seminar refleksi latest

18
1 1.0 Pengenalan Bagi memenuhi jam kredit bagi semester tujuh, mahasiswa dikehendaki menjalani kursus KPR3028 Latihan Mengajar di sekolah. Jam kredit yang diperuntukkan adalah sebanyak lapan jam bersamaan dengan 16 minggu persekolahan. Latihan mengajar yang telah dijalankan bermula pada 14 Julai 2014 sehingga 7 November 2014. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Perdagangan tingkatan 4 dan subjek Pendidikan Sivik tingkatan 1 dan 4. Sepanjang menjalani latihan mengajar selama 16 minggu di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, pelbagai pengalaman yang telah diperoleh. Segal pengalaman tersebut amat memberi makna kepada diri saya sebagai bakal pendidik.. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru mahupun pendidik bukanlah suatu tanggungjawab yang ringan. Hal ini kerana, tanggungjawab pendidik umumnya dan sebagai guru pendidikan Islam khususnya adalah mencorak diri pelajar menjadi hamba Allah yang berguna kepada masyarakat, berbakti pada kedua ibu bapa dan lain-lain matlamat. Dalam menyampaikan ilmu, guru amat berperanan penting supaya ilmu yang hendak disampaikan masuk pada hati para pelajar. Pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pendidik. Pendidik akan sentiasa behadapan dengan pelbagai cabaran semasa mendidik dan segala cabaran yang dihadapi perlu diatasi dengan bijak.

Upload: farah-farizat

Post on 27-Sep-2015

58 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

1.0 Pengenalan

Bagi memenuhi jam kredit bagi semester tujuh, mahasiswa dikehendaki menjalani kursus KPR3028 Latihan Mengajar di sekolah. Jam kredit yang diperuntukkan adalah sebanyak lapan jam bersamaan dengan 16 minggu persekolahan. Latihan mengajar yang telah dijalankan bermula pada 14 Julai 2014 sehingga 7 November 2014.

Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Perdagangan tingkatan 4 dan subjek Pendidikan Sivik tingkatan 1 dan 4. Sepanjang menjalani latihan mengajar selama 16 minggu di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, pelbagai pengalaman yang telah diperoleh. Segal pengalaman tersebut amat memberi makna kepada diri saya sebagai bakal pendidik.. Hakikatnya, pekerjaan sebagai guru mahupun pendidik bukanlah suatu tanggungjawab yang ringan. Hal ini kerana, tanggungjawab pendidik umumnya dan sebagai guru pendidikan Islam khususnya adalah mencorak diri pelajar menjadi hamba Allah yang berguna kepada masyarakat, berbakti pada kedua ibu bapa dan lain-lain matlamat. Dalam menyampaikan ilmu, guru amat berperanan penting supaya ilmu yang hendak disampaikan masuk pada hati para pelajar. Pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pendidik. Pendidik akan sentiasa behadapan dengan pelbagai cabaran semasa mendidik dan segala cabaran yang dihadapi perlu diatasi dengan bijak.

Selain itu, berdasarkan pengalaman yang telah dihadapi semasa latihan mengajar, pelbagai iktibar yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran sebagai bekalan apabila mengajar tetap di sekolah kelak.

Bersama-sama ini, akan diceritakan serba sedikit berkaitan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi sepanjang latihan mengajar yang lepas. Semoga perkongsian yang dikemukakan akan memberi manfaat bersama kelak demi penambahbaikan apabila berada di alam pekerjaan sebagai seorang guru dan pendidik yang sebenar kelak.

1.1 Latar belakang sekolah

Saya telah berpraktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib atau nama ringkasnya SMART, yang merupakan salah sebuah sekolah aliran kebangsaan di Teluk Intan. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, adalah sebuah sekolah yang dibina di kawasan Teluk Intan yang juga dikenali dengan nama asal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Empat. Sekolah ini terletak di Batu 4, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan dan tapak ini dibeli sewaktu Tuan Haji Yahya bin Othman memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1995 dan siap menjelang bulan November 1996. Tempoh saya berpraktikum di sekolah ini adalah selama 16 minggu iaitu bermula dari 14 Julai 2014 dan tamat pada 7 November 2014.

