refleksi program bina insan guru

Upload: hegan22

Post on 06-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU

BIG ini bermatlamat untuk melahirkan guru -guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai -nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selaras dengan itu, Bina Insan Guru pada semester ini telah dilaksanakan dan BIG pada kali ini difokuskan kepada gotong royong dan menanam pokok bunga di sekeliling blok baru IPG Kampus Pulau Pinang. Jumlah masa yang perlu dihadiri dalam BIG pada kali ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya.

Penanaman pokok dilaksanakan kepada dua sesi, iaitu sesi pada pagi yang dijalankan di depan blok baru serta sesi kedua di belakang blok baru. Kami semua berkumpul di tapak yang disediakan di depan blok baru pada pukul 8 pagi. Setelah semua orang berkumpul, Firuz dari kelas matematik menjelaskan tugasan yang kami perlu selesaikan pada pagi itu dan kami dibahgikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menanam sebatang pokok di kawasan yang disediakan di depan blok baru. Jadi, secara berkumpulan kami mengambil peralatan yang diperlukan untuk menanam dan sebatang pokok yang hendak ditanam. Pada mulanya kami bersihkan kawasan yang hendak ditanam dan seterusnya menggali tanah secara dalam supaya dapat menananm pokok tersebut. Akibat hanya satu cangkul yang diberi kepada setiap kumpulan jadi kami bertukar giliran untuk menggali. Saya merasakan susah untuk menggali menggunakan cangkul pada awalnya kerana tidak pernah menggali seperti itu namun dengan kerjasama rakan sekumpulan saya dapat membiasakan diri untuk menggunakan cangkul dan menggali tanah untuk menanam pokok. Setelah selesai menggali lubang kami pun tanam pokok dengan berjayanya dan susun batu disekeliling pokok yang ditanam supaya kelihatan cantik. Kami berehat sekejap dan meneruskan kerja untuk membersihkan semak di kawasan tersebut. Akhirnya, selesai juga kami mencantikkan kawasan tersebut pada pukul 11.30pagi. Selepas itu, kami pergi ke belakang blok baru untuk membersihkan kawasan tersebut supaya senang unntuk sesi kedua pada petang kerana terdapat banyak pokok yang perlu ditanam. Kami dapat bekerjasama dan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik. Melalui gotong-royong ini, kami telah mendapat dan mempelajari pelbagai nilai murni seperti semangat bekerjasama, tidak putus asa dan juga cintakan semulajadi dan alam sekeliling serta banyak lagi nilai-nilai murni lain.

Melihatkan kelemahan dan keburukan yang dapat dilihat sepanjang aktiviti ini adalah cuaca yang tidak memberansangkan. Semasa kami sedang melaksanakan kerja menanam pokok, hujan mula turun. Tetapi mujurkan kerana hujan tidak lebat dan kerja dapat dilaksanakan dengan senang.

Pada sesi kedua, kami berkumpul pada pukul 3 petang di belakang blok baru dan seperti pagi tadi setiap kumpulan mengambil beberapa batang pokok akibat bilangan pokok yang banyak untuk ditanam. Kami tanam sepanjang kawasan yang dibersihkan tadi. Kami bersambung tanam pokok sekeliling blok tersebut sehingga semua popok yang disediakan habis ditanam dengan sempurna. Akhirnya pada pukul 6 petang, kami berjaya habis menanam semua pokok. Kami yang seronok melaksanakan aktiviti tersebut tidak sedar bahawa masa telah tamat. Sebelum bersurai kami meronda tempat tersebut untuk memastikan semua peralatan dikembalikan kepada AJK Peralatan.

Secara keseluruhan, BIG pada kali ini adalah amat berbeza sekali tetapi memenuhi objektifnya. Saya telah menimba banyak perkara dan merasakan bahawa BIG kali ini adalah lebih baik daripada sebelumnya dan jauh sebih sempurna.

Sekian, terima kasih.