refleksi terbaru
Post on 13-Feb-2018
232 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/23/2019 refleksi terbaru
1/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
1
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan program yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang
mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguran (PISMP). Progran BIG pada kali ini
merupakan program fasa lima yang melibatkan ceramah bersama wakil daripada pihak PPD
Keningau yang membincangkan pengurusan pendidikan dan lawatan benchmarking ke
sekolah berprestasi tinggi yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Keningau.
Program pada kali dijalankan di Dewan Tan Sri Suffian Koroh IPG Kampus Keningau yang
melibatkan seramai 63 orang hasil gabungan PISMP GSTT Ambilan Jun 2013 SEM 4 iaitu
PISMP Bahasa Melayu Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan PISMP GSTT Sejarah selama 3 jam
dan SK. Lingga Baru Tamparuli melibatkan pelatih PISMP GSTT Bahasa Melayu Kumpulan 2
selama 7 jam.
Fokus program Bina Insan Guru pada kali ini adalah lebih kepada Pengurusan
Pendidikan. Sesi ceramah bersama pegawai PPD cemerlang iaitu Encik Agus bin Yanul untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan pendidikan selama tiga jam.
Manakala lawatan benchmarking dijalankan selama 7 jam di SK Lingga Baru, Tamparuli untuk
melihat kepimpinan dan pengurusan sekolah. Perkongsian ini merupakan satu pengalaman
untuk membentuk jati diri seorang guru yang perlu mengambil cabaran untuk melakukan
transformasi dalam pendidikan di sekolah yang lebh berkesan.
7/23/2019 refleksi terbaru
2/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
2
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program pada kali ini adalah seperti yang digariskan berikut:
1. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepimpinan dan
pelkasanaan sesuatu organisasi.
2. Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.
3. Memberi pemikiran dan motivasi kendiri terhadap perguruan.
4. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
5. Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
6. Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.
Setelah selesai program dan hasil refleksi bersama mendapati kesemua objektif pada kali ini
tercapai dengan jayanya. Ia berikutan dengan hasil yang ditunjukkan oleh semua guru pelatih.
7/23/2019 refleksi terbaru
3/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
3
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
PERKARA BUTIRAN
a) Nama Program/ Akt ivi ti BINA INSAN GURU FASA V
b) Tarikh Program/ Akt ivi ti 7 dan 17 September 2015
c) Tempat Program/
Aktivi ti
1. Dewan TSSK, IPG Kampus Keningau
(Ceramah bersama Encik Agus bin Yanul)
2. SK Lingga Baru Tamparuli Sabah
(Lawatan Benchmarking)
d) PenganjurUNIT KOKURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM PISMP GSTT BM KUMP 2 (21 Orang Pelajar)
f) Ringkasan Perjalanan Program(Rumusan mengikut tentatif keseluruhanprogram)
07 September 2015- Isnin
Pada tarikh 6 September 2015, seramai 63
orang pelatih bersedia mendengar sesi ceramah
selama tiga jam. Ceramah pada kali ini disampaikan
oleh Encik Agus Yanul bertempat di Dewan Tan Sri
Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau. Penceramah
merupakan Pegawai Cemerlang SICC+ yang
bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.
Sepanjang tempoh tiga jam mendengar
ceramah yang bertajuk Professional Seorang
Guru.Setelah sesi ceramah berlangsung kami
diberikan bengkel atau lebih dikenali sebagai Stesen
Ilmu yang meminta kami menjawab persoalan yang
menggunakan i-think map dan meminta kami
menerangkan setiap apa yang kami peroleh. Kami
selesai tepat jam 5.30 petang.
7/23/2019 refleksi terbaru
4/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
4
17 September 2015- Khamis
Pada tarikh 17 September 2015, pelatih PISMP
GSTT Bahasa Melayu seramai 21 orang telah
bergerak ke SK Lingga Baru Tamparuli. Pelepasan
telah dijalankan oleh Pn. Bawani a/p Sincaroo pada
jam 5.15 pagi.
Perjalanan ke Tamparuli memakan masa selama 4
jam dan kami tiba pada pukul 10 pagi kerana
kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kota Kinabalu.
Setelah tiba di Tamparuli, kami kemudiannya
bergerak ke SK Lingga Baru dengan menaiki bas
mini yang telah dicarter.
Apabila tiba di sana, kami disambut dengan tarian
asli suku kaum dusun yang menetap di SK Lingga
Baru Tamparuli. Setelah itu, tepat jam 11. 00 pagi,
kami kemudiannya melawat sekitar kawasan
sekolah yang memperlihatkan keunikan yang
terhadap sekolah tersebut.
