tugasan rasm hbqe1203-ustazah siti eshah salleh
DESCRIPTION
Rasm UthmaniTRANSCRIPT
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBQE1203 : RESM AL-UTHMANI
NAMA : SITI ESHAH BINTI SALLEH
NO. MATRIKULASI : 650121035766001
NO. KAD PENGENALAN : 650121-03-5766
NO. TELEFON : 019 8613014
E-MAIL : [email protected]
TUTOR : MOHD ZAINUN ANUAR BIN MAT
SALLEH
E-MAIL : [email protected]
SEMESTER : JANUARI 2013
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 0
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat________________________________________________________________________________________________________________
Pendahuluan 21. PENGENALAN : Rasm Uthmani 3
1.1 Pengertian Rasm Uthmani 3
1.2 Kepentingan ilmu Rasm Uthmani 3
1.3 Keistimewaan Rasm Uthmani 4
1.4 Keutamaan Ilmu Rasm Uthmani 5
1.4 Faedah Rasm Uthmani 5
2. FAKTOR-FAKTOR RASM UTHMANI PERLU DIBERI KEUTAMAAN 5
2.1 Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 5
2.2 Rasm Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Qur′an 6
2.3 Meliputi Tujuh Huruf 6
2.4 Rasm Uthmani Bertepatan dengan Semakan Bacaan Al-Qur′an Terakhir 7
3. PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM QIYASI 7
3.1 Perbezaan Dari Sudut Ta’rif 7
3.2 Perbezaan Dari Sudut Hukum Penulisan Al-Quran 8
3.3 Perbezaan Dari Sudut Sifat Antara Tauqifi Atau Bukan Tauqifi 9
3.4 Perbezaan Dari Sudut Kaedah Penulisan : 9
3.5 Perbezaan Dari Sudut Fungsinya Yang Menepati Mushaf-mushaf Uthmani 12
Yang Merupakan Sebahagian Rukun Bacaan AL-Quran
4. TAUQIFI & TAUFIQI 13
2.1 Definisi Tauqifi 13
2.2 Definisi Taufiqi 13
5. PERBAHASAN ULAMA′ MUKTABAR TENTANG ISU RASM UTHMANI 13
SAMA ADA IA BERSIFAT TAUQIFI ATAU BUKAN TAUQIFI
5.1 Ulama-Ulama Yang Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 13
5.2 Ulama-Ulama Yang Tidak Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi 15
5.3 Tauqifi & Istilahi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Rasm Uthmani Bersifat 16
Tauqifi Dan Mengharuskan Penulisan Bahasa Arab)
RUMUSAN 17
BIBILIOGRAFI 18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Saya
amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi
Kursus Resm Al-Uthmani (HBQE 1203) yang menyentuh tentang Rasm Uthmani ini dapat
disempurnakan sepenuhnya.
Tugasan Ini disusun dan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama bermula
Pengenalan : Rasm Uthmani, diikuti Faktor-Faktor Rasm Uthmani Perlu Diberi
Keutamaan, seterusnya Perbezaan Resm Uthmani Dengan Resam Qiyasi, diikuti
Definisi Tauqifi & Taufiqi; dan juga Perbahasan Ulama′ Muktabar Tentang Isu Rasm
Uthmani Sama Ada Ia Bersifat Tauqifi Atau Bukan Tauqifi.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak
pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini iaitu En. Mohd Zainun Anuar Bin Mat Salleh
di atas tunjuk ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi
perbincangan. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan saya
berharap agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan pelajar lain. Sememangnya tugasan ini
telah memberi kefahaman yang mendalam hukum penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani
dan perbezaan pendapat ulama tentang sifat Rasm Uthmani sama ada Tauqifi atau TaUfiqi.
Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa
sempadan.