Gambar 1 : Pemandangan sekolah daripada pintu pagar utama.

1.2 Latar belakang kelas dan pelajar

Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar empat kelas iaitu 4 Sains, 4 Teknik, 4 Kemanusiaan 1, dan 1 Bestari. Saya diminta untuk mengajar subjek major saya iaitu perdagangan dan subjek tambahan iaitu Pendidikan Sivik. Jumlah semua pelajar yang saya mengajar ialah seramai 92 orang. Jumlah pelajar di dalam setiap kelas tidak terlalu ramai. Saya mendapat kelas hadapan dan pertengahan. Pelajar yang berada di kelas pertama dan kelas kedua tidak mempunyai masalah dari segi pemahaman isi pembelajaran. Tetapi kelas ketiga mengalami sedikit masalah dari segi pemahaman isi pembelajaran. Selain itu juga, kelas ketiga mengalami masalah dari segi pembacaan. Namun begitu, saya dapat mengajar dan membantu pelajar dalam pembelajaran. Sepanjang menjalankan latihan mengajar, saya tidak mengalami masalah yang besar dalam mengendalikan PdP di dalam kelas. Hampir kesemua pelajar saya memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh latihan mengajar.

2.0 Isu atau masalah latihan mengajar

2.1 Isu / masalah 1

ISU / MASALAH

Antara isu yang dihadapi semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas ialah ketidaksediaan guru pelatih untuk mengajar. Terdapat beberapa komen daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing mengenai isu ini. Sebagai contoh guru, kurang berani untuk mengajar dan keyakinan diri guru menurun kerana ketidaksediaan untuk mengajar.

ANALISIS ISU / MASALAH

Guru kurang persediaan sebelum masuk mengajar. Hal ini berlaku kerana kesuntukkan masa, kelalaian guru, dan sebagainya. Guru pelatih terbeban dengan kerja-kerja lain hingga menyebabkan kurang persediaan. Guru juga banyak tertumpu pada satu perkara sahaja hingga menyebabkan guru kurang bersedia ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru kurang bijak dalam meguruskan masa. Hal ini menyebabkan, guru tidak dapat membuat persediaan yang baik sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajara (PdP).

CADANGAN

Guru diminta untuk lebih banyak membuat persediaan sebelum mengajar. Guru juga

disarankan untuk banyak membuat ulang kaji agar lebih bersedia apabila berhadapan

dengan pelajar. Guru juga dinasihatkan supaya meningkatkan keyakinan diri dan tidak terlalu kelihatan gemuruh semasa menjalankan PdP di dalam kelas. Guru juga perlu bijak dalam menguruskan masa agar guru lebih bersedia dan berkeyakinan dalam melaksanakan PdP di dalam kelas. Selain itu, guru juga dinasihatkan agar memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar agar ketidaksediaan guru dapat ditampung oleh aktiviti.

TINDAKAN SUSULAN

Sebelum guru masuk mengajar, guru perlu membuat ulang kaji mengenai tajuk yang akan diajar. Selain itu juga, guru perlu bersedia dari semua segi seperti bahan bantu mengajar (bbm), isi pengajaran dan sebagainya. Guru juga perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang membuat penerangan dengan baik. Guru perlu bijak dalam menguruskan masa. Hal ini kerana, guru dapat membahagikan masa untuk membuat persediaan mengajar. Guru juga boleh meminta pelajar untuk mengulang kaji terlebih dahulu, agar guru lebih mudah untuk menyampaika PdP serta pelajar juga akan lebih cepat untuk memahami sesuatu topik.

