masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

19
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 332 MASALAH PENGUASAAN METODE RASM UTHMANI DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI SELANGOR : SATU ANALISIS SHAHARUDDIN PANGILUN [email protected] DR. HAYATI HUSSIN ROHANA ZAKARIA MOHD MAHFUZ JAAFAR Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) DR. ABDUL RAHIM AHMAD IKMAS. UKM ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan satu kajian masalah penguasaan metode Rasm Uthamni di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Selangor. Objektif kajian adalah mengenalpasti masalah penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam mengadaptasikan Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI negeri Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada sampel-sampel di sekolah terpilih. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di sekolah-sekolah SRAI seluruh Selangor, hasil kajian mendapati bahawa masalah penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) min keseluruhan menunjukkan berada pada kadar interpretasi yang sederhana. Di harap dengan penyelidikan ini, masalah penguasaan metode Rasm Uthmani ini boleh diatasi dan dilakukan penambahbaikan agar pengetahuan para guru mengenai ilmu al- Quran menjadi mantap dan tidak berlaku sebarang masalah dalam penyampaian ilmu kepada para pelajar semasa di dalam bilik darjah. Disamping itu dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu kerajaan negeri dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam tercapai. Kata kunci: Guru Pendidikan Islam (GPI), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pendidikan Al- Quran (PAQ), tilawah dan hafazan, rasm uthmani 1.0 PENGENALAN Al-Quran al-Karim yang ditulis dengan Rasm Uthmani di zaman mutakhir ini telah tersebar dengan meluasnya ke seluruh dunia Islam. Di mana ulama’ bidang ulum al- Quran khususnya telah mengambil perhatian, dengan melakukan kajian dan penjagaan yang teliti terhadap penulisan al-Quran yang ditulis oleh para sahabat R.A. di hadapan Rasulullah S.A.W.. 1027

Upload: lelien

Post on 03-Feb-2017

318 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

332

MASALAH PENGUASAAN METODE RASM UTHMANI DI KALANGAN

GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH AGAMA

INTEGRASI SELANGOR : SATU ANALISIS

SHAHARUDDIN PANGILUN

[email protected]

DR. HAYATI HUSSIN

ROHANA ZAKARIA

MOHD MAHFUZ JAAFAR

Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

DR. ABDUL RAHIM AHMAD

IKMAS. UKM

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan satu kajian masalah penguasaan metode Rasm Uthamni di kalangan Guru

Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Selangor. Objektif kajian adalah

mengenalpasti masalah penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam mengadaptasikan Rasm

Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI negeri

Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada

sampel-sampel di sekolah terpilih. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan

dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan

di sekolah-sekolah SRAI seluruh Selangor, hasil kajian mendapati bahawa masalah penguasaan metode

Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) min keseluruhan menunjukkan berada pada

kadar interpretasi yang sederhana. Di harap dengan penyelidikan ini, masalah penguasaan metode Rasm

Uthmani ini boleh diatasi dan dilakukan penambahbaikan agar pengetahuan para guru mengenai ilmu al-

Quran menjadi mantap dan tidak berlaku sebarang masalah dalam penyampaian ilmu kepada para pelajar

semasa di dalam bilik darjah. Disamping itu dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid

dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu kerajaan negeri

dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam tercapai.

Kata kunci: Guru Pendidikan Islam (GPI), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Pendidikan Al-

Quran (PAQ), tilawah dan hafazan, rasm uthmani

1.0 PENGENALAN

Al-Quran al-Karim yang ditulis dengan Rasm Uthmani di zaman mutakhir ini telah

tersebar dengan meluasnya ke seluruh dunia Islam. Di mana ulama’ bidang ulum al-

Quran khususnya telah mengambil perhatian, dengan melakukan kajian dan penjagaan

yang teliti terhadap penulisan al-Quran yang ditulis oleh para sahabat R.A. di hadapan

Rasulullah S.A.W..

