rasm-uthmani-2.doc

24
Rasm Uthmani PENGENALAN Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al- quran pada ketika itu. Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.

Upload: adrie-zwan

Post on 27-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

rasm-uthmani-2.doc

TRANSCRIPT

Page 1: rasm-uthmani-2.doc

Rasm Uthmani

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan

dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran

dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana

dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis

mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga

dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat

bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W

dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-

quran pada ketika itu.

Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran.

Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa

kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap

kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan

masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan

tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan

tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.

Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada

Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani

sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani

juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah.

Page 2: rasm-uthmani-2.doc

Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang,

ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum

diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-

Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-

Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-

Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.

Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-

lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi

dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan

Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di

Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya

hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya

buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan

hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis

sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-

Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan

bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-

Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan

Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin

Amru.

Page 3: rasm-uthmani-2.doc

Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan

penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga

mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy

Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh

orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan

berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya

Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya

penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan

dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran

dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui

perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr.

Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu

keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada

zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika

itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang

diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang

digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan

kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-

Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan

rasm tersebut.

Page 4: rasm-uthmani-2.doc

RESAM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada

junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui

Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah

kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang

benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9

¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling

lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan

amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya

satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali

ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf,

Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat

pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.

Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh

Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T

Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah

mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-

Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

Page 5: rasm-uthmani-2.doc

Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad

S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng

(dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang

salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama

Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan

itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan

kepadanya”.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan

pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun.

Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga

perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama

ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau

mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun

bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan

menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan

al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-

mashaf uthmani sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran

Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya

berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-

wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para

sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh

huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:

Page 6: rasm-uthmani-2.doc

“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah

menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku

Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa

Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu

huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta

ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh

huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh

cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada

mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath,

samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu

diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan

pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril

a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat

Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit

diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah

Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada

apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.

Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya

diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau

pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah

atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti

orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm

uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya

kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah

Page 7: rasm-uthmani-2.doc

S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah

mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah

Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah

Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm

Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi

digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam

penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan

kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF

Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada

kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf

yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.

Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif,

Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf

berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.

(a) Hazaf Alif

1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah

An-Naml ayat 30:

Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:

Page 8: rasm-uthmani-2.doc

2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya

surah

Al-Imran ayat 96:

¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai

pertanyaan dan

disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat

35:

4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:

5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:

6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah

An-Nur ayat 31:

7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya

surah Ya-sin ayat 69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung

kalimah.Contohnya Surah An-Nisaa ayat 16:

9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-

Fatiha ayat

2:

Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha

ayat 7:

Page 9: rasm-uthmani-2.doc

10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:

Kecuali surah syura ayat 22:

11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf

ayat 142:

12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya

surah Al-A’la ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab

“ atau kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:

13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:

14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:

15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-

Talaq ayat 4:

‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering

digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja

dalam A-Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:

18. Alif hamzah pada semua perkataan "ألن"contohnya dalm surah Al-Baqarah

ayat 71:

Page 10: rasm-uthmani-2.doc

19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm

surah Al-Baqarah ayat 72:

20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-

Baqarah ayat 6:

21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam

surah Al-Baqarah ayat 61:

22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam

surah Al-I Imran ayat 164:

23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14:

25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus

ayat 21

Dan surah Yunus ayat 15.

26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:

Page 11: rasm-uthmani-2.doc

BIL SEBELUM HAZAF SELEPAS HAZAF SURAH

1. الرحيم الرحمن الله بالسم الرحيم الرحمن الله بسم -

2 ببكة الذى ل ببكة للذى Ali Imran: 96

3 أاالن ءالئن Yunus: 51

4. فاسئلوا فسئلوا Al-Anbiya’ 7

5. واسئل القرية وسئل Yunus: 8

(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:

1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat

18:

`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah

Yusuf ayat 5:

3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq

ayat 18:

( c) Hazaf Ya

Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:

1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-

Furqan ayat 30:

È

2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya

dalam surah Hud ayat 105:

Page 12: rasm-uthmani-2.doc

3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di

bawah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 173:

4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di

tengah atau di akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:

Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:

5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:

6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.

