tugasan psv 3105 new.docx

6
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566/ PPGBM2611 PSV3105 1.0 PENGENALAN Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar , Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilaibaik. Bagi tugasan ini bidang yang menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar. Menggambar adalah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual . Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan media, proses serta teknik menggambar. Kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan terhadap aspek melukis serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,struktur, imbangan dan posisi. Antara kegiatan dalam bidang menggambar seperti dalam rajah di bawah; 1

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 24-Dec-2015

334 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611

PSV3105

1.0PENGENALAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang

kegiatan iaitu Menggambar , Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat

Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat

aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan

bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilaibaik. Bagi tugasan ini bidang yang

menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar.

Menggambar adalah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual . Sub tajuk ini disediakan untuk membina

pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan

bahan dan media, proses serta teknik menggambar. Kegiatan ini menegaskan

perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan terhadap aspek melukis

serta membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek

ruang,struktur, imbangan dan posisi. Antara kegiatan dalam bidang menggambar

seperti dalam rajah di bawah;

Rajah 1 : Teknik-Teknik Menggambar

1

TEKNIK MENGGAMB

AR

lukisan

catan

kolaj

montaj

cetakanresisgosokan

stensilan

percikan

gurisan

capan

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611

PSV3105

2.0SINOPSIS KARYA

Karya ini diberi nama Keindahan Flora dan Fauna yang bertemakan alam semula jadi.

Ia dihasilkan melalui pelbagai bahan dan teknik serta penerapan unsur seni . Objek

yang digambarkan adalah memberi penekanan terhadap keindahan serta keharmonian

alam sekeliling dengan wujudnya objek-objek seperti flora dan fauna. Media dan bahan

yang digunakan dalam penghasilan karya di atas adalah pensel, warna poster, krayon,

berus,benang,manik, bulu burung dan kertas majalah Beberapa teknik menggambar

telah digunakan bagi menghasilkan karya di atas. Antara teknik yang digunakan adalah

lukisan ,catan,kolaj, gurisan dan mozek.

Teknik melukis yang digunakan dalam karya ialah teknik garisan menyilang

tidak menentu. Teknik yang menggabungkan olahan alat atau media oil pastel ini telah

berjaya menimbulkan kesan estetik pada lukisan. Alat media kering seperti pensel dan

2

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611

PSV3105

oil pastel digunakan. Pensel di gunakan pada peringkat lakaran asas kemudian barulah

diaplikasikan oil pastel ke atas lakaran gambar alam semula jadi yang telah siap.

Teknik catan merupakan proses menyapu warna ke atas sesuatu permukaan

rata .Bagi penghasilan karya di atas teknik catan telah digunakan. Di dalam karya di

atas teknik ini dapat dilihat di bahagian latar belakang yang di sapu menggunakan

warna yang lembut manakala teknik berus kering yang melibatkan sapuan warna yang

pekat ke atas lapisan warna yang kering untuk menghasilkan kesan jalinan.Di bahagian

langit pula capan span digunakan untuk membentuk imej awan.

Teknik kolaj dalam karya ini dapat menaikkan nilai estetik penghasilan karya ini.

Penggunaan bahan seperti manik yang ditampal pada bahagian tengah bunga dapat

menjadikan imej bunga lebih realistik.Begitu juga tampalan bulu burung pada bahagian

sayap dan ekor . Benang berwarna ditampal pada hampir semua sisi objek seperti

bunga, daun, pokok dan burung untuk menghasilkan imej berbentuk tiga dimensi (3-D)

Teknik mozek digunakan pada bahagian batang pokok dengan menggunakan

guntingan kertas majalah. Kepingan guntingan majalah  yang ditampal  secara

tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan

bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

3

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611

PSV3105

Teknik ini dapat dilihat pada bahagian batang pokok yang dapat menjadikan imejnya

lebih menarik.

Teknik gurisan juga digunakan dalam penghasilan karya ini. Dalam karya ini teknik

gurisan digunakan pada imej burung. Permukaan kertas pada gambar burung  disapu

dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di

atas kertas. Lidi dan paku  digunakan untuk mengguris pada lapisan krayon tebal itu

untuk menghasilkan garisan-garisan yang dapat menjadikan imej burung lebih

realistik.

Teknik resis ialah satu proses menghasilkan corak dengan menggunakan bahan-

bahan yang tidak bercampur di antara satu dengan lain .Tenik  resis krayon dan warna

poster digunakan dalam karya ini. Penggunaan krayon berwarna gelap digunakan untuk

menghasilkan garisan pada lakaran daun . Kemudian sapuan dan campuran warna

agak lembut dilakukan ke atas imej daun. Kesan warna terang dan sedikit gelap

menimbulkan ton warna yang harmoni.

4

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566/ PPGBM2611

PSV3105

3.0Kesimpulan

Dalam aktiviti menggambar penggunaan teknik memainkan peranan penting dalam

menghasilkan sesebuah karya bersama dengan imaginasi dan daya kreativiti.

Penggunaan bahan dan alat juga memberi kesan kepada hasil sesebuah karya. Karya

Keindahan Flora dan Fauna ini di hasilkan mengikut tema pemandangan alam semula

jadi dengan menggunakan teknik-teknik di dalam bidang menggambar.Karya ini

dihasilkan dengan mengambil kira aspek dari pelbagai media dan teknik yang

menekankan dari segi ruang,struktur,imbingan dan komposisi.Pengetahuan

penggunaan teknik menggambar menjadikan hasil karya ini mempunyai estetika dalam

bentuk visual.

( 668 Patah Perkataan )

5