refelksi big

8
Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam Program Khidmat Sosial ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi masyarakat di SK Mantob dan penduduk di REFLEK SI

Upload: gabriella-william

Post on 21-Dec-2015

6 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Refelksi Big

Sepanjang program Bina Insan Guru ini

dilaksanakan, saya dapati terdapat

beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor

kekuatan dalam Program Khidmat Sosial ini. Pertama, dari awal proses

pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian

tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga

pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa

bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-

membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan

dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk

mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami

sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman

sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli

kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan

program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas

menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat

menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran

dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi

masyarakat di SK Mantob dan penduduk di sekitarnya. Ini kerana sikap

mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan

aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain

itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang

penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan

untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan

program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong

REFLEKSI

Page 2: Refelksi Big

yang sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut

rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan Guru di tempat

tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang

kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan

objektif yang direka tercapai. Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat.

Sepanjang tiga hari, dua malam kami berada disana masa kami bersama

adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat berjumpa dengan

mereka selepas mereka pulang dari sekolah sahaja. Kebanyakan masa

kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang lain.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi

masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada

pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru

siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu dengan hari

persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan

pada waktu cuti sekolah. Sekaligus, perjalanan program yang telah

dirancang berjalan dengan lancar.

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang

dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai

perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa

sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang

dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman

orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat

pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup

bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama

masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain

kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak.

Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah

berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang.

Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba

Page 3: Refelksi Big

mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-

kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang

guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan

masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam

masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah

menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada

generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi

kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan

pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang

terdapat pada seseorang guru.

Program Bina Insan Guru perkhemahan dan aktiviti kemasyarakatan

telah memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya dalam

membina diri ke arah yang positif. Saya dapat menilai diri sendiri akan

kelebihan dan kekurangan yang dimiliki melalui aktiviti yang telah

dijalankan. Antara aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang

mendalam dalam diri saya ialah melalui aktiviti kembara sosial dfan

khidmat masyarakat. Kesemua kesan tersebut dapat membentuk diri saya

ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek jasmani,

emosi, rohani, sosial dan intelek.

Aktiviti keluarga angkat pula adalah berkaitan dengan kemahiran

komunikasi. Aktiviti ini telah mendedahkan kami kepada kepentingan

untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam hubungan sosial. Kemahiran

berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui

komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah.

Komunikasi yang baik akan menyebabkan kita disukai oleh ahli kumpulan

yang lain. Saya sedar sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya

sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana

tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat program Bina Insan Guru

pada kali ini dapat maningkatkan kemahiran jasmani dalam diri saya dan

Page 4: Refelksi Big

peserta yang lain. Hal ini kerana satu aktiviti yang agak mencabar telah

terpaksa dilalui oleh peserta adalah mentyiapkan kerja-kerja

membersihkan kawasan perkhemahan, mengagkat tanah di tengah panas

yang terik. Aktiviti ini berjaya menguji ketahanan fizikal dan dengan

semangat yang kental saya dapat menyiapakn kerja Walaupun badan

terasa kepenatan dan terdapat sedikit luka-luka akibat terkena batu tetapi

saya tetap berasa seronok. Aktiviti ini menyedarkan saya supaya sentiasa

bersedia untuk menerima segala cabaran dan menempuhinya dengan

sebaik mungkin apabila ditempatkan di kawasan pedalaman nanti. .

Seterusnya, aktiviti kembara sosial pula yang melibatkan keluarga

angkat telah memberi peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan

masyarakat di kampung ini dengan lebih dekat. Program BIG kali ini telah

memberi pengalaman yang begitu berharga kepada peserta kerana dapat

menghayati kehidupan sebagai anak angkat dan meneroka sebuah

kehidupan keluarga di kawasan pedalaman. Sikap prihatin dan baik hati

penduduk kampung berjaya menambat hati peserta BIG untuk merasa

nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang diberikan untuk

bersama dengan keluarga angkat sangat singkat telah membataskan

hubungan yang lebih erat dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun,

program ini ternyata mampu membina kemahiran komunikasi dan

membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru yang cemerlang di masa

hadapan.

