refleksi tutorial 2

5
Refleksi Tutorial 2 Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak memberi perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang murid untuk menggunakan pelbagai deria dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria murid. Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia. Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu murid memahami dunia kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.

Upload: yusoff-zaki-juki

Post on 11-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Tutorial 2

Refleksi Tutorial 2

Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat

membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-

bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak

memberi perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang murid

untuk menggunakan pelbagai deria dalam pembelajaran mereka. Antara

bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia,

model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan

bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan

pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan

pelbagai deria murid.

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar

dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai

persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti

kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.

Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu murid memahami

dunia kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan

berbanding dengan bahan-bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh

menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada

pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan

ekspresi.

Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik

darjah selain di tempat bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D

memberi murid peluang untuk meneliti, membaca serta belajar daripada

bahan yang direka cipta oleh manusia. Antara bahan 3D termasuklah

reali, model, diorama, dan ciptaan tiruan yang mana bahan ini dapat

membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 2: Refleksi Tutorial 2

Walaubagaaimanapun dalam menghasilkan Diorama iaitu salah satu

contoh bahan 3D untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah terdapat beberapa masalah yang timbul seperti proses

penghasilannya yang memerlukan masa yang lama. Waktu penghasilan

model ini pada kebiasaannya adalah lama kerana, saya perlu merancang

penghasilan model tersebut dan memastikan model tersebut adalah

mengikut perancangan yang telah ditetapkan didalam huraian sukatan

pelajaran. Sebagai contoh, untuk menghasilkan model hutan bagi

menunjukkan kehidupan haiwan di hutan, ianya memerlukan masa

selama beberapa hari. Ini kerana, saya perlu merancang elemen-elemen

yang akan diletakkan,mencari bahan-bahan, dan lain-lain lagi.

Masalah atau cabaran menghasilkan model 3D yang kedua adalah,

daripada segi kos penghasilan. Model 3D bukan sahaja memerlukan masa

yang lama untuk menghasilkannya,bahkan kos untuk menghasilkannya

juga tinggi. Kos penghasilan bahan 3D adalah tinggi kerana ia bergantung

kepada elemen-elemen yang terdapat didalam model tersebut. Semakin

banyak elemen yang diperlukan dalam penghasilan, semakin meningkat

kos penghasilan model tersebut. Kos tinggi diperlukan bagi membeli

bahan-bahan seperti dawai,cat, berus, permainan haiwan dan sebagainya.

Oleh sebab yang sedemikian,ditegaskan bahawa model 3D adalah bahan

sumber pengajaran yang memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan.

Sesetengah bahan 3D yang diperlukan untuk membina model

tersebut tidak terdapat di pasaran. Masalah seperti ini sering dihadapi dan

keadaan ini menyebabkan penghasilan model 3D tersebut tidak begitu

tepat dengan perancangan yang sepatutnya.

Masalah kemahiran juga sering saya hadapi dalam menghasilkan

bahan 3D ini, saya tidak begitu pakar dalam menghasilkan bahan ini.

Kepakaran dan kemahiran diperlukan untuk menghasilkan model 3D yang

menarik dan sempurna . Model 3D yang menarik boleh mempengaruhi

minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan.

Page 3: Refleksi Tutorial 2

Model 3D seperti Diorama juga memerlukan ruang yang agak luas

untuk menyimpannya. Masalah ini adalah disebabkan kebiasaanya model

ini adalah besar, tinggi dan agak berat. Model-model yang dihasilkan perlu

disimpan ditempat yang sepatutnya untuk menggelakkannya daripada

rosak dan keadaan ini sudah pastinya memerlukan ruang dan tempat

yang sepatutnya.

Bahan 3D yang dihasilkan itu sudah pastinya dapat membantu

murid mencapai hasil pembelajaran yang sepatutnya . Saya berpendapat

sedemikian kerana bahan-bahan tersebut mampu mengembangkan

kemahiran murid dari segi mengenalpasti, memelihara, membuat

hipotisis,menganalisis dan menilai. Murid juga boleh belajar tentang masa

iaitu objek-objek yang digunakan dalam kehidupan seharian dengan

berpandukan model-model 3D tersebut. Bahan 3D juga dapat

menggalakkan murid melibatkan diri dalam pengalaman konkrit dan

mereka berpeluang untuk membiasakan diri dalam menggunakan bahab-

bahan tersebut.

Penggunaan bahan 3D ini juga dapat membantu murid dalam

mengembangkan pemahaman mereka dari segi aspek kronologi,

perubahan, tujuan dan kegunaan bahan-bahan tersebut. Bahan 3D juga

adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk dan meyerupai bahan yang

sebenar, keadaan ini boleh mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap

P&P yang dijalanan. Diorama juga adalah salah satu bahan 3D yang

menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan

asal, keadaan ini sudah pastinya lebih menarik minat murid untuk

memahami P&P yang dijalankan.

Bahan media 3D yang dihasilkan tadi juga mampu membina konsep

yang betul kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.

Pembelajaran juga akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid

dapat belajar daripada penggunaan bahan sebenar. Murid juga dapat

memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu

dengan lebih baik. Keadaan ini juga memberi lebih banyak peluang

kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain serta menimbulkan

Page 4: Refleksi Tutorial 2

semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran

melalui penyelidikan.