2.2 Isu / masalah 2

ISU / MASALAH

Penguasaan isi pembelajaran juga menjadi salah satu isu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru kurang menguasai isi pembelajaran dan menyebabkn guru hilang fokus sesama sesi pengajaran. Sebagai contoh guru lebih banyak melihat dan membaca daripada buku semasa menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar.

ANALISIS ISU / MASALAH

Masalah ini berlaku kerana guru kurang mengulang kaji tajuk yang bakal diajar. Guru

terlalu terikat dengan buku teks. Hal ini menyebabkan guru terbatas dalam memberi penerangan kepada pelajar.

CADANGAN

Guru diminta untuk lebih banyak membaca dan membawa bahan tambahan sepeti buku rujukan, majalah dan sebagainya. Guru juga disarankan supaya membuat ulang kaji dan nota ringkas bagi tajuk yang bakal diajar.

TINDAKAN SUSULAN

Guru akan memperbanyak rujukan dan bbm. Selain itu, penguasaan guru terhadap isi

pelajaran dapat dikuatkan apabila guru menulis, membaca dan mengulang apa yang ditulis semasa menyediakan bahan bantu mengajar (BBM). Guru boleh menulis isi penting di papan putih, nota kecil dan peta minda.

2.3 Isu / masalah 3

ISU / MASALAH

Guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) semasa mengedalikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru lebih banyak menggunakan pendekatan audio berbanding visual, kinestetik dan digital. Guru lebih banyak merujuk buku teks dan kurang menggunkan bahan bantu mengajar yang maksimum

ANALISIS ISU / MASALAH

Bahan bantu mengajar guru terhad kepada papan putih, kertas mahjong dan gambar-gambar yang dicetak. Pelajar tidak dapat diransang melalui pembentangan menggunakan komputer dan projektor. Cara pembelajaran menjadi terhad dan lebih bersifat tradisional. Hal ini menyebabkan guru lebih banyak mengguna pendekatan audio berbanding visual, kinestetik dan digital.

CADANGAN

Guru disarankan untuk menggunakan banyak bahan bantu mengajar semasa mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru juga perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar agar lebih menarik. Guru disarankan mengajar menggunakan alat digital seperti komputer.

TINDAKAN SUSULAN

Guru perlu mempelbagaikan strategi pembelajaran dan tidak hanya tertumpu menggunakan cara pembelajaran bersifat tradisional. Guru perlu mengubahkan cara pembelajaran agar lebih menarik dan dapat membantu pelajar dalam memahami isi pembelajaran. Guru juga perlu menyesuaikan bbm dengan tajuk yang dipelajari. Pelbagai jenis bbm yang boleh digunakan seperti dam ular, peta minta, peta i-think dan sebagainya. Selain iu juga, guru juga perlu menggunakan alat digital. Dengan penggunaan alat digital seperti sliad power point, video dan sebagainya guru lebih mudah untuk menyampaikan PdP.

2.4 Isu / masalah 4

ISU / MASALAH

Guru banyak menggunakan pendekatan berpusatkan guru berbanding pendekatan berpusatkan guru dan murid. Guru lebih memberi penerangan dan bercakap. Pelajar kurang diberikan peluang dan ruang untuk melontarkan idea dan pendapat. Sebagai contoh, guru memberi penerangan mengenai sesuatu pembelajaran tanpa bertanya kepada pelajar.

ANALISIS ISU / MASALAH

Guru kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan pelajar. Guru banyak menggunakan pendekatan berpusatkan guru kerana ingin menghilangkan rasa gementar. Guru takut sekiranya hilang peranannya sebagai seorang guru.

CADANGAN

Pensyarah menasihati agar guru kurang mengunakan pendekatan berpusatkan guru. Guru juga diminta untuk lebih menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Guru juga perlu memberi banyak ruang kepada pelajar untuk berkomunikasi di dalam kelas.

