36011161 tugasan rasm uthmani 3

23
ABSTRAK Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan persepsi pelajar terhadap kefahaman mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani. Seramai 40 orang responden yang teridiri daripada pelajar Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah yang terletak di Seksyen 27, Shah Alam telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak . Pelajar dikehendaki memberi respon kepada sejumlah 5 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al- Quran berdasarkan kaedah penulisan Rasm Uthmani. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani berada pada tahap baik. Manakala tahap amalan pengajaran berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran Rasm Uthmani berjalan dengan baik. Implikasi kajian ialah guru perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani yang mereka miliki dengan cara yang paling efektif agar pelajar dapat menguasai Tilawah Al-Quran dengan berkesan dan menguasai kaedah penulisan Rasm Uthmani dengan baik dan lancar. Objektif kajian adalah seperti berikut; i) Mengetahui sistem pembelajaran Al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani yang sesuai bagi pelajar Maahad Tahfiz ii) Mengenalpasti kaedah pembelajaran tilawah Al-Quran dan meninjau sejauhmana kefahaman pelajar-pelajar mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani yang paling berkesan. 1

Upload: ummu-zulfa

Post on 23-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assalam

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan persepsi pelajar terhadap kefahaman mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani. Seramai 40 orang responden yang teridiri daripada pelajar Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah yang terletak di Seksyen 27, Shah Alam telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak . Pelajar dikehendaki memberi respon kepada sejumlah 5 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan kaedah penulisan Rasm Uthmani. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani berada pada tahap baik. Manakala tahap amalan pengajaran berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran Rasm Uthmani berjalan dengan baik. Implikasi kajian ialah guru perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani yang mereka miliki dengan cara yang paling efektif agar pelajar dapat menguasai Tilawah Al-Quran dengan berkesan dan menguasai kaedah penulisan Rasm Uthmani dengan baik dan lancar. Objektif kajian adalah seperti berikut;

i) Mengetahui sistem pembelajaran Al-Quran melalui kaedah penulisan Rasm Uthmani yang sesuai bagi pelajar Maahad Tahfizii) Mengenalpasti kaedah pembelajaran tilawah Al-Quran dan meninjau sejauhmana kefahaman pelajar-pelajar mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani yang paling berkesan.

iii) Mendalami permasalahan yang sering dihadapi oleh pelajar Maahad Tahfiz dalam pembelajaran dan kefahaman dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam menghafaz al-Qur'an.

iv) Mencadangkan satu bentuk penyelesaian yang berkesan kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz dalam meningkatkan pencapaian pembacaan AlQuran dan kefahaman mengenai kaedah penulisan Rasm Uthmani.MetodologiReka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Kajian ini melibat seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahfiz dan juga beberapa orang guru untuk mengetahui respon terhadap pengamalan Rasm Uthmani. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik ini dibahagikan kepada 5 bahagian dan mengandungi 22 item . Item-item yang ini digunakan untuk menguji pengamalan responden dalam Rasm Uthmani. Bahagian A adalah untuk menguji pengetahuan responden terhadap pengertian Rasm Uthmani. Bahagian B pula untuk mendapatkan maklumat responden mengenai kepentingan Rasm Uthmani. Bahagian C pula menguji kefahaman responden dalam memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani manakala bahagian D juga menguji kefahaman responden mengenai hukum menggunakan kaedah Rasm Uthmani. Bahagian E pula untuk menilai dan mengetahui sejauhmana pengamalan responden terhadap Rasm Uthmani. Aspek penting dalam kajian ini ialah mengenai pengamalan responden dalam kaedah Rasm Uthmani. Kesemua item soalan yang dibentuk menggunakan format skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden bagi membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1= (Sangat Tidak Setuju), 2 = ( Tidak Setuju), 3 = (Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = ( Sangat Setuju).

Proses analisis data pada bahagian ini dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian secara lebih terperinci berdasarkan setiap satu item soalan yang dikemukakan. Data ini dibuat dengan merujuk skor kekerapan dan juga peratus. Untuk tujuan analisis data juga, kajian ini mengkategorikan skor peratus kepada tiga bahagian, iaitu 80% hingga 100% ialah tinggi, 60% hingga 79% adalah sederhana dan 40% hingga 59% adalah rendah . Manakala 10% hingga 39% adalah yang paling rendah.Dapatan Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi akan ditunjukkan di dalam bentuk jadual seperti dibawah.Jadual 1: Taburan peratus pengertian Rasm UthmaniItemPernyataanPeratus ( % )