Selain itu, program ini mengajar saya dalam mempertingkatkan

kemahiran yang ada seperti kemahiran mengurus dan kepimpinan.

Kemahiran mengurus diri dan masa sangat penting supaya kita

menghargai setiap saat yang berlalu dalam kehidupan. Contohnya,

program ini mengajar saya untuk sentiasa menepati masa dan mestilah

bersedia dari awal untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Kemahiran

kepimpinan juga dapat diperolehi ketika menguruskan sesuatu aktiviti dan

rasa bertanggungjawab wujud dalam diri saya dan peserta. Ia penting

kerana guru merupakan pemimpin kepada pelajar dan sifat kepimpinan

perlu ada bagi setiap bakal guru.

Page 5: Refelksi Big

Seterusnya, banyak nilai positif telah diperolehi melalui program

tersebut. Antaranya ialah nilai bekerjasama, bertolak ansur, tolong-

menolong dan sayang-menyanyangi. Nilai mementingkan diri sendiri tidak

harus dimiliki kerana sudah menjadi lumrah kita hidup bermasyarakat dan

bukannya hidup bersendirian. Kesemua nilai tersebut akan membuatkan

diri saya menjadi lebih prihatin terhadap persekitaran seperti dapat

meringankan tangan untuk membantu orang lain, sentiasa bertimbang

rasa dalam setiap perkara dan tidak suka melakukan pergaduhan.

Program ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang

penghayatan konsep kerja sebagai ibadah. Hal ini kerana melalui program

khidmat masyarakat yang telah dilakukan dapat melatih diri untuk

menyumbang sesuatu secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang

balasan. Aktiviti ini sangat bersesuaian kepada bakal-bakal guru untuk

melatih mereka bekerja menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin

kepada semua pelajar tanpa memilih kasih dan juga tanpa mengharapkan

wang semata-mata.

Di samping itu, program ini telah berjaya meningkatkan tahap

kecerdasan emosi saya kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bijak

mengawal emosi dalam setiap perkara. Sebagai contoh, emosi sabar perlu

dimiliki ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dan

halangan yang menimpa. Emosi sedih juga harus dikawal ketika kita

ditimpa sebarang musibah supaya orang lain tidak menilai diri kita adalah

lemah. Oleh itu, saya percaya program ini telah banyak membentuk

emosi saya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru pada kali ini telah membentuk

diri saya dalam membina kesedaran diri dan dapat menghargai diri

sendiri, orang lain dan alam sekeliling. Sebagai kesimpulan, program Bina

Insan Guru Fasa 4 berjaya dilaksanakan hasil daripada pengorbanan

semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan

semasa program berlangsung. Semoga setiap pelajar dapat menghayati

dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat

mengukuhkan keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping

Page 6: Refelksi Big

memiliki etika keguruan dalam diri setiap bakal guru. Hal ini selaras

dengan hasrat negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia.

Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan

menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta. Selain itu,

program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya

lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat

memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar

juga akan dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif,

inovatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu perkara.Akhir kata,

semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru dapat diteruskan

di masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat

yang berguna kepada pelajar. Inilah peluang bagi peserta untuk beramal

dengan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa

mengharapkan balasan. Diharapkan semoga semua bakal guru sudah

terbina insannya selepas mengikuti program tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Antara cadangan penambahbaikkan adalah seperti berikut:

· Semoga program BIG di masa akan datang dapat dilakukan di

tempat yang lebih mencabar bagi menguji kemampuan peserta.

· Pengurusan dan pengelolaan program perlulah lebih teratur dan

tersusun supaya perjalanan program berjalan lancar.

· Peserta perlulah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan

aktiviti supaya dapat bersedia lebih awal.

· Peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya peserta dapat

mematuhinya setiap masa.

Disediakan oleh,

Page 7: Refelksi Big

_______________________

(Gabriella Anak William)

910529-13-5814

PISMP PSV SK

Ambilan Jun 2013