa .

Kesan :1 ) Insaf

Saya insaf bahawa sebagai anak perlu memahami perasaan ibu yang penuh dengan kesusahan . Selain itu , saya insaf saya sebagai seorang anak perlu meringankan beban ibu bapa . Akhir sekali , saya insaf saya telah mempelajari tentang cara melakukan kerja rumah yang asas .

Page 23: Pendidikan Moral new.docx

Laporan Kerja Amal 2

Bidang : Kekeluargaan

Tajuk Aktiviti : Menyambut Hari Ibu

Tarikh : 10 Mei 2015

Hari : Ahad

Masa : 5.00 petang – 10.00 malam

Tempat : Rumah sendiri

Bilangan Peserta : 10 orang

Penganjur : Kakak ( Nguang Li Nah )

Objektif :1. Menunjukkan kasih sayang terhadap ibu .2. Membalas jasa ibu .3. Menghargai dan mengenang kembali jasa ibu .

Perjalanan Aktiviti :Masa Aktiviti

5.00 petang -Menbeli barang hiasan .-Bermula menghiaskan seluruh rumah .-Memasak makanan .

8.00 malam Sambutan dimulakan .

8.45 malam Menjalankan aktiviti hiburan .

9.45 malam Memberi hadiah kepada ibu dan mengucapkan terima kasih kepada ibu .

10.00 malam Sambutan berakhir .

Page 24: Pendidikan Moral new.docx

Peranan dan Penglibatan :1 ) Menyumbang tenaga

Dalam aktiviti ini , saya telah menyumbangkan tenaga dengan membeli barang hiasan bersama – sama abang saya . Selain itu , saya telah menghiaskan seluruh rumah saya . Di samping itu , saya telah menolong kakak saya memasak makanan kegemaran ibu .

2 ) Menyumbangkan IdeaDalam aktiviti ini , saya telah menyumbangkan idea tentang tema hiasan untuk memberikan ingatan yang terbaik kepada ibu . Seterusnya , saya mencadangkan masakan yang perlu dimasak . Saya juga memberi cadangan untuk memilih hadiah yang bermakna kepada ibu .

Kesan :1 ) Insaf

Saya insaf bahawa saya merupakan seorang anak yang derhaka . Saya juga insaf kerana asyik melawan cakap ibu . Saya juga insaf kerana tidak mendengar nasihat ibu .

Page 25: Pendidikan Moral new.docx

Laporan Kerja Amal 3

Bidang : Alam Sekitar I

Tajuk Aktiviti : Kitar semula bersama ahli keluarga dan rakan - rakan

Tarikh : 31 Julai 2015

Hari : Jumaat

Masa : 1.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Rumah sendiri

Bilangan Peserta : 6 orang

Penganjur : Bapa ( Nguang Hing Tieng )

Objektif :1. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan alam sekitar .2. Melahirkan warganegara yang mencintai alam sekitar .3. Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat di antara ahli

keluarga .

Perjalanan Aktiviti :Masa Aktiviti1.00 petang - 2.00 petang Mengumpul bahan – bahan tidak terpakai yang dapat

dikitar semula .

2.00 petang - 3.00 petang Membersihkan dan mengkategorikan bahan – bahan kepada tiga jenis , iaitu kertas , kaca , aluminium dan plastik .

3.00 petang - 4.00 petang Menghantar bahan – bahan ke kilang supaya boleh dikitar semula .

Page 26: Pendidikan Moral new.docx

Peranan dan Penglibatan :1 ) Meluangkan masa

Dalam aktiviti ini , saya telah menyumbangkan idea saya bercadang mengumpul bahan – bahan tidak terpakai yang dapat dikitar semula daripada jiran – jiran . Selain itu , saya bercadang mengkategorikan bahan – bahan kepada tiga jenis iaitu kertas , kaca , aluminium dan plastik .

2 ) Meluangkan masaDalam aktiviti ini , saya telah meluangkan masa untuk mengumpulkan bahan – bahan tidak terpakai dan mengkategorikan mereka kepada kertas , kaca , aluminium dan plastik .

3 ) KerjasamaDalam aktiviti ini , saya telah menolong jiran saya dengan membantu mereka membuangkan sampah dan mereka berjanji menolong saya dengan bagi saya bahan – bahan tidak terpakai supaya kerja amal dapat dijayakan .

Kesan :Melalui aktiviti ini , saya dapat membantu memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem . Selain itu, saya juga mempelajari tentang cara serta melibatkan diri dengan menjalin hubungan antara manusia dengan alam sekitar .

Page 27: Pendidikan Moral new.docx

Laporan Kerja Amal 4Bidang : Alam sekitar II

Tajuk Aktiviti : Gotong royong di kawasan perumahan

Tarikh : 11 Jun 2015

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Kawasan perumahan Desa Indah 3

Bilangan Peserta : 4 orang

Penganjur : Abby Tay , Alicia Shim , Chong Jia Pao

Objektif :1. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap kawasan

perumahan .2. Menjalin hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam

sekitar .3. Melahirkan masyarakat yang mencintai kebersihan

persekitaran .

Perjalanan Aktiviti :Masa Aktiviti8.00 pagi - 9.30 pagi Mengutip sampah .

9.30 pagi – 10.30 pagi Mengutip cabang pokok yang besar dan berbahaya .

10.30 pagi – 11.30 pagi Mengkategorikan sampah sarap yang dapat dikitar semula dan menghantar ke tong kitar semula .

Page 28: Pendidikan Moral new.docx

Peranan dan Penglibatan :1 ) Menyumbangkan tenaga

Dalam aktiviti ini , saya telah meyumbangkan tenaga dengan tolong – menolong orang lain membawa plastik dan penyepit untuk mengutip sampah . Selain itu , saya telah menyediakan air minuman dan makanan kedapa peserta – peserta .

2 ) BertanggungjawabDalam aktiviti ini , kami bertanggungjawab bersama menjaga kebersihan kawasan perumahan supaya penduduk – penduduk di Desa Indah 3 dapat tinggal dalam keadaan yang selesa .

3 ) KerajinanDalam aktiviti ini , rakan – rakan dan saya usaha dengan penuh semangat untuk membersihkan kawasan perumahan Desa Indah 3 . Rakan – rakan dan saya juga rajin dan saling tolong – menolong mengkategorikan sampah sarap yang dapat dikitar semula serta menghantarnya ke tong kitar semula .

Kesan :Aktiviti kerja amal iaitu kitar semula bersama rakan telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Saya dapat memahami bahawa jika pengeluaran sumber bumi tanpa terhad ini terus berlaku, maka sampah sarap akan bertambah berturut-turut dalam kuantiti besar. Hal ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas memelihara dan memulihara alam sekitar bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan tetapi setiap individu.

Page 29: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 1

Page 30: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 2

Page 31: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 3

Page 32: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 4

Page 33: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 5

Page 34: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 6

Page 35: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 7

Page 36: Pendidikan Moral new.docx

TUGASAN 8