resepi kek

of 42/42
KEK RED VELVET II Bahan-bahan : (A) 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum 2 sb serbuk koko 1/2 sk baking soda 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak.. 1 cawan gula halus (B) 2 biji telur besar 1/2 cawan susu segar 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama.... (C) 1 sk cuka 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah (2 sudu besar pewarna oil base) Cara Pukul mentega dan gula hingga berkrim Masukkan telur satu persatu Masukkan esen vanila Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak Biarkan sejuk Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

Post on 16-Sep-2015

34 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kek

TRANSCRIPT

KEK RED VELVET II

Bahan-bahan :(A) 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum 2 sb serbuk koko 1/2 sk baking soda 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak.. 1 cawan gula halus

(B) 2 biji telur besar 1/2 cawan susu segar 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama....

(C) 1 sk cuka 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah(2 sudu besar pewarna oil base)

Cara Pukul mentega dan gula hingga berkrim Masukkan telur satu persatu Masukkan esen vanila Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak Biarkan sejukLepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESEResepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat kek

250gm cream cheese 30gm butter 1 sudu besar perahan lemon @ lime 1 sudu besar esen vanilla 1 sudu besar susu segar 100gm gula isingCara-cara : Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu. Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.

RESEPI COKLAT GANACHEInilah resepi paling saya suka & kerap saya buat memandangkan kosnya agak rendah & hasilnya yg cantik & sedap.Sumber :Kak Jun&Dapur Tanpa Sempadan 200 grm coklat masakan*Ana guna coklat compound 100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream(guna mana2 salah 1) 1sdt butterCara-cara : Doubler boiler [email protected] cream bersama coklat masakan. Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat. Masukkan butter, kacau sebati. Biarkan seketika baru digunakan.

LANGKAH DEMI LANGKAH RED VELVET CAKE & COKLAT TOPPING

Sejukkan kek yang dah masak di dalam peti sejuk supaya kek mudah untuk dipotong. Potong kek kepada 3/4 bahagian. Sapu cream cheese frosting atas lapisan pertama & paipkan coklat ganache diatasnya. Letak 1 lagi lapisan kek & buat cara yang sama. Akhir sekali, letak kek yang akhir, balut keseluruhan kek dengan plastik wrapping, bungkus kemas2 & simpan dalam peti sejuk beberapa jam, ini supaya kek tadi mudah utk dihias & layer tak teralih bila nak potong makan nanti. Keluarkan kek yg dah sejuk, sapu nipis(crumcoat) keseluruhan kek dgn creamcheese frosting. Kemudian barulah paipkan/sapu kek tersebut dengan creamcheese frosting secara menyeluruh & ratakan. Ambil sikat untuk krim kek & sikat bahagian tepi kek. Tuang coklat ganache dengan perlahan2 dibahagian atas sahaja, golek2kan papan kek agar coklat tersebut merata di permukaan kek tetapi tidak jatuh, agak2la takat mana kan. Cepat2 masukkan kek tadi dalam peti sejuk, Agak2 5-10 minit, keluarkan kek tadi dari peti. Ambil coklat ganache, masukkan dalam piping bag/plastik/apa2 ajela yang berkenan, paipkan bahagian tepi kek bermula dari atas perlahan2.. INGATya..paipkan/sudukan dgn perlahan, kalau banyak yg keluar dari piping bag tu, maka tebal le yang meleleh, seeloknya paipkan kecil jer..coklat tu akan meleleh turun dgn cantik. Takat mana lelehan tu terhenti bergantung kpd banyak mana yang kita paipkan coklat tadi. Senang cakap..picit jer piping bag tu kat bahagian tepi kek.. Paham dak ni? hehe..nak buat aksi bergambar, takde kek lak..tapi rasanya semua boleh faham kan.. Rapikan bahagian bawah kek dengan cream icing yang ada tu agar kek nampak lebih kemas. Simpan dalam peti sehingga masa menghidang.