1027

Page 2: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

333

Penguasaan dan peranan guru sebagai pewaris ilmuan, memang tidak dapat

dinafikan melalui pendidikan. Oleh itu menjadi tanggung jawab untuk memberi

pendedahan kepada Guru Pendidikan Islam (GPI), yang secara langsung sebagai pemberi

maklumat dan kefahaman terhadap murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi dengan

memberi pendedahan tentang Mashaf Rasm Uthmani.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis

yang dilaksanakan bermula tahun 2000 oleh Bahagian Pendidikan Islam sehingga tahun

2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 9 daerah iaitu Daerah Petaling, Daerah

Hulu Langat, Daerah Sepang, Daerah Hulu Selangor, Daerah Gombak, Daerah Klang,

Daerah Kuala Selangor, Daerah Kuala Langat dan Daerah Sabak Bernam.

Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR). Kerajaan Negeri Selangor telah

bersetuju melakukan perubahan ke atas pelaksanaan pendidikan Islam di Sekolah-

Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dengan melaksanakan kurikulum Agama

bersepadukan KBSR. Sekolah yang terlibat dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi

(SRAI).

Pengubahsuaian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan

kualiti Pendidikan Agama Islam mengikut resolusi Tonggak 10 YAB Menteri Besar

Selangor iaitu meningkatkan penghayatan, kefahaman agama Islam dan moral melalui

pendidikan bersepadu serta menyeluruh terutama di kalangan generasi muda. Ini

bermakna sistem pendidikan agama dan kebangsaan hendaklah diintegrasikan bagi

membolehkan semua pelajar Islam di negeri ini memperolehi pendidikan Islam yang

mampan dan mantap. Di samping keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam yang

lebih mantap dan menyeluruh semakin meningkat. Sistem yang ada sekarang tidak

mampu menerima arus perubahan yang besar ini.

Pada 16 Jun 2011 hasil dapatan dan ulasan pasukan juru audit SIRIM iaitu audit

pemantauan MS ISO 9001:2008 Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi telah berjaya

Page 3: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

334

mempertingkatkan kefahaman dan tahap pengurusan berkualiti. Senarai nama-nama

SRAI di selangor adalah seperti berikut:

Nama SRAI Alamat No. Telefon

1. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Seksyen 19

Jalan Gelora 19/46 Seksyen

19, 40300 Shah Alam. 03-55424950

2. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin

Jalan Plumbum 7/99, Seksyen

7,40000 Shah Alam. 03-55180799

3. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Pekan Beranang

43700 Beranang ,Hulu Langat. 03-87668048

4. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Bandar Baru Bangi

Jalan Kemajuan 60 / 6 Bandar

Baru Bangi, 43650 Kajang 03-89254714

5. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Salak Tinggi

43900 Sepang 03-87063979

6. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Taman Keramat

Jalan AU 2A, Taman Keramat

54200 K. Lumpur 03-42573911

7. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Sungai Chinchin

Batu 7 Jalan Gombak, 53100

Gombak, K. Lumpur 03-61875464

8. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Tengku Ampuan Fatimah

Jalan Sentosa 64, Kawasan 19,

Batu Belah,41200 Klang.

03- 33410810 /

Faks:

33410816

9. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Bandar Baru Kuala Selangor

45000 Kuala Selangor. 03-32893739

10. Sekolah Rendah Agama Integrasi

Sungai Manggis

42700 Banting Kuala Langat. 03-31813122

11. Sekolah Rendah Agama Integrasi Kompleks Sekolah Agama 03-32162257

Page 4: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

335

Pekan Sabak Muhammadiyah,45200 Sabak

Bernam.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Abd Rahman (2009) menyatakan bahawa masih ramai individu-individu tertentu yang

masih gemar menggunakan mashaf yang tidak berpandukan Rasm Uthmani sepenuhnya.

Di mana mushaf Rasm Uthmani mempunyai tanda-tanda yang boleh mengelirukan ketika

membaca al-Quran jika tidak dipelajari dengan betul. Namun beliau juga menyatakan

bahawa seseorang itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana sekiranya mereka

diberi pilihan sudah tentu kebanyakan mereka memilih akan menggunakan atau membaca

mashaf tersebut kerana itulah yang selalu mereka baca dan pelajari semenjak sekian

lama.1

Terdapat juga suatu rumusan yang menarik diperolehi hasil penyelidikan yang

dilakukan oleh Daud dan Asyraf (2013), menyatakan bahawa Rasm Imla’i suatu bentuk

mushaf al-Quran yang tidak wajar diterima pakai oleh masyarakat Islam di Malaysia

untuk pembacaan.2

Perkara ini menyebabkan GPI yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan

pembelajaran Rasm Uthmani perlu mengambil serius terhadap isu penguasaan Rasm

Uthmani. Bahkan implikasi permasalahan ini bukan hanya tertumpu kepada GPI yang

terbabit semata-mata, namun dikhuatiri kesannya akan berpindah kepada pelajar dan akan

menjadi ikutan dan amalan para pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk

mengetahui dan memastikan sama ada GPI turut terlibat dalam permasalahan ini atau

tidak dan adakah GPI dapat melaksanakan dengan betul atau sebaliknya?

1 Abd Rahman Abd Ghani. 2009. Pemeliharaan Al-Quran: Kajian Di Unit Kawalan Teks Al-Quran

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Hlm. 310. 2 Daud Ismail dan Asyraf Ab. Rahman. 2013. Sejarah dan Perkembangan Mushaf Uthmani Di Malaysia.

Hlm 60.

Page 5: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

336

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti latar belakang akademi GPI terhadap tahap penguasaan Rasm

Uthmani di SRAI.

2. Mengenalpasti masalah penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI

dalam mengadaptasikan Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan

Islam di SRAI.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah latar belakang akademi GPI terhadap tahap penguasaan Rasm Uthmani di

SRAI?

2. Apakah masalah penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam

mengadaptasikan Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam

di SRAI.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Guru yang menguasai ilmu ini akan dapat menyampaikan bacaan al-Quran dengan baik

dan mengurangkan kesalahan dalam pembacaan al-Quran di samping dapat memelihara

al-Quran dari sebarang penyelewengan. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu

meningkatkan pengetahuan murid-murid dengan adanya penekanan dan pengukuhan

pada guru kerana mereka akan mampu mengaplikasikan dan menyampaikannya pada

murid-murid dan secara tidak langsung juga kepada masyarakat.

7.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada guru-guru Sekolah Rendah Agama Integrasi di seluruh negeri

Selangor Darul Ehsan. Lokasi ini dipilih adalah kerana pengkhususan mereka

merangkumi objektif yang ingin dikaji dan silibus kurikulum yang digunakan adalah

sama dengan silibus sekolah-sekolah di bawah kelolaan JAIS.

Page 6: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

337

Kajian ini juga terbatas kepada latar belakang akademik dan pengalaman GPI dan

masalah penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam mengadaptasikan

Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam di SRAI. Suatu instrumen

soal selidik telah dibina dan dikaji serta diedarkan kepada respondan bagi kajian rintis.

Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas

melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada

kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kuantitatif. Untuk mencapai sesuatu objektif

yang telah ditetapkan perancangan yang bersistematik akan dapat membantu

memudahkan segala data dan maklumat dikumpulkan, dianalisis dan dinilai.

9.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini juga berbentuk deskriptif kerana ianya menjelaskan sesuatu

kenyataan itu dengan menganlisis sesuatu data itu daripada soal selidik yang dijalankan.

Satu tinjauan telah dibuat terhadap tenaga pengajar mengenai minat mereka untuk

berkerjaya di SRAI. Segala pandangan dan data yang diperolehi daripada mereka akan

diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan kemudian akan dianalisis

secara kuantitatif untuk memperolehi maklumat yang sebenarnya.

10.0 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Soal selidik akan bertindak sebagai instrumen utama

bagi kerja-kerja pemerolehan data melalui sampel yang telah dipilih secara rawak bagi

mewakili populasi. Instrumen kajian yang akan dibina dan digunakan oleh penyelidik

untuk kajian ini ialah borang soal selidik dan soalan temu bual. Ia akan mengambil

responden yang terdiri daripada tenaga pengajar.

Page 7: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

338

11.0 KAEDAH PERSAMPELAN

Sampel bagi kajian ini adalah merangkumi semua Sekolah-sekolah Rendah Agama

Integrasi diseluruh negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya difokuskan kepada guru-guru di

sekolah tersebut yang mengajar dalam bidang pendidikan Islam dan al-Quran. Sekolah-

sekolah yang terlibat dalam kajian penyelidikan ini ialah:

i. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19

ii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin

iii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang

iv. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi

v. Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi

vi. Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat

vii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin

viii. Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah

ix. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor

x. Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis

xi. Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak

12.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Bab ini akan memperihalkan data-data yang diperolehi melalui soal selidik dan dianalisis

dengan menggunakan “Statistical Program for Sosial Sciences” (SPSS) versi 21. Data

kemudiannya dianalisis secara deskriptif melalui peratusan dan min. Tujuan bab ini juga

untuk membincangkan hasil analisis data tentang aspek tertentu iaitu pengenalan asas

kaedah Rasm Uthmani

Respondan perlu memberi jawapan kepada soal selidik yang disediakan

berdasarkan latar belakang pengetahuan mereka, berpandukan skala 1 hingga 5. Skala 1

menunjuk kepada respon sangat tidak setuju dan 5 untuk sangat setuju. Skor jawapan

yang diperolehi diintepretasikan seperti yang dicadangkan oleh Jainabee & Jamil (2009)

dan Ab. Halim (2010). Skor min 4.21 – 5.00 menunjukkan respondan bersetuju pada

tahap yang sangat tinggi, min 3.41 – 4.20 menunjukkan persetujuan pada tahap tinggi,

min 2.61 – 3.40 menunjukkan mereka bersetuju pada tahap sederhana, min 1.81-2.60

Page 8: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

339

menunjukkan persetujuan pada tahap yang rendah, dan min 1.00 – 1.80 adalah

menunjukkan tahap yang sangat rendah.

Jadual 1 Skala yang digunakan dalam Instrumen penilaian

MIN NILAI DATA INTERPRETASI

1.00 – 1.80 1 Sangat Rendah

1.81 – 2.60 2 Rendah

2.61 – 3.40 3 Sederhana

3.41 – 4.20 4 Tinggi

4.21 – 5.00 5 Sangat tinggi

Sumber: Jainabee & Jamil (2009) dan Ab. Halim (2010)

13.0 DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDAN

LATAR BELAKANG KATEGORI

SRAI

BIL

(n) %

Jantina Lelaki 24 20.5

Perempuan 93 79.5

Kelayakan Akademik Ijazah 18 15.4

Diploma 89 76.1

Page 9: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

340

STPM/STAM 4 3.4

SPM/SANAWI 6 5.1

Kelayakan Ikhtisas/Latihan

Perguruan

Sarjana Muda Pendidikan 5 4.3

Diploma Pendidikan IPTA 23 19.7

KPLI Maktab perguruan 6 5.1

Sijil/Diploma Perguruan 83 70.9

Mata Pelajaran Yang Diajar

Di sekolah

Pendidikan Islam 55 47

Pengajaran Al-Quran 46 39.3

Hafazan Al-quran 32 27.4

Tajwid 15 12.8

Bahasa Arab 24 20.5

Pengalaman Mengajar

Kurang 1 Tahun 1 9

1-3 Tahun 22 18.8

4-6 tahun 15 12.8

7 tahun keatas 79 67.5

Kehadiran Dalam Kursus

Kurikulum Semakan

Pengajaran Al-Quran

Tidak pernah 33 28.2

1 kali 32 27.4

2-3 kali 38 32.5

Lebih daripada 4 kali 14 12.0

Jadual 2 : Latar Belakang Respondan

Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa latar belakarang profil responden

yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Jantina, Kelayakan Akademik,

Kelayakan Ikhtisas, Bidang, Mata Pelajaran Yang Diajar Di sekolah, Pengalaman

Mengajar dan Kehadiran Dalam Kursus Kurikulum Semakan Pengajaran al-

Quran.

