101 petua tradisional

Upload: nenas-putik

Post on 14-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    1/28

    101 Petua Tradisional (BERKESAN)

    1. MENURUNKAN BERAT BADAN

    Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkanberat badan anda.

    Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam

    gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air

    mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

    Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda

    akan beransur turun.

    2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

    Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi

    dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-

    tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

    3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

    Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi

    selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher,

    punggung dan dada di lumur.

    4. UBATI SAKIT DADA

    Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam

    kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan

    minum setiap pagi sebelum sarapan.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    2/28

    5. HILANGKAN URAT DI KAKI

    Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan

    hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan

    kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20

    minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh

    mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

    6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

    Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.

    Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika

    kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini

    menandakan masakan anda terlebih garam.

    7. SIMPAN KELAPA PARUT

    Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke

    dalam kelapa.

    8. MENGHILANGKAN KEDUT

    Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka,

    kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah

    caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak

    sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak

    merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.

    Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    3/28

    selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan

    berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

    9. PENYERI MUKA

    Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan

    sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.

    Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda

    sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air.

    Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

    10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

    Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin

    klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit

    gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya,

    campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini

    diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga

    akan menjadi lebih putih dan berseri.

    11. MULUT BERBAU

    Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk

    mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan

    semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah

    mulut berbau akan dapat diatasi.

    12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    4/28

    Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah

    berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang

    telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

    13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

    Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih

    muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke

    bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang

    memuaskan.

    14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

    Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam

    dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar

    periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-

    Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.

    15. HILANGKAN DARAH TINGGI

    Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk

    dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi

    sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa.

    Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah

    amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

    16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    5/28

    Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah

    beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan

    garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-

    Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

    17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

    Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda.

    Hasilnya ia lebih berkilat.

    18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

    Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada

    sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah

    pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah

    semuanya beres.

    19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

    Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit

    berkenaan sebaik ianya terkena.

    20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

    Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah

    di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda

    akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    6/28

    21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

    Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya,

    keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan

    minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

    22. PENAWAR BISUL/KUDIS

    Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digilingdengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan

    daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan

    cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30

    helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan

    ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

    23. CARA HILANGKAN GRIS

    Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk

    menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun

    serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya

    hilang.

    24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA

    Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok

    bunga subur menghijau.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    7/28

    25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

    Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih

    telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan

    secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

    26. BILA NASI BERBAU HANGIT

    Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit.

    Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalamnasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

    (25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)

    27. UBAT DEMAM MALARIA

    Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum

    sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh

    melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

    28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

    Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita.

    Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis.

    Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik

    gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

    29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    8/28

    Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila

    cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur

    malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula

    pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili

    tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

    30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

    Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini

    disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya

    anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu danbubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk

    sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan

    hilang.

    31. ELAK DARI MELECUR

    Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun.

    Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi

    dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang

    tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu

    tidak melepuh dan akan segera sembuh.

    32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

    Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai

    lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-

    gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    9/28

    33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE

    Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air

    tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

    34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA

    Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin

    mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke

    arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

    35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA

    Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu

    kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.

    36. GULA UBAT LUKA

    Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil

    sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan

    segera.

    37. PANAS TERKENA CILI

    Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas

    memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan

    garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    10/28

    di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar

    akan hilang.

    38. MENGHILANGKAN BISUL

    Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja

    sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil

    bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik

    itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

    39. TERKENA BISA IKAN KELI

    Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri

    kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa

    berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-

    lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau

    hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya

    segera sembuh.

    40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

    Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah

    dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga

    sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan

    sakit kepala akan hilang.

    41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    11/28

    Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan

    beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga

    boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

    42. KHASIAT AIR BERAS

    Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya

    muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan

    air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi

    pokok bunga dan melebatkan bunga.

    43. RAWATAN LEPAS BERSALIN

    Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul

    halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang.

    Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu,

    lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

    44. UBAT SAKIT MATA

    Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan

    menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau

    titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci

    mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

    45. TAK PEDIHKAN MATA

    Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    12/28

    kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-

    hiris.

    46. RAMBUT HITAM BERKILAT

    Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan

    pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali

    dalam seminggu. Selamat mencuba.

    47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING

    Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging

    anda.

    48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

    Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada

    ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa

    helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.

    49. SUBURKAN POKOK BUNGA

    Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu.

    Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.

    50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    13/28

    Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus,

    karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak.

    Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit

    kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu

    penghadaman.

    51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

    Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium

    dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput

    lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baikuntuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

    52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

    Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang

    disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan

    itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang

    disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

    53. MEREDAKAN BENJOL

    Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga

    membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-

    dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang

    benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang

    sama sekali dari kepala anda.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    14/28

    54. BATUK

    Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji

    limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya.

    Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu

    gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali

    sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.

    55. BATUK BERTERUSAN

    Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda disebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu.

    Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja),

    dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua

    kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.

    Penderita perlu berpantang seperti berikut:

    Jangan terlalu banyak makan makanan manis

    Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)

    Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)

    Jangan makan banyak mekanan pedas

    Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

    56. PENAWAR PENGSAN

    Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas

    dan bacakan Ayat Kursi sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya.

    Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang

    dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    15/28

    57. BENGKAK BUAH DADA

    Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan

    petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur

    sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

    58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA

    Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena

    penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada

    keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu disekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

    59. MENCANTIKKAN BETIS

    Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja.

    Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-

    lahan.

    Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit

    untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau

    tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah

    lagi dengan air hingga menjadi bersih.

    60. URAT BETIS MENONJOL

    Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan

    berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa

    mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai

    mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    16/28

    dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur.

    Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang

    10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti

    biasa.

    61. RAMBUT SELALU GUGUR

    Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir

    pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun.

    Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam.

    Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambatberuban.

    62. ANAK SELALU KENCING MALAM

    Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar

    ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak

    tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama

    63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

    Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

    Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ.

    Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.

    64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

    Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    17/28

    serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil

    sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian

    biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas

    tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

    65. ATASI MASALAH BULU KETIAK

    Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling

    mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut

    semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata

    selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kalihingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki

    yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

    66. DAUN PERIA UBAT KURAP

    Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil

    beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan

    pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya

    kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

    67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK

    Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai

    daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening

    anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda

    menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi

    berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    18/28

    68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

    Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak

    sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian

    gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

    69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

    Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat berubanterutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang.

    Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman

    hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga

    membuatkan rambut anda lambat beruban.

    70. MENYEMBUHKAN DEMAM

    Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan

    tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik

    itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam

    tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

    71. KURANGKAN SAKIT GIGI

    Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat

    kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang

    berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    19/28

    72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

    Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah

    menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu,

    tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya-

    Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.

    73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

    Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudianrebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas.

    Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

    74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

    Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua

    mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan

    pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru.

    Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan

    dapat hasil memuaskan.

    75. RAMPING SEMULA JADI

    Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu

    ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk

    mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    20/28

    76. WANGIKAN RAMBUT

    Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh

    rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan

    air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.

    77. HILANGKAN SAKIT GIGI

    Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi,

    cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih

    lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dantambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit

    kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

    78. BENGKAK GUSI

    Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan

    sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

    Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus.

    Tampalkan pada gusi yang bengkak.

    79. GUSI BERDARAH

    Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai

    daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam

    secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air

    daun sirih.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    21/28

    80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

    Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh

    menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan

    sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke

    wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan

    lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

    81. URUTAN WAJAH CARA BETUL

    Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa

    sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-

    duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu

    diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di

    wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

    82. SERI DAUN INAI

    Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak

    kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu

    memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang

    terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-

    kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda

    berseri.

    83. KHASIAT KUNYIT MUDA

    Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    22/28

    mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu

    anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain

    sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

    84. KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU

    Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya.

    Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian

    sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah

    bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

    85. CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

    Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional

    Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan

    Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan

    yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.

    Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang

    tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang

    baru selepas tiga hari.

    86. ELAK BISA PAKU BERKARAT

    Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun.

    Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana

    besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang

    putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika

    keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    23/28

    87. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

    Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

    Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak

    dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit

    pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.

    Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air.

    Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah

    pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti

    bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.

    88. UBAT KENCING LAWAS

    Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu

    karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-

    dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat

    dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing,

    juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

    89. ATASI SAKIT TUMIT KAKI

    Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja

    menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih

    kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang

    sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan

    untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti

    berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    24/28

    90. MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

    Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik

    itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.

    91. UDANG SENTIASA SEGAR

    Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak

    menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

    92. MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

    Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus

    ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan

    dapati kotorannya akan hilang.

    93. KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS

    Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang.

    Jika direndam selama beberapa hari dan disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.

    94. SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

    Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat

    sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut

    menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan

    dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    25/28

    95. UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK

    Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk

    merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini

    beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.

    96. DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

    Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun

    rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah duabiji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap

    pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

    97. SANTAN TIDAK PECAH MINYAK

    Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah lemak atau

    kari. Bati memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak

    akan pecah minyak.

    98. ATASI SINKI TERSUMBAT

    Cuba masukkan beberapa banyak aram kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air

    panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.

    99. IKAN TIDAK BUSUK

    Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    26/28

    adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana

    masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan

    ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas

    atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

    100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

    Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur,

    toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.

    101. TEMBIKAI TAHAN LAMA

    Tembikai mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya, sapukan kapur makan di

    pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk dan tahan lama.

    102. MENGHILANGKAN BAU TANDAS

    Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya

    ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan

    dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

    103. BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI

    Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan

    walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk

    menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga

    berkhasiat kesihatan. Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan

    mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    27/28

    kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan

    pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

    104. GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK

    Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi

    boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan

    air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam

    dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.

    105. HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

    Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut.

    Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai

    lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup

    permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya

    anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung

    lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

    106. KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT

    Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah

    dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam

    batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan

    dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang

    berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat

    perubahan pada wajah anda.

  • 7/30/2019 101 Petua Tradisional

    28/28

    107. MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH

    Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian

    tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan,

    sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah

    pagi dan malam sebelum tidur.

    108. MENGHILANGKAN BAU KETIAK

    Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambilsebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan

    seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan

    hilang dengan perlahan-lahan.

    109. MELEBAT BULU KENING

    Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu

    kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi

    hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin

    mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.

    110. DAUN PERIA UBAT KURAP

    Jika ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk mengubatinya. Ambil beberapa

    helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua

    kulit yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan