refleksi 1

Click here to load reader

Post on 06-Dec-2015

361 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

REFLEKSI Bersyukur kehadirat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapatlah saya dan kawan sekelas saya menyiapkan satu lagi tugasan untuk Bina Insan Guru (BIG ) dengan jayanya. Tugasan yang saya maksudkan ini ialah Program Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Kawasan Sekolah Anda dan kami telah menganjurkan satu program iaitu Latihan Kebakaran Di Sekolah. Untuk menjayakan program ini kami telah memilih sebuah sekolah luar dari negeri Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Teruntum yang terletak di Daerah Kuantan Pahang.Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada penyarah bagi Bina Insan Guru (BIG ) iaitu Tn Haji Abdul Samad Bin Taib yang telah banyak membatu kami dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Selain daripada itu jutaan terimkasih dan penghargaan juga saya berikan kepada pihak sekolah kebangsaan Teruntum yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kami dari awal program hingga akhir program. Jutaan terimakasih juga saya berikan kepada pihak bomba daerah Kuantan kerana kerjasama yang begitu baik diberikan kepada kami serta menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh kami ini.Ucapan jutaan terimakasih ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuagan dengan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam proses menjayakan dua program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga terima kasih saya pada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan dalam saya menjayakan program yang dianjurkan ini.Latihan kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.Bagi program latihan kebakaran yang dianjurkan di sekolah ini saya dapati banyak kekuatan yang saya perolehi. Antara kekuatan yang dapat dikongsikan ialah kepentingan mengadakan latihan kebakaran ini disekolah. Ini juga adalah kerana dengn mengadakan latihan ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran yang berlaku. Kesedran ini penting kepada semua pihak kerana jika kebakaran yang sebenar berlaku murid dan juga guru-guru tidak akan merasa penik. Selain itu juga ia dapat melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran dan mampu mengamalkan langkah-langkah keselamatan bagi menyelamatkan nyawa diri sendiri dan juga orang sekeliling.Selain dari itu juga dengan mengadakan latihan kebakaran ini kita juga dapat menguji keupayaan pihak sekolah untuk berdepan sekiranya kebakaran ini betul-betul berlaku disekolah seperti contoh loceng kecemasan yang sentiasa berfungsi, alat pemadam api yang sentiasa dalam berkeadaan baik dan di selia sempurna oleh yang berwajib serta dapat mengawal keadaan murid yang ramai untuk memastikan keselamatan semua murid terjamin.Selain menguji pihak sekolah kita juga dapat melihat sejauh mana kecekapan pihak bomba melakukan kerja menyelamat dalam program yang dirancang ini. Pihak bomba yang dipanggil tidak dimaklumkan tentang program ini hanya melibatkan pegawai sahaja dan apayang saya dapati kecekapan pihak bomba ini amatlah baik kerna hanya mengambil masa selam 6 minit sahaja untuk sampai di tempat kejadian berlaku kebakaran yang dirancang ini. Program latihan kebakaran ini juga dapat memberikan pengalaman baru kepada murid-murid sekolah dimana mereka didedahkan dengan cara untuk menyelamatkan nyawa.Oleh sebab itu program yang kami anjurkan ini iaitu program latihan kebakaran ini amatlah berguna kepada kami. Sebagai seorang pendidik yang sentiasa bersama-sama dengan pelajar dan sentiasa memastikan keselamatan pelajar adalah wajar untuk kami tahu tentang langkah-langkah keselamatan ini. Dengan melakukan aktiviti ini juga banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi untuk saya aplikasikan semula di tempat saya bertugas kelak. insyakAllah. Akhir sekali jutaan terimakasih sekali lagi saya tujukan kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan program Latihan kebakaran ini. Sekian Terima kasih

Gambar AktivitiLatihan keselamatan kebakaran

Gambar aktiviti 2Taklimat keselamatan bangunan