refleksi prs

15
REFLEKSI KENDIRI Syukur Alhamdulillah kerana di atas keizinanNya akhirnya Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011) di Kem Rekreasi Sungai Gading, Ulu Bernam, Selangor telah berjaya dilaksanakan pada tarikh 13, 14 dan 15 Disember 2013. Kem yang memakan masa selama selama 3 hari 2 malam ini mendapat respon dan kerjasama yang sangat baik dari seluruh rakan pelajar yang mengikuti kursus ini. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang baik, melicinkan lagi perjalanan program kami ini. Banyak kenangan dan pengajaran yang diperoleh oleh saya sepanjang program ini berjalan dan membantu diri saya untuk menjadi lebih berkeyakinan pada masa akan datang sebagai seorang guru. Berikut adalah refleksi berdasarkan 3 hari 2 malam program tersebut dijalankan. 1. 13 Disember 2013 (Jumaat) Perjalanan kami ke Kem Rekreasi Sungai Gading adalah bermula jam 2.30 petang di mana kami dibawa menaiki bas menuju ke persimpangan masuk ke kem tersebut. Di sana kami telah ditunggu oleh pihak yang bertanggungjawab membawa kami ke kem. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang setengah jam berjalan lancar dan pemandu perlu berulang untuk mengambil pelajar lain. Lebih kurang pukul 4 petang, kesemua pelajar telah selamat berkumpul dan kami diberi taklimat ringkas berhubung kem ini. Kami ditunjukkan dorm sebagai penginapan dan diminta untuk solat asar berjemaah

Upload: armaada

Post on 08-Feb-2016

209 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mengenai pembimbing rakan sebaya

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi PRS

REFLEKSI KENDIRI

Syukur Alhamdulillah kerana di atas keizinanNya akhirnya Kem Kepimpinan

Pembimbing Rakan Sebaya anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011) di Kem

Rekreasi Sungai Gading, Ulu Bernam, Selangor telah berjaya dilaksanakan pada tarikh 13, 14

dan 15 Disember 2013.

Kem yang memakan masa selama selama 3 hari 2 malam ini mendapat respon dan

kerjasama yang sangat baik dari seluruh rakan pelajar yang mengikuti kursus ini. Tambahan pula

dengan keadaan cuaca yang baik, melicinkan lagi perjalanan program kami ini. Banyak

kenangan dan pengajaran yang diperoleh oleh saya sepanjang program ini berjalan dan

membantu diri saya untuk menjadi lebih berkeyakinan pada masa akan datang sebagai seorang

guru. Berikut adalah refleksi berdasarkan 3 hari 2 malam program tersebut dijalankan.

1. 13 Disember 2013 (Jumaat)

Perjalanan kami ke Kem Rekreasi Sungai Gading adalah bermula jam 2.30 petang di mana

kami dibawa menaiki bas menuju ke persimpangan masuk ke kem tersebut. Di sana kami telah

ditunggu oleh pihak yang bertanggungjawab membawa kami ke kem. Perjalanan yang memakan

masa lebih kurang setengah jam berjalan lancar dan pemandu perlu berulang untuk mengambil

pelajar lain. Lebih kurang pukul 4 petang, kesemua pelajar telah selamat berkumpul dan kami

diberi taklimat ringkas berhubung kem ini. Kami ditunjukkan dorm sebagai penginapan dan

diminta untuk solat asar berjemaah terlebih dahulu. Kami kemudiannya diarahkan berkumpul

semula untuk menjalankan aktiviti berbudi pada tanah iaitu masuk ke kebun di dalam kem

tersebut untuk bersama-sama mencari durian. Malangnya kami difahamkan oleh pihak berkenaan

bahawa musim durian kali ini kebun tersebut tidak menghasilkan banyak durian. Oleh hal yang

demikian kami hanya sekadar berjalan dan melihat-lihat keadaan kebun tersebut. Pulang sahaja

dari kebun, kami diberi makan dan dilepaskan untuk membersihkan diri serta bersiap untuk solat.

