aneka petua umum.docx

24
ANEKA PETUA UMUM Assalamualaikum, di sini saya akan cuba mengumpulkan koleksi petua- petua umum dan saya akan update dari masa ke semasa sekiranya mendapat petua baru dari mana-mana sumber .... Sekadar berkongsi maklumat, keberkesanan tidak dapat saya jamin ya... ------------------------------------------------------------------------- Daun semalu penawar bisul Cara tradisional untuk mengubati bisul ialah dengan menumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh. Kunyit ubati kaki terseliuh Jika kaki terseliuh, jangan cepat panik. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. InsyaAllah anda akan berasa lega. Jika bayi sukar buang air besar Ada kalanya bayi sukar untuk membuang air besar. Kaedah tradisional ialah menggunakan beberapa helai daun keledek. Ramas dan ambil lendirnya. Kemudian sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari. Buang ketuat tanpa sakit Untuk membuang ketuat yang tumbuh dikulit anda boleh cuba cara ini. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat kemudian biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya. Anda tidak akan rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh. Buah mata kucing buang angin Bagi mereka yang sering kali mengalami angin di tubuh, rebut buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi. Hilangkan rasa pijar Rasa pijar lazimnya berlaku apabila memegang cili. Untuk itu, ambil seuncang teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam ais buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendam

Upload: rubieybiey

Post on 12-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANEKA PETUA UMUM.docx

ANEKA PETUA UMUM

Assalamualaikum, di sini saya akan cuba mengumpulkan koleksi petua-petua umum dan saya akan update dari masa ke semasa sekiranya mendapat petua baru dari mana-mana sumber .... Sekadar berkongsi maklumat, keberkesanan tidak dapat saya jamin ya...

-------------------------------------------------------------------------

Daun semalu penawar bisul

Cara tradisional untuk mengubati bisul ialah dengan menumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.  Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering.  Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Kunyit ubati kaki terseliuhJika kaki terseliuh, jangan cepat panik.  Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak.  Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.  InsyaAllah anda akan berasa lega.

Jika bayi sukar buang air besarAda kalanya bayi sukar untuk membuang air besar.  Kaedah tradisional ialah menggunakan beberapa helai daun keledek.  Ramas dan ambil lendirnya. Kemudian sapukan pada perut bayi.  Biarkan ia kering.  Lakukan dua atau tiga kali sehari.

Buang ketuat tanpa sakitUntuk membuang ketuat yang tumbuh dikulit anda boleh cuba cara ini.  Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat kemudian biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya.  Anda tidak akan rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Buah mata kucing buang anginBagi mereka yang sering kali mengalami angin di tubuh, rebut buah mata kucing bersama halia dan gula melaka.  Minum air tersebut setelah suam.  Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Hilangkan rasa pijarRasa pijar lazimnya berlaku apabila memegang cili.  Untuk itu, ambil seuncang teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam ais buat seketika.  Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar.  Rendam

Page 2: ANEKA PETUA UMUM.docx

berulang kali agar uncang teh itu terasa sejuk.

sumber : Mingguan wanita« Edit Terakhir: Disember 01, 2012, 01:43:42 am oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #1 pada: Oktober 14, 2012, 01:12:38 am »

HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUKUntuk menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada bertanda, ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit perahan asam jawa.  Sapu dibahagian gigitan nyamuk.  InsyaAllah tiada bekas gigitan nyamuk dan rasa gatal juga berkurangan.

BARANG KEMAS KEMBALI BERSINARBagi memastikan barang kemas sentiasa bersinar,  rendamkan barang kemas anda ke dalam bekas bersama air sabun selama satu minit.  Berus barang kemas tersebut menggunakan berus gigi yang telah digunakan.  Kemudian bilas dengan air.  Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.

INAI ATASI KEROSAKAN KUKUJika anda menghadapi kerosakan kuku, tumbuk daun inai.  Pakaikan di jari atau pada bahagian kuku yang rosak.  InsyaAllah berkesan.

