refleksi unit unit

Upload: sumui55882183

Post on 19-Jul-2015

441 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: Ng Su MuiNo. TAJUK TAJUK

No. ID : D 20102041532

2

PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSRLatar Belakang

Perbandingan

KSSR

2.

Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

1. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) selepas merdeka, Akta Pendidikan 1961 diwartakan. Ia lebih memberatkan akademik dan padat. Teknik hafalan yang diguna pakai kurang berkesan. 2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dikenalpasti oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet kerana kelemahan KLSR. Dalam KBSR, murid menguasai ilmu

pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai melalui pengalaman langsung. KBSR direka berasaskan 3 bidang, iaitu :komunikasi, manusia dan alam kelilingnya serta perkembangan diri individu. Penilaian formatif digunakan. Kesepaduan Unsur JERI menjadikan penglibatan murid KBSR aktif, pemulihan dan pengayaan diberikan. KBSR disemak semula supaya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, penekanan kepada Sains dan unsur KBKK seiring dengan ekonomi, sosial yang berubah dan selaras dengan usaha Negara maju. Konsep bersepadu-tumpuan diutamakan, penggabungjalinan menyatupadukan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai.

3. Kurikulum Kebangsaan dikaji untuk memastikan kurikulum yang holistik dan relevan bagi melahirkan modal insan seimbang. KBSR ditransformasikan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk pengukuhan dan penambahbaikan KBSR. KSSR diharapkan membekali generasi baru untuk menghadapi cabaran. 6 tunjang KSSR, iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Perkara Penting 1. Kurikulum bersepadu Penjelasan

Kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran.

2.

Kurikulum standard

Kurikulum standard sebagainya.

yang

berasaskan

kepada

standard

seperti dan

kandungan,

standard

pembelajaran

3.

Prinsip KSSR

Perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

4.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.

Tunjang KSSR

Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi; kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; dan keterampilan diri.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Dengan jelasnya tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan insan berguna.

5. Cadangan Tentang Tajuk Kandungan unit ini amat bersesuaian dibaca atau dirujuk kepada semua guru kerana melalui tajuk ini kita akan lebih memahami KSSR yang digunakan sekarang dan mengenalpasti betapa pentingnya perkembangan setiap anak murid demi masa hadapan kelak. Elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan ICT secara eksplisit dipentingkan amat mencabar seseorang guru yang tidak mahir dalam bidang berkenaan. Oleh itu, harap pihak yang berkenaan mengadakan kursus yang berkaitan bagi meningkatkan profesional guru dalam bidang tersebut demi kebaikan anak murid kita.

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: Ng Su MuiNo. TAJUK TAJUK

No. ID : D 20102041532

4

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1.

Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Tahap-tahap Dalam KBSR / KSSR

Organisasi KBSR Bidang Mata Pelajaran

Organisasi KSSR Tunjang Mata Pelajaran

Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR

2.

Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

1. Kurikulum dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk, menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. 2. Kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif.

3. Dalam KBSR, fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. 4. Fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. 5. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang, iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi tumpuan ke arah penguasaan kemahiran membaca,

menulis dan mengira, iaitu komponen kemahiran asas. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah Bidang Perkembangan Diri Individu. 6. KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Mata pelajaran pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mata pelajaran wajib meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. 7. KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap; dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Pada tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Terdapat sembilan modul di bawah Teras Asas, Tiga Modul Teras Tema. Di bawah Modul Elektif ialah modulmodul Bahasa. Pada tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran iaitu Mata pelajaran Teras dan Mata pelajaran Elektif.

Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan enam tunjang. 8. Sudut organisasinya. Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Organisasi mata pelejaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema. Organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Perkara Penting 1. Mata pelajaran teras Penjelasan

mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (SJKC) atau Bahasa Tamil (SJKT), Pendidikan Pendidikan Jasmani, Islam atau Pendidikan Moral, Pendidikan

Kesihatan dan Matematik , 2. Mata pelajaran wajib mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah rendah. Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. 3. Mata pelajaran elektif mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid di sekolah rendah. Bahasa Arab, Bahasa Cina(BCSK) dan Bahasa Tamil (BTSK) 4. Modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap. 5. Tunjang Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkaraperkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran,peruntukan masa, bahanbahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi.

