refleksi keluarga angkat
TRANSCRIPT
Refleksi HARI PERTAMA
ABDUL HALIM BIN ROSELI
Program Bina Insan Guru kali ini meminta kami untuk melaksanakan aktiviti
program anak angkat. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kami tentang
asam garam dalam kerjaya sebagai guru ini. Di samping mendedahkan kami untuk
lebih mesra dan mengambil tahu dengan masyarakat sekeliling.
Pada hari pertama, kami telah disambut dengan meriah ketika menjejakkan
kaki ke SK Pulai Sebatang. Orang kampung telah mengalu-alukan ketibaan kami dan
ianya sangat menyeronokkan. Setelah bersalaman dengan orang kampung, kami
semua menuju ke dewan sekolah bagi mendengar taklimat program. Kami mendengar
taklimat dan kata aluan daripada setiausaha JKK Kampung Pulai Sebatang iaitu Puan
Faizah. Puan Faizah juga sempat memaparkan satu persembahan power point
berkaitan kampung tersebut. Hal ini supaya kami lebih mengenali serta mengetahui
serba sedikit berkaitan dengan Kampung Pulai Sebatang.
Pada waktu malam pula, aktiviti ceramah pendidikan ibu bapa diadakan pada
jam 9 malam di dewan Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang. Ceramah tersebut akan
disampaikan oleh salah seorang pensyarah IPTHO iaitu Dr. Hairudin Bin Mohd Amin.
Semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat, selepas mendengar sedikit taklimat
daripada pengurusi program iaitu Saudara Mohamad Ayub Bin Mohamad Noor
berkaitan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari kedua kami disana.
Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang
berakhlak mulia, prihatin, bersemangat juang yang tinggi, berketrampilan, bermanfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang
jitu. Antara objektif program ini adalah mendekatkan diri dengan masyarakat setempat
yang sesuai dengan profesion perguruan seterusnya dapat menguasai kemahiran
interpersonal.
Kesimpulannya, tugasan BIG ini sangat bagus untuk di laksanakan oleh guru
pelatih kerana melalui program ini, pelbagai pengalaman berguna boleh dikumpul dan
diaplikasikan ketika menjadi guru di sekolah kelak. Melalui tugas ini juga,saya sebagai
guru pelatih perlu menimba pelbagai pengalaman yang boleh dijadikan bekalan untuk
lebih berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta bersiap sedia untuk
menghadapi halangan dan cabaran yang bakal saya tempuhi sewaktu bergelar guru
suatu hari kelak. Selain daripada itu juga, melalui pengalaman ini juga,saya dapat
mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini secara
tidak langsung, dapat melahirkan idea-idea kreatif yang dapat memberansangkan
perasaan ingn tahu murid-murid sekolah. Saya amat berpuas hati dengan segala
kerjasama yang ditunjukan oleh pihak sekolah dengan pihak kami.
Refleksi HARI KEDUA
ABDUL HALIM BIN ROSELI
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang telah
saya lalui, secara tidak langsung saya dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.
Ketika melaksanakan BIG kali ini saya, salah satu slot aktiviti yang saya suka
ialah membantu penduduk kampung untuk mengecat rumah seorang penghuni
kampung tersebut. Secara tidak langsung, saya dapat menyemai semangat kesyukuran
saya kepada Tuhan kerana memberi saya kesenangan hidup serta dapat hidup dalam
keadaan yang bersederhana. Saya ditugaskan untuk mengecat rumah tersebut dengan
warna biru. Semasa melaksanakan aktiviti mengecat tersebut, saya dapat belajar
tentang cara-cara mengecat yang betul. Memang tidak dinafikan juga, sewaktu di
kampung saya, saya juga pernah mengecat rumah saudara saya. Dapat juga saya
merasakan suasana kampung walaupum kini saya berada di perantauan.
Salah satu aktiviti ialah mengadakan sukaneka di padang Sekolah Kebangsaan
Pulai Sebatang. Saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh
pendudukan kampung kerana turut hadir bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan
serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang telah kami sediakan. Antara aktivitinya
ialah pertandingan futsal, boling kelapa, isi air dalam botol, bola angina dan membawa
getah menggunakan straw. Melalui aktiviti sukaneka ini, pengalaman yang
menyeronokkan dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan. Hubungan di antara kami
bersama orang kampong menjadi semakin rapat. Saya amat berpuas hati dengan
kerjasama yang ditunjukkan oleh pendudukan kampung kerana turut hadir bagi
memeriahkan aktiviti yang dijalankan serta mengambil bahagian dengan aktiviti yang
telah kami sediakan.
Pada sebelah malam pula, pada pukul 9.00 malam, kami dalam kumpulan
masing bersiap sedia untuk melakukan persembahan kami untuk dipertontonkan
kepada penduduk kampung Pulai Sebatang. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan di
mana setiap kumpulan membuat persembahan yang berbeza seperti nyanyian,
lakonan, sketsa, tarian, puisidra dan pentomen. Pada malam tersebut, kami berasa
amat seronok kerana dapat bersama-sama memeriahkan malam terakhir kami di
kampung Pulai Sebatang bersama keluarga angkat kami
Refleksi HARI KETIGA
ABDUL HALIM BIN ROSELI
Pada hari ketiga pula, aktiviti 10,000 langkah bersama dengan penduduk
kampung dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang telah dijalankan.
Setelah hampir 45 minit berjalan kaki, akhirnya sampai ke destinasi yg pertama iaitu
Wednesday Ditch Farm iaitu sebuah ladang kuda yang diusahakan oleh jurutera yang
merupakan salah seorang penduduk kampung tersebut. Kami berkesempatan melihat
beberapa ekor kuda miliknya dan beliau juga telah menerangkan beberapa fakta
mengenai kuda kepada kami. Banyak ilmu-ilmu baru yang berkaitan dengan kuda kami
perolehi daripada pengusaha lading tersebut. Secara tidak langsung, saya berasa
berminat untuk memiliki ladang kuda seperti pengusaha tersebut.Ianya satu
pengalaman yang amat menyeronokkan.
Setelah aktiviti 10000 langkah selesai, upacara penutup telah dijalankan.
Semasa aktiviti penutupan berlaku, perasaan sedih amat dirasai kerana terpaksa
berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Di sini,saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada penduduk kampung kerana memberi kerjasama yang amat
padu kepada kami kerana telah bersama-sama membantu kami sepanjang kami
melaksanakan program BIG ini secara tidak langsung mahupun secara langsung. Tidak
lupa juga kepada ibubapa angkat saya iaitu Pn Faziah sekeluarga kerana sudi
menerima saya sebagai anak angkat serta menyediakan tempat tinggal yang amat
selesa serta menyediakan makan minum yang cukup kepada saya dan rakan
seperjuangan saya yang lain. Saya berasa amat seronok dan senang untuk berbual
dengan ibubapa angkat saya kerana mereka mudah untuk di bawa berbual di samping
saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakang keluarga saya serta
dapat menambah pengetahuan saya untuk mengetahui sejarah silam Kampung Pulai
Sebatang.