Keseluruhan respondan berjumlah 117 orang guru telah dipilih iaitu 30%

daripada sampel keseluruhan 390 orang guru-guru Pendidikan Islam daripada

Sekolah-sekolah Rendah Agama Integrasi seluruh negeri Selangor (Blum dan

Foos, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan Black, 1993 dalam

Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999: 38). Mereka terdiri daripada 24 orang

Page 10: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

341

guru lelaki (20.5%) dan 93 orang guru perempuan (79.5%) dan masing-masing

mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.

Dari sudut kelayakan akademik, 89 respondan merupakan lepasan

Diploma (76.1%). Diikuti dengan lepasan ijazah seramai 18 respondan (15.4%),

SPM/SANAWI seramai 6 respondan (5.1%) dan STPM/STAM seramai 4 orang

(3.4%). Manakala dari aspek bidang pengkhususan, 105 orang respondan dari

seluruh SRAI mempunyai pengkhususan dalam bidang Pengajian Islam (89.7%)

dan hanya 16 orang dalam bidang Bahasa Arab (13.7%).

Dari jumlah tersebut, 83 orang respondan mempunyai kelayakan

pengkhususan dalam sijil/diploma perguruan (70.9%) dan hanya 5 orang

respondan dalam Sarjana Muda Perguruan (4.3%).

Mejoriti respondan di SRAI mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam

dengan jumlah 47% (n=55), diikuti dengan Pengajaran al-Quran 39.3% (n=46),

Hafazan al-Quran 27.4% (n=32), Bahasa Arab 13.7% (n=34) dan Tajwid 12.8%

(n=15).

Terdapat 79 orang respondan yang mempunyai pengalaman mengajar

lebih 7 tahun (67.5), 15 orang respondan mempunyai pengalaman mengajar 4 – 6

tahun (12.8%), dan 22 orang mempunyai pengalaman 1-3 tahun (18.8%),

manakala baki 1 orang respondan mempunyai pengalaman mengajar kurang dari

1 tahun (9%).

Dari jumlah 117 orang respondan tersebut, seramai 14 respondan dari

SRAI seluruh Selangor pernah menghadiri kursus kurikulum semakan pengajaran

al-Quran melebihi 4 kali. 32.5% (n=38) respondan pernah menghadiri kursus 2-3

kali, 27.4 % (n=32) respondan pernah menghadiri sekali, dan 28.% (n=33)

respondan tidak pernah menghadiri kursus berkenaan.

