resepi kek mudah

16
Blended Orange Cake™ kak [email protected] Adunan kek yang dikisar tak perlu mesin mixer...:) Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) 1 bji buah limau 1 cawan minyak 2 cawan gula halus 3 biji telur 2 cawan tepung gandum* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) Cara-cara 1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. 2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. 3. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Upload: pembekal-rumpai-laut-sabah

Post on 02-Dec-2015

208 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Koleksi pelbagai jenis kek yang mudah disediakan.

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Kek Mudah

Blended Orange Cake™

kak [email protected]

Adunan kek yang dikisar tak perlu mesin mixer...:)

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau

1 cawan minyak

2 cawan gula halus

3 biji telur

2 cawan tepung gandum*

1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

1.  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2

bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

2.  Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil

dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

3.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Kek Mentega Cair (Blended Butter Cake)™

Page 2: Resepi Kek Mudah

kak [email protected]

Mudah penyediaannya...boleh dijadikan kek marble atau kek pelangi... :)

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak

1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)

250 g mentega cair (guna yang berkualiti)

1 1/4 cawan susu segar - dr peti sejuk

4 biji telur

1 sk esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)

Cara-cara

1.

 Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender.Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan

adunan ini ke dalam mangkuk.

2.  Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati.

3.  Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega.

4.

 Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

5.

Kek Lapis Ekonomi™

Page 3: Resepi Kek Mudah

kak [email protected] ( loyang 9x6 inc. )

A)- 250 g susu manis

250 g mentega

B)- 6 biji telur yg besar - (disejukkan dlm peti sejuk)

1 cwn gula halus/kastor

2 cwn tepung naik sendiri

1 sk esen vanilla

1 sk ovalette

sedikit pewarna kuning (opt.)

C)- kismis/ mix fruits/ prunes/ kurma/ choc chips/ haw flakes/ rempah kek dll - utk tabur pd lapisan kek.

Cara-cara

1.  Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan. (jika menggunakan rempah kek , campurkan

kedlm bahan A sekali)

2.  Dlm mangkuk berasingan, pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula sedikit2 hingga

adunan kembang lalu masukkan ovalette dan terus pukul hingga sebati.

3. Masukkan campuran dr A tadi dan juga vanilla dan digaul rata (menggunakan senduk).

4. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil digaul perlahan hingga habis.

5.  Bakar adunan selapis2 seperti membakar kek lapis betawi dan tabur dgn apa-apa pilihan dari

C....contoh kek lapis hawflakes ekonomi...

Blended Chocolate Cake™

Page 4: Resepi Kek Mudah

kak [email protected]

Kek choc. mudah,seperti kek mentega cair tapi ada campuran koko di dalamnya... :)

Bahan-bahan ( loyang 9 inc. )

2 1/2 cawan tepung naik sendiri*

3-4 sb serbuk koko* - (*ayak bersama)

250 g mentega - dicairkan

1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkn jika guna susu choc.)

1 1/4 cawan susu segar/choc. (akak guna susu segar plain)

4 biji telur

1 sk esen vanilla

Cara-cara

1.

 Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali campuran tepung dan esen.Kisar hingga sebati dan gula

larut.

2.

 Tuang adunan yang dikisar sedikit2 ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan koko sambil dikacau perlahan2

hingga sebati.Masukkan esen dan kacau terus.

3.

 Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan digris.

4.

 Bakar pada suhu 160C selama 50 min. - 1 jam.Sejukkan kek di atas redai.

5.

 Potong kek dan hidangkan.Kek ini sesuai dijadikan kek ulang tahun setelah dihias dgn topping pilihan... :)

Page 5: Resepi Kek Mudah

Cheese cake

[email protected]

Simple cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese

200cc/ml fresh cream/plain yogurt

2 sudu besar jus lemon

3 sudu besar tepung gandum

2 biji telur

90g gula

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream

3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Page 6: Resepi Kek Mudah

Kek Pilih Kasih

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

• 10 Biji telur• 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap• 1 gelas gula halus• 450gm Butter (golden churn)• 1 gelas horlicks• 1 tin susu pekat / krimer• 5 sudu makan milo• 1 gelas bijan - di sangan dulu• 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar• 2 sudu makan browning sugar>hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1. Gula dan butter di pukul hingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata.4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata.5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati.6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam 1/2

Page 7: Resepi Kek Mudah

Kek Coklat Kukus Lembab

[email protected]

kek coklat yg moist

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

1 cawan tepung gandum

1/4 cwn serbuk koko van houten

1 sudu kecil baking powder

1 kotak susu coklat (250ml)

2 biji telur (size M)

1 cawan gula halus

1/2 cawan butter

3 sudu besar susu pekat

1/4 cawan minyak masak n esen vanila

TOPPING

3-5 sudu besar susu pekat

1/4 cawan serbuk koko van houten

2 sudu besar butter

2 sudu besar susu segar

Cara-cara

1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.