Disediakan oleh :SITI ESHAH BT SALLEH650121035766001(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
1. PENGENALAN : Rasm Uthmani
Al-Qur′an merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yang terbesar daripada Allah
s.w.t serta sentiasa terpelihara daripada penyelewengan sama ada dalam bentuk lisan mahu
pun dalam bentuk penulisan. Ia diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. bersama
bentuk bacaan mutawatir. Allah s.w.t telah menentukan kaedah-kaedah tertentu bagi
membentuk kalimah al-Qur′an. Dengan izin Allah s.w.t, para ulama′ Berjaya mengesan
beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran. Kaedah tersebut adalah kaedah Rasm
Uthmani. Kaedah ini adalah bersumberkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dan
digunakan untuk menulis kalimah-kalimah kitab suci al-Qur′an al-Karim. Ini menunjukka
kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan penyeragaman kaedah penulisan
kalimah-kalimah AL-qur′an iaitu dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani supaya dapat
mengekal dan memelihara ketepatan bacaan Qiraat tujuh atau sepuluh yang mutawatir
daripada Rasululah s.a.w. Berikut dikemukakan beberapa penjelasan tentang beberapa
perkara asas Rasm Uthmani.
1.1 Definisi Rasm
Rasm bermaksud pembentukan (taswir) lafaz atau perkataan melalui penggabungan
huruf-huruf Hijaiyyah.
Rasm juga bermaksud gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat diujarkan
atau dituturkan.
Rasm juga ialah petunjuk adanya sesuatu lafaz. Ia juga bermaksud apa sahaja yang
berkaitan dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa saja jenis Khat, contohnya
al-Kufi, al-Thulth dan al-Riqa’ah
1.2 Definisi Ilmu Rasm
Ilmu Rasm ialah sesuatu ilmu yang membincangkan tentang kaedah dan cara
penulisan serta pembentukan lafaz/kalimah. Ia meliputi cara menjaga lafaz huruf atau
mengekalkan bentuk tulisan asalnya atau melalui beberapa penambahan, pengurangan,
pemisahan (fasal), perangkaian (wasal) atau penggantian (badal).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
1.3 Definisi Rasm Uthmani
Rasm Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah
ayat-ayat al-Qur′an yang digunakan dan dipersetujui oleh Saiyidina Uthman ketika
penyalinan dan penulisan al-Qur′an.
Ia juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh Majma’ Buhuth al-Islamiyyat.Ulama
telah mendefinisikan Rasm Mushaf sebagai apa-apa yang ditulis oleh para sahabat nabi
berkaitan dengan lafaz al-Qur′an dalam mushaf Uthmani dengan bentuk dan format tersendiri
yang berbeza dengan kaedah-kaedah penulisan bahasa Arab.
Rasm Uthmani juga bermaksud tulisan mashaf-mashaf al-Qur′an yang digunakan dan
dipersetujui oleh Sayyidina ‘Uthman r.a. untuk menulis kalimah-kalimah al-Qur′an dan
huruf-hurufnya.
Ia juga bermaksud satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf
Rasm ‘Uthmani dengan Rasm Qiyasi.
Selain itu, sebahagian ulama′ berpendapat bahawa ia adalah sebarang penulisanyang
menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya.
Dr. Sya’ban Muhammad Ismail turut mendefinisikan Rasm Uthmani sebagai satu
keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saiyidina
‘Uthman r.a. dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi
tujuh huruf al-Qur′an, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris semasa semakan terakhir dan
tidak dimansuhkan bacaannya.
Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para
sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm
tersebut.
Selain itu, ia juga dinamakan Rasm Tawqifi kerana Rasm Uthmani merupakan kaedah
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w telah memerintahkan supaya Rasm
Uthmani digunakan dalam penulisan al-Qur′an pada ketika itu.
Secara konklusinya, daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama′
maka jelaslah di sini Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal al-Qur′an yang diwahyukan oleh
Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w., diajarkan kepada para sahabat untuk menulis ayat-ayat
al-Qur′an dan juga dinisbahkan kepada Sayyidina ‘Uthman r.a.. kerana Sayyidina Uthman
telah mengarahkan supaya al-Qur′an disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan
menggunakan Rasm tersebut.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
1.4 Keutamaan ilmu Rasm Uthmani
Setelah mengetahui definisi-definisi tentang Ilmu Rasm Uthmani, kita dapati ia sangat
penting dipelajari dan didalami supaya penulisan kalimah-kalimah al-Qur′an sentiasa betul,
tepat. Rasm Uthmani juga sangat perlu diberi keutamaan lebih-lebih lagi apabila seseorang
itu hendak menulis atau membaca kitab suci al-Qur′an. Terdapat beberapa faktor yang
dijadikan sandaran oleh para Ulama′ untuk memperkukuh kenyataan bahawa ilmu Rasm
Uthmani sangat penring untuk didalami. Faktor-faktor tersebut ialah Rasm Uthmani bersifat
Tauqifi, merupakan salah satu rukun bacaan al-Qur′an, merangkumi tujuh huruf al-Qur′an
dan bertepatan dengan pembentangan terakhir.
