rph aizatul nurulain

Upload: radziah

Post on 03-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Rancangan Mengajar Harian

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran

:Pengajian KeusahawananTarikh / Hari

:12 Jan 2010 (Selasa)Kelas

:4 Kemanusian HarmoniTahap Pelajar

:Sederhana

Bilangan Pelajar

:20 orangMasa

:8.05 pagi 8.45 pagiTajuk

:Bab 1: Pengenalan kepada keusahawanan1.6: Keusahawanan sebagai kerjaya1.6.1: Keusahawanan sebagai alternatif makan gaji

1.6.2: Kelebihan keusahawan sebagai kerjaya

Objektif

:Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :1. Menerangkan maksud keusahawanan sebagai kerjaya dan usahawan alternatif kepada makan gaji

2. Menerangkan kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya

Pengetahuan Sedia Ada:1. Pelajar telah mengetahui sejarah, konsep dan definisi

keusahawanan

2. Pelajar telah dapat membezakan antara usahawan dan perniaga. Pelajar juga telah mengetahui peranan keusahawanan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama

ABM

:Gambar usahawan, kertas mahjong dan marker penPendekatan/kaedah

:Menggunakan kaedah pengajaran kooperatifNilai murni

:Penumpuan, patuh kepada arahan guru, berfikiran jauh,

berkomunikasi dengan baik, berdikari dan bekerjasamaTeknik:Penerangan, soal jawab dan perbincanganKBKK

:Mengenalpasti dan menciri, menjana idea

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/

MasaIsi KandunganAktiviti GuruAktiviti PelajarStrategi/Kaedah/ ABM/Nilai/KBKK

Set Induksi

(5 minit)PermulaanGuru memaparkan gambar usahawan di Malaysia dan meminta pelajar mengenalpasti apakah bidang yang diceburi oleh usahawan tersebut. Gambar usahawan tersebut adalah

1. David Teo (Pengusaha filem)2. Ananda Krishnan (Maxis)3. _______________________Guru bertanya kepada keseluruhan kelas, siapa yang bercita-cita ingin menjadi usahawan dan apakah bidang yang mereka ingin ceburi.Guru mengaitkan soalan diatas dengan topik yang hendak diajarPelajar memberi tumpuan semasa guru mula masuk mengajar.Pelajar menjawab soalan (gambar usahawan dan cita-cita sebagai usahawan) berdasarkan pengetahuan dan impian masing-masing.

Pelajar bersedia untuk belajar.

Pendekatan:

Berpusatkan pelajar dan guru.

Kaedah:

Pemerhatian dan soal jawab.

Nilai:

Penumpuan, patuh kepada arahan guru, berfikiran jauh dan berdikariABM:

Gambar usahawan

KBKK:

Pelajar mendapat gambaran awal akan topik yang akan diajar.

Langkah 1

(12 minit)Penerangan dari guruGuru mengagihkan nota dan menerangkan maksud usahawan dan makan gaji. Guru menerangkan ciri negatif makan gaji yang memberikan alternatif kerjaya sebagai usahawan.

Guru menerangkan kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya dengan ringkas.Pelajar memberikan perhatian dan mendengar penerangan guru dan mengemukakan pertanyaan jika kurang faham.

Pelajar memberi penerangan dan contoh apabila diminta oleh guruPelajar membuat sedikit nota dan menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.Pendekatan:

Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:

Penerangan dan soal jawabABM:

Kertas mahjong, marker pen dan buku teksNilai:

Penumpuan dan berkomunikasi dengan baikKBKK:

Menenalpasti dan menciri

Langkah 2

(20 minit)Aktiviti Pengukuhan

Guru meminta seorang pelajar membacakan aktiviti 1.6 di buku teks (m/s 17). Aktiviti di dalam buku teks tersebut merujuk kepada aktiviti perbahasan Bekerja sendiri lebih baik dari makan gaji. Guru menukar perkataan makan gaji itu kepada satu pekerjaan yang lebih khusus.

Guru mengarahkan pelajar membentuk 2 kumpulan besar. Satu kumpulan bertindak sebagai pencadang dan satu kumpulan lagi sebagai pembangkang. Setiap kumpulan perlu memilih dua orang wakil untuk melontarkan hujahan mereka.

Guru memberi tempoh masa selama 2 minit bagi tiap kumpulan untuk memikirkan isi dan idea berkaitan tajuk aktiviti.

Aktiviti ini dijalankan selama 16 minit.Pelajar membentuk kumpulan seperti yang diarahkan oleh guru dan memberikan tumpuan terhadap arahan yang diberikan.Setiap kumpulan akan berbincang dan memberi idea untuk membidas pihak lawan.

Pendekatan :

Berpusatkan pelajar.

Kaedah:

Perbincangan

ABM:

Papan putih, marker penNilai:

Bekerjasama, berkomunikasi dengan baik dan patuh pada arahan guru.KBKK:

Mengenalpasti dan menciri, membanding dan membeza dan menjana idea baru.

Penutup

(3 minit )KesimpulanGuru membuat rumusan akhir bagi aktiviti yang dijalankan dan apa yang diajar pada hari iniGuru mengagihkan nota dan satu contoh soalan SPM yang lalu dan mengarahkan pelajar menyiapkannya di rumah sebagai aktiviti pengayaan.Pelajar mengukuhkan kefahaman akan topik yang dipelajari.Pelajar menyiapkan latihan di rumah sebgai aktiviti pengayaan.Pendekatan:

Berpusatkan guru dan pelajar.

Kaedah:

Penerangan dan soal jawab

ABM:

Nota dan soalan latihan

Nilai:

Penumpuan dan patuh kepada arahan guru

Ulasan Pensyarah /Guru Pembimbing

....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Refleksi Guru

.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................