STSTSKSSSS

01.Pembentukan ( taswir) Lafaz / perkataan melalui penggabungan huru-huruf Hijaiyah00255025

02.Ia merupakan Ilmu Kitabah ( Penulisan) yang dikenali dengan ilmu Rasm002537.537.5

03.Diistilah juga sebagai rasm Mushaf00087.512.5

04.Ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta pembentukan lafaz/kalimat00062.537.5

05.Rasm Uthmani apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan jenis-jenis khat.0062.52512.5

Taburan peratusan bagi item 3 adalah tinggi . Ini menunjukkan lebih ramai responden menyatakan setuju ( 87.5%) bahawa mereka memahami pengertian Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Mushaf. Bagi item 4 peratusannya adalah sederhana iaitu 62.5 % responden bersetuju bahawa pengertian Rasm Uthmni adalah suatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah penulisan serta pembentukan lafaz. Manakala bagi item 5 menunjukkan peratusan yang sederhana bagi skala kurang setuju. Ini menunjukkan responden tidak bersetuju dengan pengertian Rasm Uthmani dikaitkan penulisan jenis-jenis khat. Walau bagaimanapun tidak ada responden yang menyatakan skala sangat tidak setuju dan tidak setuju bagi kelima-lima item.Jadual 2 : Taburan peratus kepentingan Rasm UthmaniItemPernyataanPeratus ( % )

STSTSKSSSS

01.Rasm Uthmani bersifat tauqifi bukan taufiqi0000100

02.Rasm Uthmani menjadi sebahagian rukun bacaan Al-Quran0000100

03.Dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan al-Quran0005050

04.Ditulis mengikut bacaan rawi serta mutawatir0007030

05.Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal0005545

Pada jadual 2 diatas menunjukkan hasil analisis mengenai kepentingan Rasm Uthmani kepada pelajar. Peratusan yang tertinggi dicatat pada skor sangat setuju iaitu 100% pada item 1dan 2. Seramai 40 orang responden amat memahami mengenai keutamaan untuk mempelajari kaedah Rasm Uthmani. Manakala pada item 5 menunjukkan skor peratusan yang rendah iaitu 45% bagi skala sangat setuju. Pada keseluruhannya semua responden mengetahui mengenai kepentingan mempelajari Rasm Uthmani.

Jadual 3: Taburan peratus kaedah penulisan Rasm UthmaniItemPernyataanPeratus ( % )

STSTSKSSSS

01.Kaedah Hazf ( pembuangan/pengurangan) diguna pakai di dalam penulisan Rasm Uthmani0001000

02.Kaedah Ziyadah merangkumi huruf Alif, huruf Wau dan huruf Ya000400

03.Kaedah al-Ibdal menggantikan huruf kepada huruf yang lain0005050

04.Kaedah wajah qiraat ditulis berbeza-beza dan cara bacaan masing-masing0012.55037.5

05.Maksud al-Dabt dalam kaedah penulisan Rasm Uthmani bermaksud menjaga sesuatu0017.55032.5

Paparan jadual 3 adalah berkaitan dengan kefahaman responden terhadap kaedah penulisan Rasm uthmani yang menjadi amalan responden dalam menghafal Al-Quran. Secara dasarnya, analisis menunjukkan responden setuju dengan item ini. Seramai 40 orang responden telah memilih skala setuju bagi item 1. Ia menunjukkan peratusan yang paling tinggi berbanding dengan item yang lain. Manakala pada item 4, peratusannya adalah paling rendah iaitu hanya 12.5% sahaja responden kurang setuju dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani yang ditulis berbeza-beza dan cara bacaan.Jadual 4 : Taburan peratus hukum menggunakan Rasm Uthmani.ItemPernyataanPeratus ( % )

STSTSKSSSS

01.Hukum mempelajari adalah Fardhu Kifayah00062.537.5

02.Hukum mempelajari bacaan Qiraat adalah tuntutan wajib0001000

Pada keseluruhannya , responden mengetahui dan mengetahui mengenai hukum mempelajari Rasm Uthmani. Seramai 40 orang setuju bahawa mempelajari Rasm Uthmani adalah tuntutan wajib. Item 2 mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 100%.