RESEPI BUTTER CREAM

Bahan-bahan ( sebiji kek ) 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)Lina pg guna shortening 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)Lina pg gn krim well 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)Lina pg gn 1 cawan gula icingCara-cara1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

KEK COKLAT MOIST BAKAR

Bhn A

1 cawan gula pasir1 cwn serbuk koko1 cawan susu pekat manis1 cawan susu cair/segar/perisa coklat3/4 cawan mnyak jagung2 sdb mentega1 sdt esen vanila1 sdt coklat emulco*semua bhn di masukkn dlm periuk n panaskn ats api hngga gula hancur.lps tu rehatkn sebentar

Bhn B

1 cawan tepung gandum1 sdt baking powder1 sdt bikarbonat soda*semua bhn di atas diayak brsama

Bhn C3 biji telur..pukul...hngga kembang..mixer/whisk

Cara2

*campurkn bhn A n bhn B..kacau rata*masukkn bhn C sedikit2 n gaul rata,,mnggunakn whisk*tuang adunna dlm loyang yg siap digris mnyak n dialas kertas mnyak*bakar dgn suhu 150'c - 160'c selama 1 jam or hngga kek msk..*setelah kek msk, taburkn coklat rice ats kek or boleh jg curahkn coklat masakn yg siap dimask melalui proses double boil n baru le ditabur dgn coklat rice*panaskn oven trlebih dahulu, dgn suhu 150'c selama 15 minit sebelum mmbaking kek

KEK COKLAT INDULGENCE

BAHAN-BAHANUNTUK KEK

150 gram tepung naik sendiri*150 gram gula kastor120 ml susu coklat80 ml minyak jagung/butter yang dicairkan5 biji telur Gred A3 sudu besar serbuk koko*2 sudu besar coffee emulco1 1/2 sudu besar ovalletSatukan bahan bertanda * dan air

CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang.Masukkan ovallet dan pukul lagi hingga gebu dan ringan

2. Masukkan minyak jagung,putar perlahan.Masukkan pula susu coklat dan coffee emulco

3. Apabila sebati,masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah diayak tadi.Pukul perlahan hingga sebati4. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dan lapik baking paper,bakar selama 30-40 minit,suhu 180'c bergantung kepada kapasiti oven masing2.Guna loyang size 8".Bila kek dah masak,sejukkan dan potong menjadi 4 kepingBAHAN-BAHAN UNTUK WHITE CHOCOLATE FILLING

100 gram compound white chocolate(saya guna brand Beryl's Gourmet)250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's Gold Label)150 gram butter100 gram gula kastor2 biji kuning telur

CARA MEMBUATNYA

1.Cairkan coklat compound secara double boil.Ketepikan

2.Pukul non dairy whipping cream hingga pekat.Ketepikan

3.Dalam mangkuk/bekas lain,satukan gula kastor dan butter.Pukul hingga kembang.Masukkan kuning telur dan pukul lagi.Masukkan coklat compound yang dicairkan tadi,kacau sebati.Akhir sekali masukkan whipping cream yang sudah dipukul tadi,kacau sebati

BAHAN-BAHAN UNTUK DARK CHOCOLATE FILLING

100 gram compound dark chocolate(saya guna brand Beryl's Gourmet)250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's Gold Label)150 gram butter100 gram gula kastor2 biji kuning telur

CARA MEMBUATNYACARA2NYA SAMA DENGAN KAEDAH PENYEDIAAN WHITE CHOCOLATE FILLING DI ATAS

BAHAN-BAHAN UNTUK GANACHE

300 gram compound dark chocolate(potong kecil2 supaya cepat larut)300 gram non dairy whipping cream25 gram butter

CARA MEMBUATNYA

1.Tuang non dairy whipping cream ke dalam periuk,masak di atas dapur hingga timbul buih2 kecil

2.Masukkan butter kacau perlahan

3.Masukkan coklat compound dan kacau sehingga coklat cair,kacau lagi sehingga agak pekat,tutup api

4.Sejukkan sekejap sebelum tuang atas kek

CARA MELAPIS KEK

1.Ambil kek yg dah dipotong kepada 4 keping tadi.

2.Ambil sekeping kek dan letak atas papan kek,sapukan white chocolate filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan.

3.Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan.

4.Ulang hingga lapisan kek habis.Sejukkan didalam peti ais beberapa jam sebelum dituang ganache(saya sejukkan kira2 2 jam).

5.Bila dah sejuk,keluarkan dari peti ais dan curah ganache di atas dan sekeliling kek.Hias mengikut kreativiti.Sejukkan semula kek ke dalam peti ais sebelum dihidang.