Page 11: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

342

Bahagian B: ANALISIS MASALAH PENGAJARAN AL-QURAN KAEDAH

RASM UTHMANI

Jadual 3: Analisis Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani

BIL. ITEM MIN

E1 Matlamat Pengajaran Al-Quran (PAQ) TIDAK jelas 2.66

E2 Objektif Pengajaran Al-Quran tidak sesuai dengan tahap

pelajar 2.72

E3 Sukatan Pelajaran al-Quran kurang menekankan aspek rasm

Uthmani 3.00

E4 Skop sukatan matapelajaran Pengajaran Al-Quran terlalu

terhad 3.07

E5 Guru Pendidikan Islam kurang kemahiran ilmu-ilmu al-Quran 3.49

E6 Terdapat guru Pendidikan Islam kurang menguasai kaedah

Rasm Uthmani 3.66

E7 Kaedah Rasm Uthmani agak sukar berbanding kaedah Rasm

Imla’i 3.17

E8 Tidak ada kursus/latihan mengaplikasikan kaedah Rasm

Uthmani dalam sesi P&P 3.47

E9 Buku panduan kaedah Rasm Uthmani tidak disediakan oleh

pihak sekolah dalam sesi P&P 3.28

E10 Peruntukan waktu pengajaran PAQ tidak mencukupi 3.06

E11 Pengajaran berasaskan aras menimbulkan masalah pada guru

PAQ 3.34

E12 Bilangan pelajar dalam kelas PAQ terlalu ramai 3.50

E13 Kemahiran berfikir pelajar semasa kelas PAQ terlalu rendah 3.34

E14 Peperikasaan / Penilaian PAQ tidak menepati objektif 2.50

Page 12: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

343

E15 Sokongan pihak pentadbir sekolah terhadap PAQ tidak

memuaskan 2.47

E16 Pelajar-pelajar tidak berminat terhadap matapelajaran PAQ 2.59

Page 13: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

344

E17 Bahan bantu mengajar PAQ kurang dipasaran 3.18

E18 Guru-guru bidang lain kurang bekerjasama dalam bidang

PAQ 2.67

Jumlah Analisis Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm

Uthmani 3.07

Berdasarkan Jadual di atas, menunjukkan bahawa masalah pengajaran al-

Quran kaedah Rasm Uthmani berada pada tahap yang sederhana dengan skor min

3.07 bagi Sekolah-sekolah SRAI seluruh Selangor.

Masalah tertinggi yang diperoleh dari responden SRAI seluruh selangor

dalam masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani adalah pada item E6

iaitu “Terdapat guru Pendidikan Islam kurang menguasai kaedah Rasm Uthmani”

dengan skor min 3.66. Seterusnya diikuti item E5 bagi respondan SRAI seluruh

selangor iaitu “Guru Pendidikan Islam kurang kemahiran ilmu-ilmu al-Quran”

dengan skor 3.69. Disusuli item E12 iaitu Bilangan pelajar dalam kelas PAQ

terlalu ramai dengan skor 3.50 dan E8 iaitu Tidak ada kursus/latihan

mengaplikasikan kaedah Rasm Uthmani dalam sesi P&P dengan skor min 3.47.

Sementara Item E15 menunjukkan masalah Pengajaran al-Quran kaedah

Rasm Uthmani yang paling rendah iaitu Sokongan pihak pentadbir sekolah

terhadap PAQ tidak memuaskan dengan skor min 2.47 bagi respondan SRAI

seluruh selangor.

Jadual 4 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Sekolah

Bil Nama sekolah Min

1 SRAI Bandar Baru Bangi 3.54

2 SRAI Salak Tinggi 3.35

3 SRAI Muhammadiah Batu 1 Sabak Bernam 3.29

Page 14: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

345

4 SRAI Beranang 3.27

5 SRAI Taman Keramat 3.04

6 SRAI Kuala Selangor 3.03

7 SRAI TAF, Batu Belah 2.97

8 SRAI Seksyen 19, Shah Alam 2.87

9 SRAI Seksyen 7, Shah Alam 2.84

10 SRAI Sungai Manggis 2.74

11 SRAI Sungai Chinchin 2.52

Min Keseluruhan SRAI 3.06

Jadual diatas menunjukkan min masalah pengajaran al-Quran kaedah

Rasm Uthmani yang diperincikan mengikut katagori sekolah. SRAI Sungai Chin

Chin menunjukkan skor min yang paling rendah, iaitu 2.52. Hal ini menunjukkan

bahawa sekolah ini mempunyai kadar masalah yang rendah dalam penyampaian

Rasm Uthmani. Diikuti dengan SRAI Sungai Manggis dengan min sebanyak 2.74

dan SRAI Seksyen 7, Shah Alam dengan min sebanyak 2.84 dengan kadar

masalah min sederhana. Min masalah dalm penyampaian Rasm Uthmani yang

paling tinggi antara sekolah-sekolah SRAI ialah SRAI Bandar Baru Bangi dengan

kadar min sebanyak 3.54. Hal ini menunjukkan interpretasi min yang tinggi.