Tepat jam 11.45 pagi, kami diberikan taklimat penuh
mengenai program oleh En. Juan bin Nauli selaku
Guru Besar Cemerlang. Dalam taklmat beliau ada
berkongsi mengenai kepimpinan dan pengurusan
sekolah bagi mencapai matlamat kea rah sekolah
berprestasi tinggi. Setelah sesi taklimat selesai,
berlangsung sesi soal jawab di antara pihak sekolah
dan pihak IPG.
Kemudian pada jam 12.30 tengah hari majlis
penutupan program berlangsung di Dewan Terbuka
SK Lingga Baru. Sekali lagi kami dihidangkan
dengan persembahan muzik bamboo daripada
murid sekolah. Pihak sekolah mengatakan bahawa
Persatuan Muzik sekolah ini telah sampai ke
peringkat antarabangsa iaitu di Perth Australia.
7/23/2019 refleksi terbaru
5/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
5
Selesai acara rasami penutupan kami kemudiannya
disajikan dengan hidangan makan tengahari. Tepat
jam 1.00 petang kami bergerak semula ke Pekan
Tamparuli.
g) Kos Perbelanjaan (RM) (sertakanbersama Penyata Perbelanjaan jika ada)
: Ditanggung oleh pihak IPG
h) Masalah/ kekangan yang dihadapi : Program Bina Insan Guru pada kali ini juga
mempunyai sedikit sebanyak kekurangan.
Antaranya, kekurangan yang amat ketara dapat
dilihat seperti pengurusan masa yang tidak teratur
oleh pelatih yang menyebabkan beberapa aktiviti
agak lewat dimulakan, dengan kata lain, tidak
menepati jadual yang sepatutnya. Selain itu,
terdapat juga beberapa pelatih yang tidak boleh
menerima pendapat orang lain dan interaksi dengan
ahli kumpulan kurang bagi pelatih yang tidak
mempunyai sosialisasi dengan pelatih lain.
Kurangnya kerjasama semasa aktiviti
berlangsung dalam kalangan guru pelatih. Hal ini
berikutan daripada kekangan dari segi persediaan
dan persiapan.
i) Kelebihan / Manfaat program kepada
peserta
Program Bina Insan Guru yang telah
dilaksanakan terdapat juga beberapa kekuatanantaranya, ialah dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara semua pelatih dan juga para
pensyarah sekaligus warga SK. LIngga Baru,
Tamparuli. Selain itu, dengan program ini juga dapat
mewujudkan kerjasama diantara semua pelatih
dimana mereka berkerjasama dalam kumpulan dan
dapat mewujudkan sikap yang bertanggungjawab.
Tambahan lagi, dengan program ini juga dapat
7/23/2019 refleksi terbaru
6/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
6
meningkatkan motivasi serta keyakinan diri pelatih
dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Selain itu juga, program ini juga dapat
memberi kesedaran diri tentang tugas guru yangagak mencabar dalam abad 21 kini, Guru abad 21
yang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk memikul tugas dalam merealisasikan
tranformasi pendidikan yang lebih berkesan.
Sehubungan dengan itu juga, melalui
program ini juga dapat menambahkan pengalaman
sedia ada dalam melaksanakan tugasan dan dapat
berjumpa dengan pucuk pimpinan yang telah
menjadikan sekolah lebih diiktiraf di peringkat yang
lebih tinggi. Tambahan lagi, program ini dapat
memupuk setiakawan antara semua pelatih dan
sentiasa bersedia dalam setiap masa serta kreatif
dalam merancang segala aktiviti-aktiviti yang
berkaitan.
j) Cadangan penambahbaikan programBagi penambahbaikan yang dapat
dicadangkan agar program BIG di masa akan
datang dapat dilakukan di tempat yang lebih
mencabar bagi menguji kemampuan peserta.
Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih
teratur dan tersusun supaya perjalanan program
berjalan lancar. Selain itu, pelatih perlulah
dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan aktiviti
supaya dapat bersedia lebih awal dan peraturan
disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat
mematuhinya setiap masa.
7/23/2019 refleksi terbaru
7/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
7
Disediakan oleh :
Nama : WARDAH SYAZWANI WADIAH BT. MAD SAILI
Jawatan : TIMBALAN PENGERUSI BIG FASA 5
Tarikh : 23 SEPTEMBER 2015
7/23/2019 refleksi terbaru
8/16
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
8
4.0 REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI BIG FASA IV
Nama : WARDAH SYAZWANI WADIAH BT. MAD SAILI
No.K.P : 891019-12-5324
Opsyen : PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dan kawan-
kawan telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) fasa V bagi tahun 2015. BIG fasa
ini telah kami jalankan pada 10-12 April 2015 bermula pada hari jumaat dan berakhir pada
hari ahad. BIG pada kali ini lebih focus kepada khidmat social aitu keluarga angkat, Ia banyak
memberikan saya input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian
terutamanya dalam profesion perguruan kelak yang akan berdepan dengan komuniti yang
mempunyai latar kehidupan yang berbeza-bez