MENGATASI GIGITAN PENYENGATBagi mengatasi gigitan penyengat, tuangkan sedikit cuka ke atas gigitan penyengat tersebut dengan segera.  Ia dapat mengindari kulit daripda bengkak.  Petua ini sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur.

KACANG PEA ELAK PENYAKIT KUNINGPetua untuk menghilangkan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir bergantung kepada ibunya.  Kepada ibu yang baru melahirkan bayi,  makan dua sudu kacang pea 15 minit sebelum menyusukan bayi.

Page 3: ANEKA PETUA UMUM.docx

InsyaAllah penyakit kuning dapat diatasi.

KEMBALIKAn KEREMAJAAN RAMBUTUntuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat, amalam petua ini.  Ramaskan daun bunga raya dan daun lidah buasa sehingga mengeluarkan lendir.  Kemudian campurkan kedua-duanya sebleum ditapis.  Ratakan ramuan itu ke aas kepala dan biarkan ia kering.  Bilas dengan air bersih.  Amalkan petua ini tiga kali seminggu.  Pasti anda akan mendapat hasilnya.

sumber :Mingguan Wanita« Edit Terakhir: Oktober 14, 2012, 01:13:56 am oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #2 pada: Oktober 24, 2012, 01:19:05 pm »

ATASI MULUT BERBAUPetua untuk menghilangkan bau mulut selepas memakan petai, jering dan kerdas ialah dengan memakan tujuh hingga lapan ulas bawang putih yang telah dibakar.  Cara ini juga membantu membuang angin dalam badan.

HILANGKAN GETAH DI TANGANUntuk menghilangkan getah yang melekat pada tangan, gosokkan tangan dengan limau purut yang telah dibelah dua.  Ia juga dapat melembutkan tangan.

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECILPerahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Page 4: ANEKA PETUA UMUM.docx

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #3 pada: November 03, 2012, 07:14:45 pm »

HILANGKAN MINYAK HITAM PADA PAKAIANMemang sukar untuk menghilangkan minyak hitam yang melekat pada pakaian tetapi ada cara mudah untuk membersihkan kotoran itu. Sapukan sedikit marjerin di tempat yang kotor. Gosok dan bilas. Anda akan dapati kesan minyak hitam hilang dengan mudah. Selamat mencuba.

PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS PLASTIK Rendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut.  Lepas tu, kena biarkan selama beberapa jam.  InsyaAllah,  bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas itu tak lagi berbau.

PETUA HILANGKAN BISUL. Sapukan bedak sejuk ditempat yang terkena bisul . lkukan berulang kali. InsyaAllah berkesan2. Ambil kapur sirih, sapukan ditempatkan terkena bisul. Biarkan kering dan lakukan berulang kali.3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk halus, sapukan di tempat bisul dan tutupkan dengan kain. 

« Edit Terakhir: November 03, 2012, 07:23:29 pm oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #4 pada: November 27, 2012, 12:52:18 am »

KOPI LEMBUTKAN TANGAN

Page 5: ANEKA PETUA UMUM.docx

Ambil serbuk kopi yang telah digunakan. Lumur pada tapak tangan dan gosok selama beberapa minit.  Kemudian, bilas tangan dengan air bersih.  Ulang proses ini dan tangan anda akan berasa lembut.

BISUL CEPAT PECAHAmat menyakitkan apabila timbul bisul pada tubuh.  Untuk mempercepatkan bisul pecah, ambik sedikit kapur dan campurkan dengan lendir lidah buaya.  Sapu pada bisul. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit.

TELUR SEMBUHKAN KULIT MELECURKulit yang melecur terkena minyak panas boleh disembuhkan dengan menggunakan sebiji hingga dua biji telur.  Sapukan telur di atas kulit yang melecur dan biarkan sehingga kering.  kemudian, bilas dengan air bersih.  Cara ini juga membantu untuk tidak meninggalkan parut.

