borang refleksi keseluruhan

12
BORANG REFLEKSI WAJ 3114 BINA INSAN GURU ( BIG ) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG NAMA PELAJAR ZULHILMI BIN ZAINUN KAD PENGENALAN 830813 – 02 – 5313 KUMPULAN PENGAJIAN PPG KOHORT 1 SAINS KUMPULAN 2 TAJUK REFLEKSI PELAJAR FASA 1 HINGGA 6 REFLEKSI PESERTA Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di arm/BIG/2015

Upload: dzul-hellmy

Post on 11-Nov-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

BORANG REFLEKSIWAJ 3114 BINA INSAN GURU ( BIG )PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

AMBILAN JUN 2011

SEMESTER 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANGNAMA PELAJARZULHILMI BIN ZAINUN

KAD PENGENALAN830813 02 5313

KUMPULAN PENGAJIANPPG KOHORT 1 SAINS KUMPULAN 2

TAJUKREFLEKSI PELAJAR FASA 1 HINGGA 6

REFLEKSI PESERTAPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program BIG Fasa II Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris,Tanjung

Piandang,Perak.

Pada fasa yang ke 2,saya serta rakan sekelas telah memilih untuk melaksanakan Program Bina Insan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris yang terletak di Parit Buntar,Perak.Tanggal 13 April 2013,kami semua berkumpul seawal jam 8 pagi untuk memulakan aktiviti program yang telah dirancang.Untuk aktiviti yang pertama,rakan sekelas saya iaiitu Rosmawati Binti Ismail telah melaksanakan tugasnya dengan begitu cemerlang sekali di mana beliau akan menyampaikan ceramah beliau kepada guru guru Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris mengenai perlaksanaan PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ).Yang paling mengharukan ialah,dengan keadaan beliau yang tidak sihat dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda,beliau telah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan.

Untuk aktiviti yang kedua,kami telah bercadang untuk menceriakan persekitaran makmal Sains SKSMA.Oleh yang demikian,kerjasama yang jitu diantara kami amatlah diperlukan bagi menjayakan aktviti tersebut.Alhamdulillah,tugas-tugas telah diagihkan mengikut peranan masing masing.Tepat jam 2.00 petang,kami semua telah selesai menceriakan makmal SKSMA dan juga persekitarannya dengan menghasilkan mural.

Aktiviti Kemasyarakatan Menceriakan Makmal Sains SKSMA

Program BIG Fasa III Sekolah Kebangsaan Bagan Serai,Perak.

Berakhirlah sudah Program Bina Insan Guru Fasa yang ke-2.Hari berganti dengan hari,tanpa disedari,kami sekali lagi diarahkan oleh pensyarah IPGK Tuanku Bainun untuk melaksanakan Program BIG bagi fasa yang ke-3.Untuk tugasan kali ini,kami diarahkan untuk merancang satu seminar yang berkaitan dengan dunia pendidikan.Oleh itu,kami sekali lagi menggunakan kepakaran rakan sekelas Rosmawati binti Ismail untuk mengendalikan seminar tersebut.

Bagi Program BIG Fasa yang ke-3,kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Bagan Serai sebagai lokasi untuk melaksanakan tugasan.Pada 14 September 2013,warga Sekolah Kebangsaan Bagan Serai menyambut kedatangan kami dengan hati yang terbuka serta layanan yang cukup sempurna.Sekali lagi,semangat setia kawan kami diuji apabila kami telah menerima tugas masing masing dan perlu untuk melaksanakannya dengan baik demi memastikan perjalanan program yang dirancang berjalan dengan lancar.Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing,kerjasama yang dizahirkan oleh setiap rakan sekelas begitu membanggakan.Akhirnya,kami semua telah berjaya melunaskan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar PPG di IPGK Tuanku Bainun dalam melaksanakan tugasan Program Bina Insan Guru bagi Fasa yang ke 3 dengan jayanya.

Pn.Rosmawati Binti Ismail sedang menyampaikan ceramah kepada murid murid SK Bagan Serai,Perak

Program BIG Fasa IV Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara,

Pulau Pinang

Dikala rakan rakan Program Pensiswazahan Guru Kohort 1 yang lain masih leka bercuti sempena Sambutan Hari Raya Puasa,kami pelajar pelajar PPG Sains 2 Kohort 1 terpaksa mengorbankan keseronokkan kami berhari raya dengan melaksanakan Program Bina Guru bagi fasa yang ke 4.Ini kerana semasa perbincangan dibuat,kami telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan program tersebut pada 2 Ogos 2014.Lokasi yang dipilih untuk melaksanakan program kali ini adalah bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara,Pulau Pinang.

Sesuai dengan persekitaran sekolah yang masih baharu dan luas,kesempatan tersebut kami gunakan untuk membina satu Mercu Tanda Mutiara Gemilang di hadapan pintu masuk sekolah tersebut.Apa yang menarik pada tugasan kali ini,disamping kami melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah,kami juga turut meraikan rakan rakan yang lain dengan mengadakan jamuan hari raya secara kecil kecilan.Ianya bertujuan untuk memberikan suasana hari raya masih lagi terasa sungguhpun terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk melaksanakan tugasan ini.

Walaupun tugasan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi,ianya sedikit pun tidak menjadi kekangan kepada kami untuk melaksanakannya.Kutipan demi kutipan dilakukan terhadap rakan sekelas untuk menampung perbelanjaan pembeliaan alatan dan perkakasan bagi membina Mercu Tanda Mutiara Gemilang kelas kami di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara.

Berkat kesungguhan kami semua,akhirnya Mercu Tanda yang diimpikan telah dapat dibangunkan dengan tersergam indah di hadapan pintu masuk sekolah.Kami juga berharap agar,mercu tanda tersebut dapat menjadi ingatan kepada pihak SKBTM terhadap kehadiran kami ke sekolah tersebut buat selama lamanya.

Program Bina Insan Guru Fasa V Sekolah Kebangsaan Bertam Indah,Kepala

Batas,Pulau Pinang.

Lawatan bencmarking telah menjadi sinonim kepada sekolah sekolah yang ingin menjadikan tempat yang dilawati sebagai penanda aras kecemerlangan sekolah.Turut tidak terkecuali pelajar pelajar Program Pensiswazahan Guru yang ingin menimba ilmu dalam melaksnakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang kelak.Dengan memilih Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Bertam Indah,lawatan bencmarking yang dianjurkan sebagai melengkapkan tugasan Program Bina Insan Guru kali ke 5 adalah mensasarkan matlamat menjadikan sekolah masing masing selaku sekolah yang cemerlang.

Tarikh 19 November 2014 menjadi saksi kami sekelas berkumpul untuk berkongsi ilmu daripada pihak SKBI dalam melahirkan sekolah yang cemerlang di negeri masing masing.Sepanjang kami menjalankan program,terdapat banyak idea dan ilmu yang disampaikan dapat dijadikan panduan untuk kami mengaplikasikannya di sekolah kelak.Antaranya ialah,pengurusan sekolah serta program program peningkatan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk memastikan pencapaian murid sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.Keceriaan sekitar kawaan sekolah turut menarik minat kami untuk menimba ilmu di sana.Tidak dapat digambarkan kepuasan kami sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah apabila pelbagai panduan yang kami perolehi untuk dijadikan penanda aras kepada kami kelak.

Kenangan Bergambar Bersama Guru Besar SK Bertam IndahProgram Bina Insan Guru Fasa VI Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya,

Pulau Pinang

Setiap guru amat mengimpikan untuk menjadi diantara yang cemerlang.Menjadi guru yang cemerlang sememangnya bukan mudah untuk dikecapi.Pelbagai jasa dan pengorbanan yang perlu diberikan untuk mencapai ke tahap tersebut.S.etelah mengharungi beberapa fasa yang bermula dari Fasa yang ke 2,kini perlaksanaan Program Bina Insan Guru telah sampai ke kemuncak perlaksanaannya apabila program ini akan berakhir dengan fasa yang ke 6.Dengan memilih Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya sebagai lokasi perlaksanaan program,sasaran kami pelajar pelajar PPG Sains 2 IPGK Tuanku Bainun adalah guru cemerlang Sains SKSJ iaitu En.Asyrof Bin Aziz.

Ternyata kehadiran kami ke sekolah tersebut amatlah dialu-alukan oleh pihak sekolah.Apa yang memeranjatkan kami ialah,En.Asyrof Bin Aziz bukan sahaja melayan kami dengan begitu baik,malah beliau juga tidak lokek untuk berkongsi idea dan pengalaman beliau selaku guru cemerlang.Ternyata tindakan beliau amat membantu kami untuk mencapai objektif penganjuran program bina insan guru fasa ke 6 ini dengan tema lawatan bencmarking Guru Cemerlang Sains .

Selain itu,kami juga turut berkesempatan untuk melihat fail pengurusan beliau selaku guru cemerlang sains serta kaedah pengurusan makmal sains yang berkesan.Tidak terkecuali beliau turut berkongsi tips tips yang berguna kepada kami untuk menjadi guru yang cemerlang seperti beliau kelak.Oleh itu,tidak lupa untuk saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En.Asyrof bin Aziz atas perkongsian ilmu yang telah beliau berikan tanpa sebarang batasan sempadan.

Pada pendapat saya, Program Bina Insan Guru amat penting dilaksanakan oleh pelajar pelajar kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, dengan pengurusan serta perlaksanaan tugas sepanjang program ini dijalankan,ianya sangat membantu dalam memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan rakan rakan sekelas yang tidak jemu berbincang,bekerjasama sehingga selesainya Program Bina Insan Guru dari Fasa ke - II hingga Fasa ke VI.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG sepanjang pengajian jarak jauh melalui Program Pensiswazahan Guru ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian,dari saya.

Yang benar,

( ZULHILMI BIN ZAINUN )

arm/BIG/2015