refleksi lawatan ke bomba dan penyelamat seremban 2

4
REFLEKSI PKE 3102:PENDIDIKAN KESELAMATAN Nor Mazitah Binti Mahussin 840110-05-5128 PPG PJM (B) Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif bagi pelajar PPG Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah semester 4. Program ini dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat. Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman tentang teori dan amalan.

Upload: nor-mazitah-mahussin

Post on 02-Jan-2016

137 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Lawatan Ke Bomba Dan Penyelamat Seremban 2

REFLEKSI PKE 3102:PENDIDIKAN KESELAMATAN

Nor Mazitah Binti Mahussin

840110-05-5128

PPG PJM (B)

Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif bagi

pelajar PPG Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah semester 4. Program ini dirancang

bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan

program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung

dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat

memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan

kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.

Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung

dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan.

Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi

tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus.

Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan

Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber

untuk memperolehi pemahaman tentang teori dan amalan.

Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan

menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program bertujuan untuk merancang dan

seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil

dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Bomba

dan Penyelamat, Seremban 2.

. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kami ialah diberikan taklimat terlebih

dahulu pada 8.00a.m hingga 9.00 a.m. oleh seorang pegawai bomba mengenai

perjalanan program di Balai Bomba dan Penyelamat. Kemudian, kami telah didedahkan

Page 2: Refleksi Lawatan Ke Bomba Dan Penyelamat Seremban 2

mengenai tugas-tugas Bomba dan menjelaskan mengenai carta organisasi Bomba.

Taklimat diberikan oleh Encik Tajuddin. Beliau merupakan Pengawai Jabatan Bomba

dan Penyelamat di , Seremban 2. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan diri dan

mengalukan kedatangan kami iaitu pelajar dari Institu Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Raja Melewar. Seterusnya ialah beliau juga menerangkan mengenai tugas

sebagai anggota Bomba. Apa yang utama sekali, kami tahu talian yang digunakan

ketika berlakunya kecemasan dengan adanya penjelasan tentang carta aliran apabila

berlakunya kecemasan.

Kemudian, aktiviti ditangguhkan kerana memberi laluan kepada waktu rehat

untuk minum pagi. Pada pukul 10.30a.m kami telah didedahkan dengan peralatan

kebombaan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami dapat mengenal jentera bomba yang

telah meletakkan barang-barang keperluan untuk menyelamat. Banyak yang telah kami

pelajari. Selain itu, apa yang menjadi pengalaman kami dalam aktiviti ini ialah mencuba

menggunakan alat semasa menghadapi asap tebal dengan berbekalkan oksigen. Kami

perlu berjalan-jalan sambil memakai alat tersebut. Kami juga dapat merasa menaiki

jentera bomba. Kami juga berpeluang mengambil gambar sepanjang melakukan aktiviti

yang dijalankan.

Pada pukul 12.30 p.m kami berehat dan bersolat zohor seketika dan makan

tengahari sekali. Selepas waktu rehat, kami telah didedahkan dengan alat pemadam

api. Bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran

dilakukan. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.

Seterusnya pada pukul 3.00p.m hingga 4.00p.m ialah detik kami belajar tentang

demo jentera berat dan cara membawa hos. Terdapat pelajar dari Institut Pendiidkan

Guru Malaysia Kampus Raja Melewar telah membuat amali hos ini.

Apa yang saya dapati adalah, pekerjaan seorang bomba adalah bukan mudah.

Mereka melakukan sesuatu yang amat berisiko bagi menyelamat nyawa seseorang.

Mereka lebih mementingkan keselamatan mangsa daripada diri mereka. Selain itu,

saya juga dapat menambahkan ilmu saya berkaitan dengan ilmu bantu mula. Dengan

Page 3: Refleksi Lawatan Ke Bomba Dan Penyelamat Seremban 2

adanya ilmu bantu mula, saya sebagai seorang guru berasa ia amat berguna jika

sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku pada anak murid saya di sekolah dan

dengan adanya ilmu ini saya mungkin dapat menyelamatkan nyawa atau

mengurangkan risiko berlaku kecederaan kepada anak didik saya.