1.5 Faedah Rasm Uthmani
Faedah-faedah Rasm Uthmani antaranya ialah Rasm Uthmani dapat memelihara
daripada kesalahan-kesalahan dalam penulisan Al-Qur′an. Rasionalnya ialah jika tulisan
sesuatu kalinah atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Penulisan yang betul
adalah merupakan perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
2. Faktor-faktor Utama Rasm Uthmani Perlu Diberi Keutamaan
Terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh kaedah Rasm Uthmani antaranya
ialah bersifat Tauqifi, menjadi sebahagian rukun bacaan al-Qur′an, meliputi tujuh huruf, dan
bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Qur′an terakhir.
2.1 Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi
Rasm Uthmani bersifat Tauqifi disebabkan ia satu kaedah penulisan yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Rasulullah s.a.w. pula hanya akan menyampaikan
sesuatu kepada ummatnya setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.. Ini menunjukkan
bahawa kaedah penulisan yang baginda ajarkan itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman :
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
Ertinya : “Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad s.a.w. yang
kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar)
dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan
(sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Qur′an atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya”.
Kemudian, penulisan al-Quran menggunakan kaedah Rasm Uthmani ini berterusan sampailah
zaman Saiyidina Abu Bakar, zaman Saiyidina Uthman dan juga Tabi’ Tabiin
2.2 Rasm Uthmani Adalah Sebahagian Rukun Bacaan Al-Qur′an
Rukun Bacaan al-Qur′an ada tiga perkara iaitu berkesinambungan sanad yang sahih,
menepati bahasa Arab dan menepati salah satu Mushaf Uthmani. Salah satu daripadanya
ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani sebagaimana
mushaf-mushaf yang diedarkan ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atas arahan
Sayyidina Uthman atau pun mushaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh beliau. Rukun
bermaksud perkara yang perlu ada pada sesuatu tetapi jika tiada, maka Allah s.w.t. tidak akan
menerima perbuatan atau amalan tersebut. Contohnya, ibadah puasa tidak akan diterima
Allah s.w.t jika tidak dilengkapi oleh semua rukun-rukunnya. Samalah seperti amalan
membaca al-Qur′an, ia tidak diterima bacaannya itu jika tidak menepati salah satu daripada
mushaf-mushaf Uthmani. Bacaan yang tidak menepati rukun dianggap syaz iaitu bacaan
ditolak.Perlu diketahui ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) Qiraat
Syazzat dan tidak membenarkan bacaannya ketika dalam solat mahupun d luar solat.
2.3 Meliputi Tujuh Huruf
Rasm Uthmani adalah meliputi tujuh huruf al-Qur′an seterusnya menjadikan Rasm
Uthmani bertepatan dengan wajah Qiraat yang diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-
sahabatnya. Pendapat yang disepakati majoriti ulama berkaitan tujuh huruf tersebut ialah
tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur seperti kata nama sama ada ia mufrad,
muthanna atau jamak; sama ada ia muzakkar atau muannas; perselisihan pada cara ikrab
(analisa nahu); perselisihan cara tasrif; perselisihan mendahulu atau menta′khir sesuatu huruf
atau kalimah; perselisihan dari segi ibdal; perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah; dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Jika Rasm Uthmani tidak digunakan dalam
penulisan al-Qur′an, sudah tentu mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf. Ini
menunjukkan mushaf tersebut terhad dan tidak sesuai digunakan untuk membaca semua
qiraat mutawatiroh yang lain. Sebaliknya hanya terbatas kepada Qiraat mutawatiroh tertentu
sahaja.
