refleksi bina insan guru

4
Refleksi Bina Insan Guru (Syarifah Nursollehatun binti Syed Mohamad Kher) Alhamdulillah dengan kehendaknya dapat saya organisasi dan menjalani program Bina Insan Guru Fasa Kedua. Program ini dilaksanakan pada 27 September yang lalu. Program ini dijalankan di bilik ERT, Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini diadakan bagi menanam sikap keguruan dalam diri pguru pelatih yang akan menjadi guru suatu hari nanti. Sebelum program. Sebelum melaksanakan program ini, kumpulan kami perlu mengorganisasikan dahulu agar peralanan program ini berjalan dengan baiknya. Kumpulan kami mendapat maklumat tentang tarikh memasukkan markah untuk program ini agak lambat iaitu 2 minggu sebelum tarikh penghantaran markah. Oleh itu, kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Setelah menegtahui tentang perkara tersebut, satu mesyuarat antara ahli kelas telah diadakan, dan kami bersetuju untuk menjalankan program ini disurau Ta’dib pada 29 September 2013. Setelah memberitahu perkara tersebut kepada mentor kami, mereka telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Apabila mesyuarat kedua diadakan bersama mentor iaitu Puan Suzita, beliau menyarankan agar kami melaksanakan program tersebut di bilik ERT memandangkan kami di bawah jabatan Pendidikan Khas. Kami bersetuju dengan saranan tersebut dan mula mengagihkan tugasan. Saya telah mendapat jwatan sebagai setiausaha. Saya menerima tanggungjawab tersebut dengan rela hati memandangkan

Upload: syarifah-sollehatun

Post on 26-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

smncjfhjdkbvmd

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Bina Insan Guru

Refleksi Bina Insan Guru (Syarifah Nursollehatun binti Syed Mohamad Kher)

Alhamdulillah dengan kehendaknya dapat saya organisasi dan menjalani

program Bina Insan Guru Fasa Kedua. Program ini dilaksanakan pada 27

September yang lalu. Program ini dijalankan di bilik ERT, Jabatan Pendidikan Khas,

IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini diadakan bagi menanam sikap keguruan dalam

diri pguru pelatih yang akan menjadi guru suatu hari nanti.

Sebelum program.

Sebelum melaksanakan program ini, kumpulan kami perlu

mengorganisasikan dahulu agar peralanan program ini berjalan dengan baiknya.

Kumpulan kami mendapat maklumat tentang tarikh memasukkan markah untuk

program ini agak lambat iaitu 2 minggu sebelum tarikh penghantaran markah. Oleh

itu, kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Setelah menegtahui

tentang perkara tersebut, satu mesyuarat antara ahli kelas telah diadakan, dan kami

bersetuju untuk menjalankan program ini disurau Ta’dib pada 29 September 2013.

Setelah memberitahu perkara tersebut kepada mentor kami, mereka telah bersetuju

dengan cadangan tersebut. Apabila mesyuarat kedua diadakan bersama mentor

iaitu Puan Suzita, beliau menyarankan agar kami melaksanakan program tersebut di

bilik ERT memandangkan kami di bawah jabatan Pendidikan Khas. Kami bersetuju

dengan saranan tersebut dan mula mengagihkan tugasan. Saya telah mendapat

jwatan sebagai setiausaha. Saya menerima tanggungjawab tersebut dengan rela

hati memandangkan ianya satu pengalaman yang boleh diambil untuk digunakan

pada masa akan datang.

Memandangkan saya merupakan setiausaha program ini, saya perlu

menyediakan kertas kerja. Alhamdulillah walaupun kesuntukan masa, saya dapat

siapkan kertas kerja tersebut dengan bantuan naib pengerusi program ini iaitu Jeriah

Anak Simon.

Semasa

Semasa program ini dilangsungkan iaitu pada 27 September, terdapat

beberapa kekangan yang dihadapi, sebagai contoh rakan sekelas yang lain datang

lambat. Program ini sepatutnya bermula pada pukul 230 petang namun pada pukul 3

masih ada yang tidak hadir dan kami perlu menunggu mereka memandangkan

taklimat perlu diberikan agar semua jelas dengan peranan masing-masing. perkara

Page 2: Refleksi Bina Insan Guru

ini begitu mengecewakan kerana sebagai seorang bakal guru, ketepatan amsa

sangat penting. Hal ini juga ditegur oleh mentor kami. Saya berharap program akan

datang tiada masalah kelewatan yang terlampau berlaku.

Selain itu kekangan yang dihadapi ketika melaksanakan program ini ialah,

masalah ketika membuat label. Sepatutnya, orang yang mengambil alih

melaksanakan tugasan ini perlu menyediakan label-label tersebut lebih awal, oleh

itu, masa dapat dijimatkan dengan datang ke program tersebut dan terus menampal

label-label tersebut. Selain itu, hanya ketua label yang membuat kerja, pada hari

tersebut saya tidak Nampak orang yang dibawah biro label membantu ketua

mereka. Bagi memudahkan dan mencepatkan proses kerja, semua ahli kumpulan

perlu melaksanakan peranan masing-masing.

Namun begitu, bagi pemerhatain saya, semua guru pelatih membuat kerja

masing-masing dengan baik. Sebagai contoh apabila kerja-kerja menyusun atur

alatan telah siap dilaksanakan ajk susun atur menolong ajk-ajk kebersihan

membersihkan bilik tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Saya telah ditugaskan oleh ketua saya iaitu Huzaina Husin untuk melakukan

tugasan susun atur di stor bersama Munirah. Pada mulanya saya rasa berat hati

memandangkan saya begitu alah dengan debu tambahan pula stor tersebut tiada

pengudaraan yang baik dimana tiada tingkap untuk mengeluarkan debuan. Namun

begitu saya tetap menerima tugasan tersebut. Rakan-rakan sekerja memberi

kerjasama yang baik kepada saya apabila stor merupakan sudut yang paling awal

dikemaskan. Selepas mengemas stor tersebut, saya menolong rakan lain mencari

peralatan yang perlu ada dalam setiap unit di dalam stor.

Saya dapati program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara

pelajar kelas. Selain itu, program ini juga dapat memupuk sikap bertolak ansur dan

tolong meolong antara satu sama lain. Sebagai contoh makanan yang disediakan

pada hari tersebut tidak mencukupi, saya begitu teruja apabila ahli kelas seing

mengingatkan antara satu sama lain agar makan berpada-pada dan ingat orang

belakang. Walaupun makanan Nampak seperti tidak mencukupi namun atas sikap

bertolak ansur rakan sekelas, semua ahli dapat merasa makanan tersebut.

Akhir kata, semoga program Bina Insan Guru pada masa akan datang dapat

dilaksanakan dengan baik dengan mevariasikan aktiviti. Saya mencadangkan agar

Page 3: Refleksi Bina Insan Guru

program ini dilaksanakan di zoo Negara seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

selain itu, persiapan dan perbincangan perlu dilakukan seawall yang mungkin agar

masalah dapat dielakkan.

Sekian, terima kasih.