ATASI MASALAH JENTIK-JENTIKJentik-jentik jika dibiarkan akan mengundang penyakit.  Jika anda tidak mempunyai masa untuk menukar air dalam pasu tumbuhan anda setiap minggu, masukkan minyak masak atau minyak bayi.  Cara ini mampu menghalau jentik-jentik.

« Edit Terakhir: November 27, 2012, 12:53:33 am oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #5 pada: Disember 01, 2012, 01:41:44 am »

HILANGKAN SELESEMA BAYISelesema menimbulkan ketidakselesaan kepada badan. Apatah lagi jika

Page 6: ANEKA PETUA UMUM.docx

bayi yang terpaksa menghidapinya. Untuk mengatasi bayi yang menghidap selesema, tumbuk dua ulas bawang merash serta sedikit lengkuas. Letakkan sedikit minyak masak dan sapukan pada ubun-ubun bayi secara membulat.

MERAWAT BIBIR KERINGKadangkala bibir yang kering boleh meyebabkan sakit dan berdarah. Untuk mengelakkan bibir kering, anda boleh menyapu mentega untuk memberi kelembapan pada bibir.

HILANGKAN JERAGATKehadiran jeragat di muka boleh menjejaskan imej seseorang. Untuk mengatasinya, ambil secawan kacang hijau dan kisar sehingga halus. Kemudian cuci muka menggunakan kacang yang dikisar tersebut sambil gosokkannya dengan perlahan. Amalkan tiga kali sehari.

MENCERAHKAN SIKURamai yang tidak sukakan rupa siku yang hitam dan kering. Untuk mengatasinya, ambil sebiji lemon dan potongnya kepada dua bahagian. Ambil lemon tersebut dan tekankan pada siku. Selepas itu, bersihkan siku dan sapukan pelembab kulit.

MENURUNKAN BERAT BADANJika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 

TOMATA GEBUKAN KULITBagi anda yang inginkan kulit yang lembab, putih dan gebu, ambilkan isi tomata dan campurkan dengan kuning telur. Gaul sebati bahan-bahan ini. Kemudain, jadikan masker dan sapukan wajah. Biarkan sehingga kering dan setelah itu, bersihkan wajah dengan air.

TEPUNG UBI PENAWAR RUAMCara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-

Page 7: ANEKA PETUA UMUM.docx

bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

UBATI SAKIT DADAAmbil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

HILANGKAN URAT DI KAKIBagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

MENGHILANGKAN KEDUTWanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

PENYERI MUKA Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

GARAM UBATI SAKIT GIGI

Page 8: ANEKA PETUA UMUM.docx

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

MULUT BERBAUMulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

TUMIT KAKI TIDAK PECAHBagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

HILANGKAN DARAH TINGGIJika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

KHASIAT DAUN JAMBU BATUKalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR 

Page 9: ANEKA PETUA UMUM.docx

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

ARANG KAYU PERAPI RAMBUT Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

PENAWAR BISUL/KUDISAmbil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

PUTIH TELUR PENGHILANG PARUTJika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

UBAT DEMAM MALARIA Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga halus lalu diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

MINYAK ZAITON KILATKAN PERABOT KAYU

Page 10: ANEKA PETUA UMUM.docx

Setelah menggunakan beberapa tahun, pasti perabot kayu kelihatan sedikit kusam. Untuk menghilangkan kusam dan menyerikannya, bersihkan terlebih dahulu perabot tersebut daripada habuk. Kemudian, sediakan ari suam dan juga minyak zaitun ataupun minyak kelapa. Lap pada keseluruhan perabot dan biarkan ia kering.

HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIANBiasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

CARA HILANGKAN GRIS Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

PETUA SUBURKAN POKOK BUNGATaburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok lihat pokok bunga subur menghijau. 