TINDAKAN SUSULAN

Guru perlu bijak merancang strategi di dalam kelas. Guru juga perlu menggunakan

pendekatan berpusatkan pelajar. Guru hanya perlu menerangkan secara ringkas dan isi

penting kepada pelajar. Guru perlu lebih banyak bertanya kepada pelajar. Guru menggunakan interaksi dua hala. Guru merangsang setiap pelajar di dalam kelas untuk berinteraksi.

2.5 Isu / masalah 5

ISU / MASALAH

Guru turut mengalami masalah dalam mengawal kelas. Guru tidak mengawal kelas dengan sebaiknya. Hal ini kerana, di dalam kelas terdapat beberapa pelajar yang kurang mendengar arahan guru. Hal ini menyebabkan kelas tidak dapat dikawal dengan sebaiknya. Sebagai contoh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), ada beberapa pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru tidak dapat mengawal kelas dengan sebaiknya

ANALISIS ISU / MASALAH

Hal ini berlaku kerana, di dalam kelas terdapat beberapa pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Selain itu, mereka juga kurang memberi kerjasama dan kurang mendengar arahan guru semasa sesi PdP berjalan.

CADANGAN

Guru disarankan supaya lebih tegas semasa sesi PdP berjalan. Guru juga perlu memperbanyakan aktiviti-aktiviti yang menarik. Selain itu, set induksi perlulah unik dan boleh menarik pelajar untuk memberi tumpuan kepada guru.

TINDAKAN SUSULAN

Guru perlu bijak dalam menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas terutamanya pelajar yang kurang berminat dan kurang memberi kerjasama. Set induksi guru perlu unik dan berjaya menarik tumpuan pelajar. Guru juga perlu berhikmah dalam menangani pelajar yang bermasalah. Guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar yang kurang berminat untuk belajar.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, segala pengalaman baru yang diperoleh merupakan salah satu ilmu yang tidak saya perolehi semasa belajar di UPSI. Praktikal merupakan sebahagian daripada kehidupan sebenar berada dalam bidang pendidikan yang mana memerlukan disiplin, kawalan, professional, kebijaksanaan, strategi, kreativiti, berdikari dan lain-lain nilai yang perlu ada pada seorang guru. Segala pengalaman yang diperoleh semasa berpraktikal sedikit sebanyak telah member gambaran kepada saya berkaitan dunia pendidikan dan kehidupan sebenar bidang pendidikan di sekolah.

Kalau sebelum ini hanya mempelajari teori tapi waktu berpraktikal merupakan tempat untuk mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dengan mempraktikkannya di sekolah. Praktikum merupakan bidang sebenar bagi membuktikan ilmu, disiplin, berdikari dan kemahiran yang diperoleh semasa belajar hampir 3 tahun di universiti. Pada waktu praktikum jugalah guru pelatih didedahkan dan terlibat dengan masyarakat umum yang mempunyai pelbagai pandangan, ragam, pengalaman yang tidak sama dengan guru pelatih. Pada waktu tersebut jugalah dapat dilihat bagaimana personaliti sebenar seorang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur atau sebaliknya.

Semasa praktikal merupakan masa yang sesuai untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman, pembelajaran, dan pelbagai jenis ilmu. Segala tunjuk ajar, teguran, nasihat oleh pensyarah penyelia mahupun semua warga sekolah perlulah dijadikan pedoman dan batu loncatan untuk menjadi guru yang berdedikasi suatu hari kelak.4.0 Rujukan

Zaidatol Akmaliah Dan Habibah Ellias (1990) Strategi Pengajaran Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan KBSM. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd

Zaidatol Akmaliah Dan Habibah Ellias (2000) Pengajaran-Pembelajaran Perdagangan, Keusahawanan dan Ekonomi Asas. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Carol Dalglish And Peter Evans (2008) Teaching In The Global Business Classroom. United Kingdom : Edward Elgar Publishing Limited

5.0 Lampiran