refleksi edu.docx

Click here to load reader

Post on 21-Dec-2015

255 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

NAMA : NOR AZILAWATI BINTI ZABIDINO KP : 780302-08-5302KELAS : PPG SAINS 1

REFLEKSIPertamannya syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat jua saya menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3183 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini pada tarikh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa sebarang aral. Tugasan yang diamanahkan kepada saya adalah berkenaan dengan peranan guru pakar di dalam meningkatkan profesion saya sebagai seorang guru. Saya dikehendaki menulis sebuah esei bagi melengkapkan tugasan ini.Sepanjang menjalankan tugasan ini , banyak perkara yang saya pelajari dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan tugasan guru pakar , saya dan dua orang rakan telah berjumpa dengan seorang guru pakar dan menemu bual beliau berkenaan dengan tugasan EDU. Kami berada dalam daerah yang sama. Nama beliau ialah Puan Rosnita bt Ariffin. Beliau merupakan seorang guru pakar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan diiktirafkan sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahaasa dan Pustaka pada 2012. Beliau kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar. Walaupun berbeza bidang namun banyak input yang kami perolehi daripada beliau berkenaan dengan tajuk tugasan.Oleh kerana beliau sendiri merupakan seorang guru cemerlang dan pakar dalam bidang beliau, mudahlah maklumat tersebut dikonsi bersama kami. Penerangan juga jelas. Bagi menambahkan lagi input kami beliau telah meminjamkan kami sebuah buku berkaitan dengan guru cemerlang untuk kami jadikan rujukan di dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Menurut Puan Rosnita, bukannya mudah untuk mencapai taraf menjadi seorang guru pakar. Banyak perkara yang perlu dilakukan, dikorbankan dan dilalui bagi mencapai gelaran tersebut. Namun begitu beliau berasa puas apabila kepakaran yang ada pada beliau dapat dikongsikan bersama dengan guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran kepakarannya sama ada guru-guru di tempat beliau bertugas mahupun guru-guru yang berada di daerah persekitaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mempertingkatkan lagi pencapaian murid. Beliau turut berpendapat bahawa ilmu yang ada mestilah dikongsi agar ianya menjadi lebih diberkati Allah.Tugasan EDU 3183 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini telah memberikan saya satu pengalaman yang baru kepada saya kerana melalui tugasan ini saya dapat bersemuka dengan Munsyi Dewan dan boleh berbual- bual dan berkongsi idea dalam bidang pendidikan. Ia dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru pakar di dalam meningkatkan lagi martabat profesion keguruan di samping membantumeningkatkan pencapaian murid di dalam pelajaran. Insyallah segala ilmu yang saya perolehi ini akan saya manfaatkan kepada rakan rakan guru di sekolah saya dan anak- anak murid saya yang memerlukan ilmu daripada gurunya.

Kenangan bersama Guru Pakar Pn Rosnita Bt Ariffin