5. Cadangan Tentang Tajuk

Sebagai warga pendidik sekolah rendah iaitu guru adalah harus memahami tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah melibatkan KBSR dan KSSR demi mengubahsuaikan cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid lebih memahamikan sukatan yang digunakan. Organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR harus difahami oleh guru dengan mengadakan ceramah di setiap sekolah supaya semua guru dapat mengatasi dan menandatangani masalah yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih beryakinan. Jikalau seseorang guru menghadapi masalah, rakan sebaya dalam pejabat juga dapat menghulurkan bantuan kepada guru yang memerlukan jikalau rakan sebaya iaitu guru telah memahamikanya secara terperinci.

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: Ng Su MuiNo. TAJUK TAJUK

No. ID : D 20102041532

5

MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Mata Pelajaran Sekolah RendahAsas Penentuan Mata Pelajaran

Mata Pelajaran KBSR Teras Wajib Tambahan 5 Komponen BidangKemahiran Asas Kerohanian, Nilai & Sikap Manusia dengan Persekitaran Kemahiran Hidup Kesenian dan Rekreasi

Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Tahap 2 Teras Elektif

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini Pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan kurikulum iaitu dimulakan dengan KLSR kepada KBSR dan seterusnya kepada KSSR yang menjadi topik bagi seluruh warga Malaysia.Walaupun mengalami beberapa perubahan,namun matlamatnya masih sama iaitu melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang.Mata pelajaran KBSR dan KSSR kebanyakannya adalah sama.Mata pelajarn KBSR dibahagikan ikut bidang dan komponen.Ia dikategorikan kepada tiga iaitu mata pelajaran teras,mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan manakala mata pelajaran KSSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu dan tahap satu.Tahap 1 dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modul iaitu Modul Teras Asas,Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Mata pelajaran tahap dua KSSR pula dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.Mata Pelajaran Teras diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu tunjang komunikasi,tunjang sains dan teknologi,tunjang perkembangan fizikal dan estetika,tunjang kerohanian,sikap dan nilai serta tunjang kemanusiaan.Bagi mata pelajaran elektif pula,hanya mempunyai satu tunjang iaitu tunjang komunikasi elektif.Mata pelajaran yang mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah memastikan pelajar-pelajar dapat mengalami perkembangan dan pertumbuhan secara seimbang dan harmonis yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Perkara Penting 1. Tunjang Penjelasan Merupakan satu bentuk pengklasieikasian bidang ilmu,nilai dan kemahiran.Konsep ini tertumpu kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi emosi,jasmani,intelek,rohani dan sosial. 2. Mata pelajaran teras Merupakan satu matapelajaran yang menjadi asas utama pendidikan bagi pelajar-pelajar di semua sekolah. 3. Mata pelajaran wajib Merupakan matapelajaran yang mesti dipelajari oleh semua pelajar di sekolah yang boleh membantu perkembangan yang berterusan potensi intelek,emosi,rohani dan jasmani yang ada pada pelajar-pelajar selaras dengan kehendak EPK.

4.

Mata pelajaran tambahan Mata pelajaran elektif

Merupakan tambahan kepada matapelajaran teras dan matapelajaran wajib. Merupakan matapelajaran yang dipelajari dengan mengikut pilihan pelajar.

5.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Tujuan adanya mata pelajaran pendidikan sekolah rendah mesti ada tujuannya. Mata pelajaran di sekolah rendah adalah sangat penting bagi semua sekolah kerana semua mata pelajaran yang ditetapkan demi untuk kebaikan semua rakyat terutamanya pelajar-pelajar di sekolah rendah. Ia bertujuan untuk membantu perkembangan pelajar secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan FPK. Di samping mengajar pelbagai mata pelajaran di sekolah, maka pelbagai input atau pengetahuan yang saya boleh mendapat di dalam serta membantu perkembangan saya dalam pengajaran. Contoh, saya tidak pernah mengajar matematik bagi tahap 1,tetapi apabila diarahkan hendak mengajar matematik bagi tahap 1,maka banyak pengetahuan yang saya boleh belajar dalam seperti mencuba perkara yang baru untuk mendapat pengalaman dan lama-kelamaan akan menjadi orang yang berpengalaman bukan sahaja dalam Bahasa Cina malahan juga bagi mata pelajaran yang diajar.