Jadual 5 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Jantina

Jantina Min

Lelaki 3.36

Perempuan 2.99

Min Keseluruhan 3.07

Jadual di atas menunjukkan perbezaan min masalah pengajaran al-Quran

kaedah Rasm Uthmani berdasarkan jantina. Min jantina lelaki mempunyai

masalah yang lebih tinggi berbanding perempuan. Walau bagaimana pun, nilai

interpretasi bagi kedua-dua jantina adalah pada tahap sederhana.

Page 15: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

346

Jadual 6 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik Min

Ijazah 2.98

Diploma 3.05

STPM/STAM 3.40

SPM/Sanawi 3.37

Min Keseluruhan 3.07

Jadual di atas menunjukkan perbezaan min masalah masalah pengajaran

al-Quran kaedah Rasm Uthmani berdasarkan kelayakan akademik bagi guru-guru

SRAI. Guru-guru lepasan ijazah menunjukkan masalah pengajaran al-quran

kaedah Rasm Uthmani yang paling rendah berbanding kelayakan akademik yang

lain. Walau bagaimana pun, kesemua kadar masalah masalah pengajaran al-Quran

kaedah Rasm Uthmani berada di tahap min sederhana. Namun guru-guru lepasan

STPM/STAM menunjukkan skor min menghampiri tahap interpretasi tinggi.

Jadual 7 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Bidang Pengkhususan Pengajian

Jadual di atas menunjukkan perbezaan min masalah masalah pengajaran

al-Quran kaedah Rasm Uthmani berdasarkan bidang pengkhususan guru-guru

SRAI di Selangor. Guru-guru yang mempunyai bidang pengkhususan Pengajian

Bidang Pengkhususan Sarjanamuda/Diploma Min

Pengajian/Pendidikan Islam 3.04

Bahasa Arab 3.20

Pengajian Islam dan Bahasa Arab 3.18

Min Keseluruhan 3.07

Page 16: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

347

Islam menunjukkan min masalah yang paling rendah berbanding guru-guru dari

bidang bahasa Arab dan campuran, iaitu bahasa Arab dan pengajian Islam.

Walaupun demikian, guru-guru dari bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab

menunjukkan interpretasi min masalah yang sederhana, akan tetapi guru-guru dari

bidang campuran, iaitu Pengajian Islam dan bahasa Arab menunjukkan

interpretasi min masalah yang tinggi.

Jadual 8 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Kelayakan Ikhtisas/Latihan Perguruan

Kelayakan ikhtisas/Latihan Perguruan Min

Sarjana muda Pendidikan 3.31

Diploma Pendidikan IPTA 3.00

KPLI Maktab Perguruan 3.24

Sijil/Diploma Perguruan 3.06

Min Keseluruhan 3.07

Jadual di atas menunjukkan perbezaan skor min masalah pengajaran al-

Quran kaedah Rasm Uthmani berdasarkan kelayakan ikhtisas/latihan pengurusan.

Guru-guru lepasan Sijil/Diploma Perguruan menunjukkan min masalah yang

paling rendah. Manakala guru-guru lepasan Sarjana Muda Pendidikan

menunjukkan skor min masalah yang paling tinggi iaitu 3.31. Namun demikian,

kesemuanya menunjukkan kadar interpretasi yang sederhana.

Jadual 9 : Min Masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani Mengikut

Kehadiran dalam kursus Kurikulum Semakan Pengajaran Al-Quran

Kehadiran dalam kursus Kurikulum Semakan

Pengajaran Al-Quran Min

1 kali 3.03

2 kali 3.05

Page 17: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

348

3 kali 3.04

4 kali 3.24

Min Keseluruhan 3.07

Jadual di atas menunjukkan min masalah masalah pengajaran al-Quran

kaedah Rasm Uthmani berdasarkan kehadiran guru-guru dalam kursus Kurikulum

Semakan Pengajaran Al-Quran. Guru-guru yang pernah menghadiri kursus

sebanyak 4 kali menunjukkan min masalah yang paling tinggi. Walau bagaimana

pun, Guru-guru yang pernah menghadiri kursus sebanyak 3 kali menunjukkan

min masalah yang paling rendah. Namun, min keseluruhan menunjukkan

semuanya berada pada kadar interpretasi yang sederhana.