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #6 pada: Disember 05, 2012, 12:20:53 am »

DAUN PERIA REDAKAN BATUKJika anda menderita batuk, ambillah beberapa helai daun peria.  Tumbuk daun ini dan campurkan dengan air dan diperah.  Minum air peria ini tiga kali sehari.  Ia akan membantu menyembuhkan batu. 

KEMPISKAN PERUT DENGAN AIR ASAM JAWA

Page 11: ANEKA PETUA UMUM.docx

Bagi mereka yang sukar buang air besar, bancur air asam jawa sederhana pekat segelas setiap pagi dan minum sebelum bersarapan atau mengambil apa-apa makanan lain.  Ia bukan sahaja memudahkan melawaskan makanan tetapi boleh turunkan berta badan dan kempiskan perut. 

ASAM JAWA UNTUK KULIT LICIN TANPA JERAWATAsam jawa dapat membantu menjaga kulit wajah anda. Ambil asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 30 minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. (Petua ini tidak sesuai untuk yang berkulit kering)

PAKU PAKIS ATASI MASALAH ANEMIABagi ibu hamil, khususnya yang sering mengalami masalah anemia atau kurang darah, cuba amalkan memakan sayur paku pakis merah tiga hingga empat kali seminggu.  Insya-Allah ia akan membantu menguranig masalah yang dialami. 

AIR TEH SERIKAN WAJAHImpikan wajah yang berseri? Rendamkan air the semalaman kemudian sapukan pada muka anda keesokan harinya sebelum mandi pagi.   Lama-kelamaan kulit muka yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri-seri.« Edit Terakhir: Disember 05, 2012, 12:24:15 am oleh yusida »

 Tercatat

Page 12: ANEKA PETUA UMUM.docx

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #7 pada: Disember 05, 2012, 01:27:39 pm »

KUKU LEBIH BERSIH DAN BERSINAR

Penampilan kuku juga penting bagi melambangkan tahap kebersihan diri.  Bagi mendapatkan kuku yang bersih, ambil berus gigi yang tidak digunakan bersama ubat gigi dan gosok pada bahagian kuku.  Amalkan setiap hari.

ASAM JAWA KURANGKAN SAKIT KEPALABagi mereka yang sering mengalami sakit kepala, kurangkan kesakitannya dengan mengambil sedikit asam jawa yang telah dbancuh bersama semangkuk santan.  Sapukan bahan tadi ke rambut dan perapkan seketika dengan menggunakan tuala.  Biarkan kering dan kemudian cuci dengan air yang bersih.

KHASIAT DAUN GELENGGANGRasa daun gelenggang agak panas apabila dilumatkan dan ditampal pada kulit.  Walaupun begitu, ia amat mujarab untuk menghilangkan kegatalan pada kulit luar terutamanya bagi mereka yang menghidap masalah panau dan kurap.  Cuma ambil segenggam daun gelenggang yang segar dan campurkan bersama sedikit kapur sirih.  Lumatkan sebelum digosokkan pada kulit.

ASAM GELURGUR ATASI TUMIT PECAHTumit kaki yang pecah memburukkan penampilan terutamanya jika memakai kasut yang tidak bertutup.  Atasinya dengan memasukkan

Page 13: ANEKA PETUA UMUM.docx

beberapa keeping asam gelugur ke dalam besen berisi air suam.  Rendamkan kaki anda selama setengah jam. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih baik.

TEMBIKAI SERIKAN WAJAHKulit yang sentiasa terdedah kepada kotoran mengakibatkan wajah menjadi kusam.  Untuk mendapatkan kulit lebih lembap dan berseri, ambil sepotong tembikai yang sejuk.  Perahkan untuk mendapatkan hampasnya.  Sapukan hampas tembikai pada seluruh muka dan lehier.  Apabila telah kering, percikkan sedikit ari sejuk.  Petua ini juga membantu melambatkan proses penuaan.« Edit Terakhir: Disember 05, 2012, 01:29:43 pm oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #8 pada: Disember 05, 2012, 11:29:48 pm »

BIJI BETIK LEBATKAN RAMBUTAmbil biji betik yang masak, jemur dan keringkan sehingga betul-betul kering.  Kemudian goreng dalam beberapa minit dan tumbuk halus.  Campurkan biji betik ke dalam sebotol minyak keapa.  Sapu di kutli kepala.  Amalkan selalu. 