5. Cadangan Tentang Tajuk Kandungan unit ini amat bersesuaian dibaca atau dirujuk kepada semua guru kerana melalui tajuk ini kita akan lebih memahami tujuan kurikulum pendidikan dibina dan berubah untuk penambahbaik.Ia hanya mempunyai satu tujuan yang mengutamakan warga Negara Malaysia iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,intelek,jasmani dan harmonis serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa dengan mengikut aliran tinggi dan ini untuk memastikan keperluan kurikulum pelajar adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.Satu kurikulum baru telah diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun

2011.Kurikulum ini adalah selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insane yang lebih berkualiti yang sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih.Tujuan pelancaran KSSR bukan bermaksud menggantikan KBSR secara menyeluruh ttapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Cara pengajaran diantara KBSR dan KSSR tidak mengalami transformasi seratus peratus tetapi kurikulum KBSR akan dipertingkatkan lagi dengan melalui kurikulum KSSR.Ini akan memantapkan lagi pengajaran pembelajaran bagi guru-guru di semua sekolah.Pengajaran dan pembelajaran KSSR akan menggunakan modul bagi menggantikan buku teks.Guruguru di seluruh Malaysia sedang disedia atau dilatih untuk menyesuaikan diri dalam merancang strategi KSSR yang berkhusus dapat meningkatkan penguasaan pelajarpelajar sekolah rendah dalam bahasa Melayu dan Inggeris.Penerapan nilai patriotism dalam KSSR adalah bertepatan sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu menerapkan unsur-unsur nasionalisme di kalangan rakyat.

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: Ng Su MuiNo. TAJUK TAJUK

No. ID : D 20102041532

7

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Pengajaran dan PembelajaranBehaviourisme Sibernetik sme Kognitif sme Sebelum Semasa Selepas secara kumpulan

Konsep dan Teori Pengajaran

Konsep dan Teori Pembelajaran

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

secara kelas

Pelbagai Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

secara individu

2.

Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

Unit ini menjelaskan tentang Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah rendah.Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga fasa iaitu fasa sebelum pengajaran,fasa semasa pengajaran dan fasa selepas pengajaran.KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri supaya learning is fun berlaku yang bermaksud pengajaran guru perlu sentiasa kreatif pelajar.Kaedah guru,pemusatan dan inovatif pelaksanaan murid dan semasa menjallankan proses pembelajaran dengan pengajaran pemusatan KSSR bahan melibatkan serta strategi pemusatan aktiviti atau

berasaskan

tugasan.Strategi pengajaran dan pembelajaran pemilihan pendekatan dan perancangan kaedah bersama teknik dan penentuan objektif pelajaran adalah bergantung kepada

guru.Guru boleh menggunakan tiga mod pembelajaran iaitu pembelajaran secara kelas,pembelajaran secara kumpulan dan pembelajaran secara individu.Pemulihan KBSR membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca,mengira dan menulis sebelum meneruskan pengajarannya kepada langkah atau fasa seterusnya.Kelas pengayaan bercorak pembelajaran kendiri dan guru hanya memberi kerja tambahan dan aktiviti ini tidak termasuk dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran.Bagi kelas bercantum,pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum adalah berbeza dan guru perlu bijak memilih dan merancang strategi pengajaran.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Perkara Penting 1. Kaedah kelas Penjelasan Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. 2. Kaedah kumpulan Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. 3. Kaedah individu Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab seperti kerja individu; murid yang perlu bimbingan secara khusus dan sebagainya. 4. Pemulihan Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk muridmurid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira 5. Pengayaan Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi guru dan murid.Topik ini adalah sangat bersesuaian dengan semua guru kerana dalam tajuk ini banyak menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu saya atau dirujuk oleh saya dalam menjalankan pengajaran.Dalam tajuk ini terdapat perbandingan antara pengajaran dan pembelajaran tradisional dengan moden.Dengan melihat perbandingan antara tradisional dan moden,maka dapatlah membantu saya dalam menjadikannya garis panduan mencari mana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Di dalam unit ini juga menerangkan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran serta lebih memahami peranan guru dan cara menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Jadi unit ini amat memberi banyak pendedahan saya dalam perkembangan pengajaran.

