epistemologi rasm dan dabt al-quran: suatu pengenalan

Download Epistemologi Rasm Dan Dabt Al-Quran: Suatu Pengenalan

Post on 31-Dec-2016

255 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th 13th October 2015

    Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

    ANALISIS HADITH MUKHTALIF: HADITH TELAGA BUDAAH DAN HADITH DUA KOLAH

    NIK MOHD NABIL B. IBRAHIM @ NIK HANAFI

    WAN HAKIMIN BIN WAN MOHD NOR

    AHMAD FAQIH B. IBRAHIM

    MOHAMMAD HAZWAN B. HAMRI

    Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

    Bangi, Selangor.

    nikmohdnabil@kuis.edu.my

    ABSTRAK

    Hadith Mukhtalif merupakan hadith maqbul yang seakan-akan bercanggah dan bertentangan

    dari segi makna zahirnya. Kesan daripada percanggahan tersebut menyebabkan kekeliruan dan

    salah anggap kepada hadith Rasulullah SAW. Ini akan memberi peluang keemasan kepada

    musuh-musuh Islam untuk menghina dan memburukkan peribadi Rasulullah SAW dan hadith-

    hadith baginda. Kajian ini bertujuan menjelaskan isu perbezaan hadith bagi menghindari

    kekeliruan dan prasangka yang boleh menggugat keyakinan umum terhadap status sesuatu

    hadith. Perkara ini amat penting khususnya kepada para fuqaha yang berusaha mengistinbat

    hukum-hakam melalui hadith. Di samping menjadi kekuatan kepada para muhaddithin dalam

    memberi maklum balas terhadap golongan liberalis yang sengaja menyandarkan hujah

    penolakan hadith (anti-hadith) menerusi isu perbezaan hadith. Kajian ini menggunakan

    metodologi kualitatif dengan rekabentuk analisis kandungan karya-karya hadith dan fiqh yang

    membahaskan persoalan percanggahan hadith dan hukum hakam taharah khususnya tentang

    air. Dapatan kajian ini menunjukkan kedua-dua hadith adalah sabit daripada Rasulullah SAW

    akan tetapi terdapat percanggahan makna secara literalnya yang kesudahannya membawa

    kepada khilaf muktabar di antara mazhab-mazhab fiqh.

    Kata Kunci: mukhtalif hadith, telaga budaah, dua kolah, fiqh, mazhab.

    PENDAHULUAN

    Hadith diyakini oleh umat Islam sebagai sumber kedua ajaran agama Islam setelah al-Quran.

    Sebagai salah satu sumber ajaran Islam, secara prinsip hadith tidak mungkin bertentangan

    dengan dalil yang lain, baik dengan sesama hadith, dalil al-Quran mahupun ijma. Sebab

    kebenaran tidak akan bertentangan dengan kebenaran.Seandainya ada pertentangan, maka hal itu

    hanya kelihatan di luarannya sahaja.Bertitik tolak dari prinsip ini, maka timbul usaha para ulama

    untuk menyelesaikan persoalan ketika mendapati teks-teks hadith yang kelihatan saling

    bertentangan. Hadith-hadith yang kelihatan bertentangan ini biasanya disebut dengan istilah

    Ikhtilaf atau Mukhtalif al-Hadith.

    Berbagai hadith yang mukhtalif telah dikumpul oleh ulama dalam kitab-kitab khusus.

    Sejarah mencatat bahawa ulama yang mempelopori kegiatan ini adalah Imam al-Syafi`ie dengan

    karyanya Ikhtilaf al-Hadith. Disusuli kemudiannya oleh Ibn Qutaibah dengan kitabnya Ta'wil

    mailto:nikmohdnabil@kuis.edu.my

  • International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th 13th October 2015

    Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

    Mukhtalif al-Hadith. Seterusnya pula al-Thahawi dengan judul kitabnya Musykil al-Athar,

    kemudian Ibnu Khuzaimah, Ibn Jarir, Ibn al-Jauzi serta para ulama yang lain.Para ulama

    sependapat bahawa hadith-hadith yang kelihatan bertentangan harus diselesaikan sehingga

    hilanglah pertentangan itu. Cuma ulama berbeza pendapat dalam menyelesaikan pertentangan

    yang berlaku tersebut. Kertas kerja yang ringkas ini akan membincangkan contoh dua hadith

    yang kelihatan zahirnya bertentangan, iaitu hadith dengan hadith

    .

    1.1 PENGERTIAN MUKHTALIF HADITH

    1.1.1 Dari Segi Bahasa

    Secara bahasa mukhtalaf ( ) adalah isim maful dari kata ikhtalafa ( ) yang

    bererti perselisihan dua hal atau ketidaksesuaian dua hal, secara umum apabila ada dua hal yang

    bertentangan, hal tersebut dikatakan mukhtalaf atau ikhtilaf. Manakala mukhtalif ( ) pula

    adalah bentuk isim fail dari kata . Menurut Ibn Mandhur (1990: 9/91), ihktilaf merujuk

    pada makna (tidak serasi/tidak sepadan) dan (segala sesuatu yang tidak

    sama/beragam), hal ini dapat dilihat dalam al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

    dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk,

    rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau

    daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya) (Surah al-Anam 6:141)

    Sedangkan menurut Lois Maluf (1994: 966), ikhtilaf mempunyai beberapa makna di antaranya:

    i) (bertentangan).Secara bahasa kata merupakan masdar dari kata yang

    bererti: (berlawanan) dan (saling berjauhan). Secara istilah, Lois Malf

    mengartikan (dua hal yang saling berlawanan yang

    menimbulkan perbezaan antara satu dengan yang lainnya)

    ii) (beragam) atau (bermacam-macam).

    iii) (saling bertolak belakang).