STEP MELAPIS

KEK-WHITE CHOC FILLING, -KEK-DARK CHOC FILLING, -KEK-WHITE CHOC FILLING, -KEK-DARK CHOC FILLING, -GANACHE.

TIPS

UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN KEK YANG CANTIK DAN KEMAS,GUNAKAN PISAU YANG TELAH DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS SELAMA BEBERAPA MINIT,KEMUDIAN LAP PISAU DENGAN KAIN BERSIH,BARU POTONG KEK. RENDAM SEMULA PISAU UNTUK POTONGAN SETERUSNYA

RESEPI KEK PELANGI KARAMEL

Bahan untuk puding

Bahan-bahan gula hangus..

1 1/2 sudu besar gulaloyang 8 inci.

Bahan-bahan puding

400ml susu segar/susu cair/susu tepung3biji kuning telur2biji telur4sudu besar gula1sudu kecil vanilla

Bahan untuk kek

Adunan 1 (meringue)6biji telur puteh3sudu besar gula kastor1/2 sudu kecil cream of tar tar

Adunan 23biji telur kuning2sudu besar minyak jagung130ml air3sudu gula kastor120g tepung gandum1sudu teh baking powder

Bake -160c 30minit(kaedah water bath)

HOW TO MAKE?

1. Mula-mula. kite buat puding dulu....kite letakkan 1 1/2 sudu gula kedalam loyang dan cairkan gula(jgn terlalu hangus-puding akan rasa pahit)-kacau gula....panaskan gula dalam loyang. Letak je loyang atas api.

2. And then, jadilah gula hangus tadi cam gini. Ratakan gula tau....

3. Pastu kite buat adunan untuk kek pulak.....asingkan telur macam dalam gambar ni...Yang kanan sekali tu susu segar untu buat puding..Yang kiri sekali tu untuk adunan meringue..

4. Adunan untuk pudig tadi dicampur semenyer, n kacau hingga sebati tau....Lepas sebati, tapiskan adunan puding kedalam loyang gula hangus tadi...(anda akan kedengaran bunyi kaca pecah..krekk!!!)

5. Buat adunan 1(meringue) hingga jadi cam gini...meringue ini digelar hard peak. Dua cara kenal hard peak a) bila dicolek tangan akan bertanduk tetap. b) bila dlingkupkan bekas, meringue tak jatuh..

Pastikan meringue dibuat dalam bekas kering dan lap kulit telur selepas dibasuh....

6. Tinggalkan meringue sekejap, kite buat adunan 2 pula. Gunahand mixer.Putar telur kuning dan minyak hingga sebati, Kemudian campurkan air dan putar hingga sebati(berbuih tinggi). Kemudian campurkan gula 3sudu dan pukul hingga kembang cam lam gambar ni...

7. Pastu, campurkan tepung gandum+baking powder ke dalam adunan ini bit by bit..Gaul secara kaup balik..(Adunan akan turun separuh)

8.And then, masukkan meringue kedalam adunan ini ckit2...Gaul secara kaup balik..hati2..adunan bleh rosak jika terkasar.

9. Asingkan adunan kepada empat bahagian...Kemudian warnakan kepada empat warna kesukaan anda....Panaskan oven 160c selama 10minit.

10. Masukkan adunan tadi secara berselang-seli diatas adunan puding tadi...Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi.....cara susunan- 3sudu ,2sudu, 1sudu hingga habis....

11. Bakar kek guna kaedahwater bathiaitu dengan menggunakan air. Lihat gambar...Bakar selama 30 minit pada suhu 160c....Inilah rupa kek selepas masak...Tunggu kek sejuk(mengecut) dan hiris bahagian tepi kek supaya tidak melekat pada loyang....dan terlingkupkan kek....

PAVLOVA

Bahan-bahan

4 biji telur puteh3/4 cawan gula kastor(saya guna setengah cawan je)1 sudu besar tepung jagung1/2 sudu teh cuka1/2 sudu teh esen vanilla

Topping

3/4 cawan topping whipping cream (pastikan terdapat perkataan topping pada kotaknya)sedikit buah-buahan(sebaiknya yang masham2 baru ngam dengan kemanisan pavlova)

Cara- cara buatnye plak :

1- Mula-mula asing kan telur puteh dan kuning dahulu.2- Putar puteh telur guna kitchen mixer dalam 10 saat, kemudian masukkan gula kastor bit by bit.3- Tunggu hingga puteh telur bertukar jadi meringue hard peak seperti yang sy pernah ajar belum ni.(meringue bertanduk)4 - Selepas daripada itu, masukkan pula cuka dah esen vanilla. putar hingga sebata.5- Letakkan meringue tadi ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas minyak(x perlu sapu mentega mcm kek)

6 - Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 110c selama 75 minit/1jam 15 minit...