Jadual 5 : Taburan peratus pengamalan para pelajar terhadap Rasm UthmaniItemPernyataanPeratus ( % )

STSTSKSSSS

01.Membuat kajian tentang pembacaan dan penulisan Rasm Uthmani00106525

02.Mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik0000100

03.Kaedah mendengar kaset, CD dan DVD0025750

04.Pembacaan bertajwid juga dapat diperbetulkan dengan Rasm Uthmani0003565

05.Bimbingan guru yang arif0008515

Seterusnya pada jadual 5 diatas menunjukkan analisis berkenaan taburan peratus berdasarkan pengamalan para pelajar dalam kehidupan seharian. Item 2 mencatatkan peratusan yang paling tinggi berbanding dengan item lain iaitu 100%. Keseluruhan responden sangat setuju mempelajari kaedah Rasm Uthmani secara sistematik bagi mengukuhkan lagi amalan mereka dalam penghafazan Al-Quran. Bagi item 1, seramai 4 orang responden atau 10% sahaja yang kurang setuju mengamalkan kaedah Rasm Uthmani dengan cara membuat kajian. Manakala pada item 5, kebanyakan responden setuju mendapatkan bimbingan guru yang arif bagi memantapkan lagi pengamalan meraka menggunakan kaedah Rasm Uthmani.Bab 1: PendahuluanAl-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w amat terpelihara darinsegi bentuk tulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril, Allah juga telah menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Antara beberapa kaedah penulisan yang dapat dikesani oleh para ulama ialah kaedah penulisan yang dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

Kalimah rasm boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan Al-Quran atau kaedah dalam penulisan Al-Quran. Bentuk tulisan yang dimaksudkan ialah jenis tulisan atau khat seperti khat khufi, khat thuluth atau Riqaah. Kaedah penulisan pula adalah cara menulis sesuatu kalimah itu sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah arab iaitu Rasm uthmani, rasm Qiyasi dan Rasm Arudi. Daripada tiga kaedah tersebut, hanya kaedah rasn uthmani dan Rasm Qiyasi sahaja yang digunakan dalam penulisan Al-Quran manakala Rasm Arudi pula digunakan dalam penulisan syair-syair arab.

Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Selain itu, Rasm Uthmani juga dinamakan sebagai Rasn Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahwa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintah agar ia digunakan dalam penulisan al-Quran ketika itu.1.0 Pengertian Rasm Uthmani

Rasm ialah pembentukan ( taswir) lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf Hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang dapat dituturkan. Rasm juga dapat diertikan sebagai petunjuk adanya sesuatu lafaz atau boleh ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang berkaitan dengan jenis-jenis khat.Manakala Ilmu Rasm satu ilmu yang membincangkan cara-cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi memelihara huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung dan menggantikan huruf. Menurut Abdul Qadir Leung (2008) , kalimah rasm bermaksud penulisan-penulisan berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah saidina Othman ketika proses penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) menyatakan Rasm Uthmani juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh MajmaBuhuth al-Islamiyyat yang bermaksud ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman binAffan bersama sahabat yang lain ketika penulisan al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-hurufnya, yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirimkan ke pelbagai daerah dan bandar serta mushaf yang berada di tangan Saidina Uthman sendiri.2.0 Kepentingan Rasm Uthmani.

Daripada pengertian yang dapat difahami, jelas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu dipelajari dan diberi keutamaan apabila seseorang itu hendak menulis atau membaca kitab suci al-Quran.

Terdapat beberapa faktor yang dijadikan sandaran oleh para ulama untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan ialah kaedah penulisannya adalah Tauqifi daripada Rasulullah s.a.w, merupakan salah satu rukun bacaan al-Quran, penulisannya meliputi tujuh huruf al-Quran yang meliputi wajah-wajah qiraat yang mutawatirah dan ianya juga bertepatan dengan pembentangan terakhir bacaan Al-Quran.

2.1 Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukan Taufiqi

Rasm Uthmani merupakan satu kaedah penulisan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Ini bermakna rasm ini adalah datangnya daripada Allah S.W.T kerana Rasulullah s.a.w tidak akan mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat wahyu dari Allah. Hadis ini dijadikan sebagai sandaran: Yang bermaksud: Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu.Kenyataan hadis ini menjadi pegangan kebanyakan para ulama sama ada salaf dan juga khalaf untuk berhujah tentang keistimewaanya. Ia lebih diyakini kerana para sahabat Rasulullah s.a.w turut mengamalkannya dan tidak pernah menginkarinya. Walaupun ada pendapat yang bertentangan dengan kenyataan di atas, namun pendapat itu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sandaran yang mantap. Kaedah-kaedah ini juga sering mengalami perubahan dan sekiranya ia berlaku kepada kitab suci Al-Quran pastinya berlaku penyelewengan yang merosakan kalimah dan kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir.Suatu perkara yang harus difahami oleh umat islam ialah setiap huruf-huruf al-Quran mempunyai mukjizat tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Sekiranya berlaku penambahan atau pengurangan terhadap huruf-huruf Al-Quran ianya beerti seseorang telah mengurangkan mukjizat Al-Quran dipertanggunjawabkan di akhirat kelak.