KAPUR SIRIH HILANGKAN KESAN GIGITAN SEMUTNyamuk atau semut yang menggigit memang terasa gatal dan meninggalkan kesan pada kulit.  Ambil sedikit kapur sirih dan campurkan dengan sedikit air dan sapukan ditempat gigitan. InsyaAllah, kesan kemerahan akan hilang dalam beberapa minit.

TEBU MERAH SEMBUHKAN SELESEMA

Page 14: ANEKA PETUA UMUM.docx

Ambil sebatang tebu merah dan buang kulitnya.  Kunyah untuk mendapatkan anirnya walalupun rasanya tawar.  InsyaAllah, selesema anda akan sembuh.

 DAUN JAMBU PULIHKAN LUKA JAHITAN BERSALINBagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, sediakan air suam secukuptnya dan tuangkan air suam pada bahagian sulit serentak dengan keluarnya air kecil.  Untuk memulihkan segera luka jahitan, rebus lima keeping daun sirih dan 15 keping pucuk daun jambu batu.  Gunakan air untuk membasuh luka sekerap yang mungkin. 

REMPAH HILANGKAN KEGATALAN VAGINAAmbil sedikit kulit kayu manis, daun kaduk, bunga lawing dan bunga cengkih.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan segayung air.  Rebus bahan-bahan sehingga mendidih. Apabila sejuk, gunakan untuk membasuh bahagian intim untuk mgengelakkan kegatalan dan keputihan.

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #9 pada: Disember 06, 2012, 01:24:11 pm »

CARA CUCI BARANGAN PERAKCampurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

Page 15: ANEKA PETUA UMUM.docx

MENGHILANGKAN GATAL-GATALAda cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

BINTIK-BINTIK MERAH DI BADANKadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

HILANGKAN DEBU DARI BUNGABiasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.« Edit Terakhir: Disember 06, 2012, 01:25:36 pm oleh yusida »

 Tercatat

Page 16: ANEKA PETUA UMUM.docx

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #10 pada: Disember 07, 2012, 12:34:09 am »

ATASI LINGKARAN GELAPLingkaran gelap pada bahagian mata mencacatkan penampilan.  Untuk mengatasi masalah ini, sapukan bahagian mata dengan air perahan limau nipis.  lakukan beberapa kali. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.

ELAK SENGGUGUTBagi wanita yang sering kali mengalami senggugut, anda boleh mencuba petua ini untuk mengelakkan kesakitan.  Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam.  Pastikan kuantiti kedua-dua bahan sama banyak.  Makan selama seminggu sebelum haid.

TIDUR LEBIH LENATentunya ramai individu yang sukar mendapat tidur yang lena.  Bagi membantun anda tidur lebih lena, parutkan buah pala secukupnya.  Lalu campurkannya dengan sedikit air.  kemudian tekapkan parutan buah pala itu pada bahagian ubun-ubun di kepala.

BAWANG MERAH RAWATI RESDUNGTentu tidak selesa jika anda seringkali bersin.  Ia mungkin petanda resdung.  Untuk mengurangkan gejala resdung, hiris tiga biji bawang merah.  Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi.  Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih.  kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

MENGHILANGKAN KESAN CATCara yang mudah untuk membantu anda menghilangkan cat ialah dengan merendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu.  Biarkan selama beberapa jam.  Kemudian barulah dicuci seperti biasa menggunakan air sabung.

