refleksi sdp

3
REFLEKSI Syukur kepada Ilahi, saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan Seni dalam Pendidikan (SDP) ini merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan-rakan membuat satu pembentangan mengenai tajuk dalam sukatan SDP, membuat satu rancangan pengajaran harian berdasarkan subjek major saya iaitu Matematik, membuat boneka berkaitan topik pengajaran RPH, merekodkan sesi pengajaran yang melibatkan boneka dan satu persembahan “power point” mengenai cara penghasilan boneka. Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang saya sedar semasa menyiapkan tugasan SDP ini. Yang pertama, kekuatan utama tugasan ini ialah ia mendedahkan saya kepada situasi sebenar cabaran sebagai seorang guru. Saya perlu memberi penerangan atau membentangkan topik baru dihadapan rakan-rakan hampir seramai 100 orang. Jika diukur seminit sebelum giliran saya membentang, paras gemuruh saya tentu menghampiri takat didih. Bayangkan hampir 100 mata memberikan tumpuan kepada saya. Sebelum ini, saya hanya membuat pembentangan di hadapan kelas dan ianya hanya melibatkan rakan-rakan sekelas saya. Walau bagaimanapun, saya berjaya melawan rasa gemuruh dan pembentangan yang selama 10 minit saya dapat sampaikan dengan tenang dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain. Oleh itu, saya sedar tugasan seperti ini melatih meningkatkan daya keyakinan diri saya untuk berucap dikalayak ramai. Sebagai seorang guru kelak, saya tidak dapat lari dari

Upload: nur-naiemah-mohd-ibrahim

Post on 28-Oct-2015

145 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

refleksi sdp sem 4 pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sdp

REFLEKSI

Syukur kepada Ilahi, saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang

ditetapkan. Tugasan Seni dalam Pendidikan (SDP) ini merupakan tugasan

berkumpulan. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan-rakan membuat satu

pembentangan mengenai tajuk dalam sukatan SDP, membuat satu rancangan

pengajaran harian berdasarkan subjek major saya iaitu Matematik, membuat boneka

berkaitan topik pengajaran RPH, merekodkan sesi pengajaran yang melibatkan boneka

dan satu persembahan “power point” mengenai cara penghasilan boneka.

Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang saya sedar semasa menyiapkan

tugasan SDP ini. Yang pertama, kekuatan utama tugasan ini ialah ia mendedahkan

saya kepada situasi sebenar cabaran sebagai seorang guru. Saya perlu memberi

penerangan atau membentangkan topik baru dihadapan rakan-rakan hampir seramai

100 orang. Jika diukur seminit sebelum giliran saya membentang, paras gemuruh saya

tentu menghampiri takat didih. Bayangkan hampir 100 mata memberikan tumpuan

kepada saya. Sebelum ini, saya hanya membuat pembentangan di hadapan kelas dan

ianya hanya melibatkan rakan-rakan sekelas saya. Walau bagaimanapun, saya berjaya

melawan rasa gemuruh dan pembentangan yang selama 10 minit saya dapat

sampaikan dengan tenang dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain. Oleh itu, saya

sedar tugasan seperti ini melatih meningkatkan daya keyakinan diri saya untuk berucap

dikalayak ramai. Sebagai seorang guru kelak, saya tidak dapat lari dari berucap di

hadapan orang ramai kerana saya perlu berucap di hadapan perhimpunan, di hadapan

ibu bapa dan pelbagai situasi lain.

Selain itu, tugasan menyiapkan RPH menyiapkan diri saya untuk menghadapi

praktikum semasa semester hadapan dan seterusnya. RPH amat penting kerana ia

memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan bermakna. RPH

dalam SDP berbeza dari RPH yang saya buat dalam subjek lain seperti Matematik,

Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris kerana ia menekankan ketiga-tiga elemen

SDP dimasukkan dalam langkah-langkah perkembangan atau penutup dalam RPH.

Ketiga-tiga elemen SDP iaitu seni pergerakan, seni muzik, dan seni visual. Oleh itu,

Page 2: Refleksi Sdp

saya dapat memperbaiki cara penulisan RPH saya supaya lebih menarik minat pelajar

dengan menyelitkan ketiga-tiga elemen ini.

Melalui penghasilan boneka, saya dapat menunjukkan kreativiti saya. Selain itu, saya

dan rakan sekumpulan dapat membuktikan bahawa pelajar Matematik juga mempunyai

bakat kreativiti sendiri. Saya telah menghasilkan boneka senduk yang mempunyai

bentuk badan piramid kerana topik RPH kami ialah Bentuk dan Ruang. Selain itu, kami

juga meningkatkan lagi semangat bekerjasama antara kami kerana kami bersama-

sama berjaga malam membantu dari segi buah fikiran dan tenaga untuk menyiapkan

boneka masing-masing.

Di samping beberapa kekuatan yang telah saya nyatakan di atas, terdapat juga

beberapa kelemahan yang saya dapat kenalpasti daripada tugasan kali ini. Antaranya

sikap sambil lewa saya iaitu saya tidak mengendahkan tarikh tugasan yang terlewat

sebulan daripada kelas lain sedangkan saya tahu terdapat beberapa kelas yang

menghantar tugasan SDP pada 14 September 2012. Akhirnya, apabila dimaklumkan

tarikh sebenar, saya hampir tidak cukup masa mengejar tarikh akhir tugasan. Saya

mengingatkan diri saya supaya untuk tugasan lain, saya perlu lebih peka dan tidak

menangguhkan kerja sehingga ke saat-saat akhir.

Cadangan saya untuk penambah baikan tugasan SDP ini pada masa akan datang ialah

menggariskan masa pembentangan dengan tegas kerana saya dapati terdapat

beberapa kumpulan yang mengambil masa sejam setengah membentang. Oleh itu, ia

menjejaskan kumpulan lain terutamanya kumpulan di akhir-akhir kerana kesuntukan

masa.

Sebagai kesimpulan, tugasan SDP amat membantu saya dan rakan-rakan sebagai

persiapan kami menghadapi praktikum dan menjadi guru terlatih di masa hadapan.

NUR NAIEMAH BINTI MOHD IBRAHIM

900418-07-5418 / 2011301340102