rph akikah ting 4

5

Click here to load reader

Upload: rozita-razak

Post on 11-Jul-2015

3.633 views

Category:

Technology


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Akikah Ting 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN ISLAM

Nama: Rozita Abdul Razak (G0914814)Tarikh : 14 Julai 2008 Tingkatan : 4 PintarMasa : 11.30-12.10 pagi (40 minit) Bilangan Murid : 32/32

Tajuk Umum : Ulum Syar'iyah (Ibadah)Tajuk Pelajaran : Akikah

Objektif Am : Pelajar dapat menyedari kepentingan bersyukur kepada Allah atas setiap anugerah yang diberikan melalui pelbagai cara dan salah satunya adalah melalui akikah.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

(1)(2)

Menerangkan cara menyambut kelahiran bayi menurut Islam.Menerangkan semula hukum akikah dan dalilnya.

(3) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 perkara sunat semasa melakukan akikah.(4)(5)

Mengenal pasti 12 syarat sah ternakan untuk akikah.Menjelaskan bahagian binatang untuk akikah bagi bayi lelaki dan bayi perempuan.

(6) Membezakan antara korban dan akikah.

Kemahiran Berfikir

: Pelajar dapat mengaitkan ibadah akikah dengan cara bersyukur.

Penghayatan Nilai

: Pelajar dapat menyelami kepelbagaian kaedah bersyukur kepada Allah dan salah satunya adalah melalui akikah.

Penggabung Jalinan

: - Perbezaan cara Islam menyambut kelahiran bayi dengan agama dan budaya lain.- Hikmah mencukur rambut bayi dan bertahnik menurut perspektif sains.

Pengetahuan Sedia Ada

: Pelajar telah mempelajari berkenaan ibadah korban pada pelajaran yang lalu.

Bahan Bantu Mengajar

: Video majlis bercukur jambul, Laptop dan LCD, persembahan Powerpoint

Rujukan Guru : (1) Mustafa Embong. (2009). Fokus ACE SPM: Pendidikan Islam. Johor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Hal. 71.

(2) Nur Asyikin Haithami. (2009). Pedoman Amalan Ibu Mengandung. Selangor: Pustaka al-Ehsan. Hal. 67.

Isi Pelajaran : (1) Cara menyambut kelahiran bayi menurut Islam.(2) Hukum dan dalil akikah.(3) Perkara sunat semasa akikah(4)(5)

Syarat sah ternakan untuk akikah.Jenis dan bahagian binatang untuk akikah.

(6) Perbezaan antara ibadah korban dan akikah.KOMPONEN PENGAJARAN

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 1

Page 2: RPH Akikah Ting 4

Induksi Set1. Guru meminta pelajar memberi perhatian kepada video berkenaan majlis bersyukur yang akan ditunjukkan.2. Guru meminta pelajar menyediakan pen dan kertas bagi mencatatkan perkara yang dilakukan oleh watak-

watak dalam video yang akan ditayangkan.3. Guru menayangkan video majlis jambul yang sering dilakukan oleh orang Islam di Malaysia.4. Pelajar diminta membuat sumbang saran apa yang mereka dapat perhatikan daripada video yang

ditayangkan.5. Guru menyenaraikan secara ringkas cara menyambut kelahiran menurut Islam dan salah satu perkara yang

disunatkan adalah berakikah.

Perkembangan IsiIsi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

1. Cara menyambut kelahiran bayi menurut Islam.− Azan/iqamat− Bertahnik − Cukur rambut− Akikah

− Guru menggunakan senarai sumbang saran yang diberikan oleh pelajar dan menerangkan urutan cara menyambut kelahiran bayi secara ringkas serta mengaitkannya dengan video secara perlahan.

Video dimainkan semula secara perlahan dan penerangan diberikan berdasarkan babak yang dipaparkan.

2. Hukum dan dalil akikah.− Sunat muakad− Wajib sekiranya bernazar.− Dalil daripada hadis Nabi

Muhammad.

− Slaid Powerpoint dimulakan dengan pengenalan kepada cara menyambut kelahiran bayi. Penekanan diberikan kepada akikah.

− Seterusnya guru bertanya kepada pelajar berkenaan logik menyembelih ternakan bagi menggambarkan rasa syukur.

− Berdasarkan jawapan pelajar, guru menjelaskan konsep akikah, hukum dan dalil disunatkan mengakikahkan anak.

− Dalil daripada dipaparkan dengan jelas berserta makna pada slaid Powerpoint dan guru mengaitkan dalil dengan amalan yang dituntut ke atas bayi yang baru dilahirkan.