Pada waktu malamnya, selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah, kami menjalankan

aktiviti Latihan Dalam Kumpulan dan juga ice breaking. Kami dibahagikan kepada tujuh

kumpulan oleh guru pembimbing. Aktiviti pada malam tersebut berjalan secara santai tetapi

memerlukan kami untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Guru

pembimbing telah memberi kami satu masalah yang perlu diselesaikan dan kemudian

Page 2: refleksi PRS

membentangkan idea kami. Kemudian kami diminta untuk saling berdebat tentang idea masing-

masing. Aktiviti ini menuntut kami untuk berfikir dengan lebih kreatif dan rasional apabila

menghadapi sesuatu masalah yang tidak dijangka.

Selesai sahaja aktiviti ini, kami meneruskan kepada aktiviti kedua iaitu nightwalk dan

solowalk. Aktiviti ini telah diuruskan oleh pihak fasilitator dari kem rekreasi terbabit. Nasihat

dan peringatan telah diberikan kepada kami berulang kali oleh pihak fasi memandangkan kami

perlu berjalan di dalam hutan dan tidak mahu sebarang perkara tidak elok berlaku. Aktiviti ini

memerlukan kami untuk melihat dengan teliti memandangkan tiada lampu suluh yang

dibenarkan untuk digunakan, melainkan bantuan dari cahaya bulan semata-mata. Pada aktiviti

tersebut, kami perlu meredah hutan dan sungai dalam gelap secara berkumpulan terlebih dahulu.

Dingin kesejukan malam sangat terasa apabila perlu memasuki sungai tambahan pula angin pada

malam tersebut agak kuat bertiup. Selesai berjalan berkumpulan, kami diminta untuk berjalan

secara bersendirian pula untuk sampai ke pusat kumpulan kami di kem tersebut. Kedua-dua

perjalanan tersebut berjalan dengan lancar. Selesai sahaja aktiviti, kami diarahkan untuk

membersihkan diri dan berehat untuk aktiviti pada esok hari pula.

2. 14 Disember 2013 (Sabtu)

Kami dikejutkan seawal pukul 6 pagi untuk solat Subuh secara berjemaah di dewan yang

telah disediakan. Selesai solat, kami diberi tazkirah pendek oleh AJK Kerohanian yang telah

dilantik dari kalangan kami. Kami berkumpul semula pada pukul 7 pagi untuk bersarapan dan

senam robik. Aktiviti pada hari ini adalah jungle tracking dan river crossing. Perjalanan jungle

tracking mengambil masa lebih kurang sejam lebih dan berjalan dalam keadaan yang

menggembirakan. Terdapat beberapa orang pelajar yang terkena gigitan pacat, ada yang menjerit

panik dan ada juga yang boleh menghadapi situasi tersebut. Perjalanan kami kadang-kala

terpaksa dihentikan kerana terdapat halangan dari pokok-pokok hutan yang berduri dan

memerlukan para fasi untuk membuang dahan-dahan pokok tersebut, barulah kami dibenarkan

melalui jalan tersebut.

Sebaik sahaja perjalanan tamat, kami dibenarkan untuk berehat dan mandi di sungai. Lebih

kurang setengah jam mandi sungai, kami bergerak pula untuk ke bahagian sungai lain untuk

Page 3: refleksi PRS

menjalankan aktiviti river crossing. Aktiviti ini memerlukan kami melintas sungai yang dalam

menggunakan tali yang telah siap diikat oleh fasi. Kami dibekalkan dengan jaket keselamatan

ketika melakukan aktiviti tersebut. Sebelum melakukan aktiviti ini, pihak fasi telah memberi

taklimat terlebih dahulu mengenai cara-cara yang betul untuk melintas sungai tersebut. Aktiviti

ini berjalan dengan lancar dan kesemua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Selesai

sahaja aktiviti, kami dibenarkan sekali lagi untuk mandi sungai untuk segarkan diri. Lebih

kurang pukul 12.30 tengah hari, kami diarahkan untuk pulang ke dorm untuk makan,

membersihkan diri dan solat Zuhur sebelum menjalankan aktiviti seterusnya.