5. Cadangan Tentang Tajuk

Kandungan unit ini amatlah bersesuaian dirujuk atau dibaca oleh semua guru kerana menerangkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang boleh membantu kita dalam p&p.Melalui unit ini,kita boleh mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan di sekolah rendah.Pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti yang saling berkait dan berlaku secara bersama dalam satu ruang masa.Konsep pengajaran diwakili oleh seorang individu yang bergelar guru,manakala pembelajaran diwakili oleh murid.Tanpa pelajar,maka tiadalah guru atau sebaliknya dan tanpa kedua-duanya,maka tiadalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan.Saya difahamkan bahawa kaedah pengajaran guru yang terbaik bukan mengajar pelajar apa yang perlu difikir sebaliknya berfikir secara kritis.Untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran,maka pengajaran guru perlulah focus kepada persoalan apa,siapa dan bila.Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian masalah yang mana mudah dipindahkan berdasarkan kandungan dan situasi yang luas.Tugas guru adalah memastikan semua pelajar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan pembelajaran pelajar.

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: Ng Su MuiNo. TAJUK TAJUK

No. ID : D 20102041532

10

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Organisasi Dan Pengurusan Bilik Darjah

Konsep Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Suasana Fizikal

Bilik Darjah Kelas Bercantum

Jenis-jenis Bilik Darjah

Suasana Psikologikal

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

1. Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru iaitu suatu tempat di mana berlakunya segala pengajaran dan pembelajaran secara formal. 2. Jenis-jenis bilik darjah, seperti bilik darjah tradisi, bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), bilik darjah elektronik dan sebagainya. 3. Pengurusan bilik darjah ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah boleh dilihat daripada dua aspek yang utama iaitu pengurusan dari segi fizikal dan pengurusan dari segi suasana psikologikal.

4. Suasana fizikal sesuatu bilik darjah adalah merujuk kepada kedudukan, saiz, pengisian perabut, dekorasi, pengudaraan dan sebagainya. Kejayaan guru menguruskan fizikal bilik darjah, bermakna guru telah berjaya membentuk disiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan ke arah kehidupan yang berkualiti. 5. Suasana psikologikal bilik darjah merupakan aspek afektif yang mempengaruhi proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Suasana psikologikal dipengaruhi oleh suasana fizikal. 6. Bilik darjah kelas bercantum biasa terdapat di sekolah kurang murid (SKM). Dalam bilik darjah kelas bercantum, kelas-kelas yang telibat biasanya disusun secara sebelah menyebelah dan terpisah antara satu sama lain walaupun dalam bilik darjah yang sama dan guru yang sama mengajar.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Perkara Penting 1. Bilik darjah Penjelasan ialah ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. 2. Motivasi ekstrinsik motivasi bersifat luaran melibatkan faktor-faktor luar yang boleh menyebabkan timbulnya motivasi dalam diri seseorang 3. Motivasi intrinsik motivasi bersifat dalaman yang melibatkan faktor-faktor peribadi seperti keperluan, minat, sifat ingin tahu dan keseronokan 4. Pengurusan bilik darjah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan dan mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Suasana bilik darjah psikologikal merupakan aspek afektif yang mempengaruhi proses

pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bilik darjah, khususnya bilik darjah di sekolah rendah. Pengurusan bilik darjah adalah sesuatu yang penting yang menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Realitinya konsep bilik darjah berkembang selaras dengan perkembangan konsep pengajaran dan pembelajaran. Bagi bilik darjah tradisi organisasinya adalah bersifat asas sahaja dan pengurusannya juga lebih kepada memenuhi keperluan untuk guru mengajar dengan kurang mengambil kira keperluan murid-murid sebagai pelajarnya. Manakala dalam bilik darjah KBSR dan KSSR, tumpuan adalah lebih kepada keperluan untuk murid-murid belajar. Murid-murid pula tidak dianggap serupa sebaliknya perlu mengambil kira kepelbagaian serta perbezaan individu. Justeru pemulihan dan pengayaan perlu dilakukan. Perkembangan pesat bidang TMK pula lebih kepada penggunaan multimedia untuk sama-sama memperoleh manfaat daripadanya. Justeru bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan TMK. Lebih-lebih lagi dalam KSSR, TMK adalah salah satu daripada EMK yang perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak dinafikan masih terdapat konsep kelas bercantum di mana sebuah bilik darjah terdiri.

5. Cadangan Tentang Tajuk Sebagai pengurus kelas, seseorang guru perlu dapat mengawal keadaan agar dapat terhindar daripada tercetusnya masalah disiplin yang membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran daripada berlaku. Oleh itu, organisasi dan pengurusan bilik darjah amat penting dan mendatangkan faedah kepada anak murid supaya dapat belajar dalam keadaan yang konduksif demi keputusan selepas belajar mencapai pada tahap maksimum.