2.4 Rasm Uthmani Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Qur′an Terakhir
Perlu diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan semakan terakhir bacaan
al-Qur′an dengan Malaikat Jibril dan Zaid Bin Thabit sahabat baginda turut berada bersama
baginda s.a.w. Zaid Bin Thabit telah diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul
al-Qur′an oleh dua orang Khulafa′ ar-Rashidin iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina
Uthman supaya menulis berdasarkan kepada pembentangan terakhir. Zaid Bin Thabit
meyakini bahawa kesemua ayat al-Qur′an yang diturunkan semasa hayat nabi tetapi tidak
dibentangkan ketika pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang dimansuhkan
tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga dengan kandugan
dalam mushaf-muahaf para sahabat seperti mushaf-mushaf Sayyidatina Aisyah, Sayyidina
‘Umar, mushaf Ubay Bin Ka’ab dan lain-lain lagi tidak dianggap sebagai mushaf yang betul
kerana ia tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.
3. PERBEZAAN ANTARA RASM UTHMANI (RASM ISTILAHI) DENGAN RASM
QIYASI (RASM IMLAI′)
Berikut dikemukakan beberapa perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi:
3.1. Perbezaan Dari Sudut Ta’rif :
Rasm Uthmani menurut Dr. Sya’ban Muhammad bermaksud satu keterangan yang
membicarakan mengenai mushaf-mushaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a. dan
dihantar ke kota-kota Islam ketika itu di mana kaedah penulisannya merangkumi tujuh huruf
al-Qur′an (Qiraat), ditulis tanpa titik dan baris serta bertepatan dengan tulisan dan bacaan
semasa semakan akhir dan tidak dimansuhkan bacaan.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
Manakala Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan
huruf ejaannya, dengan menekankan cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah
tersebut. Ia juga membentuk atau menggambarkan satu kalimah berpandukan huruf-huruf
ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut dengan sebutannya.
3.2 Perbezaan Dari Sudut Hukum Penulisan Al-Quran
Ulama bersependapat bahawa wajib mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-
Qur′an. Sesuai dengan sifatnya iaitu Tauqifi dan bukannya Taufiqi. Ia satu kaedah penulisan
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Rasulullah s.a.w. pula hanya akan
menyampaikan sesuatu kepada ummatnya setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.. Ini
menunjukkan bahawa kaedah penulisan yang baginda ajarkan itu sebenarnya datang daripada
Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman :
Ertinya : “Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad s.a.w. yang
kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar)
dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan
(sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Qur′an atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya”.
Manakala Rasm Imlai′ tidak sesuai untuk dijadikan penulisan al-Qur′an. Ia tidak
bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar oleh Rasulullah s.a.w. Berdasarkan
pendapat yang Rojih (Terpilih) aiaitu pendapat Jumhur yang mengakui penulisan al-Qur′an
adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
3.3 Perbezaan Dari Sudut Sifat Antara Tauqifi Atau Bukan Tauqifi
Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukannya Taufiqi kerana ia merupakan kaedah
penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat.
Manakala Rasm Imlai′ ia tidak bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar
oleh Rasulullah s.a.w.
3.4 Perbezaan Dari Sudut Kaedah Penulisan :
Rasm Uthmani menggunakan kaedah tertentuyang mana ia tidak sama dengan
penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti
membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan
hamzah.
Manakala Rasm Qiyasi cara penulisannya berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya
atau dengan kata lain ia merupakan satu kaedah penulisan kelaziman pengucapan atau
pertuturan. Oleh itu, penulisannya tidak dikaitkan dengan menambah (ziyadah),
membuang(hazaf), mengganti (ibdal), memisah dan menyambung (maqtu’ wa maushul) dan
juga penulisan hamzah. Berikut adalah perbandingan antara contoh penulisan Rasm Uthmani
dengan Rasm Imlai′:
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
3.5 Perbezaan Dari Sudut Fungsinya Yang Menepati Mushaf-mushaf Uthmani Yang
Merupakan Sebahagian Rukun Bacaan AL-Quran
Rasm Uthmani merupakan kaedah yang menepati mushaf-mushaf Rasm Uthmani dan
sebahagian daripada Rukun Bacaan al-Qur′an kerana ia menepati mushaf-mushaf Rasm
Uthmani. Terdapat tiga perkara rukun bacaan al-Quran iaitu berkesinambungan sanad yang
sahih, menepati bahasa Arab dan menepati salah satu Mushaf Uthmani. Salah satu
daripadanya ialah hendaklah bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani
sebagaimana mushaf-mushaf yang diedarkan ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam
atas arahan Sayyidina Uthman atau pun mushaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh
Sayyidina Uthman.