2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.

3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.

4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.

5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah

masak sejukkan.

6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh

sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la

makan....

Page 8: Resepi Kek Mudah

Cheese kek segera

[email protected]

Bahan-bahan ( sebiji kek )

Bahan A : 250 grm tepung optima /sponge mix, 4 biji telur ayam, 80 ml air ,1 sudu kecil ovalet

Bahan B : 1/2 buku philadelphia cream cheese dan 1/2 tin susu manis

Bahan C : 3 sudu besar mentega

BAHAN HIASAN: keju cheeder kraft untuk di parut.

Cara-cara

1. Panaskan 3 sudu besar mentega hingga cair,sejukkan.

2. Masukkan semua bahan A dalam satu adunan dan dipukul menggunakan speed mixer yang tinggi sehingga

adunan menjadi kembang keputihan. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan kedalam adunan dan

dipukul sehingga sebati.

3. Adunan dimasukkan ke dalam loyang berisi kertas minyak. Oven di panaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan

adunan. Bakar dengan kepanasan atas dan bawah 16o o'celsius selama 25 minit.

4. BAHAN UNTUK CREAMER MANISAN KEJU: Masukkan bahan B dalam satu adunan dan dipukul sebati dan mengikut

citarasa anda.

5. Kek yang telah masak dibahagi dua dengan pisau pemotong kek. Letakkan creamer manisan keju di atas lapisan

pertama kek,kemudian tindihkan lapisan kek kedua diatasnya...Lapisan atas dan tepi kek di salutkan cremer

manisan keju dan dihiaskan dengan keju cheeder yang diparut sebagai hiasan.

Page 9: Resepi Kek Mudah

Resepi Kuih Lapis

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

8 cawan santan kurang pekat

1 sudu kecil garam

Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :

- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.

- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).

- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.

- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai.

- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.

- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.

- siap untuk dihidang…

Tips:

1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.

2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.

3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.

Page 10: Resepi Kek Mudah

Resepi kek coklat kukus yang senang

 Bhn-bhn yg perlu dimasak atas api- 

1 cawan susu cair,

1cawan serbuk koko,

1 cawan susu pekat,

1 cawan gula ,

sedikit serbuk penaik,

1 sudu esen vanilla,

1 cwn minyak(tp yg ni masukkan last skali).

(Masak sampai semua bhn2 itu sebati yer.)

Bhn yg perlu dikisar@blender jer senang-

1 cwn tepung gandum dan 4 biji telur.

Step last-

bhn2 yg dimasak td dicampurkan dgn bhn2 yg di blend td..siap..masuk dlm loyang..kukus 

Page 11: Resepi Kek Mudah

Kek marble mudah

[email protected]

Kek paling mudah untuk dibuat, sukatan pakai cawan je, bahan2 pun memang biasanya ada kat rumah

Bahan-bahan ( 4 or mkn )

1 cawan mentega/margerin

2 biji telur

1 cawan gula

2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)

pewarna dan perasa ikut suka

Cara-cara

1. putar mentega bersama gula sampai kembang

2. kemudian masukkan telur satu persatu

3. lepas tu bolehlah masukkan tepung

4. bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.

5. Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.

6. kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm...cucuk kalau x melekat tu masak lerr

Page 12: Resepi Kek Mudah

kek coklat kukus simple

[email protected]

resepi dari kawan yang pi kursus subjek ERT di sekolah. cubalah memang best

Bahan-bahan ( 10 orang boleh makan )

2 cawan gula castor

2 cawan tepung gandum

1 cawan sebuk koko

1 cawan minyak masak/ minyak jagung

1 cawan susu cair

3 biji telur gred B

2 sudu teh soda bikabonat

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanila

1 cawan air panas

Cara-cara

1. panaskan pengukus

2. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati

3. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi

4. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit

5. kawan2 jgn putar lama2 sangat dgn mixer tu asalkan dah sebati kira ok laa

Page 13: Resepi Kek Mudah

Butter Cake

Bahan-bahan

1 1/2 cawan gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh sodium bicarp

1/2 cawan butter

1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh

1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan susu segar- mama pakai susu tepung je + air

Telur 2biji

Cara-cara

1. Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x

2. Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang

3. Masukkan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit. Hidangkan untuk makan petang

Page 14: Resepi Kek Mudah

Kek Ubi Kayu

[email protected]

Kek yg gebu & rasa yang unik - favourite seisi keluarga. Juga sambutan luarbiasa di office. Resipi dari Mesra.net

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )

1½ cawan (375g) Mentega

1½ cawan Gula Halus

5 biji Telur

1½ cawan Tepung

½ tin Susu manis

1 sudu makan Baking Powder

3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)

1 sudu makan Vanilla

Cara-cara

1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.

2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.

Page 15: Resepi Kek Mudah