7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat

78:

( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:

1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah

والليل دان .الذي،الذان،الذين،التي،الئ

Kecuali kalimah-kalimah seperti

كسمواث يغ اللوامة دان الالعنون،الالعنين،اللعنة،اللغو،اللهو،الؤ،الالت،الحم،اللطيف

كدوا الم حروف .مغكلكن

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.

Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf,

ro.Hazaf wau pula pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-

huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih

hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

Page 13: rasm-uthmani-2.doc

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf

tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut

kaedah penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.

1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)

Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang

berhubung dengan fi’il madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-

Baqarah ayat 218.

¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang

marfu’. Contohnya

أولوااأللبب

iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah

Al-Hajj ayat 12.

iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya حبة .مائة

v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.

vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya بئايتنا .ومالية

2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.

i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada

huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.

Page 14: rasm-uthmani-2.doc

ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan

madd. Huruf wau itu.Contohnya جزاؤهم .أولئك

3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu

tetapi tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya:

i) Surah Al-Imran ayat 144:

ii) Surah Ta-Ha ayat 130:

živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:

v) Surah Al-Qalam ayat 6:

vi) Surah Al-An’am ayat 34:

vii) Surah Yunus ayat 15:

Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:

3. KAEDAH AL-IBDAL

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran

tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu:-

1. Pertukaran huruf alif kepada wau

2. Pertukaran alif kepada ya

3. Pertukaran nun kepada alif

4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah

5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

Page 15: rasm-uthmani-2.doc

1. Pertukaran huruf alif kepada wau

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan

kepada huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu

الربوا الحيوة، الزكوة، الصلوة،

b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-

ومنوة النجوة، كمشكوة، بالغدوة،

2. Pertukaran alif kepada ya

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan

kepada huruf ya pada beberapa keadaan tertentu.

a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat

73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif

bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah

Al-Baqarah ayat 201:

terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan

dengan huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7:

Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut

طغا سيماهم، أقصا، األقصا، عصا، كلتا،

b) Huruf alif pada kalimah ,”yang membawa maksud “bagaimana أنى ia juga

pada kalimah seperti

لدى متى، بلى، الى، حتى، على، أنى،

Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada

surah Yusuf ayat 25:

Page 16: rasm-uthmani-2.doc

3. Pertukaran nun kepada alif

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan

kepada huruf alif pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu لنسفعا دان وليكونا

b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti فاذا

4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan

diibdalkan kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.

a) Kalimah رحمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah رحمت pada tujuh tempat dalam

al-Quran.

b) Kalimah نعمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah نعمت pada sebelas tempat dalam

al-Quran.

c) Kalimah سنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah سنت pada lima tempat dalam al-

Quran.

d) Kalimah امرأة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah امرأت pada tujuh tempat dalam

al-Quran.

e) Kalimah ة ت ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah مرضا pada semua tempat مرضا

dalam al-Quran.

f) Kalimah لعنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah لعنت pada dua tempat dalam al-

Quran.

g) Kalimah ditulis معصية dengan Ta’ al-al-Maftuhah pada dua tempat معصيت

dalam al-Quran.

h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah

dalam al-Quran, iaitu ابنت ، فطرت ، وجنت ، بقيت ، ثمرت ، قرت ، شجرت

Page 17: rasm-uthmani-2.doc

RUJUKAN

Ahmad kamaruddin Ibrahim, 2009, Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Badaruddin Mohd b. Abdullah Al-Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut dar

al-Makrifah.

Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, 1990, Panduan Membaca Al-Quran Rasm

Uthmanidan Kelebihannya, utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Ahmad Kamarudin Ibrahim dan Abd. Rahman Abd Ghani,Modul HBQE1203

Rasm Al -Uthmani, Meteor Doc Sdn. Bhd.

Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi, 2009, Jurnal Pendidikan

Malaysia,www.scribd. com

.