refleksi big sem 6

3
Nama : Salbiah Binti Rahman No K/P : 890621-13-5686 Opsyen :PISMP BAHASA MELAYU AMB JAN 2010 REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING ) PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) Fasa 5 bagi tahun 2012 pada 19 Julai 2012 yang lalu. Program BIG Penanda Arasan (Benchmark) Pengurusan dan Pentadbiran yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan ini benar-benar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas menghadiri program BIG. Fasa yang pertama iaitu sebelum ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan. Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan kerana program ini melibatkan dua kelas iaitu PISMP Bahasa Melayu dan PISMP Pemulihan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan

Upload: bieyah

Post on 10-Aug-2015

88 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penulisan Refleksi untuk portfolio

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Sem 6

Nama : Salbiah Binti Rahman

No K/P : 890621-13-5686

Opsyen :PISMP BAHASA MELAYU AMB JAN 2010

REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya

melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) Fasa 5 bagi tahun 2012 pada 19 Julai 2012 yang

lalu. Program BIG Penanda Arasan (Benchmark) Pengurusan dan Pentadbiran yang

telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan ini benar-

benar telah memberi saya banyak input dan impak yang amat berguna kepada saya

untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam

profesion perguruan.

Terdapat tiga fasa yang saya lalui dalam program ini iaitu fasa sebelum, semasa

dan selepas menghadiri program BIG.

Fasa yang pertama iaitu sebelum ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan.

Sebelum memulakan perjalanan pelbagai persediaan yang perlu dilakukan di IPG untuk

memastikan kelancaran perjalanan program. Seperti biasa mesyuarat kerap dilakukan

kerana program ini melibatkan dua kelas iaitu PISMP Bahasa Melayu dan PISMP

Pemulihan. Pembahagian tugas perlu dilakukan dan saya diamanahkan sebagai

Setiausaha Program. Sebagai Setiausaha banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Walau bagaimanapun, semuanya dapat berjalan dengan lancar dengan berkat

kerjasama dan sokongan semua pihak.

Fasa yang kedua pula ialah semasa program BIG ini berlangsung. Semasa

program penanda arasanbenchmark ini bukan sahaja telah mengajar saya tentang

pengurusan pentadbiran pendidikan. Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan telah

Page 2: Refleksi Big Sem 6

mendedahkan pelbagai unit yang masing-masing mempunyai tugas mereka. Setiap unit

memikul tanggungjawab serta komitmen yang tinggi demi perkembangan pendidikan di

Daerah Tambunan. Sehubungan dengan itu juga, pihak PPD juga membuka mata guru

pelatih tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai yang bertugas di pejabat

pelajaran yang bukan hanya duduk di pejabat tetapi perlu juga turun padang untuk

membantu sekolah-sekolah atau guru-guru yang memerlukan perkhidmatan bantu atau

bantuselia.

Fasa terakhir ialah selepas program BIG ini. Seperti fasa-fasa yang lain, refleksi

kendiri harus dibuat untuk pelaporan bagi setiap aktiviti. Bagi saya , refleksi ini adalah

penting kerana melalui refleksi saya dapat memahami apa yang telah saya pelajari

sepanjang saya menjalani program ini. Bukan itu sahaja, melalui refleksi saya dapat

menyedari kelemahan dan cuba untuk memperbaikinya.

Secara keseluruhannya, program BIG ini telah berjaya membuat saya untuk

reflek kembali kelemahan diri dan cuba mengaitkan tujuan setiap aktiviti tersebut

dengan kehidupan sebenar yang akan saya hadapi apabila keluar mengajar kelak.