Penggunaan slaid PowerPoint.

3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 perkara sunat semasa melakukan akikah.− Membaca bismillah dan

bertakbir.− Melakukan sembelihan ketika

matahari naik.− Mencukur rambut bayi

selepas sembelihan.

− Guru meminta pelajar berkongsi pengalaman mereka sekiranya pernah menghadiri majlis akikah dan cukur jambul.

− Guru memberi maklum balas pada pengalaman yang dikongsi oleh pelajar dengan mengelaskannya kepada perkara sunat, perkara adat dan perkara bidaah.

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 2

Page 3: RPH Akikah Ting 4

− Memberi sedekah emas atau perak mengikut berat rambut bayi.

− Menamakan bayi.− Tulang binatang akikah

ditanam dan tidak dipatah-patahkan.

− Daging akikah dimasak dan dijamu kepada tetamu.

4. Mengenal pasti 12 syarat sah ternakan untuk akikah.− Cukup umur− tidak kurus− tidak lemah− Tidak berkurap− Tidak Berkudis− Tidak buta atau kabur

matanya− Tidak pincang− Tidak terpotong telinga,

lidah, ekor dan anggota lain.− Tidak patah gigi− Tidak bunting− Tidak berpenyakit− Tidak cacat

− Guru menyatakan syarat sah ternakan untuk akikah adalah sama seperti syarat sah untuk binatang korban.

− Pelajar diminta menyebut syarat sah itu sebagai imbasan pelajaran lalu dan guru menyenaraikannya pada papan putih.

− Guru akan menambah syarat yang tidak cukup dan membetulkan syarat yang hampir tepat.

Menggunakan kaedah sumbang saran.

5. Jenis dan bahagian binatang untuk akikah.Bayi lelaki: 2 ekor kambing/biri-biri atau 2/7 daripada lembu/kerbau/unta.

Bayi perempuan: seekor kambing/biri-biri atau 1/7 daripada lembu/kerbau/unta.

− Guru menjelaskan bahagian yang boleh diakikahkan mengikut jantina bayi dan jenis ternakan yang hendak diakikahkan.

− Gambar kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta dipaparkan mengikut pembahagian jantina bayi pada slaid Powerpoint.

6. Perbezaan antara ibadah korban dan akikah.

− Guru melakarkan jadual perbezaan antara korban dan akikah daripada segi masa sembelihan, daging dan tujuan ibadah itu pada papan putih.

− Guru menyoal perbezaan antara akikah dan korban, dan meminta salah seorang pelajar menulis jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan lain pada ruangan jadual yang disediakan pada papan putih.

− Guru akan membantu membetulkan ciri-ciri yang kurang tepat.

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 3

Page 4: RPH Akikah Ting 4

− Pelajar diminta menyalin jadual itu ke dalam buku nota mereka.

− Pelajar diminta mengeluarkan 5 hikmah akikah sebagai rumusan pada topik akikah.

Rumusan 1. Guru membuat kesimpulan mengenai fungsi akikah dalam masyarakat dan meminta pelajar menyertai

majlis akikah yang dijalankan oleh ahli keluarga terdekat bagi mendapat gambaran yang jelas berkenaan ibadah ini.

2. Pada akhir pengajaran, guru memuji semua pelajar atas kerjasama dan penyertaan mereka dalam sesi pengajaran.

Penilaian1. Guru meminta pelajar menyenaraikan secara ringkas perkara yang disunatkan semasa menyambut kelahiran

bayi.

2. Guru mengemukakan permasalahan bagi diselesaikan oleh pelajar:• Apakah hukum akikah Hamid ke atas anak lelakinya sekiranya beliau bernazar akan mengakikahkan

dua ekor kambing sekiranya dikurniakan zuriat lelaki?

3. Guru meminta pelajar menyenaraikan 5 perkara sunat semasa melakukan akikah.

4. Guru mengemukakan beberapa kecacatan haiwan yang hendak diakikahkan dan meminta pelajar mengenal pasti adakah haiwan itu sah diakikahkan.

5. Guru meminta pelajar membezakan antara ibadah korban dan akikah daripada segi masa, daging dan tujuan ibadah itu.

Latihan Susulan1. Pelajar dikehendaki bertanya kepada ibu bapa berkenaan adat menyambut kelahiran bayi yang sering

diamalkan di kalangan masyarakat Melayu dan akan dibentangkan pada kelas akan datang.

Penilaian Kendiri

Ulasan Penyelia

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 4

Page 5: RPH Akikah Ting 4

Ulasan Pengetua

InstitutPendidikanUIAM|DPLI2009|RPHPendidikanIslam 5