Aktiviti yang seterusnya iaitu tube rafting tergendala kerana hujan lebat dan air sungai agak

deras membahayakan kami semua. Pihak fasi telah mengambil keputusan untuk menukar aktiviti

iaitu survival cooking atau pun masakan rimba. Sementara menanti barang masakan tiba, kami

telah bermain satu permainan yang diberi nama “M. Daud Kilau” dan juga “Aeroplane”.

Permainan ini sangat menguji tahap kepekaan dan kerjasama dari kami. Daripada 69 orang

peserta, 3 orang peserta terbaik telah dipilih dalam permainan ini.

Setelah permainan tamat, kami telah dibekalkan dengan pinggan dan tepung gandum untuk

menyediakan roti lilit seperti yang diminta oleh pihak fasi. Buluh yang telah dipotong-potong

kecil telah diberi kepada kami untuk melilitkan tepung yang sudah diuli pada potongan buluh

tersebut. Setelah itu, tepung tersebut perlu dibakar hingga masak. Aktiviti ini memerlukan

kesabaran yang tinggi memandangkan tempat bakar yang disediakan adalah dari kayu-kayu yang

dibakar tambahan pula dengan keadaan hujan yang turun ketika itu. Walaupun mengalami

kesukaran untuk menunggu tepung tersebut hingga masak, namun kami masih mampu ketawa

kerana melihatkan keletah dan kerenah rakan-rakan dan juga pihak fasi yang mesra dengan kami.

Kumpulan 5 telah dipilih sebagai pemenang untuk aktiviti masakan rimba ini.

Kami pulang lebih kurang pukul 6.00 petang dan perlu membersihkan diri untuk solat Asar

dan perlu menunggu sehingga solat Maghrib dan Isyak memandangkan waktu yang tidak

panjang. Ketika menunggu, kami diberi tazkirah pendek dan berehat-rehat di dewan solat

tersebut sementara menunggu waktu solat seterusnya.

Seterusnya selepas solat Isyak, kami mengadakan BBQ bersama. Makanan yang disediakan

cukup dan sangat membuka selera kami, tambahan lagi perut yang sudah lapar selepas seharian

Page 4: refleksi PRS

bermain air sungai. Selesai BBQ, kami mengadakan malam kebudayaan. Pada awalnya, kami

hanya merancang untuk kumpulan lelaki dan perempuan sahaja yang melakukan persembahan,

namun begitu disebabkan aktiviti tersebut mendapat sambutan pelajar, pihak fasi juga turut

terlibat dalam melakukan aktivit persembahan. Pelajar yang mudah memberi kerjasama dan

pihak fasi yang juga turut mesra membuat aktiviti pada malam tersebut menjadi lebih meriah.

Kumpulan pelajar lelaki membuat persembahan permainan spontan di mana mereka perlu

berlawan bertanyakan soalan tanpa jawapan. Selepas kumpulan lelaki pertama kalah, mereka

yang menang berlawan dengan pihak fasi pula yang menyaksikan pihak fasi juga turut kalah.

Kemudian kumpulan perempuan membuat persembahan nyanyian yang mengundang tarikan

pelajar-pelajar lain kerana menggabungkan beberapa korus lagu popular hingga menarik rakan

lain untuk turut sama-sama menyanyi. Kemudian beberapa orang fasi mengambil bahagian

menjalankan permainan yang menguji minda pelajar. Aktiviti pada malam tersebut berjalan

dalam keadaan yang sangat meriah tambahan lagi pelajar-pelajar yang sangat-sangat

memberikan kerjasama sepenuhnya. Kami kemudiannya dilepaskan untuk tidur pada pukul 12

tengah malam.