Secara keseluruhan, masalah Pengajaran Al-Quran Kaedah Rasm Uthmani

ini perlu dikaji dan di atasi agar pengetahuan para guru mengenai ilmu al-Quran

menjadi mantap dan tidak berlaku sebarang masalah dalam penyampaian ilmu

kepada para pelajar semasa di dalam bilik darjah.

15.0 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian di atas dapat dirumuskan bahawa penguasaan Rasm Uthmani di

kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor perlu

diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Kurikulum yang telah disediakan perlu diambil

selia terutamanya oleh pengetua dalam sesebuah sekolah. Selain itu, sesebuah kurikulum

juga memerlukan perubahan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan perubahan

zaman.

Dari aspek pengajaran pula adalah bergantung kepada kualiti guru di dalam

sesebuah sekolah. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan, aspek

pengetahuan guru dan kandungan pedagogi perlu seiringan untuk melahirkan pelajar

yang baik. Bahkan, dalam profesion perguruan, tugas guru bukan sahaja mengajar

sesuatu mata pelajaran tertentu tetapi guru juga berperanan sebagai pendidik manusia,

justeru itu para guru haruslah memiliki ciri-ciri profesionalisma yang menguasai ilmu-

ilmu teras dan ilmu pedagogi sebagai asas kepada etika dan profesion perguruan.

Page 18: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

349

Kaedah pengajaran serta cara penyampaian kaedah yang bersistematik sangat

mempengaruhi proses penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Dengan

menggunakan kaedah yang baik dan sesuai, ia mampu membantu pelajar memperoleh

ilmu pengetahuan, kemahiran dan membawa perubahan sikap dan tingkah laku, menanam

minat dan nilai-nilai yang diingini (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2012). Namun

keupayaan para pelajar, untuk menguasai pembelajaran tidak terletak kepada

tanggungjawab guru semata-mata. Secanggih mana sekali pun kaedah dan teknik yang

digunakan guru tidak akan berhasil sekiranya ibu bapa tidak melibatkan diri dalam

memberi penekanan pendidikan terhadap anak-anak. Para pelajar juga harus mempunyai

minat yang tinggi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ketiga-tiga

bidang kurikulum ini. Jika pelajar yang terlibat tidak bermotivasi dan kurang mengulang

kaji pelajaran, mereka pasti tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

16.0 RUJUKAN

Abd Rahman Abd Ghani. (2009). Pemeliharaan Al-Quran: Kajian Di Unit

Kawalan Teks al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tesis Ijazah

Dok. Falsafah Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh. (2006). Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf. Tanta Mesir:

Dar al-Sahabah li al-Turath.

Ali Muhammad Dabba’. (1999). Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet

1.Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath.

Bahagian Pendidikan Islam. Jabatan Agama Islam Selangor.

Daud Ismail dan Asyraf Ab. Rahman. (2013). Sejarah dan Perkembangan Mushaf

Uthmani Di Malaysia.

Dr. Asyraf Muhammad Fuad Tala’at. (2003). Safir al-‘Alamin fi Idah wa Tahrir wa

Tahbir Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. jilid 1. Brunei:

Universiti Brunei Darus Salam.

Fairuzah Binti Subhi dalam temubual bersama wakil kakitangan Bahagian Pendidkan

Islam JAIS, 6 Mei 2015 (8.30 am).

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri.(2012). Pendidikan Islam kaedah pengajaran

dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Page 19: masalah penguasaan metode rasm uthmani di kalangan guru

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

350

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai:Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.