PEGAGA HILANGKAN PARUT

Page 17: ANEKA PETUA UMUM.docx

Gusar dengan parut hitam akibat jerawat?  Atasinya dengan mengisarkan daun pegaga bersama bedak sejuk dan air secukupnya. Kemudian pupukkan aduan tersebut pada parut hitam jerawat sebelum tidur pada setiap malam.  Biarkan semalaman.  Baki kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut jangan di buang, sebaliknya boleh disimpan di dalma peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.« Edit Terakhir: Disember 07, 2012, 12:36:48 am oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #11 pada: Disember 10, 2012, 01:21:34 pm »

GULA UBAT LUKAJika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

MENGHILANGKAN BISULApabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

TERKENA BISA IKAN KELI

Page 18: ANEKA PETUA UMUM.docx

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.

BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA 

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

LIMAU WANGIKAN RAMBUTAmbil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

KHASIAT AIR BERASAir buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

RAWATAN LEPAS BERSALINCara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin

Page 19: ANEKA PETUA UMUM.docx

ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

UBAT SAKIT MATAMasalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

RAMBUT HITAM BERKILATAmbil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.« Edit Terakhir: Disember 10, 2012, 01:23:27 pm oleh yusida »

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #12 pada: Januari 07, 2013, 08:07:49 am »

SUBURKAN POKOK BUNGASatu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.

BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Page 20: ANEKA PETUA UMUM.docx

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAHKacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

PENAWAR BISA LIPAN/LEBAHApabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

MEREDAKAN BENJOLSekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke

Page 21: ANEKA PETUA UMUM.docx

bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM« Jawab #13 pada: Januari 31, 2013, 08:18:17 am »

ATASI MASALAH BULU KETIAKAda banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh. 

DAUN PERIA UBAT KURAPJika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

KAIN BATIK TIDAK LUNTURUntuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Page 22: ANEKA PETUA UMUM.docx

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.

Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

ELAK BISA PAKU BERKARATApabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.

 Tercatat

yusida Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

o

Per:ANEKA PETUA UMUM

Page 23: ANEKA PETUA UMUM.docx

« Jawab #14 pada: Februari 18, 2013, 08:25:58 am »

Mengembalikan seri muka selepas bersalinIstimewa buat ibu selepas bersalin, kembalikan seri wajah anda dengan petua ini.  Rebuskan beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Amalkannya pada waktu pagi dan malam.

Buah Pelaga legakan muntah

Bagi wanita hamil atau mereka yang mabuk kenderaan disarankan untuk mengikuti petua ini bagi melegakan rasa sakit kepala atau badan akibat muntah.  Tumbuk halus buah pelaga dan campurkan dengan air panas.  Minum dan insyaAllah, ia akan memberikan kelegaan.

Timun muda hilangkan bau badanUntuk anda yang tercari-cari petua untuk menghilangkan bau badan, kupas kulit timun muda dan basuh bersih.  Gosok timun pada bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas mandi.  Amalkan setiap hari.

Terkena minyak panasJika terkena minyak panas, atasi rasa perit dengan menggunakan lemak ayam.  Caranya masak lemak ayam dengan api yang sederhana.  Sejukkan dan simpan di dalam botol.  Sapukan lemak tersebut pada bahagian tersebut.  Bakinya boleh disimpan di dalam botol untuk kegunaan masa hadapan.

Minyak sapi rahsia payu dara anjalBagi mendapakan payu dara yang anjal dan menarik, panaskan dua sudu minyak sapi.  Biarkan sejuk.  Kemudian sapu dan urutkan di sekeliling

Page 24: ANEKA PETUA UMUM.docx

payu dara selama 15 minit.  Ambil sehelasi tuala bersih dan basahkan dengan air suam.  Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

Rawat selesema dengan kapur sirihSelesema membuatkan anda berasa tidak selesa.  Aasinya dengan mencalit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis.  Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya.  Minum air perahan sekali sehari.