Sebaliknya Rasm Imlai′ tidak menepati mushaf-mushaf Rasm Uthmani yang menjadi
salah satu rukun bacaan al-Quran.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
4. TAUQIFI & TAUFIQI
4.1 Definisi Tauqifi
Tawqifi ialah segala kandungannya diterima oleh Rasulullah s.a.w. dari wahyu lalu.
Baginda menjelaskan kepada manusia atau para sahabat dengan kata-katanya sendiri. Justeru,
Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan bukannya Taufiqi kerana ia merupakan kaedah penulisan
yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat.
4.2 Definisi Taufiqi
Taufiqi ialah yang disimpulkan atau dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. menurut
pemahamannya terhadap al-Qur′an kerana baginda bertanggungjawab menjelaskan al-Qur′an
atau menyimpulkannya dengan pertimbangan dan ijtihad. Manakala Rasm Imlai′ ia tidak
bersifat Tauqifi kerana kaedah ini tidak pernah di ajar oleh Rasulullah s.a.w.
5. PERBAHASAN ULAMA′ MUKTABAR TENTANG ISU RASM UTHMANI
SAMA ADA IA BERSIFAT TAUQIFI ATAU BUKAN TAUQIFI
Berikut adalah perbahasan Ulama Muktabar tentang isu Rasm Uthmani sama ada
bersifat Tauqifi atau Bukan Tauqifi.
5.1 Tauqifi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Itu Bersifat
Tauqifi)
Terdapat ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi yang mana
wajib mengikuti Rasm Uthmani dalam penulisan al-Qur′an.
Ahmad Ibn Hambal berkata bahawa haram hukumnya menyalahi Rasm Uthmani
seperti dalam hal penulisan huruf “ya” atau “alif” atau “wau”.
Imam Malik pun turut berpendapat supaya mengikut bentuk penulisan yang pertama
kali. Ketika beliau ditanya “Bolehkah al-Qur′an ditulis dalam bentuk penulisan gaya baru?
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
Beliau lalu menjawab : “Tidak boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang pertama
kali”.
Pendapat seterusnya adalah pendapat yang Rojih (Terpilih). Pendapat ini merupakan
pendapat Jumhur yang mana majority ulama bersepakat bahawa penulisan al-Quran adalah
Tauqifi dan tidak boleh menyalahinya.
Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitab Fatawa al-Maashirah telah mempertahankan
pendapat Jumhur tersebut dengan menjelaskannya secara terperinci. Berikut dikemukakan
penjelasan beliau tersebut :
i. Umat Islam sejak zaman Sayyidina Uthman menerima mushaf yang ditulis dan berubah
ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid.
ii. Umat Islam bersepakat mushaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidak diubah
atau ditukar walaupun cara penulisan sekarang sudah berkembang dan berubah. Walaupun
begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak merubah bentuk kalimah asal.
Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik huruf dan baris-baris.
iii. Mushaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah sebagai
langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Qur′an dari sebarang perubahan
yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan.
iv. Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-
bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to.
v. Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan′ bahawa ia boleh diselesaikan dengan
meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan
bunyi-bunyi huruf lain yang tidak mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian
sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi
hurufnya secara tepat.
vi. Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan
bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga tanwin bagaimanakah bunyi ketika disambung
(wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain
dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat
dikuasai melalui latihan.
vii. Walaupun begitu di dalam keadaan amat dhorurah kemungkinan dilonggarkan bagi
mereka yang sukar mempelajari secara lisan dan di dalam penulisan selain daripada penulisan
mushaf. Tetapi perlu diingat keharusan dalam dhorurah adalah sekadar yang perlu sahaja
seperti terdapat di dalam kaedah syarak.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
Selain itu, terdapat persidangan ulama sedunia yang turut mengakui pendapat
tersebut. Pertubuhan-pertubuhan itu antaranya Majmak Buhuth Islami (Majlis Kajian Islam),
Universiti al-Azhar Mesir dalam persidangan ke-6nya pada 30 Muharram 1391H dan
Majmak Fiqh Islami (Majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam Sedunia)
Riyadh menetapkan bahawa :
i. Mengekalkanpenulisan al-Qur′an secara Rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan sebarang
penyelewengan dalam penulisannya.
ii. Mengekalkan al-Qur′an yang ditulis dengan kaedah Rasm Uthmani sahaja kerana ia adalah
satu sunnah para sahabat yang diambil daripada Rasulullah bertepatan dengan hadis ‘alaikum
bisunnati…’.
ii. Mengelakkan penulisan Resm Uthmani dan mengikut penulisan Rasm Imlai′ dengan
tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran atau penambahan huruf al-
Quran tanpa disedari.
iii. Membiarkan al-Qur′an tanpa piawaian penulisan yang tetap akan mendedahkannya
kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan kaedah-kaedah lain yang pasti akan
merosakkan keaslian bacaan,
iv. Semua bentuk bacaan adalah perkara yang di ambil daripada Nabi s.a.w. bukan melalui
sesuatu fatwa.
5.2 Istilahi (Ulama-Ulama Yang Tidak Mengakui Bahawa Rasm Uthmani Itu Bersifat
Tauqifi)
Namun begitu, terdapat juga ulama-ulama yang tidak mengakui Rasm Uthmani itu
bersifat Taiqifi. mengikut Rasm Uthmani antaranya Abu Bakr al-Baqillani dan Ibn Khaldun.
Mereka berpendapat bahawa tidak salah sekiranya mengubah penulisan al-Quran mengikut
kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran tersebut).
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
5.3 Tauqifi & Istilahi (Ulama-Ulama Yang Mengakui Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi
Dan Mengharuskan Penulisan Bahasa Arab)
Ulama-ulama ini terdiri daripada Sultan Ulama Izzudin Abd Al-Salam dan Badruddin
al-Zarkashi. Mereka berpendapat bahawa menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab
adalah harus bagi masyarakat awam. Di samping itu, untuk golongan Ulama dan orang-orang
tertentu (pakar al-Quran) adalah cenderung kepada penggunaan Rasm Uthmani atau
mengekalkannya serta menjaganya. Seolah-olah umpama sejarah dan warisan yang perlu
dipelihara bagi generasi akan datang.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
RUMUSAN
Secara keseluruhannya Rasm Uthmani adalah bersifat Tauqifi. Ia juga berbeza dengan
Rasm Imlai dari segi ta’rif, hukum penulisan al-quran, sifat antara Tauqifi atau bukan
Tauqifi, perbezaan dari sudut kaedah penulisan, dan dari segi fungsinya yang menepati
mushaf-mushaf uthmani yang merupakan sebahagian rukun bacaan al-quran. Terdapat
beberapa faktor Rasm Uthmani perlu diberi keutamaan iaitu Rasm Uthmani bersifat Tauqifi,
Rasm Uthmani adalah sebahagian rukun bacaan Al-Qur′an, meliputi tujuh huruf dan Rasm
Uthmani bertepatan dengan semakan bacaan Al-Qur′an terakhir. Sifat Tauqifi dengan sifat
Taufiqi adalah berbeza konsepnya. Terdapat tiga aliran pendapat ulama tentang Rasm
Uthmani sebagai kaedah penulisan al-Quran yang menyentuh tentang pengakuan sama ada
sifatnya Tauqifi atau bukan Tauqifi. Tiga aliran pendapat ulama itu terbahagi kepada ulama-
ulama yang mengakui bahawa Rasm Uthmani bersifat Tauqifi, ulama-ulama yang tidak
mengakui bahawa Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan seterusnya ulama-ulama yang
mengakui Rasm Uthmani bersifat Tauqifi dan mengharuskan penulisan Bahasa Arab.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
KURSUS RESM AL-UTHMANI (HBQE1203
BIBILIOGRAFI
Al-Quran al-Karim.
Ahmad Kamarudin Ibrahim, (2011). Rasm Uthmani (HBQE1203), Malaysia : Open
University.
Ahmad Kamaruddin Ibrahim, (2009). Rasm Al-Uthmani, Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.
Bhd.
Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990). Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani Dan
Kelebihannya, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Percetakan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004). Buku
Panduan Rasm Uthmani, Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2006). Sukatan Pelajaran Kelas Kemahiran al-
Qur’an, Selangor : KPM
e
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18