2.2 Rasm Uthmani menjadi sebahagian Rukun bacaan al-QuranMembaca Al-Quran adalah digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Para ulama telah bersepakat mangatakan bahawan rukun bacaan Al-Quran ada tiga perkara. Salah satunya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf Uthmani sama ada yang dihantar oleh Saidina Uthman ke Mekah, Madinah , Kufah , Basrah dan Syam ataupun yang berada dalam simpanan Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan ditolak. Para ulama telah bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.

2.3 Merangkumi Tujuh Huruf Al-Quran

Antara faktor yang sangat penting yang menjadikan Rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Banyak hadis yang menerangkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf, antaranya sabda Rasulullah s.a.w ;

Yang bermaksud:

Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd bib Abd Allah, bahawa Ibn Abbasr.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jibril a.s telah mengajarkan kepadaku satu huruf, naka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambah kan, dan akhirnya ia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.Terdapat berbagai andaian ulama mengenai maksud tujuh huruf . Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh huruf membawa maksud tujuh cara bacaan yang berbagai bagai dan merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak dan sama ada ia muzakkar atau muannas, peselisihan pada cara ikrab ( analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahului atau mengakhirkan sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan pada cara irab, perselisihan pada dari segi ibdal (tukar), perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Oleh itu sekiranya kaedah penulisan Rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran, sudah tentulah mushaf yang dihasilkan tidak merangkumi semua huruf dan menjadikan sesuatu mushaf itu hanya sesuai untuk bacaan qiraat tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat yang lain.2.4 Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir

Setelah sempurna penurunan Al-Quran maka Jibril telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan membuat semakan bacaan buat kali terakhir. Ketika peristiwa ini berlaku, Rasulullah ditemani oleh Zaid bin Thabit. Oleh itu, semasa Saidina Abu Bakr dan Saidina Uthman memberi tangggungjawab untuk mengumpul dan menulis semmula ayat-ayat Al-Quran, Zaid telah melakukannya mengikut apa yang didengari semasa berlakunya pembentangan itu. Sebarang ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah s.a.w atau terdapat catatan sahabat yang tiada di dalam pembentangan terakhir itu dianggap musnah dari penulisan A-Quran.3.0 Kaedah Penulisan Rasm UthmaniAntara berikut adalah beberapa kaedah penulisan Rasm Uthman yang terdapat di dalam al-Quran ;3.1 Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan ( Hazaf )

Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiyah tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah Alif ( ), wau ( ) danYa ( ) pada kata permulaan ( fawatih ) surah tertentu Al-Quran.

3.1.1 Pembahagian Hazaf;

Hazaf berlaku dalam tiga bentuk:

Hazaf Insyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat mutawatirrah tertentu contohnya.

Hazaf Ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannanth Salim. Contohnya pada:

Hazaf Iktisor yang bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain. Contohnya hazaf alif pada kalimah miaad

3.2 Kaedah Al-Ziyadah Ziyadah bermaksud penambahan huruf huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu pada kalimah tertentu di dalam Al-Quran. Ia merupakan satu kaedah yang yang perlu diberi perhatian dalam penulisan Rasm Uthmani. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. Dalam penulisan Mushaf Rasm Uthmani, huruf-huruf ziyadah ialah Huruf Alif , Huruf Wau dan Huruf Ya. Antara contoh kaedah Ziyadah ialah: Ziyadah Huruf Wau pada kalimah "

Ziyadah Huruf Ya pada kalimah "

3.3 Kaedah Al-Ibdal

Maksud Al-Ibdal ialah menukarkan atau menggantikan suatu huruf kepada huruf yang yang lain . Huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya. Dalam Penulisan Rasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:i. Ibdal huruf Alif kepada huruf Wau. Contoh, empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:

ii. Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya dalam beberapa keadaan tertentu iaitu apabila huruf Alif terletak dihujung kalimah,walaupun ia berhubung dengan dhamir ( ganti nama ). Contoh;

iii. Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif dalam keadaan tertentu iaitu apabila huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah. Contoh;

iv. Ibdal huruf Ta Marbutah kepada Ta Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu. Semua kalimah ( ) ditulis dengan TaMarbutah melainkan pada tujuh tempat dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta Maftuhah ( ) . Contoh;

v. Ibdal huruf Thulathi Wau kepada huruf Alif Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf ketiganya ialah Waw akan diibdalkan kepada huruf Alif pada kalimah beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan ialah:

4.0 Hukum Menggunakan Rasm Uthmani

Hukum mempelajari Rasm Uthmani adalah Fardhu Kifayah. Ianya merupakan satu keperluan di mana ia dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta ditulis dengan Ta Mafthuhah atau Ta Marbutoh. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji khususnya apapbila hendak ditulis atau dibaca kerana ianya dapat memelihara daripada kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Para ulama telah berselisih pendapat mengenai hukum mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran, apakah boleh ditulis dalam Rasm Imlai. Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn Hambal telah menyatakan haram hukumnya menyalahi Rasm Uthmani seperti dalam hal penulisan ya atau alif atau wau , manakala Imam Malik ketika ditanya bolehkah Al-Quran ditulis dalam bentuk penulisan gaya baru?, beliau menjawab tidak boleh dan mesti mengikuti bentuk penulisan yang pertama kali. Bab 11 : Hasil kajian (tahap kefahaman pelajar mengenai Rasm Uthmani)Hasil daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, maka dapatlah dirumuskan bahawa tahap kefahaman pelajar-pelajar tahfiz ini mengenai Rasm Uthmani berada di paras yang baik. Hasil daripada bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru telah memberi kefahaman yang baik dalam mendalami kaedah penulisan Rasm Uthmani. Walau bagaimanapun terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahfiz ini. Antara masalah masalah yang di hadapi ialah:1. Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara kaedah penulisan Rasm

Uthmani.2. Tidak ada kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru dan pelajar.3. Bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah menyukarkan guru memberi pemerhatian kerana bilangan guru yang sedikit.4. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah penulisan Rasm Uthmani kerana mengikut sukatan pelajaran Maahad Tahfiz.5. Perbezaan cara pengajaran dan pembacaan al-Quran diantara sekolah dan rumah.6. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan VCD atau komputer.7. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yang diedarkan di Mahaad Tahfiz.Dari masalah-masalah yang disebut tadi masalah yang paling penting yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar ialah ketiadaan buku panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar dan mencari maklumat berkaitan kaedah Penulisan Rasm Uthmani. Dengan hanya bergantung kepada catatan panduan yang terdapat di dalam buku iqra, ia tidak memadai dan tidak menyatakan secara jelas cara pengajaran. Pihak Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah mengambil satu langkah yang baik dalam hal ini dengan menerbitkan buku panduan akan tetapi buku tersebut tidak tersebar ke negeri-negeri lain untuk dimanfaatkan bersama. Mengenai buku latihan khusus tentang pengajaran al-Quran menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani, ada di sesetengah negeri telah mengambil inisiatif sendiri dalam menyediakan buku latihan sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan pada tahun 1994 tetapi ia tidak ada daya tarikan yang boleh menarik minat murid seperti warna-warni dan lain-lain. Kebanyakan guru menyediakan latihan-latihan untuk pengajaran al-Quran atas inisiatif sendiri. Bab 111 : Kesimpulan dan Cadangan

Secara umumnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Baitul Marhabbah ini menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani bagi melancarkan hafazan mereka. Majoriti daripada pelajar-pelajar ini memahami kaedah penulisan Rasm Uthmani dan mereka turut mengamalkan Rasm Uthmani ketika membaca dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebagai kesimpulannya, sistem pembelajaran dan kaedah yang digunakan dalam memahami Rasm Uthmani perlu adalah amat penting bagi menjamin keberkesanan dalam menghafaz Al-Quran. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada ibu bapa memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan huffaz yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam kaedah Rasm Uthmani. Keprihatinan dan perhatian adalah penting dalam menjaga golongan huffaz ini agar suatu hari nanti lahirlah mereka yang betul-betul menjaga serta mempertahan kesucian ilmu Al-Quran sehingga akhir zaman.RUJUKAN1. Ahmad kamaruddin Ibrahim, (2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

2. Badaruddin Mohd b. Abdullah Al-Zarkasyi,al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut dar al Makrifah.

3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani dan Kelebihannya, utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.4. Ahmad Kamarudin Ibrahim dan Abd. Rahman Abd Ghani, Modul HBQE1203 Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc Sdn. Bhd.5. Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi,Jurnal Pendidikan Malaysia ( 2009 ), www.scribd. com

15