3. 15 Disember 2013 (Ahad)

Seperti biasa, kami digerakkan seawall pukul 6 pagi untuk solat Subuh berjemaah. Kami

bersarapan lebih kurang pukul 7 pagi dan melakukan senam robik. Aktiviti pada hari ini ialah

tube rafting yang ditangguhkan pada hari semalam. Untuk melakukan aktiviti ini, kami seperti

biasa perlu meredah hutan dan anak sungai terlebih dahulu untuk sampai ke tempat yang dituju.

Kami telah diberi taklimat mengenai aktiviti ini terlebih dahulu oleh pihak fasi. Setiap pelajar

akan dibekal dengan tube dan jaket keselamatan untuk melakukan aktiviti ini. Pelajar diarahkan

untuk memakai jaket keselamatan sebelum duduk di atas tube. Kemudian pelajar dilepaskan oleh

seorang fasi pada bahagian permulaan dan terdapat beberapa fasi menunggu di tempat tamat

bersama tali yang diikat pada pokok merentasi sungai. Pelajar perlu memegan tali tersebut

selepas sampai bagi mengelakkan terlepas arus deras sungai. Aktiviti ini juga mendapat

kerjasama yang sangat baik dari kesemua pelajar. Selesai aktiviti ini, kami dibenarkan untuk

mandi sungai dan melakukan aktiviti tube rafting lagi sekali pada sesiapa pelajar yang mahu.

Page 5: refleksi PRS

Ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang ini menunjukkan bahawa aktiviti ini

sememangnya sangat menyeronokkan. Kami kemudian diarahkan pulang lebih kurang pukul 11

pagi kerana majlis penutupan akan berlangsung pada pukul 12.

Selesai membersihkan diri dan berkemas-kemas, kami berkumpul di dewan untuk majlis

penutupan bersama penasihat kursus CPR2011, Dr Syed Sofian bin Syed Salim. Pada

ucapannya, Dr Syed mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak jawatankuasa pelaksana

yang berjaya mengadakan program ini dengan jayanya. Beliau juga mengucapkan berbanyak

terima kasih kepada pelajar yang memberikan kerjasama untuk menjadikan program ini lebih

berjaya. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan buat pihak fasilitator dan pengurusan kem

yang bertungkus-lumus menjadi tenaga pengajar kami di sini lengkap bersama penginapan dan

makanan.

Majlis penutupan tamat pada jam 1.00 petang, dan sesi bergambar bersama dijalankan. Kami

dibawa pulang menaiki kenderaan yang sama oleh pihak pengurusan kem hingga sampai di

hadapan pintu utama UPSI.

PENUTUP

Program yang dijalankan dapat dikategorikan sebagai program yang berjaya mencapai

matlamat dan objektifnya. Hal ini kerana sepanjang kem ini berlangsung, kesemua pelajar

memberikan kerjasama yang sangat baik dan tidak melakukan sebarang masalah yang boleh

membawa kepada tercemarnya nama universiti. Hubungan antara kami semua juga menjadi lebih

akrab dan erat selepas berlangsungnya kem ini. Tahap disiplin dan kerjasama dalam diri turut

terbentuk melalui kem yang dijalankan ini. Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada

semua pihak sama yang yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.

Page 6: refleksi PRS

LAMPIRAN

Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berlangsung:

Wajah-wajah ceria pelajar pada malam pertama kem.

Pelajar perempuan membuat persembahan.

Page 7: refleksi PRS

Pelajar yang bertuah dapat merasa durian.

Wajah ceri apelajar menunggu waktu makan.

Page 8: refleksi PRS

Aktiviti tube rafting.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Dr Syed Sofian bin Syed Salim

Page 9: refleksi PRS

Gambar kenangan bersama pelajar dan pihak pengurusan kem

Aktiviti senamrobik di pagi hari.

Page 10: refleksi PRS

Aktiviti tube rafting

Pelajar menjalankan aktiviti tube rafting.

Page 11: refleksi PRS

Aktiviti mandi sungai.

\

Aktiviti jogging oleh pelajar berama fasilitator

Page 12: refleksi PRS

Aktiviti memasak BBQ.