7 - Selesai sahaja bakar, jangan terus buka oven, buke sedikit sahaja pintu oven, dan biarkan pavlova anda sejuk di dalam oven. dalam 10 minit.

8- Kita pukul whipping cream sampai kembang. kemudian letakkan di atas pavlova tadi dan taburkan buah2an masham di atasnye

KEK COKLAT CHEESE MOIST PADAT

Bahan A4 Biji telur1 Cawan gula halus

Pukul bahan di atas hingga agak kembang sedikit.

Bahan B1 cawan koko Powder1 1/2 cawan tepung kek3/4 cawan minyak jagung1 cawan susu pekat manis

Ayak tepung dan koko powder dan campurkan dengan telur dan gula yang telah dipukul.Masukkan susu dan minyak serta gaul sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Bahan C250gm cream cheese100gm gula halus1 biji telur1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese dengan gula, kemudian masukkan telur dan tepung gandum pukul hingga gebu.

Kukus adunan coklat pertama selama 20 minit. Kemudian lapiskan dengan bahan C selama 20 minit juga. Kemudian lapiskan adunan coklat yang kedua hingga masak selama 30 minit.Kek ini agak lama untuk masak berbanding kek coklat Moist yang menggunakan baking Powder so bersabar in sha Allah hasilnya memuaskan.

Krim kek

250gm krimwell125gm gula castor

Pukul krimwell hingga gebu dan kembang menggunakan kelajuan yang tinggi,baru masukkan gula castor gaul sebati menggunakan spatula sahaja.

RESIPI AISING MENTEGA @BUTTER ICING

Bahan:200 gm mentega600 gm gula aisingCara:1. putar mentega hingga lembut dan berwarna putih.2. masukkan gula aising sikit2 sambil putar.3. pukul adunan hingga mendpat konsistensi yang di kehendakiSINI...ada tutorial cara menyediakan aising mentega....layan..jer mok cok gooogle

RESIPI KRIM MENTEGA @ BUTTER CREAM

BAHAN2125g mentega125g majerim100 g gula halus + 125 ml air (dibuat sirap)125ml susu cairesen vanillapewarna

CARA2

1. Buat sirap pekat dan masukkan susu cair ke dalamnya . Sejukkan2. putar mentega dan marjerim bersama sehingga kembang3. masukkan sirap sejuk sedikit demi sedikit sambil putar4. masukkan esen vanilla dan pewarna yang di kehendaki5. biarkan dlm peti sejuk sehingga hendak di gunakan.

RESIPI AISING GLACE

Bahan2

150g gula aising diayak1cb air panaspewarnaesen vanilla

Cara2

1. tuangkan air panas dlm gula aising dan kacau rata. Kemudian masukkan esen vanilla dan pewarna jika perlu.2. konsisitensi separuh cair tidak terlalu keras.3. Gunakan dengan serta merta kerana aising ini akan cepat keras (set) bila sejuk.

gambar sumbangan makcik gooogle dr sumber disini:Glace IcingStir icing sugar, butter and boiling water together in a small bowl until smooth.

RESIPI AISING COKLAT

BAHAN240gm majerim25 gm serbuk koko100g gula aising di ayak3cb susu cair

CARA1. cairkan koko bersama marjerim dan masak selama 1 minit2. alihkan dr api dan masukkan susu cair dan gula aising3. kacau sebatikredit utk abey google kerana sudi tunjukcara diSINIDANDISINI

RESIPI AISING SALJI @FROSTING ICING

BAHAN2360 g gula aising di ayak1/2 biji putih telor1ct jus lemon/limau nipis1/2 st glycerine

CARA21. pukul puteh telor hingga kembang dan naik @ bertanduk, masukkan gula aising sikit demi sikit, pukul dengan secukupnya.2. masukkan jus lemon/limau purut dan glycerine dan pukul lagi3. tuangkan atas kek rata2 dan bentukkan berupa salji atau boleh di bentukkan dengan menggunakan piping bag dan corong aising.