    1.2.2 Dari Segi Istilah

    Terdapat pelbagai pendefinisian berkaitan ilmu mukhtalif al-hadith dari segi istilah yang

    dinyatakan oleh para ulama, antaranya:

    i) Menurut Ajjaj al-Khathib (1997: 283), bahawa ilmu mukhtalif al-hadith, ialah:

  • International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th 13th October 2015

    Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

    Ilmu yang membahas hadith-hadith, yang menurut zahirnya saling bertentangan atau

    berlawanan, kemudian pertentangan tersebut dihilangkan atau disepadankan antara keduanya,

    sebagaimana membahas yang sukar dipahami kandungannya, dengan menghilangkan

    kesukarannya serta menjelaskan hakikatnya.

    ii) Menurut definisi yang diberikan oleh Subhi al-Salih (1979: 111) lain menyatakannya sebagai:

    Ilmu yang membahas hadith-hadith yang menurut lahirnya saling bertentangan, karena

    adanya kemungkinan dapat disepadankankan, baik dengan cara mentaqyid kemutlaqkannya,

    atau mentakhsis keumumannya, atau dengan cara membawanya kepada beberapa kejadian

    yang bersesuaian dengan hadith tersebut, dan lain-lain.

    iii) Dr. Mahmud al-Thahan menjelaskan secara sederhana, bahawa mukhtalif hadith adalah:

    Hadith yang diterima dan bertentangan dengan sesamanya serta memungkinkan

    dihimpunkankan antara keduanya. (Abdul Majid Khon 2011: 201)

    iv) Pendapat al-Nawawi yang dinukilkan oleh al-Suyuti pula menyatakannya: Hadith-hadith mukhtalif ialah dua hadith yang saling bertentangan pada makna lahiriahnya

    (namun makna sebenarnya bukanlah bertentangan). Maka keduanya dihimpunkan atau

    ditarjih (untuk mengetahui mana yang kuat diantaranya).

    v) Pendapat al-Tahanuwiy menjelaskan bahawa:

    Wujudnya dua buah hadith (sama-sama dalam kategori) yang saling bertentangan pada makna lahiriahnya, maka dihimpunkan kedua-duanya seterusnya menafikan pertentangan yang wujud.

    Dari beberapa pengertian yang di sebutkan oleh para ulama di atas, dapat difahami dan

    disimpulkan bahawa pengertian ilmu mukhtalif al-hadith ini meliputi:

    i) Terjadi pertentangan yang melibatkan dua hadith ii) Pertentangan bersifat lahiriah iii) Pertentangan itu diselesaikan dengan beberapa cara tertentu.

    1.2 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN MUKHTALIF AL-HADITH Secara lebih khususnya, faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan hadith mukhtalif adalah

    sebagai berikut (Abdul Mustaqim 2008: 87):

    i) Faktor Dalaman (al-Amil al-Dakhili) Biasanya terdapat illat (cacat) di dalam hadith tersebut yang seterusnya mengakibatkan

    kedudukan hadith tersebut menjadi dhaif, dan secara automatik hadith tersebut ditolak ketika

    hadith tersebut berlawanan dengan hadith sahih.

    http://addriadis.blogspot.com/

  • International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th 13th October 2015

    Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

    ii) Faktor Luaran (al-Amil al-Khariji) Iaitu faktor yang disebabkan oleh konteks penyampaian dari nabi, yang mana menjadi ruang

    lingkup dalam hal ini adalah waktu dan tempat di mana nabi menyampaikan hadithnya.

    iii) Faktor Metodologi (al-Amil al-Manhaji) Iaitu berkaitan dengan cara bagaimana cara dan proses seseorang memahami hadith tersebut.

    Ada sebahagian dari hadith yang difahami secara tekstual sahaja dan tidak secara kontekstual

    iaitu dengan kadar keilmuan dan kecenderungan yang dimiliki oleh seorang yang memahami

    hadith, sehingga menyebabkan lahirnya hadith-hadith yang mukhtalif.

    iv) Faktor Ideologi Iaitu berkaitan dengan ideologi sesuatu mazhab dalam memahami suatu hadith, sehingga

    memungkinkan terjadinya perbezaan dengan berbagai aliran yang sedang berkembang.

    1.3 KAEDAH MENYELESAIKAN MUKHTALAF HADITH

    1.2.1 Kaedah al-Jamcu Kaedah ini dilakukan dengan cara menyatukan ataupun menggabungkan dua hadith yang

    kelihatan saling bertentangan dan kedua-dua hadith tersebut mestilah sahih. Para ulama

    berpendapat kaedah ini lebih baik didahulukan berbanding kaedah tarjih. Dalam salah satu

    kaedah fiqh menyatakan mengamalkan suatu ucapan atau sabda itu lebih)

    baik daripada membiarkannya untuk tidak diamalkan). (Abdul Mustaqim 2008: 88)

    Usaha menggabungkan kedua-dua hadith ini dapat dilakukan melalui beberapa jenis

    pendekatan yang lebih terperinci sebagaimana berikut (Hammad 1992: 146-188)

    i) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek pengertian lafaz (madlul al-lafz). ii) Digabungkan dengan diterangkan per