refleksi

3
REFLEKSI Saya bersyukur kepada Tuhan dan juga ingin berterima kasih kepada Pensyarah Subjek Unit Beruniform Pengakap (WAJ3110) Dr.Abdul Latif Bin Ahmad, atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan berjaya dalam jangka masa yang begitu pendek. Selain pensyarah rakan sekelas saya juga telah membantu dan membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Bagi melaksanakan tugasan ini kami sebagai ahli Pengakap telah diberi tajuk untuk masing- masing. Seterusnya, kami diarahkan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dan perlulah membuat nota dan juga persembahan ‘Powerpoint’. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah ‘Hobi Menghasilkan Buku Skrap’. Sebaik sahaja saya mendapat tajuk ini, saya telah bersungguh- sungguh mencari buku yang berkaitan di perpustakaan IPTHO. Sewaktu saya mencari buku, saya telah mendapati bahawa terdapat banyak buku tentang Unit Beruniform Pengakap disitu. Saya juga telah berpeluang untuk membaca buku- buku tersebut secara kasar. Namun, saya tidak dapat mencari maklumat berkaitan tajuk saya. Justeru, saya telah berjumpa dengan salah seorang Pensayarah Penasihat unit Pengakap, iaitu En.Asrar bin Sidon dan telah bertanya tentang tajuk yang diberikan kepada saya. Beliau juga sanggup meluangkan masa untuk memberi penerangan yang begitu

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 14-Sep-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Saya bersyukur kepada Tuhan dan juga ingin berterima kasih kepada Pensyarah Subjek Unit Beruniform Pengakap (WAJ3110) Dr.Abdul Latif Bin Ahmad, atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan berjaya dalam jangka masa yang begitu pendek. Selain pensyarah rakan sekelas saya juga telah membantu dan membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Bagi melaksanakan tugasan ini kami sebagai ahli Pengakap telah diberi tajuk untuk masing- masing. Seterusnya, kami diarahkan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dan perlulah membuat nota dan juga persembahan Powerpoint. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah Hobi Menghasilkan Buku Skrap. Sebaik sahaja saya mendapat tajuk ini, saya telah bersungguh- sungguh mencari buku yang berkaitan di perpustakaan IPTHO. Sewaktu saya mencari buku, saya telah mendapati bahawa terdapat banyak buku tentang Unit Beruniform Pengakap disitu. Saya juga telah berpeluang untuk membaca buku- buku tersebut secara kasar. Namun, saya tidak dapat mencari maklumat berkaitan tajuk saya. Justeru, saya telah berjumpa dengan salah seorang Pensayarah Penasihat unit Pengakap, iaitu En.Asrar bin Sidon dan telah bertanya tentang tajuk yang diberikan kepada saya. Beliau juga sanggup meluangkan masa untuk memberi penerangan yang begitu jelas tentang tajuk yang diberikan kepada saya. Sebaik saja beliau menerangkan, saya telah mendapat gambaran yang begitu jelas dan saya berasa yakin diri untuk melaksanakan tugasan ini. Seterusnya, saya telah mencari maklumat melalui laman sesawang dan saya juga telah mendapat banyak maklumat. Dengan itu, saya telah membuat nota dan juga persembahan Powerpoint berkaitan tajuk saya. Sewaktu menyediakan tugasan ini, saya telah mendapat gambaran yang jelas tentang tajuk saya, iaitu hobi menghasilkan buku skrap oleh ahli pengakap. Saya telah berpeluang untuk mengenali definisi, tujuan penyediaan buku skrap, kelebihan dan kelemahan dan juga perkara yang perlu diambil kira sebelum penyediaan buku skrap. Bagi menjadikan persembahan Powerpoint saya lebih menarik, saya telah mencari video tentang cara membuat buku skrap melalui You Tube. Saya telah memuat turun video tersebut dan tela memasukkan kedalam persembahan Powerpoit saya. Seterusnya, saya juga telah menghasilkan satu contoh daripada buku skrap. Contoh tersebut adalah, maklumat tentang bunga kertas. Hal ini disebabkan, ahli pengakap biasa mengumpul maklumat tentang tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap tersebut. Sebagai kesimpulannya, tugasan ini sangat berfaedah kepada para guru pelatih. Tugasan ini telah memberi banyak faedah dan pengetahuan yang lebih luas tentang hobi pengakap untuk menghasilkan buku skrap dan juga tentang penyediaan nota dan persembahan Powerpoint yang menarik. Saya juga telah berpeluang untuk mendapat maklumat- maklumat lain tentang Unit Pengakap sewaktu mencari maklumat untuk tajuk saya. Justeru, saya memang menyokong tugasan seperti ini yang dapat meningkatkan ilmu pegetahuan dan juga yang dapat memupuk nilai- nilai keguruan. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.