refleksi big #

5
(BIG) REFLEKSI Assalammualaikum w.b.t. Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah memberi kelapangan dan sihat tubuh badan untuk menyempurnakan kerja yang telah diamanahkan kepada saya dan rakan-rakan. Kami telah diamanahkan untuk membuat satu Program Bina Insan Guru yang bertajuk Etiket Sosial Dan Protokol serta satu Program Gotong royong.Dalam Program Bina Insan Guru (BIG) siri 3 saya telah dilantik sebagai pengerusi berharap agar terus diberi kekuatan untuk melaksanakan segala program Institusi yang akan datang. Juga tidak lupa juga saya ucapkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah yang telah memberi semangat serta bimbingan kepada saya semasa program BIG itu berjalan, sehingga ke akhirnya tanpa berlaku sesuatupun perkara yang tidak diingini.Program yang dirancang adalah seperti berikut: Program BIG Siri 3 1. Aktiviti kemasyarakatan: Jenis aktiviti : Gotong royong Tarikh : 02 Disember 2010

Upload: hashim-osman

Post on 27-Jun-2015

754 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG #

(BIG)

REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t. Pertama sekali saya panjatkan rasa syukur kepada

Allah swt kerana telah memberi kelapangan dan sihat tubuh badan untuk

menyempurnakan kerja yang telah diamanahkan kepada saya dan rakan-rakan. Kami

telah diamanahkan untuk membuat satu Program Bina Insan Guru yang bertajuk Etiket

Sosial Dan Protokol serta satu Program Gotong royong.Dalam Program Bina Insan

Guru (BIG) siri 3 saya telah dilantik sebagai pengerusi berharap agar terus diberi

kekuatan untuk melaksanakan segala program Institusi yang akan datang. Juga tidak

lupa juga saya ucapkan di sini rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para

pensyarah yang telah memberi semangat serta bimbingan kepada saya semasa

program BIG itu berjalan, sehingga ke akhirnya tanpa berlaku sesuatupun perkara yang

tidak diingini.Program yang dirancang adalah seperti berikut:

Program BIG Siri 3

1. Aktiviti kemasyarakatan:

Jenis aktiviti : Gotong royong

Tarikh : 02 Disember 2010

Hari : Jumaat

Lokasi : Masjid Darul Ibadah, Padang Behor, Kangar Perlis.

2. Ceramah dan bengkel:

Tajuk : Etiket Sosial dan Protokol

Tarikh : 15 Disember 2010

Hari : Rabu

Tempat : Bilik KDP Muzik, Kampus Perlis.

Page 2: Refleksi BIG #

Program BIG ini sebenarnya telah memantapkan jati diri dan semangat

kerjasama berpasukan yang kuat dan patut diteruskan dan dikembangkan lagi. Pada

kali ini kumpulan kami PGSR Muzik kami telah memilih program Aktiviti Gotong Royong

sebagai aktiviti kemasyarakatan dan ceramah Etika Sosial dan Protokol sebagai syarat

pro-forma yang telah ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ianya telah memberi

banyak makna dan kesan yang positif terhadap sikap dan nilai murni terhadap diri

sendiri dan persekitaran.

Program aktiviti kemasyarakatan melalui gotong royong yang telah berjalan pada

3 Disember 2010 baru-baru ini sebenarnya telah memberi imput yang amat berguna

kepada saya dan kumpulan PGSR Muzik tentang nilai kemuafakatan.

Aktiviti Program Kemasyarakatan yang bermula sejak dari pukul 08:30 pagi telah

disusun dan diatur dengan rapi oleh Jawatan Kuasa program dan semua peserta

Program PGSR telah mendapat sambutan dan kerjasama dari ahli-ahli khariah di

kawasan berkenaan.Tuan Imam Masjid Darul Ibadah, Padang Behor iaitu Tuan Imam

Mohamad Sofian bin Muda telah sedari awal lagi menunggu dan telah menyambut

kedatangan kami dengan tangan dan hati yang terbuka. Kami telah diberi sedikit

penerangan berkaitan masjid tersebut dan telah berkongsi cerita berkaitan kejadian

banjir yang melanda negeri Perlis, dimana Masjid Darul Ibadah juga terlibat dalam

kejadian itu.

Selepas kejadian banjir tersebut, banyak struktur tertentu yang telah mengalami

kerosakan dan perlu membuat seliaan semula ataupun dibaik pulih. Kedatangan pelatih

Program PGSR adalah disifatkannya tepat pada masanya dan amat sesuai dengan

situasi semasa diwaktu itu. Semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam menjalankan

aktiviti telah menjayakan program ini dengan amat berkesan. Begitu juga dengan

kehadiran penduduk setempat dapat melicinkan lagi keberkesanan program yang di

jalankan. Kehadiran Mentor En. Shaifudin bin Abdul Rahim dan En. Rosli bin Ismail

telah menaikkan semangat kami untuk bergotong royong membersihkan kawasan

program. Program berakhir pada jam 5:00 petang. Tuan Imam mengucapkan ribuan

terima kasih kepada peserta program kerana telah memilih Masjid Darul Ibadah

sebagai destinasi dan disifatkannya sebagai tepat.

Page 3: Refleksi BIG #

Etiket Sosial dan Protokol

Program BIG yang berikutnya adalah program ceramah dan bengkel yang telah

dijalankan pada hari Rabu 15 Disember 2010. Program ini telah diadakan di Bilik Muzik

KDP Kampus Perlis. Dalam menjayakan program ini, ianya telah memberikan

pengalaman yang amat baik kerana saya adalah merupakan pengerusinya dan di bantu

rakan saya En.Sobri sebagai setiausaha program. Dimulakan dengan kertas kerja dan

surat-surat tertentu telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang penting kepada

saya. Tentatif program telah berjalan lancar mengikut seperti yang dirancang. Majlis

dimulakan pada jam 8:00 Malam dengan doa yang diaminkan oleh En. Aidi Helmi. En.

Naridan bin Din adalah merupakan pensyarah yang bertanggungjawab

membentangkan kertas kerja bertajuk etiket sosial dan protokol ,beliau telah memberi

ceramah dengan baik dan berkesan.

Sebagai seorang penjawat awam, saya dapati taklimat berkaitan program ini

amat penting sekali bagi diri saya dan sahabat-sahabat. Etiket sosial dan protokol yang

selama ini dianggap remah rupa-rupanya adalah begitu penting dalam membuat

sesuatu urusan yang berkaitan dengan majlis dan kesesuaian. Ceramah ini telah

banyak memberi pengetahuan kepada saya berkaitan etiket sosial dan protokol.

Ketidaksesuaian dan tindakan salah dalam etiket sosial dan protokol adalah

memperlihatkan kelemahan diri sendiri dalam sesuatu susun atur majlis, apatah lagi

melibatkan majlis yang dihadiri oleh pembesar atau orang kenamaan.

Kesimpulannya,etiket ialah peraturan-peraturan yang berkaitan dengan citarasa,

kesesuaian, adab tertib, penampilan, kesopanan dan sebagainya semasa menghadiri

sebarang majlis sama ada majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

Majlis ceramah dan bengkel berkaitan Etiket Sosial dan Protokol berakhir pada

jam 11:30 malam. Banyak imput dan pengetahuan yang teramat penting dapat diambil

dan perlu dipraktikkan . Terimah kasih tidak terhingga kepada mentor, tuan

penceramah dan semua rakan-rakan yang telah member kerjasama kepada saya

dalam menjayakan program Etiket Sosial dan Protokol pada kali ini seterusnya dalam

menjayakan kedua-dua slot program BIG pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Refleksi BIG #