RESIPI AISING FONDANT

BAHAN2480g gula aising diayak1cb air sejuk1 biji puteh telor1 cb sirap glukose @ liquick glucose1/4 ct cuka tau jus limau nipis untuk mengeraskannya bg membentuk bunga

CARA2

1. cairkan sirap glukose bersama air di atas api2. masukkan sirap dlm mangkuk adunan dan masuk ke dalamnya putih telor dan cuka. Uli hingga menjadi doh dan boleh dibentukkan dengan senang. Maukkan warna yang di kehendakitutorialDISINI, TQ abey google

RESIPI AISING ROYAL

BAHAN2

100g-250g gula aising di ayak1 biji putih telorbeberapa titik jus limau nipis

CARA21. pukul putih telor dengan sebahagian gula sehingga gula menjadi licin.2. masukkan gula yang berlebihan dan kacau sehingga mendapatkan konsistensi yang di kehendaki. Maukkan juz limau

OREO CUPCAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)125 gram mentega1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)2 biji telur gred A1/2 camca teh esen vanilla5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja...(kak Noor tak ubah apa2 pun biasa lah murid baru belajar)

SOS BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus4 sb (rata) tepung gandum1 kiub ayam2 sb sos tiram2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)2 sb lada hitam ditumbuk kasar3 cawan air (atau lebih)- Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam2 sb mentega

Cara-Cara:

1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

APAM POLKADOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) 3 biji telur - dari peti sejuk gred A 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar @ susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa pewarna

Cara-cara1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja5. letakkan filling secukupnya ( nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan)6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak

RESEPI RED VELVET CUPCAKES

Bahan-bahan250g tepung kek (atau guna tepung gandum biasa campur 1st baking powder)1/2 sdt garam 15g serbuk koko @ 2 sb serbuk koko113g butter @ 1/2 cawan butter (guna 1/2 dari 1 ketul butter 250g)160g gula kastor2 biji telur -gred A1 sk esen vanila240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, kita buat sendiri1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka - untuk buttermilk2 sm perwarna merah @ 4 sm serbuk perwarna merah1 sk cuka1 sk soda bikarbonat

Cara membuat buttermilkSatukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon dgn sukatan yang sama.Boleh juga menggunakan yogurt plain.

Cara membuat kek1. Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter. 2. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.4. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2. 5. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung) 6. Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. 7. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. 8. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian.9. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese bersama bahan2 lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak2 kepekatannya dah sesuai utk disapu pada kek) Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka. 10. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.

SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan:6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji100 gram gula kastor100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum60 gram tepung jagung (maizena)50 gram air sejuk - dari peti ais1 sudu teh baking powder2 sudu besarn ovalette75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese:1 kotak cream cheese philadelphia1/2 tin susu pekat manis -Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping:1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara:1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

DONUT MUDAH

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 3 cawan tepung gandum 1 cawan air suam kuku 2 sudu besar mentega 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 3 sudu besar susu pekat manis 1 paket yis (jenama mauripan) 1 biji telur

Cara-cara Cairkan mentega dan ketepikan. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

BUN LEMBUT OSAKA

300gram tepung roti80gram tepung gandum2sudu besar water roux1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti) 1 1/2 sudu besar marjerin2 sudu besar gula1/3 sudu kecil garam2 sudu kecil yis160 ml air suam

* untuk gliss*baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama25 gram tepung gandum125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.

BUN SOSEJ BERPINTAL

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour) (maisya guna tepung gandum biasa, tambah baking powder 3/4 sudu kecil)1 1/2 sudu kecil yis kering segera1 sudu kecil garam (paras rata)1 sudu besar gula castor3 sudu besar minyak masak (maisya guna 1 sudu besar marjerin & 2 sudu besar minyak)250 ml air suam (warm)10 batang sosej ayamsedikit sayur campursedikit sos tomatosedikit mayonis

Cara membuat:

1. Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.2. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan air.3. Gaul rata hingga jadi doh.4. Tambah minyak dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.5. Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.6. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.7. Letak ditempat yg suam sehingga doh mengembang 2 kali ganda8. Bahagi doh kepada 10 bahagian.9. Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)10. Letak sosej diatasnya kemudian gulung11. Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus12. Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)13. Letakkan di atas dulang yg telah digris.14. Ulang kesemua doh hingga habis15. Biarkan doh tersebut naik sekali ganda.16. Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata. Pipekan sos tomato dan mayonis.17. Panaskan oven pd suhu 200'C, bakar selama 20 minit( suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing- maisya guna suhu 175 C )18. Sebaik sahaja dikeluarkan dari oven sapu marjerin/butter pada permukaan roti.19. **Doh roti ni maisya peram dalam peti sejuk semalaman. Macam ni cara maisya buat:20. Malam tu uli dan peram sampai naik 2 kali ganda lepas tu tumbuk-tumbuk buang anginnya dan uli sekejap. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam bekas bertutup( guna bekas besar dari doh tu sebab dia akan naik jugak walaupun letak dlam peti ais). Boleh nak letak dalam peti ais di bahagian bawah atas di bahagian sejuk beku tu(maisya selalu letak kat bahagian sejuk beku). Esoknya tu keluarkan doh, biar beberapa minit(supaya doh lembut). Kemudian tumbuk buang angin, uli sekejap dan bolehlah dibentuk ikut suka...gunakan tepung untuk tabur atas papan pencanai dan juga salut tangan sebab doh agak lembut. Dah siap tu biar sampai naik 2 kali ganda dan bakar seperti biasa.21. Cara macam ni dapat le makan roti fresh baru bakar masa breakfast tanpa perlu ambik masa utk bancuh dan uli semua tu.

ROTI JALA

Bahan-bahan:

150gm atau 1 cawan tepung gandum1biji telur.150ml air150ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan3 sudu mentega cairSecubit garamSecubit serbuk kunyit

Cara Membuat:

Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyakKiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulungdan hidangkan.

SUPER MOIST CHOCOLATE CUPCAKE

Bahan-bahan:

100g Serbuk Koko*180g Gula pasir*1 tin Susu sejat*200g Minyak Masak Sayuran*250g Susu Pekat*4 biji Telur - pukul sehingga berbuih150g Tepung Gandum1 st Soda Bikarbonat1st Baking Powder

Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.

2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.

3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE

Bahan :* kek sponge:150g tepong super fine150g gula kastor5 biji telor gred A1 sudu besar ovalette80ml air80ml minyak / mentega cair1 sudu kecil serbuk penaikpewarna merah & kuning lemonperisa strawberi & lemon

* krim :1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)2 - 3 sudu besar mentega1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)Perlahankan kelajuan dan masukkan air.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.Boleh la dihias mengikut citasara masing2.VANILLA MOIST CUPCAKE

Bahan-bahan

3/4 cawan butter (170gm) - suhu bilik3 biji telur - suhu bilik2 1/2 cawan tepung gandum)1/2 sk garam1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)3 sk vanilla 1 1/4 cawan susu segar2 1/2 sk baking powder

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 170C.

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.

Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati adunan dah siap

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Nota: Saya bakar 20-22 minit. Masa bakar adalah bergantung kepada saiz cup dan kepanasan oven masing-masing.

MARTHA STEWARTS MOIST CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan bahan:2 1/2 cawan all purpose flour1 1/4 cawan dutch process cocoa powder2 1/2 cawan sugar2 1/2 sk baking soda1 1/4 sk baking powder1 1/2 sk garam2 biji telur gred A + 1 telur kuning gred A1 1/4 cawan susu (Azie guna buttermilk)1/2 cawan + 2 sb vegetable oil1 1/4 sk vanilla extract1 1/2 cawan air panas (Azie tambah 1 sk nescafe)

Cara cara:Panaskan oven pada suhu 180C.

Ayak bersama bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam ke dalam pengisar elektrik.

Tambahkan telur, susu, minyak, vanilla dan air panas. Putar dengan menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati dalam 3 minit.

Tuang ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3. Bakar selama 20-25 minit.

Banoffee Cupcake

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat1/2 sudu teh garam(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)250g mentega di suhu bilik2 1/2 cawan gula kaster4 biji telur1 sudu teh esen vanilla1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)2 cawan pisang lenyek

Cara2:1) panaskan ketuhar 170 darjah c, alaskan dula pembakar muffin dgn kertas cupcake2) pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla3) masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.4) tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)

Topping:

Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin - rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dgn air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel)Coklat hitam yg diparut